KAMPUNG BUAH PALA -JALAN PENYELESAIAN NYA TERLAKSANA
Pulau Pinang-Kisah kampung Buah Pala , sebuah kampung yang telah dianggap sebagai sebuah kampung tradisional yang mana didiami berbagai masyarakat kini telah menjadi sejarah apabila ianya di bangunkan oleh pihak pemaju.Semalam atas usaha kerajaan negeri Pulau Pinang, pihak pemaju bersetuju untuk memberikan sebuah rumah kepada 23 penghuni. Masalahnya bukan soal rumah, malah ianya juga akan terjadi kepada mana-mana kampung pun dalam Malaysia.
Di Kuala Lumpur, ramai taukeh-taukeh yang berminat dengan Kampung Baru.Nilai berbilion ringgit menjadi idaman para peraih untuk mendapat keuntungan.Maka kerana itu tidak hairanlah kes di kampung Buah Pala ni mencelikkan sebahagian besar rakyat untuk membuka mata akan isu kampung Buah Pala.Ia bukan soal kaum India, ianya soal bagaimana tanah tersebut diambil dengan harga di bawah nilai sebenar dan dijual dengan mudah kepada pemaju dan kontraktor.
Mungkin ini tidak menjadi soal kepada SPRM untuk menyiasat berbanding kes Tan Beng Hock, namun, nilai bahan yang bersejarah bagi penduduk Malaysia sebenarnya tidak di hargai. Jika tidak masakan Stadium Merdeka di roboh hanya kerana keuntungan , begitu juga dengan lain -lain memorial yang diruntuh untuk di perniagakan.Bayangkan tempat di mana Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerdekaan negara di runtuhkan, inikan pula kampung Buah Pala.
Apa yang menjadi saya berminat untuk mengkajinya ialah bagaimana sebuah tanah yang dimiliki Syarikat pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang, ialah menjualkannya kepada syarikat ini dengan begitu mudah dan dibawah paras harga yang rendah dan nilai sebenarnya. Apakah dengan tindakan ini ada pihak SPRM misalnya dapat menyiasat???Tidak adakah pihak atau ahli politik terutamanya di pihak kerajaan Barisan Nasional dan juga Umno hanya menolong diri sendiri dan menyalahkan pihak lain terutamanya kerajaan negeri padahal tanah tersebut di jual oleh meraka dan angkara mereka sendiri.Adakah Umno yang selama ini menjalankan urustadbir kerajaan negeri sebelum ini langsung tidak mahu mengaku bertanggungjawab diatas kejadian ini malah dalam masa yang sama menunggu masa untuk menghentam kerajaan Pakatan Rakyat.Tidak adakah mana-mana EXCO dari Umno yang terlibat???
Ianya masih menjadi misteri kenapa kerajaan Bn masih lagi mahu merampas tanah orang miskin di Kampung Buah Pala dengan mengunakan akta mahkamah dan juga parlimen , sedangkan tanah tersebut adalah tanah yang dimiliki oleh orang miskin di kampung Buah Pala.
Tidak ada bukti nyata bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi primium untuk membeli semula tanah ini. Tidak ada juga mana-mana bukti yang menyatakan bahawa tanah tersebut akan di kembalikan kepada kerajaan negeri.Ianya masih lagi dibawah tanah milik persekutuan.dan dengan menggunakan mahkamah tinggi tanah tersebut telah bertukar tangan. Hanya anda yang mampu memikirkannya untuk mengubahnya.