LAGI KENA TIPU.....


Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok

Inilah yang selalu dilakukan apabila menjelang pilihanraya. Kali ini oleh kerana pilihanraya di Permatang Pauh dan Umno akan tewas lagi kali ke 6- dan menyaksikan bahawa kedudukan menyebelahi Pakatan Rakyat maka kedudukan bakal menjadi 6-1.ORANG JOHOR JANGAN KENA TIPU LAGI.............

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.



Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?" soal Anwar
1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,"jelasnya.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"soal Anwar lagi. -



Kuala Terengganu 1-0
Batang air 1-1
Bukit Selambau 2-1
Bukit Gantang 3-1
Penanti 4-1
Manek Urai 5-1
Permatang Pasir 6-1

6 Gol berbalas 1..

Maka melaunglah agenda untuk menunjukkan kekalahan ini kerana Anwar pengkhianat.Kita lihat bagaimana Umno Khianat kepada orang Melayu apabila semakin dilaungkan Anwar pengkhianat, semakin terdedah siapa yang khianat.