ADA PERKARA YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH PR

Seperti yang telah dilaksanakan oleh media Umno/Bn ,anugerah kewartawanan boleh dilaksanakan jika betul caranya.Dengan berbagai media yang di ketuai oleh media Pakatan Rakyat, sama seperti yang dianjurkan oleh anugerah media Umno/Bn, usaha ini patut di berikan sokongan secara moral walau bukan hadiah melimpah ruah.Dengan 5 buah negeri yang dikuasai PR sekarang,(mengiktiraf Perak sebagai negeri Pakatan Rakyat) , maka ianya boleh dilaksanakan.

Media cetak PR yang semakin bertambah kini juga punya komitmen yang baik dan tersebar baik secara blog atau pun media cetak, namun bukan itu harapan wartawan yang berada di alam cyber dan media cetak mahukan anugerah, namun patut di sedari bahawa golongan inilah yang memenangkan PR kalau bukan 100%, namun jasa perlu juga di berikan.Apa salahnya jika pandai menjaga hati wartawan dan tidak siapa pun yang rugi.

Pahit manis wartawan baik para blogger dan juga wartawan media cetak dipukul,hidu asap gas beracun sudah menjadi perkara biasa.Namun semua ini nampaknya tidak pernah pun wartawan ini merasa jemu ,malah menjadi semakin giat untuk membuat liputan dan juga membantu bersama Pakatan Rakyat.Jadi fikir-fikirkanlah...