YB DR MANSOR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI TKM 1






TQ- NADODI MANNAN FOR THESE PHOTOS

PULAU PINANG-Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan. YB Guan Eng juga mengucapkan tahniah dan semmoga berkhidat dengan baik terhadap masyarakat.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu. Beliau yakin dpat berkihdmat untuk masyarakat Pulau Pinang apabila tiba seawal pagi tadi sebelum semua yang lain hadir untuk mengangkat sumpah sebagai TKM 1.

Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.