Kerajan pimpinan Najib seharusnya merasa malu apabila gagal menyelesaikan masalah demontrasi BERSIH yang mana ianya dilihat sebagai kegagalan pentadbiran dan penyelesaian masaalah berhubung suara rakyat. Ini adalah kes pertama apabila YDPA Tunku Mizan sendiri menyelesikan masalah ini dengan memberi kata dua kepada kerajaan pimpinan Najib yang dilihat sebagai satu kegagalan mengurus isu kecil dan keselamatan negara.
Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Namun BN harus ingat sebarang percubaan untuk memperdaya rakyat secara keterlaluan adalah perlawanan langsung dengan akal budi rakyat. Selama ini terlalu banyak fitnah dan penganiayaan yang dibuat BN ke atas PR serta para penyokongnya. Tetapi rakyat kekal mengharapkan pilihanraya ke -13 mereka akan mengajar BN di peti undi. Sebaliknya, jika BN telah melakukan sesuatu yang terlalu kotor untuk memenangi pilihanraya itu tanpa pesaing maka harapan tidak lagi wujud.Harapan yang tidak wujud biasanya menghasilkan gelora yang tidak dapat dibendung. Itulah yang berlaku di negara-negara Arab. Apabila rakyat tidak lagi mempercayai mereka akan diberi keadilan maka mereka akan menuntutnya secara kasar. Dalam hal ini cukuplah BN menekan rakyat. Cubalah memberi peluang kepada mereka membuat pilihan secara matang.
Tindakan mengistiharkan bahawa memakai baju berwarna kuning hanya dengan perkataan BERSIH dilihat sebagai betapa pimpinan Najib dan KDN dibawah pentadbiran sepupunya sebagai tidak menepati hasrat sebuah negara demokratik.Tidak pernah lagi kedengaran sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengharamkan rakyatnya memakai baju dengan hanya sebuah perkataan.
Penangkapan lebih 100 rakyat yang menyokong BERSIH dilihat sebagai jalan bagi mematikan semangat demokrasi dan sebaliknya menimbulkan rasa cemas dikalangan rakyat.manakala di pihak BERSIH pula penangkapan itu adalah tidak demokratik kerana tidak langsung mahu berunding dengan rakyat sebaliknya pimpinan Najib dilihat sebagai bersikap kuku besi dengan rakus merampas ,menahan danmengeledah semberono hanya kerana mendakwa BERSIH mahu merampas kuasa kerajaan.Tindakan seperti ini hanya sebaiknya membangitkan kemarahan rakyat kepada pimpinan Najib sendiri.
Najib akhirnya dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri dan terpaksa menerima idea gila ala Dr Mahathir, iaitu menyerang musuh yang lemah dengan senjata paling besar. Penangkapan seluruh negara tidak lain adalah pameran kekuatan Najib. Tanpa beliau sedar pameran keangkuhan itu menyebabkan dirinya tidak popular dan dicap sama kejam dengan regim Dr Mahathir yang menyebabkan kebangkitan arus Reformasi sedekad lalu.
Kepada Najib, masih ada 3 hari sebelum demo Bersih berlaku. Tidak salah berunding dan benarkan berdemo di negeri-negeri PR misalnya, demo pada skala kecil dan memorandum diserah oleh beberapa pemimpin ke Istana Negara. Itu tindakan yang bertamadun dan kedua-dua pihak akan berpuas hati. PR dapat berdemo dan BN tidak dilihat zalim.
Titah Yang Dipertuan Agong sama sekali tidak boleh digunakan untuk memperdaya rakyat. Kedudukan Pelembagaan Persekutuan lebih tinggi daripada Yang Dipertuan Agong. Itu maknanya raja berperlembagaan. Oleh itu Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perhimpunan aman sama sekali tidak boleh dikesampingkan melalui apa jua cara. Raja berpelembagaan mengambil kedudukan simbol penyatuan negara, bukan pentadbir kecuali di dalam keadaan kecemasan.
Iaitu darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Ketika itu perlembagaan juga turut digantung. Sebuah majlis pentadbir lantikan Agong akan mentadbir negara. Namun untuk melaksanakan darurat juga harus dalam keadaan yang benar-benar cemas, bukan dalam keadaan berlakunya tunjuk perasaan aman . Sebarang perisytiharan pada waktu aman tidak akan diterima rakyat, malah akan berbalik menjadi kekacauan.
Kesilapan besar najib apabila membenarkan campurtangan Agong dan ini dilihat sebagai satu kelemahan dalam pentadbiran negara yang akan meluahkannya dalam pilihanraya ke 13.BN dengan sokongan PERKASA hanya lebih memburukkan keadaan dimata rakyat.Terima kasih PERKASA kerana ianya bukan sahaja menjatuhkan maruah pentadbiran Najib ,malah melihat Ibrahim Ali adalah juara melompat yang banyak memusnahkan umno sendiri dan kreadibiliti pentadbiran Najib.