KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggiatkan usaha menyebarkan mesej Buku Jingga dengan mengedarkannya di setiap stesyen Transit Aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Gombak.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata program ‘Tour Jingga’ itu bermula berhampiran kawasan Masjid Jamek dengan setiap kira-kira 30 anggota sayap parti itu berpakaian warna Jingga.
Katanya, AMK dibahagi kepada dua kumpulan, satu diketuainya sendiri dengan mengedar risalah itu di stesyen LRT laluan Kelana Jaya manakala Setiausaha AMK, Rizal Jamin pula mengemudi kumpulan di laluan LRT Gombak.
Beliau berkata, kedua-dua kumpulan itu berhenti di setiap stesyen LRT selama lima minit untuk mengedarkannya dan mendapatkan pandangan daripada rakyat mengenai agenda Buku Jingga.
“Matlamat kami memastikan mesej Buku Jingga sampai kepada seramai mungkin rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media pelancaran jelajah itu.
Program itu akan dijalankan setiap minggu sepanjang April ini dan jelajah seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kira-kira 26,000 risalah Buku Jingga diedar pada hari itu yang turut disertai pimpinan AMK PUsat dan negeri.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10394