PKR MELANGKAH KEHADAPAN


Bera-PKR Bera kini telah melangkah kehadapan dengan penubuhan ranting baru di daerah tersebut di mana Seramai 50 ahli PKR telah menjadi ahli dan pembukaan cawangan baru di Kampung Muhibbah di Bera telah berlangsung pada 6 februari baru-baru ini.Majoriti ahlinya adalah kaum India Majlis membuka cawangan baru telah di adakan di kampong mihibbah Bera dan di rasmikan oleh Timbalan Pengerusi perhubungan negeri Pahang , Sdr Nizam Hamid , Tuan Hj Abas Awang selaku ketua cabang dan pengerusi pendidikan PKR kebangsaan, Sdr Saravanan Timbalan AMK Pahang dan juga EXCO AMK Pusat, Dr Yahya Abd Rahman , Pengerusi perhubungan Raub dan juga Setiausaha Cabang Temerloh, dan Sdr Bob Monolan iaitu Biro Orang Asal Pusat dan juga selaku EXCO AMK Pusat serta wakil PAS Bera.

Dalam ucapannya Hj Abas Awang menjelaskan bahawa dengan pembukaan cawangan di kampong Muhibbah ini, ianya bukan sahaja menunjukkan bahawa sokongan kepada PKR tidak berubah, malah bertambah di sana sini kerana parti ini bukanlah sebuah parti yang berdasarkan perkauman dan juga ianya adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat. Rakyat adalah tuan di Negara ini jelasnya lagi.

Selain merasmikan pembukaan cawangan baru di kampong Muhibah , di Bera ini, masyarakat di Kampung Mihibbah ini yang tinggal lebih 40 tahun selama ini masih lagi gagal untuk mendapatkan geran tanah bagi penempatan mereka .Perkara ini turut dibangkitkan oleh Sdr Saravanan dalam ucapannya dan menjelaskan bahawa kaum India dinafikan hak mereka di kawasan ini dan wakil rakyat juga tidak pernah hadir untuk melawat mereka dan bertanya khabar. Malahan, menurut beliau lagi sekolah tamil di kawasan berkenaan dibina hanya mempunyai sebuah tandas . malahan tempat pembuangan sampah juga di letakkan di hadapan sekolah tersebut.

“ Kawasan ini bukan kaum india sahaja yang menetap, terdapat juga kaum Melayu di kawasan ini.Walau kerajaan menyatakan bahawa tanah rezab ini adalah tanah kezab KTMB, namun kawasan ini terletak lebih jauh dari tanah rezab KTMB sebagaimana yang di wartakan” demikian jelas beliau lagi.

Majlis kemudiannya di rasmikan oleh Sdr Nizam Hamid selaku Timbalan pengerusi perhubungan negeri Pahang .Beliau juga menerima memorandum dan borang penyertaan ahli dari kaum India dan juga kaum Melayu di kawasan tersebut.