KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno telah berakhir dan pada Sabtu baru-baru ini kebanyakkan sekolah seluruh negara mengambil cuti berganti bila hari raya Korban jatuh pada Selasa. Namun kebanyyakan guru yang menjadi ahli Umno peringat cawangan dan bahagian ponteng sekolah hanya kerana mahu memilih Naib Presiden mereka menurut satu sumber.
"Namun kita pun tidak tahu sama ada pihak pentadbir sekolah memberi mereka cuti Rehat Khas atau pun mengambil cuti sakit.Semua bisa di atur" menurut sumber tersebut
MP PERSOAL GURU BAHASA INGGERIS DIBAYAR TINGGI
Sementara itu, MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan sejumlah RM270 juta yang dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sepanjang tiga tahun lalu untuk membayar perunding luar bagi melatih guru bahasa Inggeris tempatan.
Mereka akan datang ke sekolah seminggu sekali menunjukkan contah mengajar kepada guru-guru baik di kawasana pedalaman atau bandar. Guru-guru ini akan diberikan modul dan taklimat seminggu sekali sebagai melatih guru bahasa ingeris yang telah terlatih.
Menurut beliau lagi, , tiga perunding tersebut iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group, dianugerahkan kontrak mulai tahun 2011 hingga 2013 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268.5 juta atau RM89.5 juta setahun.“Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, firma terbabit akan menyediakan 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris (120 mentor setiap firma) sepanjang tempoh tiga tahun.
“Jumlah perbelanjaan sebanyak RM270 juta untuk melatih 7,500 guru adalah bersamaan dengan RM36,000 bagi setiap guru dalam tempoh tiga tahun.
“Jumlah ini adalah lebih daripada kos untuk mendaftar guru yang sama ke program ijazah dalam bahasa Inggeris dengan struktur pembelajaran yang tersusun di sebuah universiti tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Tidak kira apa penjelasan yang diberikan oleh KPM, tidak ada alasan munasabah yang boleh mewajarkan jumlah yang tidak masuk akal untuk dibelanjakan bagi menyediakan apa yang sebenarnya merupakan cuti bergaji selama tiga tahun bagi 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris,” katanya.
Tambahnya, program tersebut hanya melibatkan “sesi bersama mentor” antara tiga hingga empat jam sebulan.
“Ini serta-merta menimbulkan persoalan tentang keberkesanan program mentor ini. Bagaimanakah seseorang itu diharapkan menguasai sesuatu bahasa dengan hanya tiga hingga empat jam latihan sebulan?,” soalnya lagi.