Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'

 Aspan Alias: Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

“It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know,” kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu di mana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apakah peperangan yang lebih hebat daripada perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

Sememangnya peperangan yang paling hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan dihadapkan dengan perjuangan melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.

Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.

Itu sebabnya kita mesti dan wajib mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya, iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang dibawa oleh iblis dan syaitan itu. Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam kita yang masih lemah ini kita ditegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.

Itulah sebabnya ada ulamak yang zuhud memberikan ingatan yang nilai kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh dengan elemen yang dibawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang haq kerana tidak pernah mendekatinya.

Kalau kita seorang pemimpin dan selalu berabit dengan iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah-belahkan orang-orang yang kita pimpin.

Iblis selalunya tidak suka apabila kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya, maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.

Terpulanglah kepada kita semua untuk memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau bersekutu dengan iblis itu.

Jika kita hendak memilih untuk bersekutu dengan iblis itu elok diikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.

Mengenali yang haq memang susah kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah seorang ulamak tersohor, 'jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.'

Kalau sesiapa yang ingin mengikut dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.

Tetapi kita orang beragama dan bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.




- Aspan Alias

Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar — Aspan Alias

13 OGOS — Khairy Jamaluddin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan “jilted” dan bercakap benar-benar seperti “attribute” yang ada pada Umno.

Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang Umno dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya Umno.
Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena “jilted”? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin Umno apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang “sour grape”.

Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam Umno kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Ghaffar keluar dari Umno.
Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam Umno bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.

Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang Umno tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli Umno yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.

Khairy harus sedar yang Umno itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam Umno. Apa faedahnya laku dalam Umno jika Umno itu sudah tidak laku lagi?  Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam Umno kerana budaya Umno itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.

Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.
Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam Umno itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar Umno. Di dalam Umno Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang “legitimate” dalam parti itu.
Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja.

Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang Umno menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan Umno tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya Umno kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak.

Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan Umno dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.
Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya Umno yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.

Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang Umno hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana.
Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal… masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli Umno di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam Umno itu.

Yang Khairy anggap tidak laku dalam Umno dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan Umno dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini.

Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam Umno itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin Umno itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang.

Apa faedahnya laku dalam Umno, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam Umno itu. — aspanaliasnet.blogspot.com
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

KEMPEN 114A

Apa itu 114A?

Ia adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

Mengapa anda patut menyokong kempen ini?

Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam.

Apa yang kita mahu?

Kerajaan mesti memansuhkan Seksyen 114A.

PATUT DIA KALUT UGUT SOAL AIR DAN SYABAS....RUPANYA ADA UDANG SEBALIK MEE


AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar



SHAH ALAM, 3 OGOS – Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.


Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.

“Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.


Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.


Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.

APABILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.

Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.

Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.
Berita diatas tu macam dengki ja bunyinya.Tak ganggu peniaga mana pun.Buat pula di Dataran merdeka.Berhimpun bukan nak ganggu gugat restoran ikan bakar pun.Boleh juga orang datang makan ikan bakar, langsung orang tak datang.Sendiri bikin bagi tutup rezeki sendiri.

Sementara itu orang ramai dijangka hadir bagi memberi sokongan keatas akta bagi menyokong tuntutan BERSIH agar pihak kerajaan menunaikan janji tranformasi untuk membantu memulihkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

ALAAAA...BILA ANWAR KATA KAWANNYA PAK ARAB NAK MASUK MELABUR 10 BILLION....

Bila Anwar dakwa kaum pemodal Arab akan melabur sekiranya beliau berjaya mengambil alih Putrajaya, maka Najib pun membawa seseorang yang kononnya ada 7 billion.Caya ka?Nanti kita lihat apa pula projek yang akan mengantoikan kita rakyat Malaysia..

 

 

Brazil tycoon to invest $7.5 billion in Malaysia

KUALA LUMPUR (AFP) - A Brazilian conglomerate controlled by the country's richest man has pledged to invest US$6 billion (S$7.5 billion) in unspecified projects in Malaysia, the government of the South-east Asian nation said on Thursday.
EBX group chairman Eike Batista made the pledge during a visit with Malaysian Prime Minister Najib Razak earlier in the day, the premier's office said in a statement.
"We are impressed with the potential that Malaysia has to offer and wish to announce our commitment of US$6 billion into Malaysia for high-impact strategic FDI investment to be implemented swiftly," Mr Batista was quoted as saying. EBX has interests in oil and gas, logistics and other fields.

ADA ORANG MEROYAN



Misi untu mendapatan soongan kaum Kadazan Dusun, dan juga majoriti kaum pribumi Sabah tidak mustahil.Kita jangan baca sangat la kenyataan orang yang tak senang dengan apa yang sedang berlaku.Kalau tidak masakan Najib ke sana kalau dah tak ada apa-apa yang dibimbangkan.

Di Sabah sikap penduduknya bergantung kepada apa yang berlaku dan perubahan dipucuk pimpinan atau kaum dan tok ketua.Ianya masih lagi bergantung kepada ketua bagi adat .Sekiranya ketau adat berubah , maa berubah lah sikap pengikutnya.

Bumburing bertugas menarik undi Kadazandusun untuk Pakatan

Kalau baca di atas ni, wah...ita ambik lah Anwar..tak mengapa...asalkan kita berjaya ke Putrajaya..Selepas itu kita siasat la apa yang patut.Kita siasat yang pukul orang,kita siasat yang bunuh orang, makna kata kes dibuka kembali...
BM-Premium A IP

Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept

Anis Nazri, 02 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang.

Himpunan yang dinamakan Himpunan Hijau Raub itu diadakan bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide.

Himpunan yang mensasarkan 20,000 penyertaan dari seluruh negara itu akan dimobilisasikan Himpunan Hijau bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang.

Beliau berkata, PAS sememangnya menyokong sebarang tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

"Terlalu banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang.  Di Kuantan dengan isu Lynas, begitu juga di Cameron Highland. Isu ini bukan isu Pahang tetapi seluruh negara.  Jika kita tidak bersatu, ia akan membawa kehancuran kepada seluruh negara," tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang tadi.

Beliau berkata, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.

Turut serta pada sidang media itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaaffar; Timbalan Yang Dipertua PAS Raub, Tengku Shahadan Tengku Jaafar; ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai; dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berdekatan, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbgai kesan lain ekoran penggunaan cyanide.

PAKATAN SEDIA BERI LALUAN

PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang  ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13).
 

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.

Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.
“Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.
“Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita,” katanya lagi.

SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA

PETALING JAYA 1 Ogos: Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan.
Pengumuman itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat hari ini.
“Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.
“Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.


“Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” tegas Pak Samad.
Slogan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
“Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,” katanya.


Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif  Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun.

MERAWAT MASYARAKAT DIKTAKTOR

Merawat masyarakat diktator
 
Marwan Bukhari | Aug 01, 2012 01:35:43 pm


Apabila menyebut tentang kediktatoran dan sifat-sifatnya, antara yang terawal muncul dalam minda sesetengah orang ialah gambaran sebuah pemerintahan mutlak yang berlandaskan pandangan seseorang individu, ataupun beberapa individu tertentu dan tidak terikat dengan perlembagaan mahupun peraturan.  Pemerintah diktator lazimnya akan menuju ke arah kezaliman kerana sesebuah kuasa dan pemerintahan mutlak seringkali akan menjadi korup dengan mutlak.

Namun demikian perbincangan mengenai kediktatoran sentiasa terhenti sekadar sifat "pemimpin diktator" sambil dilupakan perihal kediktatoran yang wujud dalam diri sesetengah masyarakat dan individu.  Saya melihat, kewujudan pemimpin diktator dan zalim tidak sunyi daripada kewujudan awal sebuah masyarakat yang diktator.  Justeru, sebuah pemerintahan diktator hanya bisa dijatuhkan sekiranya dijalankan aktiviti merawat masyarakat yang diktator.

Masyarakat diktator

Masyarakat diktator yang saya maksudkan ialah sebuah masyarakat individualistik, tamak dan beragama dan berideologi demi kepentingan.  Mereka hidup dalam keadaan senang, justeru tiada apa yang perlu diperjuangkan sekalipun pemerintahan di hadapannya mencanggahi demokrasi dan mencabuli hak-hak rakyat sendiri.  Respon mereka terhadap sesebuah pemerintahan despotik ialah "asalkan bukan aku dan keluargaku".

Sekiranya sesebuah pemerintahan diktator mahu menentukan cara pemerintahan, undang-undang dan sebagainya menurut kepala mereka semata-mata, masyarakat diktator juga berkongsi sikap sedemikian.  Sekiranya mereka majoriti, mereka mahu menentukan cara berpakaian, mazhab dan agama golongan lain dengan kekuasaan ataupun kekuatan yang dimiliki.  Pokoknya, masyarakat diktator ingin menentukan semua perkara.

Menurut masyarakat diktator, kelompok minoriti ataupun the other mestilah mengikuti apa yang mereka yakini sekalipun dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak gemar jika kehidupan mereka dikawal dan ditentukan oleh orang lain.  Justeru dalam hubungan antara kaum dan agama, ruang publik tidak digunakan untuk menyelesaikan perselisihan dan perbezaan, sebaliknya pengharaman buku, serbuan dan undang-undang dianggap sebagai solusi.  Anggapan mereka, gunung yang tinggi hanya boleh didaki menerusi laluan yang diambil kelompoknya, adapun laluan lain tidak diizinkan lantaran berslogankan, "Kami benar, kalian sesat."  Lantas, demokrasi yang asalnya mahu menjatuhkan kezaliman dan kediktatoran, telah mencetuskan tirani majoriti ke atas kaum minoriti.

Kalaupun masyarakat diktator melaungkan slogan kebebasan bersuara, syaratnya suara itu menyebelahi mereka.  Jika tidak, orang yang bersuara itu akan dilabel sebagai jumud, tradisional, sesat, "liberal" ataupun kafir.  Mereka mahu berkata-kata tetapi enggan mendengar, mereka mahu bebas tetapi enggan membebaskan.  Justeru, individualistik menjadi sangat cocok dengan kewujudan masyarakat diktator, sikap individualistik itu menyebabkan kewujudan masyarakat pluralistik langsung tidak diendahkan, apatah lagi dihargai.  Barangkali inilah yang dinamakan sebagai dogmatic mind sebagaimana dinyatakan oleh Prof Dr Tariq Ramadan:

"The dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic.  It would be a mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the dogmatic mind is a binary mind.  Whilst it states that its truth is the only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only universal, that is because it stipulates - at the same time - that anything that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best, absolutely 'other' and, at worst, culpably mistaken."

(Minda dogmatik memperlihatkan satu lagi ciri.  Adalah suatu kesalahan untuk mengandaikan bahawa ia hanya menerima kewujudan hanya satu pandang arah: minda dogmatik itu adalah satu minda binari.  Manakala ia menyatakan bahawa kebenarannya itu adalah satu-satunya kebenaran, jalannya pula begitu ekslusif dan universalnya hanyalah ia satu-satunya, kerana ia mengandaikan - pada masa yang sama - sesuatu yang tidak mengikuti kebenaran tersebut, jalan itu dan universal itu, paling tidak, sesuatu yang sama sekali “lain’ dan lebih parah, sesuatu yang salah). (1)

Al-Kawakibi, kediktatoran dan ilmu

Seorang tokoh intelektual Muslim terkenal khasnya pada era kolonial, Abdul Rahman al-Kawakibi (1849-1902) semasa mengulas perihal kediktatoran telah memetik beberapa kata-kata, antaranya ialah:

"Kediktatoran merupakan musuh kebenaran, musuh kebebasan dan merupakan pembunuh kedua-duanya.  Kebenaran merupakan bapa kepada manusia, sementara kebebasan pula ibu mereka.  Rakyat merupakan anak-anak yatim yang tidur dan tidak mengetahui apa-apa, sementara para ilmuan pula merupakan saudara mereka yang bijaksana.  Sekiranya mereka (golongan berilmu) mengejutkan rakyat, pasti rakyat akan bergerak aktif.  Adapun jika para ilmuan meninggalkan mereka, mereka akan kekal sebagaimana sebelumnya, lantas akan bersambung tidur mereka (rakyat) dengan kematian." (2)

Abd al-Rahman al-Kawakibi

Kenyataan tersebut wujud dalam buku terkenalnya berjudul Tobai' al-Istibdad wa Masori' al-Isti'bad (Tabiat-tabiat Kediktatoran dan Kematian Perhambaan).  Menurutnya lagi, antara kediktatoran yang paling hodoh ialah kediktatoran kejahilan ke atas ilmu dan kediktatoran nafsu ke atas akal (rasional). (3) Al-Kawakibi mengulang-ulang hubungan antara ilmu dan akal dalam menangani kediktatoran, membayangkan betapa sesebuah masyarakat yang diperintah oleh kuasa yang diktator sebenarnya disebabkan sikap mereka menyerahkan akal kepada pihak pemerintah sehingga diperbodohkan, selain ketidak upayaan mereka bertindak ke atas projek pembodohan yang sedang ditimpakan ke atas mereka.

Selain itu, al-Kawakibi menegaskan:
"Para ilmuan menggesa kepada pencerahan akal, sementara golongan diktator gigih berusaha memadamkan cahaya pencerahan itu.  Dua golongan ini (para ilmuan dan pemerintah diktator) saling menarik orang ramai, siapakah orang ramai itu?  Mereka merupakan golongan yang apabila jahil, mereka menjadi takut, apabila takut, mereka menyerah (kepada diktator).  Sebagaimana mereka merupakan golongan yang apabila berpengetahuan, mereka berkata-kata, dan apabila mereka berkata-kata, mereka melaksana."(4)

Kaum yang jahil pasti akan memberi keuntungan kepada pemerintah yang diktator.  Justeru sekalipun sesebuah pemerintah diktator memberi ruang demokrasi menerusi pilihanraya yang diadakan beberapa tahun sekali, ruang kebebasan memilih itu ibarat debu-debu yang berterbangan kerana masyarakat terus bodoh dan diperbodohkan.

Apa guna kaum yang dibutakan diberi pilihan membuat penghakiman terhadap perkara yang memerlukan penglihatan yang tajam?  Apa yang boleh dibanggakan jika kaum yang dipekakkan diberi pilihan membuat penghakiman terhadap sesuatu yang memerlukan pendengaran yang teliti.  Oleh yang demikian, kediktatoran pemerintahan sememangnya berasal dari sifat-sifat kediktatoran yang wujud pada sesebuah masyarakat.  Adapun antara penawar kepada kediktatoran itu ialah rawatan terhadap masyarakat, salah satunya yang penting ialah menerusi medan pendidikan.

Hukum alam dan perubahan


Sebagaimana kertas tidak akan basah selagi tidak dicurahkan air, demikian juga sekalian perubahan lain yang tidak akan berjaya selagi tidak dijalankan usaha untuk mengubahnya.  Seorang tokoh ilmuan terkenal dari Turki, Fethullah Gulen menyatakan:

("Islam considers a society to be composed of conscious individuals equipped with free will and having responsibility toward both themselves and others. Islam goes a step further by adding a cosmic dimension.  It sees humanity as the 'motor' of history, contrary to fatalistic approaches of some of the nineteenth century Western philosophies of history such as dialectical materialism and historicism.  Just as every individual's will and behavior determine the outcome of his or her life in this world and in the hereafter, a society's progress or decline is determined by the will, worldview, and lifestyle of its inhabitants. The Koran (13:11) says: "God will not change the state of a people unless they change themselves (with respect to their beliefs, worldview, and lifestyle.") (5)

(Islam menganggap sesuatu masyarakat itu terdiri daripada manusia yang sedar yang dipersiapkan dengan pilihan sendiri dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri mereka dan orang lain.  Islam melangkah setapak lagi dengan menambahkan dimensi kosmik.  Ia melihat kemanusiaan sebagai "motor" yang menggerakkan sejarah.  Hal ini bertentangan dengan pendekatan fatalis sesetengah falsafah sejarah Barat abad ke-19 seperti materialis dialektik dan historisisme.  Sepertimana kehendak dan kelakuan seseorang individu itu akan menatijahkan hasil kehidupannya di dunia ini maupun di hari akhirat, kemajuan dan kemunduran sesuatu masyarakat itu ditentukan oleh kehendak, pandangan sarwa dan gaya hidup umat itu sendiri.  Al Qur’an (13: 11) menyebutkan: "Sesungguhnya Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri merubah apa yang ada dalam dirinya (berupa keyakinan, pandangan sarwa dan gaya hidup)"

Inilah rahsia perubahan sosial zaman berzaman, perjuangan yang kental dan berterusan akhirnya pasti melahirkan kemenangan.  Dalam merawat penyakit masyarakat diktator, menarik jika kita bisa melihat pandangan Dr Jasser Auda yang mengulas perihal revolusi Arab dan perubahan dan pengorbanan masyarakat, menurutnya:

"Bahawa manusia atau rakyat telah mengubah apa yang ada pada diri mereka bersama-sama revolusi dan merobohkan banteng ketakutan, lantas Allah SWT menghilangkan ketakutan daripada hidup mereka.  Mereka melempar di medan-medan revolusi pemisahan, individualistik, perbalahan, penguasaan, hasutan (pihak pemerintah), kekerasan dan tamak.  Kemudian Allah mengubah keadaan mereka dan membaiki menerusi revolusi setiap keburukan yang menular dalam masyarakat, bahkan (Dia) menjatuhkan pemimpin pemerintah yang rosak." (6)

Mesir telah sekian lama melalui pengalaman getir dan menyeksakan di bawah pemerintahan yang korup dan despotik.  Setelah sekian lama para ilmuan dan aktivis politik di sana menyeru kepada perubahan demi menentang kezaliman kediktatoran, mereka hanya berjaya melakukannya setelah sanggup membuang sikap individualistik, tamak, dan berkepentingan dan menuju ke Medan Tahrir hingga ada nyawa-nyawa yang terkorban.  Demikian juga dengan kejatuhan Ben Ali di Tunisia, menerusi pengorbanan dan kesungguhan rakyatnya untuk "mengubah takdir" yang sekian lama dikenakan oleh pemerintah dan konco-konco mereka.

Pendidikan demokratik


Mengulang kembali pandangan al-Kawakibi di atas berkenaan pertembungan antara sang diktator dan ilmuan dalam menarik masyarakat, jelas bahawa ilmu menjadi tulang belakang kepada kewujudan kediktatoran dalam pemerintahan, sementara masyarakat menjadi penentu kepada kekalnya kediktatoran sesuatu pemerintahan ataupun robohnya kediktatoran tersebut.  Sekiranya masyarakat jahil, maka mereka akan takut, kemudian setelah takut mereka akan menyerah kepada kekuasaan.  Sebaliknya jika masyarakat berpengetahuan, mereka akan berkata-kata, kemudian setelah berkata-kata mereka akan melaksana.

Dalam mengkritik sistem pendidikan dunia Arab yang bermasalah dalam membentuk masyarakat yang sedar dan berperanan, Prof Dr Louay Safi menjelaskan:

"We talk about wealth but we do not talk about the responsibility of creating job opportunities for others.  When we talk about authority we do not link it to the social duty to improve the social structure, it's always linked to the glory of one person.  And our Arab societies should solve this problem.  Of course this was the basis of the political corruption, this strong linkage of the glory of the person, to the authority - and talk about heroes, how to worship them, this is the problem, this is what led to the corruption also." (7)

(Kita bercakap tentang kekayaan tetapi kita tidak bercakap tentang tanggungjawab mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.  Apabila kita bercakap tentang kekuasaan, kita tidak mengaitkannya dengan tugas sosial untuk meningkatkan struktur sosial, ia sentiasa dikaitkan dengan kehebatan seseorang.  Masyarakat Arab kita mesti menyelesaikan masalah ini. Sudah tentu ini merupakan asas kepada korupsi dalam politik, perhubungan yang kuat antara kehebatan manusia dengan kekuasaan - dan bercakap tentang pahlawan-pahlawan, bagaimana mahu menyembah mereka, inilah masalahnya, ini juga yang membawa kepada korupsi.)

Menerusi perbincangan ini juga, kita akan melihat kepentingan kaum intelektual dan berilmu menggerakkan masyarakat menuju sedar dan bertanggungjawab.  Jika para ilmuan juga bersifat individualistik, maka sudah pasti masyarakat diktator akan terus wujud dan perubahan sosial dan projek pembangunan manusia dan negara akan tergendala.

Masyarakat mesti turut dididik dengan persoalan kedaulatan undang-undang, hak-hak kewarganegaraan dan kesamarataannya, dialog antara kaum dan agama, kebebasan berkeyakinan dan menghormati kaum minoriti.  Tanggungjawab pendidikan ini sudah tentu tidak akan berjaya dipikul oleh sebuah pemerintahan yang diktator, justeru para pendidik, ilmuan dan organisasi sosial patut memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sivil sama ada menerusi forum, seminar, tetaer jalanan, filem atau apa-apa sahaja mekanisme yang relevan.

Pantulan dan Kesimpulan
Kebebasan merupakan antara syarat dalam merawat masyarakat diktator.  Masyarakat mestilah bebas daripada tekanan, paksaan dan campur tangan pihak lain dalam membuat pilihan dan keputusan.  Kalau keputusan dan pilihan yang baik belum tentu diperoleh jika kebebasan dikurniakan, keputusan dan pilihan yang tidak baik pasti akan diperoleh jika kebebasan tidak dikurniakan.  Tokoh revolusi Perancis, Jean-Jacques Rosseau (1712-1778) yang dikenali sebagai salah seorang intelektual yang berperanan besar dalam masyarakat pada zamannya menulis dalam bukunya bertajuk The Social Contract:

"To renounce liberty is to renounce being a man, to surrender the rights of humanity and even its duties.  For him who renounces everything no indemnity is possible. Such a renunciation is incompatible with man's nature; to remove all liberty from his will is to remove all morality from his acts." (8)

(Untuk menolak kebebasan bererti untuk menolak menjadi manusia, menyerahkan hak-hak dan tanggungjawab kemanusiaan. Untuk mereka yang menolak segalanya tiada penebusan yang mungkin. Penolakan sebegitu adalah tidak selari dengan fitrah manusia; untuk membuang segala kebebasan dari kemahuannya bererti membuang segala moral daripada tindakannya.)

Al-Kawakibi sewaktu ditanya mengapakah Allah menguji hamba-hamba-Nya dengan para diktator? Beliau menjawab:

"Sesungguhnya Allah Maha Adil tidak menzalimi seorang pun. Maka seseorang diktator tidak akan menguasai melainkan ke atas golongan diktator. Sekiranya orang yang bertanya itu memandang dengan pandangan orang bijaksana dan mendalam, setiap individu dari kalangan tawanan kediktatoran merupakan diktator terhadap dirinya. Sekiranya dia mampu, dia akan menjadikan isterinya, keluarganya, kabilahnya, kaumnya dan setiap orang, sehinggalah Tuhannya yang menciptakannya, pengikut kepada pandangan dan tindakannya." (9)

Masyarakat merupakan himpunan pelbagai jenis manusia, oleh yang demikian jika kita ingin mengubah masyarakat, manusia haruslah menjadi individu pertama yang wajib diubah.  Sifat individualistik mestilah digantikan dengan sifat saling cakna dan sedar sementara sifat redha dengan kesusahan dan kezaliman mesti diubah dengan kesungguhan dalam "mengubah takdir". Segala-galanya bermula dengan diri manusia dalam menjadi manusia yang bernilai dan seterusnya ahli masyarakat sivil dan warganegara yang bertanggungjawab serta demokratik.

Nota
(1) Tariq Ramadan, TheQuest For Meaning, (London: Penguin Group, 2010) hal. 14
(2) Dr Muhammad Imarah, AbdulRahman al-Kawakibi, al-A’mal al-Kamilah, (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2009), hal.192
(3) Ibid. Hal. 193
(4)Ibid. Hal. 212
(5) Ihsan Yilmaz, BeyondPost-Islamism: Transformation of Turkish Islamism Toward ‘Civil Islam’ and ItsPotential Influence in The Muslim World h.260
(6) Jasser Auda, Baynal-Syariah wa al-Siasah, (Beirut: Arab Network, 2012)  hal. 38
(7) http://www.gulfinthemedia.com/index.php?m=politics&id=591543&lim=40&lang=en&tblpost=2012_02
(8) Jean-Jacques Rousseau, The SocialContract, terjemahan G.D.H Cole , hal. 7
(9) Dr Muhammad Imarah, AbdulRahman al-Kawakibi, al-A’mal al-Kamilah, (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2009),hal. 194
*Marwan Bukhari belajar di Kuliah Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.