BUKIT MERTAJAM -CROSS STREET – Sebanyak RM17,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan Negeri bagi kerja-kerja menurap serta membaiki jalan-jalan utama di sekitar Kampung Cross Street, dekat sini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, YB Mohd Salleh Man berkata, peruntukan berkenaan diluluskan setelah beberapa kajian di buat dari pelbagai aspek serta berdasarkan aduan pendudukan kampung berikutan keadaan jalan di kampung tersebut yang mengalami kerosakan setelah sekian lama tidak dinaik taraf.
Menurutnya, segalanya bermula ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada Ogos 2009 lalu, yang mana penduduk kampung meluahkan masalah mereka dan mahukan jalan di situ dibaik pulih dan diturap.
“Selepas menjadi wakil rakyat kawasan, saya terus mengemukakan permohonan kepada Ketua Menteri (KM), Lim Guan Eng bagi mendapatkan peruntukan untuk menaik taraf jalan di sini.
“Sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, ADUN Padang Lalang, Michael Tan Cheong Heng diberi kepercayaan oleh KM untuk melakukan tinjauan serta penilaian.
“Saya amat berpuas hati kerana dapat membantu rakyat di kawasan Cross Street ini dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan apa yang diberikan ini sebaik mungkin. Saya juga berharap agar Tahun Baru Cina kali ini menjadi tahun yang paling bermakna serta menggembirakan mereka,” katanya ketika melawat tapak projek naik taraf jalan
Menurut YB Ustaz Salleh Man berkata, beliau akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat dalam DUN Permatang Pasir selagi beliau menjadi wakil rakyat di situ.
Hadir sama, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Oon Neow Aun, Soon Lip Chee dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)