Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selesai memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas, sebentar tadi. Beliau memfailkan saman itu kira-kira jam 9.30 pagi di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini. Selepas itu, beliau yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat hajat. Sidang media diadakan selepas itu. |