Iklan Pilihanraya Umum ke 13 (2013) : RM36.1 Juta (Jabatan Perdana Menteri) & RM4.6 Juta (BN)
Sekarang ini bibit-bibit ke arah bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah snagat-snagat terasa.
Di mana sahaja iklan Pilihanraya Umum ke
13 baik di saluran TV Media Prima ataupun di Astro, yang memaparkan
selang 15 minit di TV ada sahaja iklan seperti Janji diTepati,
produk-produk 1Malaysia, pelbagai program 1Malaysia dan juga sedutan
jasa dan bakti pemimpin parti Barisan Nasional sepanjang 5 tahun
memerintah Malaysia sehinggalah sekarang ini. Rahsianya?
Kalau sebelum ini, mungkin agak kecil
bilangan iklan yang ke udara seperti yang Berita Semasa sebutkan seperti
diatas tadi. Sekarang? Iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 sedang
rancak diputarkan sekarang ini.
Rahsianya adalah apabila Maybank Investment Bank Research melaporkan baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah pembelanja terbesar untuk iklan pada bulan Februari 2013 ini :
Laporan Kedudukan Pengiklan Pada Bulan Februari 2013?
- Jabatan Perdana Menteri (PMO) – RM36.1
- Unilever Malaysia – RM13 juta
- Parti Barisan nasional – RM4.9 juta
Maybank Investment Bank Research sendiri
menjangkakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan parti Barisan Nasi0nal
akan meningkatkan lagi perbelanjaan iklan untuk 2 bulan terakhir ini
lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya UMum ke 13 kelak supaya dapat
mendekati sebarapa ramai kalangan pengundi.
Sumber : Laporan Maybank Investment Bank Research
Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak lagi iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 daripada pihak kerajaan dan pemimpin parti politik Barisan Nasional semaksimum yang mungkin di kaca televisyen dan corong-corong radio
serta tidak lupa juga portal-portal berita seperti Utusan Malaysia,
Berita Harian, Harian Metro, The Star dan juga The New Straits Times
bagi mendekati anda, anda di sini iaitu kalangan antara kalangan
pengundi yang banyak berlegar di Internet sekarang ini…