KL must overcome scepticism of Anwar caseCOMMENTARY
JULY 24 — When 96 foreign diplomats rushed to a Home Ministry briefing on a two-hour notice yesterday, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar was pleased. He had managed to attract twice the number of diplomats than Datuk Seri Anwar Ibrahim did a day before and there were many more ambassadors and high commissioners in the audience.
Kemahuan ambil alih kerajaan bukan kerana gila kuasa - Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jul 24, 08 4:07:25 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa.
Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.
"Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.
"Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh," ujar Anwar dalam satu ulasannya semalam.
Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.
"Tengahari tadi (23 Julai) saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat.
"Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat kerana kepimpinan yang tidak wibawa, katanya.
Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, katanya.
"Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan," ujarnya
KALAU GILA KUASA LAMA DAH JADI PM KOT....