Apa cerita sebenarnya ?
Kalau kita kumpul semua yang disebut hari ni + yang dah ditandatangan awal tahun ni dengan Perancis, senarainya memang panjang. Ni senarai penuh setakat malam ni
✅ Yang diumumkan HARI NI (17 Nov 2026)
TUDM — Udara
4x Helikopter Combat Search & Rescue (CSAR) — Airbus H225M Caracal, LOI kepada Airbus Helicopters, Fasa 1, bawah Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055
Tentera Darat
36x Meriam ringan 105mm — KNDS (Perancis-Jerman), LOI kepada KNDS, untuk Tentera Darat. Komponen untuk integrasi tempatan, rakan tempatan ADS
TLDM — Laut
Mid-life upgrade 2x kapal selam Scorpene (KD Tunku Abdul Rahman + KD Tun Razak) 3 LOI dari BSES :
• Naval Group — combat management system, platform management, Depth Trim Network, alat ganti
• Thales — RESM radar + sonar
• Safran — Search Optronic Mast + Attack Periscope
Kapal selam baharu (jenis / jumlah belum umum) Baru isyarat Macron — "may sign a deal", belum LOI / kontrak
Sistem / Industri Pertahanan
Satelit, peluru berpandu/roket, siber Weststar Aerospace + Thales — MOU
Sistem komunikasi taktikal + battlefield management untuk 136x kenderaan perisai Tarantula buatan tempatan, MILDEF + Thales — MOU
Baiki komponen enjin helikopter + latihan juruteknik, Global Turbine Asia + Safran Helicopter Engines — MOU, dengan pemindahan teknologi
Pusat lawan ancaman hibrid RC-SHIELD, LOI — latihan tentera + awam, siber, manipulasi maklumat, campur tangan asing
✅ Yang DAH ditandatangan AWAL TAHUN NI dengan Perancis
Ni ramai lupa, tapi sebahagian dari pakej yang sama 👉
18x CAESAR 155mm self-propelled howitzer — kontrak dengan KNDS + ADS ditandatangan 16 Jun 2026 di Eurosatory, Paris
Kontrak tu termasuk lesen pemindahan teknologi + pemasangan di Malaysia
Boleh tembak 6 das seminit, jarak lebih 40km
❓ Yang DIBINCANG, tapi BELUM SAH
Kapal selam baharu Scorpene Evolved — dibincang, disebut Macron, tapi tiada LOI hari ni
Kerjasama nuklear awam — Macron tawar Perancis bantu Malaysia dalam tenaga nuklear awam, masih peringkat tawaran
Kapal selam / aset maritim lain dalam peta hala tuju pertahanan jangka panjang
Bukan aset tentera, tapi sebahagian pakej sama
Rare earth — Carester (Perancis) + Malaco Mining, kilang pemisahan di Perak, kapasiti 13,000 tan setahun
Tenaga — TNB + EDF
Teknologi — SkyeChip + SiPearl, Telekom Malaysia + Alcatel Submarine Networks (kabel dasar laut)
Jadi ringkasnya macam ni lah 👉
Helikopter 4 + Meriam 105mm 36 + Upgrade kapal selam 2 + CAESAR 18 (dah sign Jun) = teras pakej Perancis 2026
Yang lain semua MOU industri — satelit, Tarantula, enjin helikopter, siber.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG