BAGAIMANA PULA ORANG YANG MEMBERI IC?

Lucut kerakyatan tali barut pengganas sulu — veteran UMNO

 

Aku melihat bahawa kenyataan ini ada maksudnya yang agak mendalam.Namun sekali imbas adalah lebih mudah untuk melihat bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam memberi projek IC harus di lucut kerakyatan.Tak begitu Datuk?.
March 15, 2013
 
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.

“Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka.

Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.

“Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati. — Bernama