FUNGSI SAYAP
ZIARAH PRIHATIN DAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK YANG DITEMPATKAN DI PPS SK SULTAN ABDUL AZIZ, KG. KUANTAN
Pada malam 20 November 2026 (Jumaat), Encik Mohd Maskor Ibnu Tumiran mewakili Dr Dzulkefly Ahmad telah menyantuni penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sultan Abdul Aziz, Kg. Kuantan.
Dalam kunjungan tersebut, sumbangan berupa makanan ringan telah disampaikan kepada para mangsa sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, di samping menyediakan kemudahan pinjaman katil perubatan bagi membantu penduduk yang memerlukan.
Untuk makluman, PPS SK Sultan Abdul Aziz, Kg. Kuantan telah mula dibuka pada 20 November 2026 (Jumaat), jam 2.30 petang bagi menempatkan penduduk yang terjejas.
Semoga sumbangan dan bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan keselesaan kepada semua penduduk yang terlibat.
Prihatin, cakna dan sentiasa bersama masyarakat ketika diperlukan.
#flood #FloodRescue #FloodSafety #banjir #malaysia #kualaselangor
AMANAH KEMUKA CALON MUDA SUPAYA ADA PENGGANTI.
Ustaz Ridwan Abu Bakar
Parti AMANAH Negara dalam setiap edisi pilihanraya yang disertainya tidak pernah membiarkan ruang calon untuk anak² muda sebelum usia 25 tahun dibiarkan kosong.
Tujuannya adalah untuk 'melatih' dan seterusnya membina potensi mereka sebagai pemilik zaman untuk memimpin zaman dengan gaya dan kaedah semasa !!
PRU 14 ; AMANAH tonjolkan Saqif Ansorullah sebagai calon termuda di DUN Selinsing, Perak. Sekarang beliau masih istiqamah sebagai JKP Nasional Pemuda AMANAH Nasional.
PRU 15 ; AMANAH tonjolkan Muaz Abdullah di Parlimen Padang Terap sebagai calon termuda. Sekarang ini masih aktif sebagai JKP Nasional Pemuda AMANAH Nasional.
PRN 16 - Melaka ; wajah muda sekali lagi dipertaruhkan oleh AMANAH di DUN Kuala Linggi, Mukhlis Mubin - selamat ulang tahun ke 25 hari ini - semoga akan kekal istiqamah untuk mengempur Asabiah.
Saya tidak senaraikan anak muda yang melebihi usia 25 ketika menjadi calon, bahkan ada yang menang pun kerana untuk tumpuan khusus kepada yang bawah 25. Kerana, anak sulungku pun berusia 25 tahun ππ
Dirgahayu AmanahKu
Selamat berkonvensyen Pemuda Amanah.
NAK CARI PENGARUH POLITIK KA APA ? ATAU MULA FIKIR NAK BUNGKUS.?
Aman Muhammad
Beberapa hari lalu, MCA pertikai peraturan seluar pendek di premis kerajaan, peraturan wanita menyanyi di Terengganu, peraturan perkahwinan bukan Islam di Kelantan.
Takde pun PAS nak buat repot polis.
DAP persoal peraturan tutup kedai waktu solat Jumaat, semua marah-marah sampaikan geng PH sendiri buat repot polis.
Apa tangkal yang MCA pakai sampai berkali-kali hina Islam takde orang marah, ya?
:)
ISMAIL TAHU PERSIDANGAN DEWAN INI BELIAU AKAN TUMBANG...JADI...
Jamzuri Ardani
Dato' Ismail Lasim pun tahu dia tidak mungkin dapat bertahan lama sebagai MB.
Bila DUN bersidang, dia akan berhadapan dengan undi tak percaya.
Dia cuma nak tunjuk dan buktikan penderhakaan dan pembohongan BN kepada Raja dan rakyat N9. Saya nampak itu sahaja.
Sekurang-kurangnya dia berani melakukan perkara yang sepatutnya di hujung karier politik beliau.
MELAYU YANG TAK MALU.
Apa ertinya kita melaungkan perjuangan Melayu kalau akhirnya pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat tetap dipertahankan hanya kerana sebangsa dengan kita?
Bang Mat sebagai anak Melayu cukup berbangga dengan bangsa sendiri.
Itu fitrah. Tetapi kebanggaan ini ada batasnya.
Kita tidak boleh berbangga dengan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng wang rakyat dan menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion ringgit.
Lihat sahaja pengajaran daripada skandal 1MDB yang meninggalkan beban lebih RM50 bilion kepada negara.
Bayangkan berapa banyak sekolah, hospital dan kemudahan rakyat dapat dibina dengan wang sebesar itu.
Sebab itu, Bang Mat menegaskan bahawa kesetiaan kepada bangsa tidak boleh mengatasi kesetiaan kepada kebenaran dan keadilan.
Rasulullah SAW sendiri mengingatkan bahawa kehancuran umat terdahulu berlaku apabila golongan berkedudukan terlepas daripada hukuman, sedangkan golongan lemah dihukum.
Inilah prinsip yang mesti kita pegang.
Tidak kira siapa pun pemimpinnya, undang-undang dan keadilan mesti ditegakkan.
Bang Mat menyeru agar kita tidak mudah terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang hanya indah pada kata-kata.
Ukurlah perjuangan seseorang melalui kejujuran, akhlak dan amanah kepimpinannya.
Jangan sampai sentimen bangsa dan agama dijadikan alat menutup penyelewengan atau membakar kebencian sesama rakyat.
Maruah Melayu bukan terletak pada sekuat mana kita melaungkan ketuanan bangsa, tetapi pada keberanian menolak rasuah, membina ilmu, memperkukuh ekonomi dan melahirkan pemimpin yang amanah.
Bang Mat mahu melihat orang Melayu bersatu atas kebenaran dan keadilan, serta bersama seluruh rakyat membina Malaysia yang makmur dan dihormati.
Istiqamah Menggempur Asabiah!
#KonvensyenNasionalAMANAH2026
#PartiAmanahNegara
#IstiqamahMenggempurAsabiah
MASAALAH APA PULOP
Arif Kadir
Panas pulop cerita ni hari ni. Ana nak tanya sikit, Fadila tu laki kaa pompuan? Kalau laki, wajib laa dia pegi solat Jumaat. Dan wajib laa 7E sediakan staff pompuan. Kalau Fadila tu pompuan, kenapa pulak dia nak tutup kedai? Dia mana wajib Jumaat.
Isu di sini bukan tutup operasi masa Jumaat. Tapi tokey kena sediakan staff pompuan laa.
Oh lagi 1, tokey 7E tu kan Vincent Tan. Takkan Dr Seng tak de wassap group suruh sediakan pekerja pompuan hari Jumaat? Tanya jer. Takkan tanya pong marah? Ana pun ada gambar dengan Vincent Tan. Nanti ana wassap dia.
NAK MINTA SOKONGAN TANPA MEMBANTU AHLI...PATUT RAMAI DOK DIAM SAJA...MALAH MELIHAT DARI JAUH...JANGAN SAMPAI KATA SAYONARA.
Jamil Bin Ismail
Aku benci dengan UMNO sejak Anwar Ibrahim dipecat , tetapi ada banyak perkara dalam umno yang aku respect. Ada perkara sangat kecil yang kita tak nampak tetapi sangat bermakna kepada ahli-ahlinya. Pemimpin PKR lupa diri, lupa orang bawah. Aku bagi contoh salah seorang ajk JPKK aku orang UMNO , ahli sahaja, bukan pegang jawatan dalam parti pun. Semalam dia birthday. Menteri Besar Perak ucap happy birthday melalui WhatsApp dengan foto. Ada pemimpin PKR Fikir benda kecik mcm ni yang membawa seribu makna kepada ahli . Pemimpin-pemimpin PKR lupa diri , dengan otai-otai; mereka tak peduli, hanya tunjuk peduli dengan buat reunion tu pun pasal dah banyak kalah. bila minta tolong mmg tolong tapi ibarat bagi kereta tak bagi tayar . Jangan berkira sangat dengan otai otai orang lama ,kami pun nak hidop .Tak payah la cerita duit negara negara. penat laa .
Bila di tanya, ada pulak kata si Polan ni asyik minta-minta. tapi tak sedarkan mereka minta 10 dapatnya 1 saja lain dapat surat tidak dapat dipertimbangkan. Dato Seri Anwar Ibrahim pun . faham la jaga duit negara tapi kami pendokong dan penyokong pun nak hidop , jangan kedekut sangat. nak bantu orang kampung pun malu tak dapat membantu. lepas tu nak cerita dua tiga penggal. dream onn. Kita kalah tiga pilihan raya negeri bukan tak dapat sokongan, tetapi akar pokok dan mati lari ke pokok lain , tidak membantu, malah ada yang boikot.
Aku sangat-sangat kecewa pimpinan tak tengok benda-benda kecil macam ni. Aku mohon sangat Dato Seri Anwar Ibrahim bacalah tulisan aku ni kalau nak parti bertahan.
Percayalah dalam setahun ni kalau Dato Seri Tak Berubah sayonara lah umno akan naik balik ,bukan pasal umno bagus tapi mereka ambil peluang bila pendokong dan penyokong boikot . so terima kenyataan kita kalah sebab pendokong dan penyokong boikot,camput fithnah fithnah dan undi fikir la.
WANITA DI TERENGGANU PUN DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT KE?
Cabai Giling
Saya nak tanya kerajaan negeri Terengganu dan juga para penyokong yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan dasar penutupan premis ketika solat Jumaat.
Adakah di Terengganu ini wanita juga diwajibkan menunaikan solat Jumaat sehingga semua premis yang dimiliki oleh orang islam perlu ditutup? Bagaimana pula dengan wanita yang memerlukan barangan keperluan ketika waktu tersebut? Bagaimana dengan pelancong, masyarakat bukan Islam dan mereka yang mempunyai urusan serta keperluan harian?
Sebelum ada yang sibuk memutarbelitkan isu, fahamkan dahulu apa yang sebenarnya dipersoalkan oleh YB DAP.
Isu ini bukan mempertikaikan kewajipan solat Jumaat, bukan juga menghalang kaum lelaki menunaikan ibadah. Isu sebenarnya ialah soal pengurusan dan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri.
Kalau sesebuah premis itu hanya mempunyai pekerja lelaki, kita boleh faham sekiranya operasi dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada mereka menunaikan solat Jumaat. Itu bukan persoalannya.
Tetapi bagaimana pula jika premis tersebut mempunyai pekerja lelaki DAN wanita? Adakah premis itu juga wajib ditutup sepenuhnya? Mengapa tidak dibenarkan pekerja wanita meneruskan operasi sementara pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat?
Bukankah itu satu solusi yang lebih praktikal?
Begitu juga dengan premis yang boleh diuruskan oleh pekerja wanita sepanjang tempoh tersebut. Mengapa perlu menutup keseluruhan operasi sedangkan masih ada tenaga kerja yang boleh menjalankan perniagaan?
Inilah yang dipersoalkan. Bukan solat Jumaat, tetapi kaedah pelaksanaan sesuatu dasar.
Janganlah setiap kali ada pihak bertanya tentang keberkesanan sesuatu dasar, terus dituduh mempertikaikan agama. Agama tidak pernah menghalang manusia daripada berfikir, mencari penyelesaian dan mentadbir dengan bijaksana.
Kalau semua persoalan pentadbiran mahu dijawab dengan alasan agama, sampai bila kita mahu memperbaiki sistem pengurusan?
Jangan terlalu sibuk mempertahankan sesuatu dasar sehingga gagal membezakan antara mempertahankan agama dengan mempertahankan keputusan pentadbiran kerajaan.
Solat Jumaat tetap wajib bagi lelaki Muslim yang memenuhi syarat. Tetapi mengurus sebuah negeri memerlukan kebijaksanaan, pertimbangan dan solusi yang mengambil kira keperluan seluruh masyarakat.
#CabaiGiling
ANITA DI TERENGGANU PUN DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT KE?
Saya nak tanya kerajaan negeri Terengganu dan juga para penyokong yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan dasar penutupan premis ketika solat Jumaat.
Adakah di Terengganu ini wanita juga diwajibkan menunaikan solat Jumaat sehingga semua premis yang dimiliki oleh orang islam perlu ditutup? Bagaimana pula dengan wanita yang memerlukan barangan keperluan ketika waktu tersebut? Bagaimana dengan pelancong, masyarakat bukan Islam dan mereka yang mempunyai urusan serta keperluan harian?
Sebelum ada yang sibuk memutarbelitkan isu, fahamkan dahulu apa yang sebenarnya dipersoalkan oleh YB DAP.
Isu ini bukan mempertikaikan kewajipan solat Jumaat, bukan juga menghalang kaum lelaki menunaikan ibadah. Isu sebenarnya ialah soal pengurusan dan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri.
Kalau sesebuah premis itu hanya mempunyai pekerja lelaki, kita boleh faham sekiranya operasi dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada mereka menunaikan solat Jumaat. Itu bukan persoalannya.
Tetapi bagaimana pula jika premis tersebut mempunyai pekerja lelaki DAN wanita? Adakah premis itu juga wajib ditutup sepenuhnya? Mengapa tidak dibenarkan pekerja wanita meneruskan operasi sementara pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat?
Bukankah itu satu solusi yang lebih praktikal?
Begitu juga dengan premis yang boleh diuruskan oleh pekerja wanita sepanjang tempoh tersebut. Mengapa perlu menutup keseluruhan operasi sedangkan masih ada tenaga kerja yang boleh menjalankan perniagaan?
Inilah yang dipersoalkan. Bukan solat Jumaat, tetapi kaedah pelaksanaan sesuatu dasar.
Janganlah setiap kali ada pihak bertanya tentang keberkesanan sesuatu dasar, terus dituduh mempertikaikan agama. Agama tidak pernah menghalang manusia daripada berfikir, mencari penyelesaian dan mentadbir dengan bijaksana.
Kalau semua persoalan pentadbiran mahu dijawab dengan alasan agama, sampai bila kita mahu memperbaiki sistem pengurusan?
Jangan terlalu sibuk mempertahankan sesuatu dasar sehingga gagal membezakan antara mempertahankan agama dengan mempertahankan keputusan pentadbiran kerajaan.
Solat Jumaat tetap wajib bagi lelaki Muslim yang memenuhi syarat. Tetapi mengurus sebuah negeri memerlukan kebijaksanaan, pertimbangan dan solusi yang mengambil kira keperluan seluruh masyarakat.
#CabaiGiling
TAK PAYAH. FULL STOP. PAS BOLEH LARI MANA MANA SAJA ASAL DAPAT LABA. MEREKA TIDAK BOLWH MWMIMPIN..
Bukan calang-calang orang yang dikatakan pernah cuba memujuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya berbaik dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH). Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sendiri, kata Hadi.
Menurut Hadi, Erdogan pernah membisikkan kepadanya ketika menghadiri sebuah persidangan ulama di Turkiye.
“Boleh tak PAS ini berbaik dengan Anwar? Dengan PH?”
Jawapan Hadi cukup ringkas. Tak boleh!
Hebat betul keteguhan prinsip PAS. Presiden sebuah negara Islam yang dihormati dunia pun dikatakan tidak mampu melembutkan hati Presiden PAS untuk berbaik dengan Anwar.
Hadi turut mendakwa PAS pernah ditawarkan peluang menyertai Kabinet dan memegang jawatan menteri, namun semuanya ditolak kerana perbezaan dasar perjuangan yang dikaitkannya dengan soal wala' dan percanggahan dengan Islam.
Setakat ini, cerita mengenai perbualan tersebut datang daripada Hadi sendiri dan belum mendapat pengesahan daripada Erdogan.
Namun, bahagian yang paling menarik bagi aku ialah apabila Hadi menjelaskan pilihan PAS untuk membina muafakat politik bersama UMNO dan kelompok bukan Islam yang disifatkannya tidak ekstrem.
Di sinilah timbul persoalan tentang betapa fleksibelnya prinsip politik PAS.
Dahulu, bukan main keras lagi PAS menentang UMNO sehingga perbezaan politik turut dikaitkan dengan persoalan agama. Hari ini, UMNO pula dipilih sebagai rakan muafakat politik.
Berubah pendirian politik bukanlah satu kesalahan. Tetapi apabila agama dijadikan alasan untuk menerima atau menolak kerjasama politik, sewajarnya ukuran yang digunakan itu konsisten dan dijelaskan kepada rakyat.
Kalau perbezaan dasar dengan UMNO boleh dirundingkan, mengapa perbezaan dengan PH langsung tidak boleh dibincangkan?
Aku tertanya-tanya, apakah sebenarnya ukuran yang digunakan PAS dalam menentukan siapa yang layak menjadi rakan politiknya?
Prinsip perjuangan, keserasian dasar atau percaturan kuasa?
Erdogan mungkin boleh memahami perbezaan politik antara pemimpin Islam, tetapi berdasarkan cerita Hadi sendiri, usaha beliau untuk mendekatkan kedua-dua pihak ternyata tidak berhasil. – Rakyat Menilai
FUHHH MEMANG CILAKA.
Abu Sopie
" Terlalu sibuk dan fokus jaga negara, jaga hati kawan parti koalisi serta jaga musuh yakni pembangkang sampai apa yang negeri pembangkang nak semua bagi !!!
yang akhirnya rumah parti sendiri huru hara, pimpinan dan penyokong tegar lari merajuk, petugas2 bawah terabai macam tkde mak bapak, lebih sial lagi diberi amanah dan jawatan2 penting kepada org2 baru yg pandai jilat dan pemalas buat keje, tapi hidup mereka kaya raya !
4 kali piliharaya negeri Sabah, Johor, N9 dan Melaka parti kita HANYA menang 4 kerusi dun SAHAJA !!!!
klw itupun masih mendabik dada dan sindrom of denial msih ada, aku nk bagitau WELCOME BACK BARISAN NASIONAL utk Malaysia ! "
Ribut Dari Selatan
Liayana Marzuki
Melihat situasi inca-binca politik, aku yakin gerakan 'Ribut Dari Selatan' seperti berita 2018 ini masih berjalan. Kebetulan demi kebetulan yang berlaku seakan-akan membantu gerakan ini semakin menghampiri sasarannya. Isu sekecil 'anak jangan campur' pun buat Zahid terciduk apabila dia digambarkan seperti sedang bercakap di depan cermin. Ni, Negeri Sembilan dah nak selesai. Ah, sudah! Tapi kita tengoklah sebab masing-masing ada move. Kita?
π΅Kita hanya dapat kemeja T π΅































