Kemenangan sudah dan seharusnya perancangan dan perlaksanaan adalah agenda utama kita. Demi agama dan bangsa setiap dari kita dipertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik. Proses mengatur organisasi sedang giat dijalankan walau terdapat ruang dan sedikit longgar dalam meletakan individu berkaliber ditempatnya.
Saudara
Majlis Maulidur Rasul di peringkat negeri akan dilaksanakan pada 20/03/08. Program ini merupakan program pertama kerajaan baru alternatif namun sudah ketara ada pihak berhasrat untuk sabotaj dan menggagalkan acara itu, justeru itu saya rasa terpanggil dan berharap dengan bantuan rakan rakan kita mampu membuktikan pada musuh serta agen agen munafik bahawa setiap yang benar pasti mendapat pembelaan. Diantara intipati acara adalah seperti berikut :-
PROGRAM : MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI
KEHADIRAN : 4 - 5 RIBU
TETAMU : YAB AHMAD FAIRUS (TIM. KETUA MENTERI)
KONTIGEN : AGENSI KERAJAAN, SWASTA, BERKANUN DAN NGO
TEMPAT : MASJID JAMEK SEBERANG JAYA BERARAK KE TAPAK ESPO SEBERANG JAYA
MASA : 7.30 PAGI
PROGRAM ini besar kemungkinan akan di sabotaj oleh wakil rakyat umno terdiri dari YB Penaga, Sg Dua, Pinang Tunggal dan lain lain YB Pembangkang. Bertujuan untuk memalukan pihak pentadbiran alternatif dengan membesarkan melalui media sekiranya gagal menghimpun sebanyak kontigen dan agensi kerajaan. Mesyuarat yg baru berlalu Jumaat lalu jelas membuktikan terdapat anasir memboikot setelah program ini cuba di politikan. Jumlah kehadiran disekat dari 5 ribut kepada 2 ribu dan saya berharap pihak saudara dapat menwar warkan dan cuba membawa seramai mungkin penyokong alternatif pada pagi 20/03/08 di masjid seberang jaya.
Kerjasama saudara terlalu tinggi nilainya dan saya menanti respon agresif setiap pendokong keadilan dan islam.
takbir
KEYAKINAN ANWAR TELAH BANYAK TERBUKTI KINI-JALAN KE PUTRAJAYA SEMAKIN DEKAT
Jalan ke Putrajaya semakin dekat - Anwar
Helme Hanafi,KLpos
Tue | Mar 18, 08 | 7:45:22 am MYT
Ada nada optimis apabila Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO bahawa "jalan ke Putrajaya semakin dekat". Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.
Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu 'macam tidak masuk akal' namun beliau memberikan bandingan, "Dulu saya kata KeADILan akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga," katanya.
Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, 'tidak ramai yang percaya,".
Bahkan seorang pemimpin kanan KeADILan memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihan raya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.
"Saya tidak percaya waktu itu," katanya.
Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.
"Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi," katanya.
Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin KeADILan, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.
"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin KeADILan dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.
Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.
Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.
Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.
"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar. - mks.
LAGI KUTUK KABINET PAK LAH
Kabinet Pak Lah didalangi?
Aman Rais | Feb 21, 06 12:59pm
Baru Selesai sudah episod rombakan kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Mereka yang selama ini tertunggu-tunggu rombakan tersebut, akhirnya mengalami “anti-klimaks”. Memang ada perubahan dibuat tetapi ia tidak seperti yang dijangkakan. Ramai pemerhati politik berpendapat Pak Lah tidak mendapat ilham yang tepat. Ilham yang datang dalam rombakan kabinet Perdana Menteri itu dianggap tumpul dan menghampakan.
Sebelum ini, ramai berpendapat kabinet Pak Lah dibayangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka mengharapkan Pak Lah muncul dengan barisan kabinetnya sendiri – barisan kabinet Islam Hadhari!
Namun nama-nama yang dijangka digugurkan terus dikekalkan. Bukan sahaja mereka dikekalkan, malah dianggap sebagai “terlalu baik untuk digantikan oleh orang lain”. Dalam kes Datuk Seri Rafidah Aziz, misalnya, Pak Lah bukan sahaja mengekalkan beliau, malah mempertahannya kesilapannya. Kepincangan Rafidah menangani isu permit import (AP) kenderaan ditutup dengan segala kejayaan dan kebijaksanaanya memikat pelabur asing ke dalam negara.
Beberapa menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Azmi Khalid dan Datuk Noh Omar, yang sebelum ini disebut-sebut bakal digugurkan, telah dikekalkan. Azmi dan Noh diberikan potfolio baru.
Antara pemerhati politik yang nyata paling kecewa dengan rombakan kabinet Pak Lah ini ialah Dr Mahathir. Walaupun beliau tidak menyatakannya dengan jelas, namun berdasarkan kritikannya terhadap dasar AP negara yang tidak berubah, jelas sekali beliau mengambil pendekatan “pukul anak, sindir menanti”.
Nyata sekali bekas Perdana Menteri itu kecewa Rafidah dikekalkan di potfolio lamanya – MITI.
Tindakan Pak Lah membawa masuk tokoh yang pernah digugurkan, Tengku Adnan Mansur juga mengejutkan banyak pihak. Rakyat tidak nampak apa rasional Pak Lah membawa balik wakil rakyat Putrajaya itu ke dalam kerajaan.
Pemerhati politik semakin pening memikirkan mengapa tiga wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan (WP) dilantik sekaligus sebagai menteri penuh. Selain Tengku Adnan, dua lagi ahli Parlimen dari WP yang memegang jawatan menteri penuh ialah Datuk Zulhasnan Rafique (Wangsa Maju) yang menggantikan tempat Tan Sri Isa Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Umno WP
Adakah pengaruh Umno Wilayah Persekutuan menjadi penentu masa depan Pak Lah dalam parti?
Berdasarkan barisan anggota kabinet yang dikekalkan dan digugurkan itu, para pemerhati terutamanya pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) merasakan Pak Lah telah terlepas peluang untuk mengotakan janjinya memerangi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan.
Pada awalnya, Perdana Menteri dijangka menggugurkan beberapa menteri yang dikatakan bermasalah. Ada sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri mengatakan, kerana mahu membersihkan kabinetnya, maka Pak Lah memerlukan masa berbulan-bulan untuk mendapatkan “ilham” bagi merombak barisan menterinya.
Kononnya, beliau terpaksa berhati-hati menapis dalam menggugurkan dan mencari pengganti bagi memastikan ”rambut yang ditarik dari dalam tepung tidak putus dan tepungnya tidak terurai...”
Namun ramai yang terkejut dan kecewa pada 13 Februari lalu apabila ramai menteri yang “bermasalah” terus dikekalkan. Lalu timbullah desas-desus dan pertanyaan di kalangan pemerhati politik: benarkah ini kabinet Pak Lah atau ia masih dibayangi oleh orang lain.
Ramai yang berpendapat bayang-bayang Dr Mahathir semakin terhakis walaupun ramai menteri yang dulunya dikaitkan dengan Wira Dunia Ketiga itu, masih dikekalkan oleh Pak Lah – antaranya Datuk Aziz Shamsudin, Datuk Zainuddin Maidin, Azmi Khalid, Datuk Mustapha Mohamed, Rafidah dan Datuk Johari Baharom.
Penyokong kuat
Namun mereka ini tidak lagi dilihat sebagai penyokong kuat Dr Mahathir, tetapi sebaliknya dikatakan sudah beralih menjadi penyokong setia Pak Lah. Sudah menjadi adat resam politik, sokongan untuk seseorang hanyalah ketika dia berkuasa. Apabila tiada kuasa, perasaan sayang akan melayang!
Jadi dengan tiada lagi bayang-bayang Dr Mahathir, tangan siapakah pula yang menjadi dalang dalam rombakan kabinet ini? Mengapa pemerhati politik tidak mahu mempercayai atau menerima sahaja bahawa kabinet yang ada ini adalah barisan pilihan Pak Lah dan bukan dibayangi oleh orang lain?
Adakah mereka tidak percaya bahawa Pak Lah sebagai seorang pemimpin veteran yang telah lama melalui asam garam politik, mampu membuat keputusan sendiri? Adakah mereka masih meragui siapa sebenarnya yang “in-charge” dalam kerajaan Malaysia sekarang?
Tidak mungkin barisan kabinet baru ini dibayangi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak walupun beliau berdiri tegak di kiri Pak Lah semasa pengumuman rombakan itu dibuat. Jadi kalau betul ada dalang yang memainkan wayang kulit rombakan kabinet itu, siapakah dia? Siapakah yang rapat dengan Pak Lah ketika ini? Siapakah penasihat atau kumpulan “think tank” beliau?
Adalah keterlaluan kalau ada pihak mengatakan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang mendalangi rombakan kabinet kali ini. Beliau hanya seorang budak mentah yang dirasai belum mempunyai kemampuan untuk mencatur pengerakan politik bapa mertuanya.
Sepak terajang politik Pak Lah tidaklah terlalu sumbang hingga perlu menjadikan Khairy menjadi “masater mind” beliau. Membina barisan kabinet negara bukan semudah membentuk pasukan bolasepak MyTeam!