Bangla & warga Myanmar miliki IC biru cuba mengundi dikesan
PETALING JAYA 5 MEI: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.Di AMPANG pula, calon KEADILAN Pandan, Rafizi Ramli melalui twitter menyatakan petugas Pakatan Rakyat Pandan pagi ini mengesan empat nama yang disyaki pengundi hantu di Parlimen Ampang.
Empat pengundi hantu terbabit dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah, Ampang.
Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jam 11.30 pagi.
Pandan Jaya terletak dalam DUN Cempaka dan Parlimen Pandan.
“Saya terima laporan daripada petugas PAS di sana tentang cubaan memasukkan warga Bangladesh di tempat mengundi di Pandan Jaya.
“Petugas sedang siasat. Saya akan periksa semula dengan mereka,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana pagi tadi.
Selain itu, facebook juga memapar banyak rakaman dakwaan pengundi hantu. Untuk tonton, KLIK INI.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.