Seringkali
rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pelbagai keputusan dan
tindakan kerajaan Barisan Nasional disergah agar keluar meninggalkan
Malaysia, jika tidak berpuas hati.
Isu keputusan Mahkamah Rayuan
mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The
Herald, tidak terlepas daripada seruan dan sergahan ini.
Tempiasnya dirasai oleh rakyat Malaysia
yang beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Rasanya, pada kali ini
lebih ramai rakyat yang akan bersetuju dengan seruan 'keluar daripada
Malaysia' sama ada yang berada di Sabah dan Sarawak, mahupun di
Semenanjung.