Kisah dibalik tabir kemelut
mencalonkan WAWI.Tajuk di atas adalah inspirasi dari MatSaman Kati.Pihak admin
hanya memperbaiki sedikit ajaan bersesuaian dengan pembaca.
PAS dah buat keputusan dan
menyerahkan kembali isu sapa nak jadi Menteri Besar Selangor kepada PKR. PAS
cuci tangan. Tapi, game belum habis dan masa tambahan selama 10 hari diberikan.
10 hari adalah masa yang terlalu lama dalam politik dan macam-macam boleh
jadi.Sementara menunggu pengadil meniup wisel untuk masa tambahan, aku nak
tayang iklan sikit. Mula-mula aku nak bagi tajuk “The making of…Wan Azizah”,
tapi leceh la sebab aku dah gunakan tajuk tu untuk Dyana Sofya dulu. So…hangpa
bubuh la tajuk sendiri.
Sebelum permainan seterusnya
dimulakan, aku nak flashback kepada apa yang berlaku semasa PRU13 dulu.Semasa
PRU13, PKR menggunakan Selangor sebagai model kejayaan. Masa tu, bukan saja PKR
yang mencanangkan Khalid Ibrahim sebagai pemimpin contoh, malah Pas dan DAP
juga menyokong sepenuh hati.
Pengundi-pengundi di Selangor
bukan saja dijanjikan bulan dan bintang. ..malah dijanjikan juga bahawa Khalid
yang dianggap macam nabi di Selangor oleh Pakatan Rakyat akan dikekalkan. Ketiga-tiga
parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk terus melantik Khalid sebagai MB
sekiranya PR menang di Selangor.
Maka, selepas berbincang..PKR
pun tampil dengan slogan “Meneruskan Kecemerlangan” untuk menghadapi PRU
13 di Selangor. Bila diingatkan kembali macam mana PAS dan PSM berebut
kerusi di Kota Damansara, dan Semenyih, aku ingatkan PR akan mendapat kerusi
yang kurang dari PRU12. Tup-tup..bertambah pulak kerusi yang dimenangi secara
keseluruhan.
Bila dah menang, maka Khalid
pun bersiap-siap la untuk dilantik menjadi MB. Tapi sebelum nak cari baju
Melayu dan samping, dia kena dapatkan surat persetujuan untuk dilantik menjadi
MB dari ketiga-tiga parti dalam PR.
Haji Mustaffa diarahkan untuk
mendapat surat persetujuan dari Guan Eng. Sorang lagi pegawai diarahkan untuk
mendapatkan surat dari Haji Hadi manakala Arfaezah Aziz diarahkan untuk
mendapat surat persetujuan dari Wan Azizah.
Haji. Mustaffa berjaya
mendapatkan tandatangan Guan Eng yang berada di Ipoh masa tu.Pegawai yang
ditugaskan untuk mendapat tandatangan Hj. Hadi yang berada di Kuala Terengganu
juga berjaya mendapatkan persetujuan dari Hj. Hadi.
Tapi Arfa yang ditugaskan untuk
mendapat tandatangan Wan Azizah balik dengan membawa airmata. Biasa la
perempuan…
Arfa gagal mendapatkan tandatangan
Wan Azizah walaupun terpaksa bergegas untuk berjumpa Kak Wan dilapangan
terbang.
Bila Khalid tanya kat Arfa
pasai apa Kak Wan tak setuju, Arfa bagi tau,..”bukan tak setuju, tapi Kak Wan
kena tanya hubby dia dulu.”
Istana pula dah tanya Khalid
pukul berapa nak datang angkat sumpah sebab selalunya, bila sesebuah parti tu
menang, calon Menteri Besar dah tunggu kat pagar istana sebelum siang,
tapi Khalid bagi tau dia kena tunggu Presiden tandatangan surat persetujuan.
Istana pun heran..macam mana
PAS dan DAP boleh setuju siang-siang, sebaliknya PKR pulak yang slow sangat!!
Bila diberitahu keadaan sebenar, Sultan pun gelak. “Apa la Presiden hangpa!!
Semua nak kena tanya laki dulu ka?” (Lebih kurang macam tu la…takkan Sultan
Selangor cakap Penang kot.”) Kah..kah..kah
Aku boleh gelak la…tapi Khalid dah
ketaq.Khalid mengarahkan Hj. Mustaffa untuk pergi ke istana Segambut( Ini biasa
digunakan oleh budak Azmin,Istana Segambut adalah kediaman Anwar Ibrahim) untuk
berunding. Kali pertama Hj. Mustaffa gagal sebab Anwar tak mau Khalid.
Kali kedua, Hj. Mustaffa
membawa surat persetujuan dari PAS dan DAP. PAS dan DAP mahu Khalid tapi PKR
pulak tak mau. Kalau tak dapat nak lantik MB disebabkan PKR…malu la. Anwar
terpaksa mengalah tapi meletakkan syarat bahawa Setpol Khalid. Faekah Husin
mesti disingkir.
Hj. Mustaffa balik ke Shah Alam dan
bagi tau Khalid. Khalid pulak garu kepala…tapi untuk meneruskan perlantikannya
sebagai MB, Khalid terpaksa juga mengorbankan Faekah. Faekah pun disingkir dari
jawatan Setpol.
Wan Azizah pun menandatangani
surat persetujuan untuk melantik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan
dengan bangganya mengumumkan bahawa PKR bersetuju sepenuhnya dengan perlantikan
Khalid sebagai MB. Wan Azizah juga mencanangkan bahawa dialah yang begitu
beriya-iya sangat mahukan Khalid walaupun mendapat tentangan dari Azmin.