PENDUDUK DI PERINTAH BERUNDUR

kata



Pihak persatuan penduduk C Tharmaraj berkata pihak berkuasa telah mengarahkan sebarang bentuk perhimpunan agar bersurai atau tindakan akan di ambil.Buat masa sekarang,Pihak polis masih berada di kampung tersebut dan peguam yang mewakili penduduk, Darshan Singh, dan ingin melihat dokumen yang di bawa oleh pihak mahkamah , dan rantai manusia di suraikan polis.



KEADAAN YANG SEDANG BERLAKU DI KAMPUNG BUAH PALA.









updates 13/08/09

Kg Buah Pala bakal lenyap
Aug 13



Lebih kurang 10.50 pagi tadi pihak pemaju telah cuba untuk meruntuhkan rumah-rumah di kampung buah pala.penduduk telah membuat rantaian manusia bagi menghalang pihak pemaju dari merobohkan rumah-rumah mereka.Nampaknya kerajaan negeri tidak berbuat sesuatu , malahan mendakwa pendudk meminta rumah bernilai 3.5 juta seorang.Ini adalah karut dan tidak sebegitu sebagaimana yang didakwa penduduk.

Pihak polis menggunakan kuasa mereka dengan memukul dengan baton, ada yang tercedera akibat tindakan tersebut.Penduduk berteriak menyatakan bahawa pihak berkuasa bersekongkol dengan pamaju untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka.Mereka juga melaungkan perkataan "rasuah" kepada yang berkenaan.


Seorang wanita M.Mahadevi 51 tahun telah tercedera apabila di pukul oleh pihak berkuasa tempatan.Beliau mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian perut dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Beberapa pihak terutamanya ahli CAP (persatuan pengguna Pulau Pinang) NV Subbaraw telah cuba menghubungi beberapa ahli DAP namun mereka mematikan telefon tangan mereka.Pihak polis telah mengiringi pihak mahkamah dan juga pengarah syarikat Gary Ho untuk menyerahkan surat perintah mahkamah kepada tuan punya rumah .Beberpa penduduk cuba menahan perintah mahkamah tersebut dari disampaikankepada beberapa tuan punya rumah , namun tidak berhasil.Penduduk melaungkan perkataan rasuah dan juga slogan anti polis dan dalam masa yang sama amaran di keluarkan dan rumah mereka untuk dirobohkan.



lagi berita akan menyusul......

LAGI KENA TIPU.....


Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok

Inilah yang selalu dilakukan apabila menjelang pilihanraya. Kali ini oleh kerana pilihanraya di Permatang Pauh dan Umno akan tewas lagi kali ke 6- dan menyaksikan bahawa kedudukan menyebelahi Pakatan Rakyat maka kedudukan bakal menjadi 6-1.ORANG JOHOR JANGAN KENA TIPU LAGI.............

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.



Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar
1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi. -



Kuala Terengganu 1-0
Batang air 1-1
Bukit Selambau 2-1
Bukit Gantang 3-1
Penanti 4-1
Manek Urai 5-1
Permatang Pasir 6-1

6 Gol berbalas 1..

Maka melaunglah agenda untuk menunjukkan kekalahan ini kerana Anwar pengkhianat.Kita lihat bagaimana Umno Khianat kepada orang Melayu apabila semakin dilaungkan Anwar pengkhianat, semakin terdedah siapa yang khianat.

SOLAT HAJAT PERDANA DIMASJID JAMEK KUBANG SEMANG TOLAK H1N1

Solat hajat perdana akan di lakukan di masjid Jamek Kubang Semang selepas Isyak 13 Ogos.Semua dijemput hadir.

Ceramah di Dewan Sg Dua-Saleh Man,Mat Sabu,Dr Mujahid-13 Ogos.


Ceramah di beberapa tempat.14 Ogos di markas PAS Permatang Pasir dimana nama calon akan di umumkan oleh Presiden PAS Tn guru Hj Hadi dan hadir beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

13 Ogos DS Nizar jam 5 ptg Dewan Hj Zabidi, Masjid Batu.Pmtg Pauh


MAKLUMAT/PEMBETULAN AKAN DIUMUM DARI MASA KE SEMASA.

UMNO BAKAL UMUM NAMA.SEHINGGA KINI 2 NAMA DISENARAI

Permatang Pasir-Umno telahmelakukan beberapa perjumpaaan.Dalam perjumpaaan terbaru 2 senarai pendek nama calon mereka di kemukakan.Antara nama ialah seorang muka baru iaitu Hj Rahim.Beliau merupakan bekas pekerja TNB dari Seberang Jaya, dan seorang lagi ialah Cikgu Zaidi yang merupakan bekas cikgu sekolah yang berhenti untuk berniaga.




Manakala Calon PAS pula meletakkan seorang berpengalaman dan matang dalam politik bagi menjaga kepentingan Melayu dan rakyat di Permatang Pasir.Nama Saleh Man di sebut di tempat teratas. Beliau yang pernah bertanding di beberapa kali pilihanraya di Pulau Pinang dan mempunyai pengalaman yang banyak di Pulau Pinang.Lulusan Universiti Malaya dan juga menjadi pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.Pernah menjadi pengurus sekolah swasta ,pendakwah bebas,juga menjadipengarah syarikat Enterprise dan pernah berkhidmat sebagai pegawai masjid.
Manakala Mat Sabu tidak perlu diperkenalkan lagi. namun ura-ura bertiup kencang bahawa saleh Man dijangka akan dilantik mewakili PAS menggantikan Allayarham Dato Hamdan.