Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul.
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya.
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya.
Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya.
Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya.
Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam.
Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam.
Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya.
Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan.
"Hakim perbicaraan sepatutnya menfokuskan kepada dua bentuk bukti berbeza dan kegagalan bertindak sedemikian menyebabkannya tersalah arah. Setelah meneliti alasan penghakiman, kami tidak mendapati hakim perbicaraan dalam penghakimannya menimbangkan sama ada diari stesen dan bukti Azilah berada di Wangsa Maju dan di Bukit Aman pada waktu kejadian menunjukkan alasan beliau tidak boleh ataupun tidak mungkin berada di Puncak Alam.
"Dalam keadaan ini, hakim itu tersalah arah dirinya dengan cara bukan arahan gagal untuk mempertimbangkan bukti," katanya, merujuk kepada kegagalan hakim untuk mempertimbangkan pembelaan alibi.
Tengku Maimun berkata rekod panggilan dan jangkauan liputan adalah bukti penting untuk menyabitkan kehadiran Azilah di tempat kejadian.
"Ia adalah penting agar perbicaraan belajar untuk memfokuskan fikirannya terhadap cabaran bukti yang dibangkitkan oleh pasukan pembelaaan dan membuat penemuan sama ada sebenarnya berlaku satu perubahan atau penyalahgunaan data dan sama ada kesahihan data itu dipersoalkan atau sebaliknya," kata beliau.
"Malangnya, hakim gagal untuk melakukan ini, yang tanggungannya berat menjadikan ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti tersebut."
Mahkamah juga berkata hakim perbicaraan sewajarnya membuat pencarian terhadap hubungan antara bahan letupan dengan dua bekas anggota polis dan kegagalan memfokuskan dirinya terhadap hubungkait yang hilang mengakibatkan satu lagi tersalah arah berlaku.
"Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal secara munasabah mengarahkan mungkin mensabitkan perayu berasaskan bukti yang ada. Mahkamah dibawah telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu menyebabkan keadilan salah dilaksanakan dan sangat serius," katanya.
"Kesan terkumpul bukan arahan menunjukkan sabitan itu tidak selamat. Kami sedar bahawa jenayah kejam telah dilakukan tetapi jika perayu bersalah tidak dibuktikan dengan memuaskan, kami terpaksa memberi manfaat keraguan kepada perayu.
"Kami sebulat suara meluluskan kedua-dua rayuan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan." – 26 Ogos, 2013.