RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat

RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat


KUALA LUMPUR 2 September: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat  akan terus membebankan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.