Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata Zambry
Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.
"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada
Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk
melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin"