(OPS DAULAT) Belanja Pertahanan RM75 Bilion Tetapi Kem + Kelengkapan Tentera Daif. Risikan Taktikal Lemah!
Satu demi satu perwira negara kita
tumbang di medan pertempuran di Lahad Datu Sabah. Masa terus berlalu,
tidak pasti sampai bila tragedi Lahad Datu Sabah akan menemui titik noktahnya.
Kelmarin, kami sempat mendengar dan meneliti di salah satu saluran
radio di mana menemuramah seorang Profesor dari Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) di mana beliau :
Dan beliau sempat menyentuh kumpulan-kumpulan Islam di Filipina di mana :
- menemplak sekeras-kerasnya Projek IC Sabah (DI SINI)
- rundingan terlampau lama dengan penceroboh
- dan juga kawalan perairan pantai Sabah terlalu lemah.
- tidak wujud sebenarnya “Muslim Brotherhood” di sana kerana lebih gembar bergasak dan bertelingkah sesama-sesama dalam kehidupan berpuak-puak.
- Sanggup angkat senjata semata-mata kerana duit (kerana desakan hidup)
- Mereka ini apabila sudah mengangkat senjata, tidak mudah untuk menyerah begitu sahaja (ini hasil kajian yang dilakukan kes demi kes sejak sekian lama, sebab itulah rundingan dengan puak pengganas seperti ini tidak logik)
- Berlakunya jurang yang sangat melebar antara Kristian dan muslim di Filipina
- Dan lain-lain lagi….
Senarai anggota keselamatan terkorban
Laporan berita terkini Lahad Datu Sabah yang diterima menyenaraikan senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:
- 1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.
- 1 Mac 2013 – Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.
- 2 Mac 2013 – ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
- 2 Mac 2013 – ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
- 2 Mac 2013 – Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 – L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
- 2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
- 12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
- 12 Mac 2013 : Kpl Ahmad Farhan Ruslan, 21, dari Batalian 3
9 Gambar Ops Daulat Tragedi Lahad Datu Sabah
Antara Punca Pencerobohan Pengganas Lahad Datu Sabah?
Rundingan yang terlalu lama satu hal
juga. Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran kami (dan kami tidak
merasakan yang mana kami bersendirian memikirkan persoalan seperti ini),
bagaimana perairan negara kita mudah mudah diceroboh oleh penagganas Lahad Datu Sabah sepertimana yang dibangkitkan juga oleh profesor UPNM di atas tadi :
(Hansard Parlimen Tahun 2009 : KLIK SINI)
Adakah ini salah satu punca pencerbohan pengganas Lahad Datu Sabah selepas operasi Polis Marin ditamatkan?
Walauapapun, tragedi Lahad Datu Sabah
telah membuka mata ramai pihak yang bertanggungjawab. Kadang-kadang
suatu perkara sangat pahit untuk diterima walaupun ia satu kebenaran.
Ya…Harapan kami supaya : -
- Kepentingan keselamatan perairan kita terus diberikan keutamaan
- APMM vs Polis Marin – mana lagi berkesan? Mengapa diketepikan peranan & kebolehan barisan polis marin kita (based on history – Polis marin properly trained)
- Latihan asas survival atau cara-cara hidup dalam pelarian buat orang-orang kampung di penempatan atau kawasan yang dilabelkan atau terdedah kepada kawasan MERAH (di aman ada kemungkinan ada penceroboh)
- CCTV di kawasan-kawasan yang senang dicerobohi yang link terus kepada semua pegawai tertinggi daalm tentera, polis, Imegresen
- Diwujudkan kawasan keselamatan andaikata berlaku pencerbohan atau lain-lain
- Ada daripada anda mahu ditambah bilangan cadangannya?
Andaikata besar belanjanya, apalah
salahnya jika ia untuk tujuan keselamatan dan keamanan negara. Bagi
kami, rakyat Malaysia tidak kisah jika banyak perbelanjaan negara
digunakan utnuk tujuan kebaikan. Rakyat
cuma ada masalah jika ada senjata atau peralatan perang yang lain
sepatutnya dibeli pada harga RM1 bilion tetapi dibeli dengan harga RM3
bilion atas nama komisen. (SEPERTI DI SINI)
Anggaplah
teguran & kritikan ini ibarat seorang bapa epada anaknya atas nama
sayangkan keluarganya. Beliau yang kami maksudkan adalah mantan timbalan
panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul
Hamid. Melihatkan jawatan yang pernah disandangnya sahaja kita sudah
boleh menilai pengalamannya, kecekapannya, taktikalnya dan kepimpinan
dalam angkatan tentera.
Bagi kami tragedi Lahad Datu hanyalah
secebis kuman berbanding sebahagian pengalamannya termasuklah
sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Malbat ke Namibia. Apa kritikan
teguran disebalik tragedi Lahad Datu kali ini?
- Ops Daulat sepatutnya memakan masa sehari sahaja tetapi terus berlanjutan kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan
- Maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku
- Kalau psukan keselamatan tahu bagaimana taktik musuh, walaupun mereka masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.
- Pada sidang media tersebut, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir Kementerian Pertahanan.
- Menemplak pihak yang bertanggungjawab apabila kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan
- Pembelian senjata yang dijalankan selama ini secara rundingan terus sebenarnya hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya anggota tentera Malaysia tidak mendapat senjata yang terbaik.
- Selain itu, Malaysia tidak dapat faedah pemindahan teknologi setiap kali membeli senjata sedangkan negara miskin seperti Pakistan apabila membeli senjata mendapat teknologinya sekali.
P/S : Sama-sama kita sedekah Al- Fatihah
kepada kesemua perwira negara yang terkorban semasa berjuang di medan
pertempuran menjaga keselamatan kita semua di sini. Al-Fatihah.