20 tahun tiada bekalan air bersih dan elektrik

20 tahun tiada bekalan air bersih dan elektrik


Oleh Masdar

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri,  Tuan Haji Jofri Jaraiee berbesar hati menyumbang pelbagai keperluan asas  kepada kira-kira 15 keluarga di Kampung Tudan.

KUALA LUMPUR : Siapa tidak kenal, Taib Mahmud, Ketua Menteri BN paling lama di Malaysia dan di Sarawak yang memerintah negeri itu sejak era mantan Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussien Onn.

Sepanjang memerintah negeri itu, Sarawak yang kaya dengan pelbagai khazanah alam selain memiliki minyak, tetap dikategorikan sebagai antara negeri miskin di negara ini.

Fenomena kemiskinan rakyat Sarawak misalnya dapat dilihat di Kampung Tudan, dalam kawasan Miri di negeri itu sepertimana lawatan pimpinan Pas Kawasan Miri bersama pimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat baru baru ini.

Bendahari Pas Kawasan Miri, Zaidin Subri berkata, lawatan mereka yang lebih dikenali sebagai ziarah dakwah itu pada 4 April lalu berjaya menemui puluhan rakyat miskin di kampung itu.

Zaidin memberitahu, beliau dimaklumkan oleh penduduk yang merupakan perintis di kampung itu bahawa sejak kampung itu dibuka kira-kira 20 tahun lalu, kerajaan BN sehingga kini gagal menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada mereka.

“Penduduk melahirkan rasa kesal mereka terhadap kerajaan BN yang gagal menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka walaupun ia telah wujud sejak 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Zaidin menambah, apalah ertinya pelaburan asing (FDI) di bumi kenyalang yang kononnya dikatakan teringgi di Malaysia jika rakyat marhaen terus dicengkam dengan kemiskinan sepanjang masa.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sarawak khususnya dalam kawasan Miri agar menilai dengan adil fenomena kemiskinan itu dengan kekayaan Sarawak yang gagal diuruskan oleh kerajaan BN sejak puluhan tahun lalu.

Pada majlis itu, PAS Kawasan Miri melalui Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Tuan Haji Jofri Jaraiee (gambar) berbesar hati menyumbang pelbagai keperluan asas kepada kira-kira 15 keluarga di Kampung Tudan.

Turut serta di majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharudin Tantawi, Exco Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri, Khairul Nizam, Timbalan Setiausaha PAS Kawasan Miri, Arifiriazul dan puluhan pimpinan PAS negeri serta pemuda PAS Pusat.

Terdahulu, PAS mengadakan program Orang Muda Geng Kamek", Jom Sertai PAS ; Jejak Faqir dan Pentas Pemuda yang bertemakan "Sarawak : Kearah Kerajaan Rakyat dan Berkebajikan" yang mendapat sambutan memberangsangkan dari rakyat pelbagai kaum di negeri itu.



NAH AIIIHHHH...AWAT LAGU TU...MACAM MANA TAK LAGU TU...DAH NEGERI DAN TEMPAT TU DIA KATA MAK BAPA DIA PUNYA.....