KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan (gambar) membuat laporan
polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada
bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang.Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh
penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang.Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis
menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa
bertujuan menghalang hasrat
beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lepas.Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding
bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.