UCAPAN MAT SABU DAN PERISTIWA 2 DEKAD PAS PERMATANG PAUH


















MUSLIMAT DI GESA MAINKAN PERANAN MAJUKAN ISLAM

OLEH:Amiruddin Ahmad



Peratang Pauh, Naib Presdien Pas Pusat Sdr Mat Sabu ketika berucap dalam acara perasmian perhimpunan 2 dekad PAS Permatang Pauh menjelaskan bahawa kaum muslimat dilihat dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk memajukan ummah kerana mereka dilihat bersungguh dan berusaha dengan kuat dalam apa bidang sekali pun apabila dimanahkan keatas mereka.Menrut Sdr Mat Sabu lagi, muslimat di lihat tekun dalam berbagai bidang yang mereka ceburi , baik perniagaan atau sebagai pekerja di mana sekali pun, malah dalam pilihanraya merekalah barisan hadapan yang berkempen dari rumah ke rumah. Beliau berucap demikian ketika merasmikan sambutan 2 dekad Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh baru-baru ini.Turut hadir ialah ketua Dewan Muslimat PAS ,Pn Suraya,YDP PAS Permatang Pauh Ustaz Omar Hassan,wakil pemuda pas.

Menurut Mohd Sabu lagi, Permatang Pauh dalah satu tempat gelangang pilitik Malaysia kerana rakyatnya tidak rigit dan tdak berpegang kepada parti semata-mata,tetapi melihat kepada situasi dan juga isu dalam negara.Pas pernah mengalahkan Bn dan menang pada tahun1969 di tangan Datuk Mustaffa Hussein ,di sini juga kita lihat Bn tumbang di tangan Hj Zabidi Ali pada tahun 1978, pembangkang yang tidak memerintah menang lagi pada tahun 1999 dimana Datin Seri Wan Azizah Ismail dan terus berada di tangan Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini.Peranan Muslimat dilihat penting

“Kita memerintah di peringkat negeri.Kita diberi amanah sekarang ini di antaranya peranan yang di mainkan muslimat, terutama dalam memakmurkan masjid.Masjid kini dilihat lebih bebas untuk bergerak dan berdakwah dan membuat kebajikan, bahkan kita boleh mengangkat martabat masjid sebagai pusat kegiatan ekonomi dan muslimat dapat memainkan peranandi dalamnya .Masjid bukan sahaja tempat beribadat bahkan tempat kegiatan sosial di kawasan Bandar seperti Butterworth, Nibong Tebal dan jjuga di kawasan Pualu .Kita harap masjid boleh di jadikan tumpuan masyarakat dan peranan masjid sebagai hatta kepada orang bukan islam agar mereka lihat tempat untuk bersama dengan kaum bukan islam dalam aktiviti kemasyarakatan dan social, tambahan pula majlis agama di pegang pimpinan kita dan di bantu tenaga yang banyak dari PAS dan Keadilan, dan peranna ini boleh di mainkan di Pulau Pinang ini dan kita lihat ketua menteri pula tidak menghalang melalui institusi masjid yang astabiish lama yang menumpukan masjid sebagai penggerak utama dimasa sekarang dan akan datang.” Demikian jelas Mohad Sabu lagi.


Selain dari itu, menurut Mohd Sabu lagi, peranan dialoq amat penting di mana pengunaan nama Allah itu di jadikan satu isu yang agak serius oleh golongan tertentu yang cuba menarik perhatian dan menjadi juara. ,Di Timur tengah orang Arab menggunakan nama allah tanpa mengira agama, malah nama orang juga ada yang di gunakan oleh islam dan juga kaum kristian , .malah di sana agama kritian itu dipanggil dengan agama masihi dan jika islam di katakan islam dan mereka sudah memahaminya beribu tahun dulu lagi.


Allah di gunakan sejak sekian lama di kalanganorang Melayu , bagi disebelah negara kita ianya boleh menimbulkan kekeliruan dan kita syorkan jika adanya kekeliruan seperti ini , ianya di adakan dialoq antara agama terhadap kekeliruan dan jika ianya berlaku kekeliruan dan pihak yang terlibat seharusnya duduk berbincang.

“Kita bukan mahu bermusuh dengan siapa pun.Islam tidak mengajar kita begitu, malah jika ada sesuatu isu yang cuba di bangkitkan , dan jika isunya serius , kita perlu adakan dialonq antara agama bagi mencari jalan penyelesaiannya.Adalah amat malang jika isu ini di salahtafsirkan dan dijadikan pula isu yang boleh merugikan semua pihak jika kita tidak mahu berbincang sesama kita.” Demikian jelas Mat Sabu menghakhiri cermah perasmian dewan muslimat PAS yang berlangsung di Seberang Jaya.