SIASATAN YANG MERAGUKAN

Enjin Jet Hilang : Siasatan Polis Meragukan - Mahfuz

Wednesday, 06 January 2010 11:02 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 6 Januari : Kenyataan Peguam Negara tentang hasil siasatan yang dilakukan oleh polis mengenai kehilangan enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meragukan dan tidak meyakinkan. Peguam Negara telah mengumumkan tidak ada pegawai kanan atasan TUDM yang terlibat dengan kehilangan enjin jet itu.
"Persoalannya ialah adakah kehilangan enjin jet hanya membabitkan Pegawai Rendah dan anggota biasa sahaja? Ini bukan kehilangan spare part di kedai kereta yang boleh seorang pormen boleh masukan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual di pasaran gelap.
Kalau spare part kedai motor hilang bolehlah dikatakan tauke tak tahu ini enjin jet dan bukannya boleh dijunjung di atas bahu seorang prebet cabuk TUDM, melainkan mesti satu pakatan yang cukup berstrategi," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.
Menurut beliau siasatan polis yang diumumkan Peguam Negara sangat meraugakan. Hal ini kerana tempoh masa yang panjang setahun 4 bulan bermula dari Ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara Peguam Negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan Pegawai Kanan atasan TUDM dan penglibatan politik di KEMENTAH dan Kerajaan.
Bukti yang jelas dalam kes kematian Altantuya ialah dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan Imegresen telah di hilangkan. Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet ini. Beliau dengan itu mencabar Perdana Menteri memanggil segera sidang khas Parlimen dan membawa satu usul pembentukkan Jawatankuasa Siasatan Bebas di bawah Parlimen.
Kenyataan awal yang di buat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan," jelas Mahfuz lagi.
Bagi ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab pula menyifatkan ianya seperti cerita lawak dan sarkas. Beliau menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu ini kerana rakyat tidak yakin dengan kewibawaan pasukan penyiasat yang ada sekarang lebih-lebih lagi hasil penyiasatan tersebut disangsikan banyak pihak dan ianya disifatkan lucu bagaikan cerita lawak.
"Kita berdepan dengan banyak pengalaman sebelum ini seperti dalam kes mata lebam Anwar di mana hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang berjaya membongkar siapa terlibat dan bersalah sedangkan penyiasatan sebelumnya gagal mencari punca dan pesalahnya.
Jadi rakyat sebenarnya mahu suatu siasatan yang menyeluruh melibatkan pegawai tentera, pegawai-pegawai agensi yang terbabit serta menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan dan TUDM. Sudah pasti jika bukan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat isu ini maka dikhuatiri pasukan penyiasat itu tidak mampu dan takut untuk menyiasat pegawai atasan dan menteri-menteri berkenaan," jelas Sofi Wahab.

Kongsi berita ini

HANYA 2 ORANG TERLIBAT

Kes kehilangan enjin Jet F5 E makin kalut.Hanya 2 orang terlibat.Seorang tukang angkat enjin dan seorang tolong jual...he..he..he....macam jual getah sekerap lak bunyi....

Kes enjin F-5E: Tentera, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

06/01/2010 10:44am

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN

TERENGGANU OH TERENGGANU

Ahmad hari ini yang melahirkan rasa kecewa di atas kegagalan pihak kontraktor berwajib menyiapkan projek pembinaan dan membaik pulih dewan bedah di beberapa buah hospital mengikut jadual.

Antaranya adalah dewan bedah Hospital Besut yang hampir enam tahun lewat, Hospital Kemaman (tiga tahun) dan dewan bedah Hospital Setiu sejak tujuh tahun lalu.

Ahmad mengaitkan masalah hama dan kebocoran sebagai antara punca utama kesemua dewan bedah berkenaan tidak berfungsi atau lambat disiapkan.

Berbagai perkara sudah berlaku di Terengganu.Selain Bumbung banggunan Makmal Komputer runtuh,Bumbung Staduim runtuh,Bumbung Stesen bas runtuh,bumbung masjid runtuh,tiang telekom runtuh...kini hospital pulak tidak siap.Gamaknya ada syarikat yang sama yang menyebabkan semua ini berlaku.mesti pelakunya ialah sebuah syarikat yang diberi tender khas untuk menyiapkannya.Dengar ceritanya ada seorang bekas menteri yang punya sebuah syarikat dan beliau mengaut semua projek di negeri tersebut...mungkin syarikat tersebut menjadi banyak masalah yang hampir sama.Kita harap tidak kerajaan siasat perkara ini demi rakyat yang di dahulukan.Kesian rakyat Terengganu,duit royalti banyak tapi manfaat tidak sampai.

Apa yang menjadi silapnya rakyat Terengganu ialah perubahan sikap untuk lebih celik dan lebih bijak.Patut menjadi sebuah negeri yang punya rakyat yang kaya raya dari menjadi sebuah negeri yang kedua termiskin dalam negara ini.

Pihak SPRM tidak pula mahu cepat-cepat menyiasat berhubung dengan dakwaan ini dan jika kertas siasatan ini di buka segera, mungkin banyak lagi yang boleh di selamatkan.mana tahu ,nanti banggunan ini pula yang runtuh atau bumbung banggunan ini yang akan runtuh pula.Mana lah tahu, bab-bab runtuh ini memenag banyak berlaku di Terengganu.Selain harga kain batik dan kopok lekor yang runtuh, kita harap tak ada lagi yang runtuh.Kerana itu semuanya duit rakyat.

Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Ahmad.Adakah Ahmad mahu memberitahu bahawa syarikat yang samakah atau banyak syarikat yang terlibat sehinggakan dewan bedah dan kemudahan untuk rakyat tidak dapat di gunakan.Ini amatlah malang sekali kerana perkara seperti ini masih berlaku dan dalam masa yang sama slogan untuk rakyat di dahulukan di laungkan saban hari di dalam Televisyen, kelak rakyat akan ketawa terbahak-bahak dengan semua ini atas alasan bahawa mana mungkin rakyat nak di dahulukan sedangkan kes politik yang di utamakan mejangkau kes yang melibatkan kepentingan rakyat.Jika ada satu kesilapan pun berlaku patut di siasat , inikan pula hampir banyak perkara yang melibatkan berlakunya runtuhan.Jadi berhati-hatilah jika ke Terengganu kerana banyak perkara yang akan berlaku dan paling merbahaya ialah akhlak remaja yang juga turut runtuh...

WRLR...

KERAJAAN SELANGOR AMBIL BUKIT BOTAK

Kerajaan Selangor Ambil Alih Bukit Botak : Penduduk Setinggan Lega

Tuesday, 05 January 2010 11:29 AM Oleh Roziyah Mahamad

SHAH ALAM : Penduduk setinggan di Bukit Botak lega apabila Kerajaan Selangor mengambil alih tanah seluas 55.8 hektar di Bukit Botak, Selayang bagi memastikan hak semua penduduk di kawasan setinggan itu dilindungi. Langkah itu bagi menyelesaikan masalah penduduk yang dibelenggu pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang gagal membangun dan menyusun semula penempatan setinggan itu ke Taman Selayang Mutiara.
"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya Tan Sri Abdul Khalil Ibrahim.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan membatalkan liabiliti penduduk setinggan dengan DCSB.
"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya.
Menurutnya, langkah kerajaan negeri itu akan memastikan proses telus dalam memilih pemaju baru dan kompeten dapat dilakukan dan menyelesaikan masalah 270 penduduk setinggan yang kini tanpa geran tanah.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menemui pemilik tanah secepat mungkin bagi menjelaskan keputusan itu dan pelan pembangunan di kawasan tersebut.
"Kami sedar ada pihak tertentu cuba melobi menentang pengambilalihan tanah itu kerana akan mengalami kerugian besar. Ada juga yang cuba melobi untuk membangunkan kawasan itu dan kami tidak mahu penduduk setinggan ditipu sekali lagi," katanya.

SHAH ALAM, 5 Disember : Penduduk setinggan di Bukit Botak lega apabila Kerajaan Selangor mengambil alih tanah seluas 55.8 hektar di Bukit Botak, Selayang bagi memastikan hak semua penduduk di kawasan setinggan itu dilindungi. Langkah itu bagi menyelesaikan masalah penduduk yang dibelenggu pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang gagal membangun dan menyusun semula penempatan setinggan itu ke Taman Selayang Mutiara.

"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya Tan Sri Abdul Khalil Ibrahim.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan itu akan membatalkan liabiliti penduduk setinggan dengan DCSB.

"Perjanjian dengan pemaju itu menghalang kerajaan negeri membina rumah bagi setinggan Bukit Botak. Dengan terbatalnya perjanjian itu, kerajaan negeri mampu bincang pelan pembangunan Bukit Botak dengan penduduk setinggan," katanya.

Menurutnya, langkah kerajaan negeri itu akan memastikan proses telus dalam memilih pemaju baru dan kompeten dapat dilakukan dan menyelesaikan masalah 270 penduduk setinggan yang kini tanpa geran tanah.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menemui pemilik tanah secepat mungkin bagi menjelaskan keputusan itu dan pelan pembangunan di kawasan tersebut.

"Kami sedar ada pihak tertentu cuba melobi menentang pengambilalihan tanah itu kerana akan mengalami kerugian besar. Ada juga yang cuba melobi untuk membangunkan kawasan itu dan kami tidak mahu penduduk setinggan ditipu sekali lagi," katanya.

Kongsi berita ini

TONY FERNANDES BELI WEST HAM UNITED

Usahawan penerbangan Air Asia dikatakan berminat membeli pasukan liga bolasepak Inggeris dan dijangka akan di umumkan dalam sedikit masa lagi.Walau terdapat beberapa nama lagi yang mahu membeli pasukan bolasepak tersebut,Tony dikatakan pilihan utama kerana komitment beliau daam bidang sukan dan kejayaan dalam bidang perniagaan.

Semoga keadaan ini akan dapat membantu negara meningkatkan sukan bolasepak dan bukan tempat untuk bertaruh sebagaimana yang berlaku dalam bolasepak negara era 80an apabila ramai yang terjebak dalam permainan yang tidak bersih itu dengan memngatur perlawanan.

Sejak itusukan negara menjadi muram ,manakala saigan negara Korea Selatan dan Jepun terus melangkah jauh.....