PERMATANG PAUH-penggumuman meletak jawatan oleh YB Datuk Paduka Wan Azizah dan penggumuman bakal PM Malaysia Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh menggembirakan penduduk Permatang Pauh kerana hampir 10 tahun penantian untuk Anwar kembali ke kampung halaman.
Apa yang menanti pencabar beliau iaitu Sdr Ezam ialah berkotak-kotak telur busuk untuk menggantikan berkotak-kotak peti rahsia,mungkin....tetapi masyarakat Permatang Pauh matang berpolitik.
Namun jika Noh Omar merasakan beliau "gentleman",letak jawatan dan datang lah bertanding di Permatang Pauh.Ulasan ini adalah berdasarkan apa yang beliau katakan kepada Anwar bahawa Anwar tidak gentleman apabila balik bertanding di tempat sendiri.
Apa pun Permatang Pauh akan tetap dipertahankan dan semua jentera telah bersiap sedia......