'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita', TETAPI.... disebabkan ianya ada kaitan dengan Anwar?...ALASANNYA....mudah......kalau UG pun ia...kalau KULI pun nak dijadikan PM?.....rasanya....fikir sendiri lah...
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.
Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".
Tidak, tidak, bukan kerana gender.
"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.
Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?
Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.
Azmin ke?
Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.
Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?
Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .
Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.
Dah beritahu PKR?
Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.
Ada arahan dari PAS supaya ADUK tak terima Wan Azizah sebagai mb ...
Belum sampai lagi pada peringkat itu.
PAS berminat calon PAS jadi MB?
Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.
Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.
Benar tolak Wan Azizah?
Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.
PAS tak setuju Wan Azizah MB?
Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.
(Soalan tidak jelas.)
Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan.