Masalah permit: Komponen Pakatan gantung terbit organ

Masalah permit: Komponen Pakatan gantung terbit organ

July 14, 2010

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pakatan Rakyat mengambil pendirian di luar jangkaan hari ini dengan memutuskan untuk menggantung organ terbitan ketiga-tiga komponennya sehingga menanti hasil perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri minggu depan.

Akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta Rocket kini berhadapan dengan masalah permit masing-masing daripada diperbaharui.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

TUNGGU APA LAGI......TPM?


Menurut MB Selangor yang di siarkan dalam Malaysiakini hari ini,bahawa kerajaan selangor telah menghantar surat termasuk kepada TPM dan juga ketua polis negara berhuubung dengan kecurian pasir di Selangor.




Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.




Seperti biasa akhbar pelesit utusan memainkan isu pasir sejak beberapa minggu lepas dalam rancangan untuk meburukkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Kita berharap dengan jemputan ini pihak kementerian dalam negeri dan juga kerajaan menyiasat siapa dalang yang di katakan mencuri pasir di negeri Selangor.

Orang ramai mula mencurigai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat apabila tidak ada jawapan yang di berikan sehingga tersiarnya berita ini.kini ketelusan kerajaan Pakatan rakyat menjemput pihak kerajaan untuk melakukan siasatan diharapkan akhbar kerajaan dapat menjelaskan kegiatan tidak bermoral akhbar utusan dengan berita palsu mereka.

foto Malaysiakini.

LIVE DARI TV SELANGOR MENGENAI PERBELANJAAN DAN ISU TERKINI: SELANGOR AKAN KURANG TANAH-APA PUNYA LEMBAB BERITA NI

SHAH ALAM 13 Julai - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bimbang negeri ini akan berdepan masalah kekurangan tanah untuk aktiviti pembinaan dan perindustrian pada masa depan jika aktiviti melombong pasir di negeri itu tidak dikawal.


HA..HA..HA...LAWAK PULAK BILA BACA CERITA UTUSAN MELOYA NI...SAMPAI TAK ADA TANAH. PATUT KHIR TOYO BUAT RUMAH BATU....BESAR PULAK TU...

Watch ‘live’


URUS SENDIRI LEBIH UNTUNG BUAT PENEROKA

Anak dakwa Felda guna GSA ‘kawal’ peneroka

July 14, 2010
Mazlan dakwa Felda menggunakan Akta GSA untuk mengugut peneroka. - - Gambar oleh Jack Ooi
ROMPIN, 14 Julai — Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Felda menggunakan Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 (GSA) untuk “mengugut” peneroka supaya dapat terus mendominasi hak pengurusan perladangan tersebut.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, langkah Felda menggunakan akta tersebut sebenarnya bertujuan mengongkong peneroka daripada mengusahakan ladang mereka sendiri.

“Sepatutnya apabila peneroka sudah mendapat hak milik tanah, mereka boleh buat apa sahaja tetapi Felda menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka supaya serahkan hak pengurusan ladang kepada Felda.

“Ini kerana Felda mempunyai tafsiran bahawa selagi mana peneroka diikat di bawah Akta GSA maka peneroka adalah tanggungjawab Felda. Ini yang Felda pegang tapi bagi peneroka bila dapat hak milik ia satu pengiktirafan bahawa kebun itu mereka yang punyai.

“Situasi ini menyebabkan dua tafsiran berbeza yang menjadi satu isu besar kerana tindakan Felda menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas beliau menyampaikan Ceramah Kesedaran Untuk Generasi Kedua Felda di Felda Keratong 3 di sini malam tadi.

Beliau berkata, apabila GSA digunakan terhadap peneroka ia akan menyebabkan banyak masalah akan timbul.

“Jika dalam berpolitik rakyat akan takut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dalam Felda peneroka takut akan GSA ini.

“Justeru, Felda menggunakan akta ini untuk memanipulasi dan menakut-nakutkan peneroka demi untuk membolot hasil dan kekayaan peneroka.

“Sebab itu kita adakan ceramah untuk bagi kesedaran dan keinsafan kepada peneroka supaya mereka berani untuk berubah dan memperjuangkan hak kita sebagai pemilik tanah yang sah kerana Felda sebenarnya tidak mempunyai satu inci hak terhadap 10 ekar tanah tersebut,” katanya.

Difahamkan anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd diberi kuasa untuk menguruskan ladang-ladang peneroka.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila peneroka diberikan hak pemilikan tanah selepas hutang dengan Felda diselesaikan.

“Bila peneroka masuk Felda mereka diikat dengan perjanjian yang dipanggil Perjanjian Antara Peneroka dan Felda, jadi peneroka ambil kira perjanjian ini di mana selepas habis semua hutang tanah akan menjadi milik mereka.

“Jadi apabila peneroka sudah mendapat hak milik mereka berada dalam dilema sama ada untuk serahkan semula ladang mereka kepada Felda untuk diuruskan atau uruskan sendiri.

“Apabila berlaku konflik dalam diri peneroka ketika itu Felda akan memainkan peranan dengan mendesak peneroka supaya serahkan ladang mereka kepada Felda yang akan diuruskan Techno Plant Sdn Bhd,” katanya.

Mazlan yang merupakan anggota jawatankuasa kerja PAS Pusat berkata, hanya terdapat segelintir sahaja peneroka yang mengusahakan ladang mereka sendiri iaitu seramai 25,000 orang daripada 112,635 peneroka.

Mazlan memberikan penjelasan kepada penduduk Felda Keratong 3 ketika sesi dialog petang semalam. - Gambar oleh Jack Ooi
“Jadi bila dalam masyarakat Felda timbul dua kumpulan dan kumpulan yang buat sendiri ini adalah minoriti. Ia secara tidak langsung menimbulkan pertembungan dan persengketaan antara Felda dan peneroka.

“Sebab itu kita perjuangkan supaya kerajaan bebaskan mana-mana peneroka yang nak buat sendiri dan ini adalah tawaran Pakatan Rakyat, sebab itu bila kita memerintah kita akan beri peluang kepada mana-mana peneroka untuk tentukan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata tindakan Felda yang tidak mendedahkan hasil sebenar perolehan peneroka menyebabkan mereka bimbang mengenai keuntungan yang diperoleh.

“Peneroka takut apabila tidak didedahkan kunci kira-kira, mereka takut hutang yang ditanggung semakin banyak. Sebagai contoh hasil sudah keluar tetapi peneroka tidak tahu berapa jumlah sebenar hasil jadi kalau Felda nak memperdaya bila-bila masa pun boleh kerana tiada kunci kira-kira.

“Selain itu, jika peneroka serahkan kepada Felda untuk uruskan ladang pemotongan terlalu banyak iaitu sebanyak 40 peratus daripada pendapatan asal mereka, jadi kalau RM1,000 Felda awal-awal sudah potong RM400.

“Jadi jika peneroka uruskan sendiri, mereka hanya perlu bayar beberapa kos seperti kos upah kerja, lori dan lain-lain, malah mereka akan dapat pendapatan yang lebih besar berbanding serahkan kepada Felda,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang warga peneroka.

Tambahnya, dakwaan Felda muflis ada asasnya dan akan berlaku sekiranya diskriminasi dan penyelewengan tidak di atasi sehingga menyebabkan rizab Felda merosot.

“Jadi satu perancangan perlu dibuat supaya masalah penyelewengan dan diskriminasi yang berlaku dalam Felda di atasi,” katanya.

FBI DAN PDRM

Teras bantah FBI bersidang di Kuala Lumpur
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras persidangan agensi perisik Amerika yang akan diadakan di Garden and Residences, Mid Malley, dekat sini pada 18 hingga 23 Julai ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) memberitahu, maklumat itu diperoleh daripada laman web FBI National Academy Associatites untuk Asia Pasifik yang diketuai oleh presidennya, SAC 1 Datuk Shahbudin Abdul Wahab.

"Teras membantah dengan keras persidangan ini diadakan di Malaysia yang melibatkan sebuah agensi risikan Amerika yang jelas mempunyai rekod menjadi dalang dalam pelbagai konspirasi untuk menjatuh pemimpin-pemimpin negara yang tidak sebulu dengan Amerika," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan, perhubungan FBI National Academy Associates dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 1964 apabila SAC Kassim Ali menghadiri sesi FBI NAA itu buat kali ke-74 .

Sejak itu katanya, 58 pegawai polis kanan dari PDRM telah menghadhiri kursus yang dianggap sangat istimewa, antara yang turut hadir ialah bekas ketua polis negara, Tun Haniff Omar, kecuali 16 orang , yang lain dikatakan sudah bersara.

Mohd Azmi berkata, pihaknya amat kesal apabila mengetahui Malaysia telah menjalinkan hubungan kepolisian dengan FBI yang membuktikan perhubungan seperti ini dilakukan tanpa pengetahuan dan perbahasan di kalangan rakyat mahupun di Parlimen.

Justeru, Teras mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum rasional mereka menjalinkan hubungan dengan FBI dan mahu kerajaan segera menghentikan perhubungan dengan FBI.

"Teras mendesak agar pihak kerajaan menjelaskan apakah rasional perhubungan PDRM dengan FBI selama ini, sejauh mana maklumat keselamatan negara diserah kepada FBI dan berapa perbelanjaan yang terlibat dalam latihan pegawai PDRM di FBI.

"Teras juga menuntut agar pihak kerajaan menghentikan perhubungan dengan FBI," katanya.

MUHYIDDIN: PAS KATA DAH TUTUP PINTU

Mahfuz: ‘Bab kerjasama PAS-Umno sudah tutup, usah bangkit lagi’

July 14, 2010

Mahfuz: Buku mengenai isu ini sudah ditutup...
TERKINI

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar memberi nasihat kepada Umno tidak lagi membangkitkan syor yang ia masih berhasrat mengadakan perbincangan mengenai kerjasama perpaduan Melayu sambil menyifatkan “bab dialog PAS-Umno dalam hal ini sudah ditutup.”

Malah, naib presiden penggal pertama itu juga berkata, kepimpinan Umno-BN tidak wajar mengetengahkan lagi cadangan seumpama itu yang dilihat sebagai usaha “terdesak” Umno untuk menggunakan “PAS sebagai talian hayat politik mereka” selepas keputusan 8 Mac 2008.

“Kami menganggap isu sudah lama ditutup, buku mengenai isu ini sudah ditutup... sebab itu kini hanya hendak membincangkan soal melonjakkan sokongan orang Melayu kepada PAS, sebagaimana telah dibincangkan ketika sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini,” kata beliau.

Sehubungan itu Mahfuz juga berkata PAS akan terus memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan kerjasama menerusi Pakatan Rakyat.

“PAS akan melakukan ini, usaha yang telah gagal dilakukan oleh Umno selama ini... mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan dengan gandingan komponen Pakatan Rakyat.

“Biar beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seorang diri bercakap mengenai isu ini. Saya percaya mereka akan menggunakan isu selama-lamanya dengan menuduh PAS menolak usaha mahu mengadakan perbincangan dengan Umno.

“PAS tidak akan melayan langkah Umno macam ini lagi, kami akan terus bertahan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana dinyatakan dalam Dasar Bersama Pakatan tahun lalu,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat bulanan majlis kepimpinan presiden di ibu negara petang ini.

Muhyiddin semalam dipetik Bernama berkata Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata, terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Muhyiddin memberikan pandangan itu mengulas anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan PAS terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

Syor agar diadakan kerjasama politik PAS-Umno ini bukan kali pertama diketengahkan.

Pandangan-pandangan seumpama ini telah banyak kali dikemukakan sejak selepas prestasi Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Muktamar Tahunan PAS 2008 dan 2009 juga telah memutuskan dialog kerajaan perpaduan antara Umno-PAS.

Mengulas lanjut, Mahfuz mendakwa Umno terus membangkitkan isu ini kerana berada lemah selepas ia kehilangan sokongan masyarakat Cina manakala keyakinan dan kepercayaan orang Melayu pula belum pulih selepas 2008.

“Dalam keadaan Umno kehilangan sokongan golongan muda manakala pengundi tradisi pula menganggap Umno sudah gagal, Umno sebagai parti politik untuk terus hidup mahukan talian hayat bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan dalam keadaan ini mereka menganggap PAS boleh memainkan peranan.

“Sebab itu mereka mahukan kerjasama, tetapi PAS tidak akan melayan dan tidak mahu memikul bersama biawak hidup... kami sudah belajar dari pengalaman lalu,” katanya lagi.

BARU BIAN MELAWAT BANGGUNAN TAIB DI LUAR NEGARA


"Jijik " –PIMPINAN PKR Pemimpin SARAWAK - Baru Bian BERBICARA

Selasa, 13 Jul 2010 GMT



Baru Bian dihadapan harta Taib , Ridgeford , Pusat Pembangunan Kapal, 50 Bolsver Street, London




Satu kejutan . Laporan demi Laporan kekayaan Ketua Menteri Sarawak

Pemimpin PKR Sarawak's Baru Bian telah menyatakan "jijik untuk mengucapkan nya" mengenai sifat yang dimiliki oleh Ketua Menteri dan keluargany
a mengenai kekayaan di Negara asing, sebagaimana terungkap dalam serangkaian paparan Laporan terbaru oleh Sarawak. "Bagi kami ianya telah mengejutkan ketika kita membaca satu laporan demi laporan selepas"i, katanya.

Pemimpin pembangkang itu juga menjelaskan bahawa maklumat yang telah disembunyikan sampai sekarang, telah membuktikan bahawa untuk lebih menonjolkan perbezaan di antara "besar" antara Ketua Menteri dan orang-orang biasa di Sarawak, yang berada di antara yang termiskin di Malaysia, walaupun kekayaan alam Negara dimiliki di negeri tersebut.

Bian, yang ditanya beberapa sifat yang dimiliki oleh Taibs dalam lawatan baru-baru ini ke London, namun kebimbangan bahawa jutaan ringgit aset yang ditemui oleh Laporan Sarawak di Kanada, Amerika Syarikat, London dan Australia hanya puncak "gunung es" ketika ke kekayaan Taibs 'dicuri. cabaran-Nya kepada Ketua Menteri adalah tanpa kompromi, "keheningan Taib sejak laporan pertama berarti ada derajat kuat kebenaran laporan tersebut. Belum ada tanggapan dank omen dari beliau sehingga kini . Kami ingin tahu dan jika tidak benar ia harus mengambil tindakan. Jika tidak, ada kesimpulan menarik bahawa dia pasti orang, The Godfather, di belakang sumber ".


PENTHOUSE MEWAH

Keutamaan kami adalah untuk mendapatkan kembali harta ini dicuri

Laporan Sarawak telah membuat jelas itu telah mendokumentasikan bukti untuk membuat sandaran semua ayat-ayat yang mengenai hotel Taibs 'dan bahawa sebahagian besar maklumat yang sedia untuk ahli talian awam, melalui pendaftar rasmi dan dokumen mahkamah. Bukti ini akan disediakan untuk badan-badan seperti kedua Makabe (Malaysia Suruhanjaya Anti Rasuah) berdasarkan permintaan.

Sementara itu, Bian Baru menekankan bahawa salah satu keutamaan pertama untuk PKR untuk mengambil kekuasaan akan mendapatkan ganti rugi dari kekayaan ini. "Ini adalah kekayaan rakyat dan hanya sebagai restitusi telah dilakukan di Filipina dan Indonesia, dan itu harus diserahkan kepada rakyat di Sarawak".

Pemimpin PKR juga menunjukkan bahawa di China, negara yang Ketua Menteri adalah cina , setiap penggelap wang dari Negara di jatuhi hukuman mati dengan cara ditembak.

Dimana SPRM itu?

Dalam ulasan terkini Bian mengeluarkan permohonan . "Semua kecurigaan saya lama dipegang [tentang] kekayaan Taibs 'sekarang disahkan dan semuanya mengarah ke Godfather. Para kedua SPRM harus mengambil tindakan segera, kerana melibatkan kekayaan negara yang besar. Dia tidak boleh tetap menjadi Ketua Menteri ". Pemimpin PKR itu mengakui bahawa lembaga-lembaga anti-rasuah mempunyai rekod suram di bawah rejim ini. "Jika kita ingin melakukan sesuatu tentang hal ini kita harus mengubah yang berkuasa" katanya, menyeru persatuan dan fokus di antara semua kekuatan pembangkang di Sarawak.

TERJEMAHAN WRLR.

JAGUH KAMPUNG LAWAN JAGUH DUNIA



Oleh: Amir Amiruddin




CNN merupakan salah satu saluran yang paling berkreadibiliti dan paling di percayai berbanding utusan Malaysia. Ini umpama jaguh kampung melawan jaguh dunia. Demikian jelas kolumnis Malayskini.Menurut komen-komen dari Malaysiakini, CNN boleh dan seharusnya mengambil tindakan undang-undang dan akhbar tersebut sememangnya yang menjadi lidah umno untuk membelenggu minda orang Melayu sedar bahawa dakwaan yang di kenakan kepada Anwar adalah satu dakwaan yang tidak bertanggungjawab,bias,belarat sebelah,cuba memburukkan kreadibiliti pimpinan dan tokoh reformasi tersebut sejak beliau di pecat.


Tuduhan bahawa CNN mengambil wang sebagai balasan untuk menyiarkan berita mengenai Anwar bukan sahaja memalukan akbar Utusan, malahan ianya memalukan pimpinan Bn di mata dunia. Bahwasanya utusan kerjanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai barua atau alat kepada pemerintah semata-mata tanpa adanya tanggungjawab terhadap rakyat,bias,berat sebelah,busuk,fitnah,caci-maki hamun, dan semua kerja-kerja berunsurkan syaitan terdapat dalam utusan.



Kerajaan pula di lihat sebagai sebuah kerajaan yang suka membuli, dimana melarang dan memberi amaran kepada akhbar pembangkang di dalam negara sedangkan akhbar milik pemerintah menghentam bertalu-talu pimpinan pembangkang hanya demi kepentingan politik semata-mata tanpa rasa adanya tanggungjawab mendidik umat Melayu yang membaca utusan dan juga tanggungjawab moral.

Akhbar ini sejak mulanya gerakan reformasi, dilihat pernah mengalami kerugian kerana orang Melayu tidak lagi terpengaruh dengan bahan akhbar tersebut.Ianya boleh di katakan menyelewengkan maklumat 100% malahan ianya juga di katakan akhbar pencetus masaalah hubungan antara kaum sejak dari dulu ,kini dan selamanya.

Adakah utusan tidak merasa malu,jijik,bertanggungjawab,hilang keredibuiliti dengan memfitnah akhbar lain hanya kerana Anwar Ibrahim.Kenapakah utusan dan kerajaan begitu takut kepada Anwar??kenapa??soalnya ialah pandangan umum percaya Anwar lebih di percayai dari semua pimpinan dalam kabinet yang ada sekarang.Rakyat yakin bahawa Anwar boleh merubah sistem rasuah kepada telus, merubah persepsi masyarakat berbilang kaum tanpa meminggirkan kaum Melayu, merubah dari banyaknya rasuah kepada ketelusan dan menjimatkan serta memulihkan ekonomi negara. Maka kerana itulah Anwar di takuti..

Apa yang menjadi pimpinan Umno dilihat begitu lekeh ialah apabila hampir semua jemaah menteri yang Melayunya, yang rakyat percaya hari ini bahawa pimpinan Umno yang sedang berada di tampuk kuasa sekarang bukanlah pimpinan yang benar-benar bersih.Rakyat sudah percaya bahawa pimpinan Umno semakin menyerang Anwar semakin terpinggir.Rakyat juga percaya bahawa semakin di serang Anwar dan pembangkang,Umno makin terpencil.Kita juga percaya bahawa sudah sampai masanya rakyat menolak pemerintah yang jelas menipu rakyat selama ini.

Sebenarnya tidak perlu di jelaskan apa bentuk penipuan yang di lakukan pimpinan dengan berbillion wang rakyat dan wang negara hangus,hancus,lesap,hilang tidak dapat dikesan padahal negara ini kaya dengan hasilnya. Jika pimpinan jujur dan ikhlas membantu negara ini akan jauh lebih maju dan bukannya pemikiran yang di semai di kalangan kaum Melayu melalui akhbar utusan yang bengkrap idea.Menuduh akhbar CNN sebagai akhbar yang menerima rasuah umpama membentuk dan meperlihatkan tahap pemikiran pemimpin negara ini.Bahawa, pemimpin negara ini kerap kali tersasul kerana tidak mengkaji laporan dengan jelas.Cakap pemimpin patut jelas,punya tanggungjawab,tidak melatah,cerdik,lebih bijak.Namun jika pemimpin punya kepercayaan,tanpa adanya unsur periksa,siasat,timbangtara dan bijak, maka sudah tentulah ianya manjadi sebagai pemimpin yang tidak punya kreadibiliti.

Inilah jika jaguh kampung cuba menjadi jaguh dunia, pada hal ianya jauh panggang dari api untuk setanding dengan akhbar dunia tersebut yang lebih terbuka selain dari hanya takutkan kepada seorang insan bernama Anwar.Musuh utama Malaysia nombor wahid adalah Anwar dan ianya mesti "dilenyapkan" di bumi Malaysia sebelum pemimpin merasa puas untuk mentadbir dengan "aman dan damai"