TEMUBUAL BERSAMA HJ SUHAIMI SAID:
wrlr: Betulkah Tn Hj melepaskan jawatan?
Hj Suhaimi Said: Eh dimana sdr dengar dan baca??
wrlr: Dalam Pahang Daily
Hj Suhaimi Said: Eh tak ada pula saya buat sebarang press Conferen mengenai sebarang perletakan jawatan.Semalam pun banyak yang telefon saya...saya kira laporan ini tak betul ...dia tak telefon saya pun.....
Panas: Pengerusi Biro Felda Dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, "Suhaimi Said" Mengumumkan Perletakkan Semua Jawatannya Daripada Negeri !
Berita paling panas yang diterima hari ini ialah berhubung dengan perletakkan jawatan Hj.Suhaimi Said (foto), daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang. Khabarnya, SMS berhubung perkara itu sudah dihantar dan disebarkan mulai semalam. Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan beliau melepaskan jawatannya. Sebelum ini, PKR Pahang pernah dikejutkan dengan perletakkan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Beliau bagaimana pun menang jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota baru-baru ini. Perletakkan jawatan beliau telah mendapat liputan meluas media massa, hingga ada yang menyangkan Azan akan meninggalkan PKR ketika itu. Namun, khabar angin itu tidak berlaku apabila Azan masih terus selesa menjadi Ketua Cabang berkenaan. Beliau menang mengalahkan Razali Alias (Setiausaha Kerja PKR Pahang) dengan majoriti tipis 35 undi dalam pemilihan 2010 itu. Kini, jika benar andainya Hj. Suhaimi Said juga melepaskan jawatannya maka sudah pastilah ia merupakan satu tamparan hebat buat PKR Pahang sebenarnya. Apa tidaknya, Hj.Suhaimi ialah Ketua Cabang Kuala Krau dan merupakan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR Pahang. Menurut sumber, beliau juga seperti Azan hanya melepaskan jawatan peringkat negeri sebaliknya masih meneruskan hubungan dengan pusat. Malah, beliau juga memegang jawatan yang sama di peringkat pusat sebenarnya. Jika Azan, membawa keluar Cabang Indera Mahkota untuk berada dibawah pusat maka apakah Hj.Suhaimi akan mengikut jejak langkah yang sama agaknya?. Inilah yang menjadi persoalan sekarang ini. Di fahamkan, Hj.Suhaimi mungkin berbuat demikian selepas beliau kecewa akibat dikritik hebat oleh pimpinan dan ahli PKR Pahang selepas dia begitu lantang menyatakan pendiriannya secara terbuka untuk menolak Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Hj.Suhaimi adalah merupakan penyokong tegas seorang lagi calon iaitu Azmin Ali. Beliau begitu berani menyatakan penolakannya terhadap Zaid di pentas ceramah dan menerusi laman sembang sosial di Facebooknnya. Mungkin itu yang menyebabkan beliau mengambil keputusan demikian agaknya?.[Jika benar keputusan ini, maka ia pasti mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dan PKR di Pahang. Tambahan pula Hj.Suhaimi dilihat sebagai salah seorang pemimpin lama yang banyak berjasa kepada politik pembangkang di Pahang. Biarpun beliau pernah menjadi "katak lompat" sebelum bersama PKR, namun pengaruhnya tidak harus dinafikan. Namun, ramai pihak yang dihubungi menyatakan bahawa mereka amat menyokong perletakkan jawatan Hj.Suhaimi itu. Menurut mereka, Hj.Suhaimi terlalu bernafsu dan terlampau excited berkempen bagi pihak Azmin Ali hingga menimbulkan kebenciaan dikalangan yang lainnya. Sikap beliau yang gemar mencemuh dan mengutuk Zaid itu amatlah mengecewakan ramai pihak. Tambahan pula beliau mengaku bersahabat dengan Zaid sejak sekian lama. Beliau mahu Azmin dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR dan tidak mahu Zaid naik atas alasan pemimpin itu gemar mengkritik pucuk pimpinban parti terutamanta Anwar Ibrahim sendiri. Bagi Hj.Suhaimi dia lebih gemar Azmin Ali yang mungkin pandai "mengipas Anwar" agaknya. Hj.Suhaimi yang sebelum ini beriya-iya mahukan Dato' Fauzi bertanding jawatan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) akhirnya terpaksa akur apabila pemimpin terbabit tidak bersedia untuk itu. Team beliau yang disokong oleh Man Kadir (Temerloh) dan beberapa kerat pemimpin AMK Pahang itu kini sedang sibuk menghentam serta mengutuk mana-mana pihak yang menyokong Zaid Ibrahim. Malah, team mereka sanggup mengeluarkan perkataan berbaur lucah demi melempiaskan hawa nafsu politik mereka].