KATA HEBAT ,TAPI MELINGKUP




 Selama ini bukan main lagi cerita tentang kehebatan pentadbiran PAS di Terengganu. Tapi bila keluar Laporan Ketua Audit Negara, angka yang dipaparkan nampaknya tak seindah cerita yang selalu didengar.






Bayangkan, daripada 26 anak syarikat badan berkanun negeri Terengganu, sebanyak 20 syarikat mencatatkan kerugian pada tahun 2024!


Bukan rugi seringgit dua. Jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM24.01 juta.


Yang berjaya mencatatkan keuntungan pula cuma enam syarikat, dengan jumlah keuntungan RM2.12 juta sahaja.


Maknanya, hampir 77 peratus anak syarikat yang dinilai dalam laporan itu mencatatkan kerugian. Kalau ini keputusan peperiksaan, memang kena panggil mesyuarat khas cari apa masalahnya.


Paling besar, empat anak syarikat Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu rugi RM12.91 juta.


Sembilan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pula rugi RM5.37 juta, manakala empat anak syarikat Yayasan Terengganu mencatatkan kerugian RM5.07 juta.


Bila angka macam ini keluar, tentulah rakyat nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.


Syarikat rugi sebab keadaan pasaran? Salah strategi perniagaan? Atau ada kelemahan dalam pengurusan yang perlu diperbetulkan?


Satu lagi persoalan menarik, siapa yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat berkenaan dan bagaimana prestasi mereka dinilai?


Kalau syarikat mencatatkan kerugian, rakyat berhak tahu apa pelan pemulihannya. Jangan sampai laporan audit keluar setiap tahun, tetapi masalah yang sama terus berulang.


Sudah tentu tidak semua kerugian bermaksud berlaku salah urus. Namun, apabila 20 daripada 26 syarikat mencatatkan kerugian dalam tahun yang sama, perkara itu bukan sesuatu yang patut dipandang ringan.


Lebih-lebih lagi apabila syarikat terbabit berkaitan dengan badan berkanun negeri yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Terengganu.


Rakyat bukan nak dengar cerita hebat semata-mata. Rakyat nak tengok hasil.


Kalau pentadbiran negeri benar-benar cekap seperti yang sering dicanangkan, inilah masanya untuk tunjuk bagaimana kerugian RM24 juta itu mahu ditangani.


Sebab akhirnya, yang rakyat mahu bukan propaganda siapa paling hebat mentadbir, tetapi pengurusan duit dan aset negeri yang benar-benar memberikan manfaat kepada mereka.




PRN Melaka: MCA Hanya Dapat 2 Kerusi, Di Mana Keikhlasan BN?

 


Untitled design

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chang Lih Kang (kiri); Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean dan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Danish Hairudin.

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Keputusan Umno yang hanya memperuntukkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerjasama politik dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chang Lih Kang berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada kerjasama politik yang dijalin Umno dengan parti komponennya berlandaskan prinsip dan kepercayaan atau sekadar kepentingan politik serta kuasa.

Beliau berkata, jika MCA yang sekian lama menjadi rakan komponen BN sendiri merasakan mereka tidak dihormati, keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai layanan terhadap parti lain yang menjalin kerjasama dengan gabungan berkenaan.

“Adakah kerjasama tersebut berlandaskan prinsip dan kepercayaan, atau sekadar kepentingan politik dan kuasa?” katanya, hari ini.

Wee Ka Siong dan pimpinan MCA bertindak keluar dari Dewan MITC Melaka sebelum pengumuman calon BN bagi PRN Melaka pada 24 Oktober 2026.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.

Beliau juga mendakwa MCA tidak dimaklumkan lebih awal bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam semalam akan membabitkan pengumuman calon, sebaliknya diberitahu ia hanya majlis pelancaran jentera pilihan raya.

MCA diperuntukkan dua kerusi untuk PRN Melaka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dan Machap Jaya daripada 21 kerusi yang ditandingi oleh BN.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean pula berkata, beliau tidak bersimpati dengan MCA berhubung situasi itu kerana parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui corak layanan Umno terhadap rakan komponennya.

Wee Ka Siong dan pimpinan MCA bertindak keluar dari Dewan MITC Melaka sebelum pengumuman calon BN bagi PRN Melaka pada 24 Oktober 2026.

Sebaliknya, beliau berkata, KEADILAN sebagai parti pengasas Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan pendekatan sebagai parti dominan yang membuli rakan gabungan lebih kecil.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sentiasa mengamalkan pendekatan konsultatif dan inklusif termasuk terhadap parti kecil seperti Parti Bersatu Sabah (UPKO) sebelum ini.

“Saya tak kesian atau simpati dengan MCA. Padan muka mereka. Takkan tak kenal dengan layanan buruk Umno pada mereka? Justeru, PH ini lebih kukuh dan stabil dalam mentadbir negara,” katanya.

Wee Ka Siong dan pimpinan MCA bertindak keluar dari Dewan MITC Melaka sebelum pengumuman calon BN bagi PRN Melaka pada 24 Oktober 2026.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin berkata, tindakan MCA itu menunjukkan parti berkenaan menyedari mereka tidak dihormati oleh rakan gabungan sendiri, iaitu Umno.

Beliau berkata, Umno terlalu menumpukan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga mengabaikan kepentingan MCA dan MIC.

“Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan Umno dan Pas akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti.

“Hakikatnya, MCA dan MIC secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,” katanya.

Oleh Ercy Gracella Ajos




PRN Melaka: Rombakan elit dan kebangkita generasi muda – Siapa jamin kelangsungan parti politik?

 


Oleh DR AZRIE AZEH

Pengumuman senarai calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada malam 24 Oktober 2026 membuka ruang untuk menilai bukan sahaja strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tetapi juga kesungguhan parti politik memperbaharui kepimpinan dan menyediakan pelapis bagi menjamin kelangsungan organisasi pada masa hadapan.

Dari perspektif sains politik, pemilihan calon merupakan proses pengurusan elit yang memperlihatkan bagaimana parti mengimbangi pengalaman pemimpin sedia ada, kemasukan muka baharu dan tuntutan masyarakat terhadap kepimpinan yang lebih terbuka, dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan generasi.

PH mengumumkan 21 calon dengan 16 daripadanya dikategorikan sebagai calon baharu atau membuat kemunculan semula, bersamaan kira-kira 76.2 peratus, manakala BN mempertaruhkan lapan muka baharu daripada 21 calon, bersamaan 38.1 peratus, sekali gus menunjukkan perbezaan ketara dari segi kadar pembaharuan pencalonan yang diumumkan kedua-dua gabungan.

Perbezaan angka tersebut memberikan asas untuk membincangkan strategi pembaharuan parti, namun penilaian terhadap peremajaan kepimpinan perlu turut mengambil kira umur calon kerana status muka baharu tidak semestinya menggambarkan penyertaan golongan muda, sebagaimana pemimpin muda yang pernah bertanding tidak semestinya tergolong dalam kategori pencalonan baharu.

Dalam konteks PH, penampilan calon daripada PKR, DAP dan Amanah memperlihatkan usaha menyusun barisan yang menggabungkan pelbagai latar kepimpinan, sementara BN turut menampilkan lapan muka baharu yang mencerminkan ruang perubahan dalam organisasinya, menjadikan PRN Melaka satu peluang untuk menilai pendekatan kedua-dua gabungan terhadap pembaharuan politik.

Antara perkembangan yang menarik perhatian ialah pencalonan Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, yang dilaporkan berusia 23 tahun dan mewakili Amanah di Kuala Linggi, kerana kemunculan calon pada usia muda memberikan gambaran tentang potensi penyertaan generasi baharu dalam proses demokrasi dan pembentukan kepimpinan masa hadapan.

Teori pembaharuan elit menekankan bahawa kesinambungan sesebuah organisasi politik bergantung pada keupayaannya memperluas kumpulan pemimpin, menyediakan laluan kemajuan yang munasabah dan memastikan proses penggantian kepimpinan berlaku secara terancang, bukannya hanya bergantung pada kelompok individu yang sama dari satu pilihan raya ke pilihan raya berikutnya.

Pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa pemimpin muda boleh mencapai kedudukan tertinggi dalam kerajaan apabila mendapat peluang, sokongan organisasi dan pengalaman yang bersesuaian, seperti Sanna Marin yang menjadi Perdana Menteri Finland pada usia 34 tahun pada 2019 dan Gabriel Attal yang dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis pada usia 34 tahun pada 2024.

Contoh tersebut bukan bermaksud semua calon muda akan menjadi pemimpin nasional, tetapi menunjukkan bahawa usia bukan penghalang mutlak kepada kepimpinan apabila bakat disertai kompetensi, pengalaman organisasi, kebolehan membuat keputusan dan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan seseorang individu.

Bagi PH dan BN, penyertaan calon muda wajar dilihat sebagai pelaburan politik jangka panjang kerana golongan ini berpotensi membawa perspektif baharu terhadap isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, kos sara hidup, teknologi dan mobiliti sosial yang semakin mempengaruhi kehidupan generasi muda serta keluarga mereka.

Lebih penting, pembinaan pelapis muda dapat membantu parti mengelakkan jurang kepimpinan apabila pemimpin berpengalaman berundur atau tidak lagi bertanding, selain memastikan pengetahuan organisasi, hubungan masyarakat dan tanggungjawab politik dapat dipindahkan kepada generasi seterusnya melalui proses bimbingan serta pendedahan yang berterusan.

Bagaimanapun, kejayaan pembaharuan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah calon muda semata-mata kerana peluang bertanding perlu disertai latihan dasar, kefahaman tentang pentadbiran, integriti, keupayaan mendengar masyarakat dan ruang sebenar untuk menyumbang kepada keputusan parti serta dasar awam.

Pada masa yang sama, pemimpin berpengalaman tetap mempunyai peranan penting dalam menyediakan kestabilan, bimbingan dan pengetahuan pentadbiran, justeru gabungan antara pengalaman dengan tenaga baharu boleh menjadi pendekatan yang lebih mampan berbanding persaingan yang meletakkan kedua-dua generasi sebagai kelompok yang saling menggantikan secara mutlak.

Dalam menilai PH dan BN, perhatian juga perlu diberikan kepada sama ada calon baharu dan calon muda diberikan tanggungjawab yang bermakna selepas pilihan raya, kerana pembaharuan yang hanya berlaku pada peringkat pengumuman calon tanpa peluang membina kepimpinan akan mengehadkan kesannya terhadap perkembangan organisasi dalam jangka panjang.

Akhirnya, PRN Melaka 2026 merupakan medan penting untuk menilai sejauh mana parti politik bukan sahaja berusaha mendapatkan mandat rakyat, tetapi turut membina generasi pelapis yang berintegriti, berwibawa dan bersedia memikul tanggungjawab demokrasi, kerana kelangsungan sesebuah parti tidak hanya bergantung pada pemimpin yang dimilikinya hari ini, tetapi juga pada pemimpin yang berani dan berkeupayaan dilahirkannya untuk hari esok.





PH umum 21 calon PRN Melaka

 




Pakatan Harapan (PH) menyenaraikan 21 calon untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Adly Zahari, diletakkan di kerusi Bukit Katil.

Senarai calon yang diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut senarai calon yang dipaparkan dalam dokumen pengumuman PH itu merangkumi kerusi yang bakal ditandingi calon daripada parti komponennya, PKR, DAP dan AMANAH.

Adly disenaraikan di N17 Bukit Katil, manakala Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah diletakkan di N01 Kuala Linggi dan Mohd Yunazri Mustamiri di N02 Tanjung Bidara.

Bagi N06 Rembia, PH menampilkan Mohd Khuzaire  Mohd Kamal Kannan, manakala Jegasilan K. disenaraikan di N07 Gadek dan Ginie Lim Siew Lin di N08 Machap Jaya.

Turut tersenarai ialah Datuk Ashraf Mukhlis  Minghat di N09 Durian Tunggal dan Denesh a/l Palasubramaniam di N10 Asahan.

Di Paya Rumput, Datuk Azman Abidin disenaraikan sebagai calon PH, manakala Farzana Hayani Mohd Nasir bakal bertanding di Klebang.

Bagi N15 Pengkalan Batu, calon yang disenaraikan ialah Jason Tze-Xi Nathan, sementara Kerk Chee Yee diletakkan di N16 Ayer Keroh dan Muhammad Hakimin Mokhtar di N18 Ayer Molek.

Seah Shoo Chin pula disenaraikan di N19 Kesidang, Low Chee Leong di N20 Kota Laksamana, Poo Long Suan di N21 Duyong dan Leng Chau Yen di N22 Bandar Hilir.

Bagi N23 Telok Mas, PH menampilkan Kapten (B) Mohamad Jaafar, manakala Esma Eazreen Husin disenaraikan di N25 Rim, Muhammad Faiq  Azman di N26 Serkam dan Rahayu Hamzah di N27 Merlimau.

PRN Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 November ini, dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

PH sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri itu, tanpa kerjasama rasmi dengan parti lain.






PRN Melaka: Harga RON95 Kekal Selagi Kerajaan MADANI Diberi Mandat – PM Anwar

 


MK54_24102026_ANWAR_CALON

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto Bernama

MELAKA, 24 Okt – Selagi Kerajaan MADANI diberi mandat memerintah, harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan meskipun negara berdepan tekanan kenaikan harga minyak dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan terus menanggung subsidi bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos bahan api.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

“Tapi percayalah, selagi Kerajaan Madani diberi mandat memerintah, kita tidak akan naikkan harga minyak RON95!” katanya ketika berucap pada program Pengumuman Calon Dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) di Melaka, malam ini.

Menurut Anwar, usaha mengekalkan harga petrol pada RM1.99 seliter bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan kerajaan menampung tanggungan subsidi yang besar.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata, kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa memberi tekanan terhadap kewangan kerajaan, namun kepentingan rakyat terus menjadi pertimbangan utama pentadbirannya.

Tambah beliau, kestabilan harga bahan api tidak seharusnya dianggap berlaku secara automatik, sebaliknya ia memerlukan pengurusan ekonomi dan kewangan yang berkesan oleh pemerintah.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Ini kerana menurut beliau, kerajaan sedar rakyat memberi perhatian terhadap harga barangan, peluang pekerjaan anak-anak, mutu pendidikan serta kemudahan rawatan kesihatan.

“Ini rakyat ini di mana pun, dia fikir harga barang dia. Dia fikir pekerjaan anak-anak dia. Dia fikir mutu pendidikan sekolah. Dia fikir soal rawatan hospital bila sakit,” katanya.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan terus memberikan perhatian terhadap keperluan berkenaan menerusi Belanjawan Negara, selain menambah peruntukan bagi program yang membantu mengurangkan kos sara hidup, termasuk Jualan Rahmah.

Menurutnya, usaha memperkukuh tatakelola dan membendung ketirisan juga membolehkan penjimatan wang kerajaan disalurkan semula untuk manfaat rakyat.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar menyeru jentera PH supaya menerangkan dasar dan pencapaian kerajaan kepada pengundi sepanjang kempen pilihan raya di Melaka.

Beliau berkata, kesempatan itu perlu digunakan untuk menjelaskan perkara yang telah dilaksanakan serta usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

“Kita boleh menang dengan menceritakan apa yang kita lakukan,” katanya.





PM Anwar Lancar NCLAP30, Gariskan 429 Ikhtiar Sara Hidup Menerusi 35 Strategi

 


IMG_9047

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

MELAKA, 24 Okt – Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggariskan 429 ikhtiar menerusi 35 strategi bagi menangani tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pelan tindakan selama lima tahun itu, yang merangkumi lapan kluster strategik, menjadi kerangka tindakan nasional bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan kos sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan menerusi pendekatan keseluruhan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Kluster berkenaan ialah pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum dengan pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelan itu menetapkan dua keutamaan, iaitu meningkatkan pendapatan rakyat serta menstabilkan harga barangan serta perkhidmatan asas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata pelan itu merangkumi usaha meneruskan dan menambah baik inisiatif sedia ada termasuk komitmen fiskal selain memperkenal ikhtiar baharu bagi menangani isu kos sara hidup.

“Ia juga bersifat dinamik bertujuan memastikan pelan tindakan berkenaan kekal relevan dan boleh disesuaikan dalam mendepani cabaran domestik selain ketidaktentuan geopolitik serta geoekonomi global,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Armizan berkata NCLAP30 turut selari dengan hala tuju dasar utama negara termasuk Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi mandat lebih luas untuk memantau pelaksanaan semua ikhtiar sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Armizan berkata sebelum ini, peranan NACCOL tertumpu pada penelitian dan pertimbangan inisiatif baharu serta isu berkaitan kos sara hidup namun kini turut merangkumi pemantauan menyeluruh terhadap pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan.

“Matlamatnya ialah supaya 429 ikhtiar sara hidup yang digariskan ini dapat dilaksanakan dengan sehabis baik, secara teratur, bersasar dan tidak ada pertindihan untuk mencapai keberhasilan yang optimum,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata kejayaan pelan itu turut memerlukan kerjasama sektor swasta, NGO dan masyarakat bagi memastikan manfaat setiap inisiatif dapat dirasai rakyat secara menyeluruh.

Terdahulu, majlis pelancaran itu berlangsung di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong di sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh. – Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO



‘PN Is Back’: Siapa Yang Betul Sebenarnya?

 

Screenshot

Ironinya, selepas macam-macam cerita nak berpisah, akhirnya kena duduk semeja juga dengan Bersatu untuk menentukan masa depan Perikatan Nasional (PN).

PENDAPAT, 25 Okt – Takiyuddin kata “PN IS BACK!” Sekali tengok, Bersatu pun still in PN. WAWASAN yang PAS nak bawa masuk pula belum tentu diterima.

Habis tu, siapa sebenarnya yang back, siapa yang kena keluar?

Kan itu yang jadi pertikaian. Mahkamah hanya tangguhkan pengantungan..Bukan bermaksud penyakit PN tu dah selesai.

Ingatkan bila PAS umum putus kerjasama dengan Bersatu, mudahlah nak susun semula Perikatan Nasional ikut acuan sendiri.

Rupanya putus kerjasama politik tak sama dengan buang parti daripada gabungan. Bersatu masih ada kedudukan dalam PN. Nak singkir bukan boleh main umum sahaja.

Yang menarik, WAWASAN pula menjadi pertikaian. Bersatu mempersoalkan bagaimana parti baharu itu boleh diterima tanpa persetujuan semua komponen.

Jadi sekarang, Bersatu yang PAS tak mahu bekerjasama masih berada dalam PN. WAWASAN yang mahu dibawa masuk pula belum tentu dapat tempat.

Takiyuddin boleh kata “PN IS BACK”, tetapi persoalan siapa yang layak duduk dalam PN pun masih belum selesai.

Kalau Bersatu masih kekal dan WAWASAN tak diterima, maknanya susunan politik yang PAS mahukan belum menjadi kenyataan.

Ironinya, selepas macam-macam cerita nak berpisah, akhirnya kena duduk semeja juga dengan Bersatu untuk menentukan masa depan PN.

Dalam politik ni, kadang-kadang kita ingat dah tutup pintu pada orang. Sekali tengok, orang tu masih duduk dalam rumah. Yang kita jemput masuk pula masih tunggu di luar pagar.

PN IS BACK. BERSATU ALSO BACK.

WAWASAN? PLEASE WAIT.

Oleh Ahmad Mursi