Ketika
Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) berlangsung baru-baru ini, bekas
Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan tiba-tiba muncul di khalayak
bersama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch)
yang juga muncul secara tiba-tiba.
Musa mendakwa ketika beliau memegang
jawatan sebagai KPN, Hishamudin Hussein yang merupakan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri telah melangkui bidang kuasa beliau (Musa) sebagai KPN
dengan mengeluarkan arahan-arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.