๐ฒ๐พ๐ซ๐ทRafale Kembali Masuk Pembahasan Modernisasi Jet Tempur Malaysia
Prancis kembali berupaya memperluas kerja sama pertahanan dengan Malaysia melalui penjajakan potensi penggunaan jet tempur Rafale. Langkah ini muncul ketika Kuala Lumpur mulai mempersiapkan rencana jangka panjang untuk memperbarui kekuatan udaranya, terutama armada F/A-18D Hornet dan Su-30MKM yang saat ini menjadi tulang punggung pesawat tempur RMAF.
Pembahasan berlangsung pada 12 November 2026 dalam pertemuan antara pejabat Kementerian Pertahanan Malaysia, Duta Besar Prancis Marc Abensour, serta perwakilan Dassault Aviation. Kedua pihak turut membicarakan peluang transfer teknologi, peningkatan kemampuan industri lokal, hingga dukungan pemeliharaan pesawat apabila kerja sama tersebut berlanjut.
Berdasarkan laporan Defence Security Asia tanggal 13 November 2026, Malaysia diperkirakan baru melakukan evaluasi resmi program pengadaan pesawat tempur multiperan pada 2029–2030. Kebutuhan perencanaan pertahanan negara tersebut mengarah pada pembentukan dua skuadron dengan perkiraan total 30–36 pesawat, meskipun belum ada keputusan mengenai tipe yang akan dipilih.
Meski kembali mendapat perhatian, peluang Rafale masih harus bersaing dengan sejumlah kandidat lain dan menyesuaikan kemampuan anggaran Malaysia. Hingga saat ini belum terdapat kontrak, jumlah pembelian, maupun keputusan resmi yang menetapkan Rafale sebagai calon pengganti Hornet dan Su-30MKM.
#Rafale #Malaysia #DassaultAviation #RMAF #WorldofWar
KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA:
Kerusi N22 - BANDAR HILIR.
LENG CHAU YEN (PH) mendahului setakat jam 5:46PM.
Keputusan penuh: pru.astroawani.com
#AWANInews #MelakaMemilih #PRNMelaka
NI PATUT LA TAK DAPAT TAULIAH MENGAJAR..FATWA DAN PANDANGAN IKUT PILIHAN PARTI DIA IKUT.
Nor Adni Bin Adnan
Hok ni namanya Osetad Setang.
Hok dia cakap betoi ke HOK AL QURAN ITU BETOI?
Cakap pusing²... Beraq nang² mung...
PH AKAN MENANG 4 KERUSI DSP SAHAJA.
INI RAMALAN AKU... ADA MAKLUMAT UMPAS AKAN MENANG TAHNIAH.. STATEGI BN BAGUS.. GUNA TV DALAM TEMURAMAH SEMALAM.. DALAM BERNAMA MAT MASLAN BOLEH CAKAP.. TERBAIK UMNO... HIDUP UMNO..
TARIK JA SOKONGAN.
Betul tu Dato. Tarik je sokongan. Semua Menteri Umno boleh Letak jawatan tanda protes kerana DAP langgar Redline.. Dato kena jadi contoh pertama iaini letak jawatan as Pengerusi MARA.. Kasi jadi Dato! Ini kalilah! ๐
#Pemomokkan
SALAH CAKAP KOT SEMALAM YA..
Ahmad Tuah
Hangpa ingat Haji Hadi berani ke dengan DAP, semalam tersalah cakap :
"Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam,"
Tak samapi 24jam, terus mohon maaf.... tak sempat DAP gertak dah menikus.
Sejarah tak pernah lupa, Haji Hadi lah Promoter terhebat DAP ketika zaman TGNA.
Masa tu sekapal sebab DAP & TGNA sepakat lawan RASUAH.
Hari ni Hj Hadi pula sekapal dengan peRASUAH.
TERBAIK DARI HADI AWANG YANG DIKATAKAN ULAMAK POLITIK... HA UAN DUNIA JUGA...
Kamaruddin Saari
Sedikit Manaqib berkaitan Tuan Guru Bazul Baba Zul.. Ramai Orang tak kenal baba tahu duk radd.. Apa yg baba buat saya yakin dan pasti ada alasannya..
Info Yg Ambo Dapat & Maklum :-
1.1980 - 1986 pondok pasir Tumbuh.
2.pondok Kerasak Fathoni 2 tahun.
3.pondok Dala Fathoni 2 tahun.
4.1992-1996 Mekah.
5.2010-2015 Taman Hadhramaut.
6.2015-2017 Mesir.
** JAWATAN YG DI PEGANG..
- MUDIR MADRASAH ISLAMIYYAH
- PENGERUSI PONDOK MADANI KELANTAN
- ALHLI SYURA PONDOK MADANI MALAYSIA
- SYURIAH NA'AM Nahdhatul Ulama' Malaysia - Rasmi Nahdlatul Ulama Kelantan
** ANTARA GURU BELIAU..
Antara Tuan² Guru di kelantan Yg baba pernah magaji dan di pondok pasir Tumbuh
1.TG. Haji. Abd Aziz.
2.TG. Haji Musthafa.
3.TG. Haji. Hasyim.
4.TG Haji. Salleh.
5.TG. Abu Bakar.
6.TG.Tok Wan Daud.
7.TG. Ustz A'tiqullah.
8.TG. Pok Hak Gelang Mas.
Luar pondok Pasir Tumbuh dlm klntan.
1.TG Haji. Abd.Rahman wakaf Baru bermula tahun 1979 sehingga 1986(kitab hikam)
2.TG. Haji. Ya'kub permatang pasir.
3.TG. Haji. Abdullah Jelawat.
4.TG. Haji. Salleh Al.Qari.(guru quran).
Terengganu.
1.TG.Haji. Muhammad Merbau Patah(kitab hikam).
FATHONI.
1. Pak Da E'el Kerasak.
2.TG. Baba Sin Dala
3.TG. Baba Abd.Aziz padang pusu.
4.TG. Baba Karim Dala.
5.TG. Baba Mahmud Dala.
6.TG. Baba Mukhtar Dala.
7.TG. Baba Musthafa Cheok.
YAMAN HADHRAMAUT.
1.Habib Omar Al Hafiz
2.Habib Salim.
3.Syeikh Omar Al Khatib.
MEKAH.
1.TG. Baba Sin Suraj.
2.TG. Baba Abdullah Sedawa.
3.TG. Baba Mad sedawa.
4.TG. Haji. Haron Jaha.
5.TG. Syeikh Karim Banjar.
6. Baba Lie Chaya.
Mesir.
Mengambil Sanad Quran dgn Syeikh Wail.
Wallahuaklam.. Semoga yg duk kata macam² kak baba fikir²kan
#cintakanulama #bentengASWJ #cintakanpondok #perkasakanpengajianthurath #ulamapewarisnabi
TAHNIAH PEMUDA PAS KELANTAN
Keadilan.
Aku kesian puak ni selalu di permainkan dengan kata2 oleh Pemimpin Mereka.. dan ada juga di gunakan ayat Al Quran untuk menyedapkan kata2 mereka untuk di dengar kepada mereka2 yg hanya sebagai pengikut buta.
NAJIB ZIKIR LAMA LEPAS SOLAT JUMAAT
Nadzir Johari
Keistimewaan ini harus ditarik semula, jika ada lagi pesalah dari kayangan jenuh nak kawal!!!
TERBAIK UMPAS.... ANAK MUDA DIBIARKAN PENUH ADAB.
De De
Kenapa budak2 rempit suka dengan BNPas.. sebab Nilah.. dapat duit minyak motor sorang RM10-20.. leh rem remmm tengah jalan wat bising ganggu lalu lintas..dan sbb ni jugalah napa BNPas suka dekati dak2 rempit.. Nilah sbb dia juga.. hulur RM10,20.. dak2 tu terkinja2 girang macam tutttt dapat ๐ ๐ช
BEBERAPA CALON UNTUK TUDM BAGI MRCA.
'
Komando Pedia
Kandidat jet tempur modern dalam program MRCA Malaysia: Rafale F4, KF-21 Block ll, J-35A, F-35A dan Su-57E, apa kelebihan masing-masing dan tantangannya?'
KOPED - Program MRCA (Multi-Role Combat Aircraft) Malaysia adalah rencana strategis Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) untuk menggantikan armada jet tempur lama seperti Boeing F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM menuju tahun 2040.
Kandidat yang masuk dalam radar atau pembahasan Malaysia meliputi kelas generasi 4.5 hingga generasi ke-5:
Berikut Para Kandidat Dan Kelebihannya:
1. Dassault Rafale F4 (Generasi 4,5) Prancis
Kelebihan:
• Bersifat omnirole (mampu menjalankan berbagai misi sekaligus: superioritas udara, serangan darat, dan pengintaian).
• Terbukti dalam medan tempur nyata (combat proven).
• Dianggap lebih rasional secara biaya operasional dan kompatibel dengan sistem Barat bagi negara di kawasan Asia Tenggara.
• Bebas dari risiko sanksi berat geopolitik seperti undang-undang CAATSA Amerika Serikat.
• Catatan: jika Malaysia memesan Rafale F4 sekarang, mereka harus mengantre di jalur produksi yang sangat panjang. Dassault saat ini kebanjiran kontrak dari berbagai negara termasuk pesanan massal dari Prancis sendiri, UEA, Mesir, India, dan Indonesia.
2. KAI KF-21 Boramae (Generasi 4,5 menuju Gen 5) Korea Selatan
Kelebihan:
• Dirancang membawa teknologi stealth tingkat lanjut dengan harga yang lebih terjangkau daripada jet siluman murni seperti F-35A.
• Memiliki potensi interoperabilitas yang baik jika negara ASEAN lain seperti Indonesia dan Filipina juga mengoperasikannya, sehingga terbuka peluang berbagi biaya pelatihan dan pemeliharaan.
• Menawarkan ruang pengembangan teknologi yang lebih fleksibel.
• Catatan: untuk KF-21 Block lll versi siluman penuh (stealth) baru tersedia setelah 2040. Malaysia dapat memilih varian multi peran KF-21 Block II generasi ke-4,5.
3. Shenyang J-35A (Generasi 5) China
Kelebihan:
• J-35 awalnya dirancang sebagai jet tempur siluman carrier-capable, kini tersedia versi berbasis darat juga (J-35A) yang dibekali dengan teknologi sensor canggih.
• Menawarkan alternatif kekuatan udara generasi kelima di luar ekosistem militer Barat maupun Rusia, sering kali dengan skema pembiayaan atau kerja sama industri pertahanan yang kompetitif dari China.
• Catatan:TUDM belum ada pengalaman menggunakan produk jet tempur China.
4. Lockheed Martin F-35A Lightning II (Generasi 5) Amerika Serikat
Kelebihan:
• Merupakan salah satu pesawat tempur siluman paling canggih di dunia saat ini dan sudah combat proven.
• Memiliki kapabilitas sensor fusion (menggabungkan data dari berbagai sensor dan jaringan medan perang secara real-time).
• Standar interoperabilitas penuh dengan sekutu dan jaringan pertahanan Barat.
• Catatan: opsi ini memiliki hambatan geopolitik, ketersediaan ekspor yang ketat dari AS, serta anggaran pengadaan dan pemeliharaan yang sangat tinggi.
5. Sukhoi Su-57E (Generasi 5) Rusia
Kelebihan:
• Menekankan kelincahan ekstrem dalam pertempuran jarak dekat (dogfight) berkat sistem thrust vectoring.
• Memiliki kemampuan jelajah supersonik tanpa afterburner (supercruise) dan daya muat senjata internal yang besar.
• Catatan: menghadapi risiko sanksi internasional (seperti CAATSA) serta tantangan pada rantai pasok suku cadang dan integrasi sistem.
Kesimpulan:
Untuk menggantikan armada F/A-18D dan Su-30MKM sekaligus pada 2030-an, TUDM setidaknya membutuhkan 36 pesawat (dengan perhitungan masing-masing 18 pesawat per skadron).
Lalu MRCA mana yang paling berpeluang memperkuat TUDM pada era 2030-an?
* Rafale F4 sangat berpeluang, di mana Malaysia sebenarnya mendapatkan tawaran terlebih dahulu sebelum Indonesia. Namun TUDM tetap harus bersabar dengan antrian yang panjang.
* KF-21 Block ll, peluang jet Korea Selatan ini juga besar, apalagi Malaysia telah mengakuisisi jet tempur ringan FA-50M untuk program LCA. Di kawasan Asia Tenggara, Boramae juga telah ditawarkan kepada Indonesia dan Filipina.
* J-35A, peluang lebih kecil, karena Malaysia belum pernah mengoperasikan jet tempur buatan China. Selain itu, Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang tengah berkonflik dengan China di kawasan Laut China Selatan (kepulauan Spratly)
* F-35A, peluang terbuka lebar, karena Malaysia telah menggunakan F/A-18D, namun harga unit dan perawatan pesawat yang tinggi, pastinya akan menjadi pertimbangan utama.
* Su-57E, peluang juga terbuka, di mana Malaysia sebelumnya mengoperasikan Su-30MKM, namun bayang-bayang CAATSA dari Paman Sam tentunya akan menjadi pertimbangan utama untuk mengakuisisi jet berjulukan Felon ini. ✊
Foto: Istimewa
TAHNIAH ADIK...SELAMAT MENGUNDI..ASAL BUKAN UMPAS.
Seorang penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ashira Dania Mohd Hairun, 20, sanggup membelanjakan kira-kira RM700 untuk membeli tiket penerbangan pergi dan balik dari Sarawak ke Melaka demi menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama.
Pelajar jurusan Sains Sosial itu berkata, pengalaman pertama memilih wakil rakyat mendorongnya pulang ke kampung halaman di Taman Seri Duyong 2 untuk mengundi pada PRN Melaka.
Ashira Dania turut berharap pembangunan di kawasan DUN Duyong terus dipertingkatkan dan lebih banyak peluang diberikan kepada golongan muda untuk menyertai program kemasyarakatan.
Beliau turut mengajak golongan Gen Z supaya tidak melepaskan peluang mengundi dan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing lebih awal.
JANGAN BERLEBIHAN DALAM BERPOLITIK.
Hazimy Al Jauhari
Saya tertarik melihat perkembangan politik mutakhir ini.
Terbaharu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyamakan kewajipan ahli PAS mengundi calon BN dan PN dengan kewajipan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat.
Hujahnya, sesuatu yang asalnya tidak wajib boleh menjadi wajib apabila menjadi syarat untuk menyempurnakan perkara yang wajib. Dalam konteks ini, perpaduan dan usaha mendapatkan kuasa politik Islam dikaitkan dengan kewajipan mengundi.
Tetapi, ada satu perkara yang menarik untuk kita renungkan.
Pada 17 Januari 2023, beliau pernah menerbitkan tulisan bertajuk Apabila Penipu, Pencuri dan Perompak Bersatu. Tulisan itu muncul ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan PH dan BN menjadi polemik politik.
Hari ini, BN yang sama boleh pula menjadi rakan kerjasama yang perlu disokong oleh ahli PAS. Malah, kewajipan mengundi calon BN dan PN diberikan analogi seperti wuduk sebelum solat.
Jadi, bagaimana kita hendak memahami perubahan pendirian ini?
Adakah sesuatu kerjasama politik itu salah apabila melibatkan pihak yang kita tentang, tetapi menjadi satu tuntutan agama apabila melibatkan pihak yang kita mahu bekerjasama?
Saya tidak mempertikaikan hak mana-mana parti untuk membina kerjasama politik. Dalam demokrasi, parti boleh berubah pendirian, membentuk gabungan dan membuat kompromi demi kepentingan tertentu.
Tetapi jangan sampai kompromi politik diberikan taraf seolah-olah ia hukum ibadah yang wajib dipatuhi tanpa ruang pertimbangan.
Wuduk mempunyai asas hukum yang jelas sebagai syarat sah solat. Mengundi pula ialah amanah demokrasi yang perlu dilaksanakan dengan pertimbangan terhadap calon, integriti, keupayaan dan kepentingan rakyat.
Islam itu jauh lebih besar daripada mana-mana parti politik. Jangan sempitkan agama sehingga seolah-olah hanya satu kelompok sahaja yang berhak mewakilinya.
Berpolitiklah dengan prinsip. Berhujahlah dengan ilmu. Berbeza pendapatlah dengan adab.
Jangan sampai kita terlalu ghairah memenangkan politik sehingga agama pula dijadikan alat yang ditunggang untuk menghalalkan setiap perubahan pendirian. Politik itu medan khidmat, bukannya agama itu alat untuk mendapatkan kuasa.
Warga Melaka, selamat memilih.
Ittaqullah.
Berlaku adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat dengan Taqwa.
DR
#Hadi
#AkuKasihMalaysia
#PendidikanKewarganegaraan
#PENAmadani
#MelakaMemilih2026
TARIK SURAT, YT MUKRIZ TERIMA KAH PENDERHAKA KEPADA BELIAU?
MB NEGERI SEMBILAN, 10 EXCO SEPAKAT TARIK BALIK SURAT IKTIRAF TG NAZARUDIN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU
SEREMBAN, 14 November – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sebulat suara memutuskan untuk menarik balik kandungan surat persembahan maklum kepada Raja-Raja Melayu bertarikh 17 September 2026.
Keputusan itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi bertarikh 16 November 2026 yang dialamatkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Perkembangan tersebut menjadi perhatian susulan kontroversi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang sebelum ini mencetuskan persoalan mengenai institusi diraja dan pentadbiran negeri.
Dalam surat berkenaan, Ismail menjelaskan keputusan menarik balik kandungan surat terdahulu dibuat secara kolektif selepas mengambil kira Kenyataan Media Raja-Raja Melayu bertarikh 14 Oktober 2026.
Turut menjadi pertimbangan ialah Perintah Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 5 Jun 2026 yang mengekalkan status quo kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Menurut surat itu, keputusan berkenaan dibuat demi menjunjung keluhuran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta memelihara tertib pemerintahan beraja.
Kerajaan negeri turut menegaskan bahawa langkah tersebut bertujuan memastikan kelangsungan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan dalam suasana aman dan teratur.
Apa yang menarik, surat berkenaan bukan sekadar ditandatangani Menteri Besar, sebaliknya turut mendapat tandatangan kesemua 10 anggota EXCO kerajaan negeri.
Ini menunjukkan keputusan menarik balik kandungan surat terdahulu bukan pendirian peribadi Menteri Besar, tetapi keputusan bersama seluruh barisan pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam surat sama, Ismail dan barisan EXCO menegaskan komitmen untuk terus menjunjung adat serta menghormati kedudukan dan kewibawaan institusi diraja dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan.
Mereka turut mengambil maklum seruan Raja-Raja Melayu supaya segala perbezaan diselesaikan melalui saluran yang sah, berautoriti dan berwibawa, secara beradab serta beradat.
Bagaimanapun, surat tersebut tidak memperincikan kandungan asal surat bertarikh 17 September yang kini ditarik balik, sekali gus meninggalkan persoalan mengenai perkara yang dibangkitkan sebelum ini.
Keputusan terbaru itu juga menimbulkan persoalan sama ada kontroversi berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini menuju penyelesaian selepas pendirian bersama kerajaan negeri dinyatakan secara rasmi.
Surat berkenaan turut memohon Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyembah maklum keputusan kolektif tersebut kepada Raja-Raja Melayu.
Dengan pendirian terbaru ini, tumpuan kini terarah kepada perkembangan seterusnya, khususnya usaha memastikan kestabilan pentadbiran negeri dan keharmonian institusi diraja terus terpelihara.
#NegeriSembilan #TuankuMuhriz #InstitusiDiraja
BETUL BETUL KAH NI.... ATAU PRESIDENG TERNYANYUK KEMPEN?
WARTAWAN SALAH DENGAR ATAU HADI YANG TERSALAH CAKAP???
KENYATAAN MEDIA
KESAL PEMBERITAAN MALAYSIAKINI YANG MENGELIRUKAN
1. Merujuk kepada laporan berita Malaysiakini yang bertajuk “Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”, adalah suatu berita yang mengelirukan dan dipetik di luar konteks ucapan Presiden PAS.
2. Ucapan asal Presiden PAS adalah bagi menjelaskan bahawa politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala, yang membawa kepada pemerintahan yang adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.
3. Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka.
PEJABAT PRESIDEN PAS
Bertarikh: 3 Jamadilakhir 1448 / 13 November 2026
MENJAMIN MASA DEPAN ATAU MENJAMIN UNTUK KERJA KERJA MENJARAH.... RAMAI KAN YANG KENA DAN BAKAL KENA.
Walaupun sedang menjalani hukuman dalam kes SRC International, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih menjadi antara nama yang digunakan dalam kempen politik Barisan Nasional (BN).
Terbaharu, Najib atau lebih dikenali penyokongnya sebagai Bossku dan Daddy, menitipkan pesanan kepada rakyat Melaka bahawa BN merupakan parti yang mampu menjamin masa depan mereka.
Namun, kenyataan itu mengundang satu persoalan yang cukup menarik.
Kalau BN benar-benar mahu menjamin masa depan rakyat, bagaimana pula dengan rekod integriti pemimpin yang pernah menerajui negara di bawah parti tersebut?
Najib bukan sekadar bekas Perdana Menteri yang kalah pilihan raya.
Beliau telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International melibatkan dana RM42 juta, dengan keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.
Kesalahan itu melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.
Kini, ketika BN berkempen untuk mempertahankan pengaruhnya di Melaka, nama Najib masih mempunyai tempat istimewa dalam kalangan penyokong parti.
Bagi mereka, bekas Presiden UMNO itu merupakan pemimpin yang banyak berjasa dan mempunyai pengalaman mentadbir negara.
Tidak salah untuk mengingati jasa seseorang.
Tetapi rakyat juga berhak mengingati kesalahan yang telah dibuktikan oleh mahkamah.
Lebih menarik, BN kini bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
Gabungan tersebut menawarkan 113 inisiatif menerusi manifesto bersama bertemakan Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara.
Antara janji yang diketengahkan termasuk pembinaan 25,000 rumah mampu milik, pewujudan 25,000 peluang pekerjaan serta sasaran menarik pelaburan RM30 bilion.
Semua itu merupakan tawaran yang boleh dinilai oleh pengundi.
Namun, manifesto yang cantik sahaja belum cukup untuk menjamin masa depan sesebuah negeri.
Rakyat juga perlu menilai soal integriti, ketelusan dan keupayaan pemimpin mengurus amanah.
Kerana pembangunan bukan sekadar membina bangunan, jalan raya atau kawasan perindustrian.
Pembangunan juga bermaksud memastikan wang awam diurus dengan baik dan pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa.
Di sinilah pesanan Najib mengenai masa depan Melaka menjadi bahan renungan.
Seorang bekas pemimpin yang sudah mempunyai sabitan jenayah berkaitan kewangan kini tampil memberikan nasihat tentang parti yang patut dipercayai untuk menjamin masa depan rakyat.
Sudah tentu Najib mempunyai hak menyatakan sokongan politiknya.
Tetapi rakyat juga mempunyai hak untuk bertanya sama ada rekod beliau sendiri wajar dijadikan pertimbangan ketika menilai pesanan tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila UMNO baru-baru ini menggerakkan kutipan dana bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta.
Ketika parti itu meminta rakyat mempercayai BN untuk menjaga masa depan Melaka, perhatian besar turut diberikan kepada usaha membantu bekas presidennya.
Maka timbul persoalan mengenai keutamaan politik.
Adakah BN mahu lebih dikenali kerana perjuangan memperkukuh integriti pentadbiran, atau kerana kesungguhan mempertahankan pemimpin yang telah disabitkan bersalah?
Bagi pengundi Melaka, persoalan ini bukan perkara kecil.
Mereka mempunyai hak untuk menilai setiap janji pilihan raya berdasarkan rekod pelaksanaan, kemampuan kewangan dan ketelusan pentadbiran.
Kalau BN menawarkan peluang pekerjaan, rakyat berhak bertanya bagaimana sasaran itu mahu dicapai.
Kalau menjanjikan rumah mampu milik, rakyat berhak meminta penjelasan tentang lokasi, harga dan tempoh pembinaannya.
Dan kalau BN mendakwa mampu menjamin masa depan, rakyat juga berhak bertanya apakah jaminan bahawa pentadbiran akan benar-benar bebas daripada penyalahgunaan kuasa.
Jangan sampai masa depan hanya menjadi slogan ketika kempen, sedangkan persoalan integriti diketepikan apabila melibatkan pemimpin sendiri.
Akhirnya, pesanan Najib kepada rakyat Melaka mungkin mampu membangkitkan semangat penyokong tegar BN.
Namun, bagi pengundi yang mahukan politik lebih bersih, pesanan itu juga membuka ruang untuk menilai semula sejarah dan rekod kepimpinan.
Kerana masa depan rakyat tidak boleh dijamin hanya melalui nama besar seorang bekas Perdana Menteri.
Ia perlu dibuktikan melalui pentadbiran yang berkesan, amanah dan bertanggungjawab.
Daddy boleh pesan supaya orang Melaka percaya kepada BN.
Tetapi rakyat Melaka juga boleh bertanya satu soalan mudah.
Kalau mahu menjamin masa depan kami, bagaimana mahu memastikan kesilapan besar masa lalu tidak berulang?
Jangan sampai sibuk menjanjikan masa depan rakyat, tetapi pengajaran daripada sejarah sendiri masih belum diambil.
Sebab masa depan Melaka bukan ditentukan oleh nostalgia Bossku atau Daddy.
Ia ditentukan oleh kemampuan pemimpin menjaga amanah rakyat.






























