SIASAT JANGAN TAK SIASAT

 

Jib Sah Khaw


Mohon SPRM siasat Nusi pergi kemana peruntukan kerajaan pusat di salurankan pada Kedah sebanyak RM7.7B 2022 dan RM9.8B pd 2026.





BODO UNDANG UNDANG TAPI NAK CAKAP

 


Baru ambo tahu rupanya ramai yang bodoh undang undang tapi berlagak bijak. 


Pendakwa tutup kes dengan pendakwa buang kes pun tak reti beza....






MUNG PUN BODOW GAK.





 Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempertikaikan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan penyerahan bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi Melaka ketika pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH), Sabtu lalu.



Ahmad Fadhli menegaskan bahawa duit rakyat bukan tabung kempen DAP dan mempersoalkan kewajaran bantuan kerajaan diumumkan di pentas politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Namun, terdapat beberapa fakta penting yang perlu diperjelaskan.


Pertama, bantuan RM1,000 itu bukan peruntukan baharu untuk Melaka. Bantuan tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.


Kerajaan memperuntukkan RM53 juta kepada kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara.


Kedua, bantuan tersebut bukan hanya diberikan kepada penduduk Melaka. Anthony Loke menjelaskan bahawa program penyerahan bantuan telah dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sebelum diteruskan di Melaka.


Ini bermakna bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat nasional.


Ketiga, pengumuman bantuan di pentas politik tidak secara automatik membuktikan wang kerajaan digunakan sebagai dana kempen parti.


Persoalan mengenai kesesuaian tempat pengumuman dibuat sememangnya boleh dibangkitkan. Namun, dakwaan penyalahgunaan dana awam memerlukan bukti yang jelas.


Setakat ini, pertikaian Ahmad Fadhli lebih tertumpu kepada tempat pengumuman dan jadual penyerahan bantuan, bukannya bukti bahawa wang tersebut disalurkan kepada DAP.


PAS berhak mempersoalkan ketelusan pelaksanaan bantuan kerajaan. Begitu juga kerajaan bertanggungjawab menjelaskan prosedur dan memastikan bantuan disalurkan secara adil.


Namun, perbahasan mengenai etika pengumuman tidak seharusnya mengaburkan tujuan asal bantuan tersebut, iaitu meringankan beban golongan pemandu yang layak menerimanya.


Persoalannya, adakah isu sebenar melibatkan penyalahgunaan wang rakyat, atau kesesuaian pengumuman bantuan kerajaan ketika berlangsungnya program politik?


Rakyat berhak mengetahui perbezaannya sebelum membuat penilaian. - Rakyat Menilai





Kita semua kena bayar hutang 1MDB ini sampai anak cucu kita tak habis2 lagi. 2039

 










https://youtube.com/shorts/Fox2QoD5Bwc?si=HGjdrt5bHYVIfCYt





Kita semua kena bayar hutang 1MDB ini sampai anak cucu kita tak habis2 lagi.


Àyuh Gen-Z💕 & semua Mahasiswa 🌄 seluruh Malaysia kita TURUN ke Melaka, kerja KUAT kita angkat Mahasiswa ke Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri.Melaka, Mahasiswa humban penyakau2 Tabung Haji Felda2 1MDB UITM HOLDINGS DLL.





ALLAH TAK PAKSA KALAU TIDAK MAMPU

 




ALLAH TAK PAKSA KALAU TIDAK MAMPU

Jangan gula gulakan orang kampung dengan ibadat haji kalau mereka tidak mampu.
Allah pun tidak wajibkan ke atas mereka jika tidak mampu, mengapa kita pula perlu bersungguh sungguh??
Usah tunggang agama untuk meraih sokongan politik.




PMQT: Usaha Dipergiat Pulihkan Semula Pelaburan Stesen Janakuasa Battersea – PM Anwar

 


IMG_9242

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2026. Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Kerajaan mengakui pelaburan awal dalam pembangunan semula Stesen Janakuasa Battersea di London, United Kingdom (UK) adalah terlalu tinggi sehingga mengakibatkan kerugian, tanpa memperincikan jumlah serta tempoh kerugian yang dialami.

Ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menjelaskan, beberapa usaha sedang dilaksanakan untuk memulihkan pelaburan berkenaan.

“Walaupun kini sedang dipulihkan, pelaburan asal terlalu tinggi dan mengalami kerugian,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2026. Foto Jabatan Penerangan

Anwar menjawab soalan Hassan yang bertanya mengenai jumlah pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam projek berkenaan yang kini memasuki tempoh 15 tahun serta manfaat ekonomi yang diperoleh.

Untuk rekod, projek pembangunan semula Battersea Power Station seluas 42 ekar itu adalah projek pembangunan semula bersepadu yang diterajui konsortium Malaysia membabitkan S P Setia Bhd, Sime Darby Property Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Setakat ini, lebih £5 bilion (RM26 bilion) dilaburkan oleh pemegang saham Malaysia dalam pembangunan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2026. Foto Jabatan Penerangan

Mengulas prestasi GLC dan GLIC pula, Perdana Menteri berkata, dana utama termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KWSP, Khazanah Nasional Bhd dan PNB turut meneroka peluang pelaburan di dalam dan luar negara.

“Namun, dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu, kita sudah menetapkan keutamaan. Pada peringkat awal, saya segera menetapkan 20 peratus untuk pelaburan domestik.

“Peratusan ini ditingkatkan mengikut tahap kesediaan dan keupayaan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Battersea Power Station bagi meninjau infrastruktur yang dibangunkan secara bersama oleh beberapa konsortium Malaysia di London pada 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebab itu, kita dapat menggerakkan GLIC untuk melabur sejumlah RM150 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian atau sebahagian besar pelaburan di luar negara menjana keuntungan tinggi,” katanya.

Anwar turut berkata, Program Pengaktifan dan Reformasi Entiti Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) masih mengikut jadual, meskipun terdapat kebimbangan mengenai kelajuan penyaluran dana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Battersea Power Station bagi meninjau infrastruktur yang dibangunkan secara bersama oleh beberapa konsortium Malaysia di London pada 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, berdasarkan perancangan GLIC, penyaluran dana dijangka meningkat pada penghujung tahun ini dan tahun depan.

“Berdasarkan perkembangan dan laporan terkini, program ini dilihat masih mengikut jadual.

“Tahun pertama melibatkan banyak perancangan dan kajian.

“Berdasarkan pengalaman, mereka kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

Beliau berkata, kekuatan program itu terletak pada larangan menyeluruh terhadap campur tangan mana-mana tokoh politik dalam menentukan projek dan keutamaannya.

“Projek mesti ditentukan oleh badan pelaburan yang dianggotai golongan profesional dengan kepakaran khusus,” katanya.





Indonesia Gesa Jemaah Umrah Tidak Transit Di Malaysia, Singapura

 


IMG_9285

Jemaah umrah Indonesia digesa tidak transit di Malaysia atau Singapura dipercayai Prabowo ‘koyak’ dengan kritikan terhadap jerebu melanda negara itu.

JAKARTA, 27 Okt – Kerajaan Indonesia menggesa jemaah umrah di negara itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan mereka melakukan transit di Malaysia dan Singapura.

​Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan nasional bagi mengukuhkan ekonomi tempatan selain memastikan keselamatan perjalanan.

​”Presiden Prabowo Subianto mahukan kedaulatan ekonomi. Perkara ini turut terpakai untuk pelaksanaan ibadah umrah dan haji.

Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan Indonesia pada 26 Oktober 2026.

​”Penerbangan terus adalah lebih selamat dari sudut penerbangan selain dapat mengukuhkan kedaulatan ekonomi negara,” katanya dipetik daripada laporan media tempatan, Sindo News, semalam.

​Mengulas lanjut, Dahnil turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kerjasama erat diberikan dalam menganjurkan ibadah umrah untuk jemaah Indonesia.

​Menurutnya, pihak kerajaan mahu memastikan semua jemaah dapat menjalani ibadah dengan sempurna serta pulang ke tanah air dengan selamat.

Jemaah umrah Indonesia digesa tidak transit di Malaysia atau Singapura dipercayai Prabowo ‘koyak’ dengan kritikan terhadap jerebu melanda negara itu.

​Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, Kementerian Haji Indonesia akan terus menyelaras kerjasama dengan persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU), syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

​Langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan ibadah umrah berjalan lancar serta memberi manfaat optimum kepada jemaah dan ekonomi negara berkenaan. – Agensi





Model 10 obligasi Bernas punca petani terikat, tak dapat jual padi harga lebih baik – Zamir

 


Pengarah Urusan MARDI Corporation Sdn. Bhd. (MARDICorp), Mohamad Zamir Ghazali mempersoalkan model 10 obligasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang menyebabkan pesawah terikat sejak konsesi 2021.

Dalam Podcast ZRA, Zamir berkata di bawah konsesi tersebut Bernas bertindak sebagai pembeli terakhir, mempunyai kilang sendiri serta kepentingan di kilang lain dan mempunyai rakan niaga dengan kemudahan kredit term.

Beliau mempersoalkan tindakan Bernas yang membeli beras putih siap import dari luar pada harga yang setara dengan harga padi tempatan.

“Apa yang menghalang anda daripada membeli padi petani dengan harga lebih baik,” katanya.

Zamir berpandangan Bernas sepatutnya memainkan peranan sebagai pembeli pertama dengan tawaran harga RM1800 dan potongan tidak lebih 20 sen.

Beliau berkata, selagi Bernas berpegang kepada model pembeli terakhir, petani akan terus menjadi mangsa dan dipaksa jual padi pada harga minimum.

Konsesi Bernas berkuat kuasa dari 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031 dan pernah dibantah Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang.






MEREKA BUKAN LAGI UNDANG LUAK KETIKA MAHU TURUNKAN TUANKU MUKRIZ




 Khalas... 









Ketika mereka menurunkan takhta Tuanku Mukhriz, mereka sebenarnya bukan lagi Undang Luak. 


Drama sedang menuju episod akhir, cuma apa endingnya??




Khidmat Mohd Shuhaily Di AKPS Dirujuk Kepada AGC

 


DATUK SERI MOHD SHUHAILY MOHD ZAIN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Foto Bernama

SHAH ALAM, 28 Okt – Kedudukan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan sebelum sebarang keputusan berkaitan penamatan atau pemendekan tempoh perkhidmatannya diangkat untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata perkara itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut.

Rujukan kepada AGC perlu dibuat kerana penugasan Mohd Shuhaily di AKPS berdasarkan kontrak peminjaman kader daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Kita merujuk perkara ini kepada AGC sebab penugasan Datuk Seri Mohd Shuhaily di AKPS untuk tempoh selama dua tahun.

“Dia macam kontrak, jadi kontrak ini dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang membabitkan tahan kerja dan sebagainya, tindakannya nanti kita bergantung kepada nasihat AGC. Tapi apa pun perlu diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan penamatan kontrak dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di sini, hari ini.

Tindakan akan ikut terma kontrak

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua, kanan) bersama peguamnya ketika sidang media sejurus tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada 21 Oktober 2026. Foto Bernama

Mohd Khalid berkata, pandangan AGC diperlukan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap Mohd Shuhaily mengambil kira terma kontrak yang ditandatangani pihak berkaitan serta keperluan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“(Kes) beliau diangkat kepada AGC untuk mendapatkan pandangan perundangan sebab beliau ada kontrak yang ditandatangani antara pihak yang berkaitan selama lebih kurang dua tahun. Perkara ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan.

“Jadi bila kita bertindak atas sesuatu perkara, kita perlu dapat balik perkenan Yang di-Pertuan Agong sama ada tempoh perkhidmatan itu dipendekkan atau sebagainya,” katanya.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengadakan pertemuan tertutup dengan warga AKPS Bukit Kayu Hitam susulan insiden tembakan ke atas Komander Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir pada 25 Februari 2026. Foto Bernama

Katanya, selepas proses perundangan di peringkat AGC dan urusan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dimuktamadkan, perkara itu akan dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan susulan.

“Bila selesai proses itu, dia akan dikembalikan kepada PDRM sebab Datuk Seri Mohd Shuhaily ini adalah salah seorang pegawai polis yang masih lagi berkhidmat.

“Sekembalinya nanti, mungkin saya akan memberikan keterangan yang lebih lanjut mengenai perkara yang perlu dilaksanakan atau tindakan susulan, insya-Allah,” katanya.

Oleh Nurul Husna Mahmud

Semalam kita ‘meeting’, hari ini kita bawa ke PMX, hari ini juga selesai, ini cara Gen Z bekerja

 


Masalah penalti cukai berjumlah RM70,000 yang membelenggu Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat sejak tujuh tahun lalu akhirnya mendapat penyelesaian dalam tempoh sehari.

Penyelesaian itu hasil usaha calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin atau lebih dikenali sebagai Mukhlis Mubin.

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mendedahkan, beliau berjaya membawa permasalahan persatuan berkenaan terus kepada perhatian pihak yang berkaitan di peringkat Kerajaan Persekutuan, sehingga memperoleh kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menangani penalti berjumlah RM70,000 itu.

Menurut Mukhlis, usaha tersebut bermula selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat bagi mendengar sendiri masalah kewangan yang telah lama membebankan persatuan berkenaan.

“Semalam kita dah jumpa dengan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat.

“Persatuan itu menanggung hutang cukai sebanyak lebih kurang RM400,000 dan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM70,000,” katanya dalam satu klip video yang dikongsikan di media sosial beliau.

Jalan penyelesaian

Beliau menjelaskan, persatuan terbabit sebenarnya telah berusaha melangsaikan sebahagian besar tunggakan cukai tersebut dengan pembayaran sekitar RM380,000, manakala baki yang dimaklumkan kepadanya ialah RM10,000.

Bagaimanapun, penalti tambahan sebanyak RM70,000 masih menjadi beban kepada persatuan berkenaan, sekali gus mendorongnya mencari jalan penyelesaian menerusi saluran pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Susulan pertemuan dengan pengurusan persatuan, Mukhlis berkata, beliau membawa perkara tersebut ke Parlimen dan bertemu dengan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bagi mendapatkan bantuan serta perhatian segera terhadap masalah berkenaan.

“Dan hari ini kita bertemu dengan saudara Kamil Munim di Parlimen.

“Alhamdulillah. Kita dapat kelulusan tandatangan PMX sendiri, dapat diluluskan RM70,000 diselesaikan penalti. Dah selesailah kiranya,” katanya.

Beliau turut merumuskan tindakan pantas itu dengan ungkapan ringkas yang menggambarkan pendekatannya dalam menguruskan masalah masyarakat setempat.

“Semalam kita meeting, hari ini kita bawa ke Parlimen, hari ini juga selesai,” kata Mukhlis lagi.





2 buah pesawat LCA FA-50M M58-01 dan M58-02 Tentera Udara Diraja Malaysia telah depart dari Sacheon ke pulau Jeju pada pagi ini




Malaysia Military Review








 2 buah pesawat LCA FA-50M M58-01 dan M58-02 Tentera Udara Diraja Malaysia telah depart dari Sacheon ke pulau Jeju pada pagi ini

Apa yang menarik ialah FA-50M TUDM membawa 3 tangki minyak 275GL kanan dan kiri dan 300GL di bahagian tengah , drop tank 275GL rupa jenis drop tank baru yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia untuk pesawat FA-50M
2 buah pesawat LCA FA-50M M58-01 dan M58-02 dijangka mendarat di Laog Philippine, pada esok di Pangkalan Udara Labuan dan pada 30hb akan mendarat di Pangkalan Udara Kuantan.