Kononnya Rafizi terima arahan letak bom di lima lokasi


Kononnya Rafizi terima arahan letak bom di lima lokasi


EmailEmail ‘bocor’ yang entah dari mana di atas yang disebarkan blogger-blogger Umno pada malam ini. Ia mula disebarkan oleh blog The Unspinners dan blog-blog lain mengecernya.
Kononnya arahan untuk Rafizi Ramli daripada Abdul Rahim Ghouse untuk meletakkan bom di lima lokasi berikut;
(1) Persimpangan lampu isyarat SOGO
(2) Persimpangan lampu isyarat Puduraya
(3) Bulatan berhampiran Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur
(4) LRT Masjid Jamek
(5) Stesen Komuter Bank Negara.

Tujuannya supaya himpunan tersebut menjadi kecoh dan mendapat liputan media asing.

Puak-puak karat ni, berkarat sampai bila-bila. Tujuan mereka berhimpun untuk membantah kenaikan kos sara hidup. Sekurang-kurangnya ada yang membantah kerana sekiranya berhasil bantahan mereka puak-puak karat ini juga terlebih dahulu yang pulun.


Sepatutnya berilah sokongan atau sememangnya mereka suka minyak naik, elektrik naik, tol naik, tambang bas sekolah naik, buku sekolah naik, gula naik dan semua naik. Nak buat macam mana kan, sememangnya dah berkarat.


Pulun sokong barang naik sampai seluar dalam sendiri berlubang, tak mampu beli baru, kata Ustaz Azhar Idrus.