ORANG RAMAI MENUNGGU 2 ORANG AHLI PKR YANG BELOT UNTUK HADIR PERBICARAAN
IPOH 10 Feb. - Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ahli perniagaan Usaili Alias kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta. - Bernama
DATO SERI MOHD NIZAR HADIR UNTUK BERTUGAS
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi tadi dan beliau akur dengan arahan tersebut.
Menteri Besar bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sampai di pintu masuk jam 11.05 pagi sebagai memenuhi janjinya untuk datang ke pejabatnya hari ini.
Sebelum itu di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dikawal ketat oleh pihak polis anggota polis simpanan persekutuan (FRU)
Namun kawalan ketat pihak keselamatan sedikit pun tidak mematah semangat Menteri Beaar dan Exconya untuk cuba masuk ke pejabatnya.
Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.
"Kami akur dengan arahan dan akan pulang," katanya.
"Pagi ini saya datang bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Mohamad Nizar

GAMBAR -GAMBAR KIRIMAN AISHAH BLOGGER..........