Khalid Ibrahim dipecat
PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu serta merta.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR hari ini.
"Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi memutuskan bahawa Tan Sri Khalid di pecat daripada PKR.
"Beliau bukan lagi ahli PKR," katanya di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Menurutnya, pemecatan itu dibuat setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.