MUNAFIK BETOI PARTI JALANG.





 Perdebatan mengenai kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang persoalan mengenai sikap dua darjat dalam kalangan pengkritik politik apabila kisah lama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kembali menjadi perhatian.


Ini kerana Sanusi sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas berkaraoke bersama seorang wanita menerusi siaran langsung TikTok sehingga lewat pagi.


Namun, apa yang menarik, tindakan pemimpin PAS itu pernah dipertahankan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai satu pendekatan dakwah yang tersendiri.


Perkara tersebut dijelaskan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat ketika itu, Datuk Ahmad Yahaya menerusi laporan Sinar Harian bertarikh 14 Januari 2024.


Menurut Ahmad, pendekatan Sanusi perlu dilihat secara positif selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.


Beliau menjelaskan bahawa aktiviti santai seperti karaoke di media sosial boleh menjadi salah satu cara untuk mendekati kelompok masyarakat yang mungkin sukar didekati melalui ceramah atau kuliah agama.


Lebih menarik, Ahmad sendiri mengakui bahawa tindakan Sanusi turut menerima teguran daripada ahli PAS.


Ada yang mempersoalkan mengapa ahli parti diminta memperbanyakkan amalan bermunajat, qiamullail dan berzikir, sedangkan pemimpin mereka pula dilihat berkaraoke sehingga lewat pagi.


Bagaimanapun, Ahmad mempertahankan pendekatan tersebut dengan menjelaskan bahawa Sanusi mempunyai cara tersendiri untuk mendekati masyarakat.


Beliau turut memaklumkan bahawa isteri Sanusi sebenarnya berada bersama suaminya ketika siaran langsung itu, cuma tidak kelihatan dalam rakaman.


Sanusi sendiri sebelum ini menegaskan bahawa penggunaan media sosial bukan satu kesalahan selagi tidak melanggar undang-undang atau hukum agama.


Kini, apabila kehadiran Anwar ke konsert Tokti dikritik oleh sesetengah pihak sebagai hiburan melalaikan, perbandingan dengan episod karaoke Sanusi tentunya mengundang persoalan.


Kalau Sanusi berkaraoke bersama wanita menerusi TikTok boleh dilihat sebagai usaha dakwah, mengapa kehadiran Anwar menyaksikan persembahan muzik tradisional pula menjadi bahan kecaman?


Adakah sesuatu hiburan dinilai berdasarkan perbuatan, atau sebenarnya bergantung kepada parti politik yang diwakili?


Nampaknya, apabila pemimpin sendiri berkaraoke, ada yang melihatnya sebagai pendekatan mendekati masyarakat. Tetapi apabila pemimpin lawan pergi konsert, tiba-tiba soal lagha pula menjadi perdebatan.




KPKM komited jaga kebajikan pesawah, kajian kesan kelewatan baja menyusul Nov ini

 




Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan bahawa kesan kelewatan pembekalan baja di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terhadap pengeluaran padi perlu dinilai berdasarkan data hasil sebenar dan bukannya andaian semata-mata.

Berdasarkan analisis awal yang melibatkan 21 peratus sampel Kajian Pemotongan Padi (Crop Cutting Survey atau CCS) MADA, anggaran purata hasil kasar bagi Musim 1/2026 adalah sebanyak 5.69 tan sehektar berbanding 4.60 tan sehektar bagi Musim 1/2025.

Dapatan awal itu menunjukkan peningkatan purata hasil kasar di peringkat MADA dan setakat ini tidak menunjukkan kemerosotan hasil secara keseluruhan.

Bagaimanapun, KPKM menegaskan angka tersebut masih bersifat awal dan tidak boleh dianggap sebagai kesimpulan muktamad mengenai kesan kelewatan pembekalan baja terhadap pesawah secara individu.

“Sehubungan itu, kajian menyeluruh akan dilaksanakan sebaik sahaja aktiviti penuaian selesai pada November 2026 bagi mendapatkan gambaran lebih lengkap dan tepat mengenai prestasi pengeluaran padi musim berkenaan.

“KPKM berpandangan bahawa sebarang rumusan dan tindakan susulan perlu dibuat secara objektif, berasaskan bukti serta mengambil kira kepentingan pesawah dan kelangsungan pengeluaran padi negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, kementerian menegaskan kebajikan pesawah sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, termasuk dalam menangani kesan kemarau serta isu kelewatan pembekalan baja di kawasan MADA.

Bagi membantu pesawah yang terjejas akibat kemarau dalam tempoh Januari hingga Oktober 2026, kerajaan telah meneruskan penyaluran bantuan kewangan secara berfasa menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) kepada pesawah yang berdaftar di bawah skim berkenaan.

Di kawasan MADA, pembayaran berjumlah RM1.99 juta telah dilaksanakan secara berperingkat dari Jun hingga Oktober 2026, manakala bantuan berjumlah RM5.13 juta bagi kawasan di luar MADA akan mula disalurkan secara berfasa pada 23 Oktober 2026.

KPKM berkata, kementerian akan terus memantau perkembangan di lapangan dan memastikan kebajikan pesawah diberi perhatian sewajarnya, seiring dengan tanggungjawab memelihara kestabilan bekalan beras serta keterjaminan makanan negara.




PADAN MUKA BERSATU...UMNO KENA DAH SEKALI.KITA TUNGGU KALI KEDUA...KAWAN YANG BAGI BANYAK JAWATAN DALAM KERAJAAN ,UMNO SANGGUP NAK LAWAN. KITA TUNGGU DAN LIHAT SAJA..

 

Che Ibrahim



MENGAPA PN DIBUBARKAN? 


Punca Utama : Pertikaian/perbalahan antara Pas dan Bersatu


Sebab Utama : Bersatu dinafikan hak untuk hadir ke Mesyuarat MT PN pada 16 Julai 2026.





Maknanya Pas secara luar tabie telah menyingkirkan Bersatu dari PN, lalu Bersatu buat aduan kepada Ros, akhirnya selepas siasatan dan peluang bela diri yang diberikan, Ros batalkan PN.




𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗡



SR Suara Rakyat



















𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬 — PN DITUBUHKAN


Perikatan Nasional muncul susulan pergolakan politik selepas Langkah Sheraton dan didaftarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2020.


𝟭𝟲 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 — MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PN

Bersatu mendakwa tidak dilibatkan dalam mesyuarat berkaitan pembahagian kerusi pilihan raya.


𝟳 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 — KONFLIK KEANGGOTAAN

Hadi Awang menyatakan kedudukan Bersatu dalam PN tergugur secara automatik.


𝟭𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 — BERSATU MENGADU KEPADA ROS

Bersatu membuat aduan rasmi berhubung isu keanggotaan dan mesyuarat PN.


𝟮𝟮 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — ROS MENGELUARKAN NOTIS

ROS meminta penjelasan PN berhubung aduan tersebut.


𝟮𝟯 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — AKTIVITI PN DIGANTUNG

ROS menggantung aktiviti PN sementara isu berkenaan ditangani.


𝟭𝟮 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — PN MENGEMUKAKAN PENJELASAN

PN menyerahkan maklum balas kepada ROS bagi menjawab notis yang dikeluarkan.


𝟮𝟬 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — PENDAFTARAN PN DIBATALKAN

ROS membatalkan pendaftaran PN selepas memutuskan penjelasan yang diberikan tidak mencukupi.


KESIMPULAN : Konflik PAS–Bersatu mencetuskan pertikaian dalaman, aduan Bersatu membawa kepada tindakan pembatalan PN.




TAHNIAH




 Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee, Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas kejayaan tersenarai dalam kelompok 2 peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.






Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI





TERBAIK LAH PMX SEBAB BUAT TAK KISAH WALAU KENA FITNAH

 





Dakwaan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, bahawa beliau dilarang berceramah di beberapa negeri sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri mengundang kritikan seorang pempengaruh media sosial, Haqqim Mall, yang mempersoalkan asas dakwaan tersebut.


Menerusi video yang tular di media sosial, Haqqim berhujah bahawa urusan tauliah mengajar agama Islam tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri, bukannya kerajaan Persekutuan. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Anwar dikaitkan secara langsung dengan sekatan ceramah berkenaan.


Tauliah agama di bawah bidang kuasa negeri


Menurut Haqqim, urusan berkaitan tauliah mengajar agama perlu dilihat berdasarkan bidang kuasa institusi agama di negeri masing-masing.


“Kenapa kita nak salahkan perdana menteri atas kesalahan apa, sebab kita tak boleh nak masuk mengajar di negeri-negeri lain?” katanya.


Beliau menegaskan bahawa keputusan berkaitan tauliah tidak boleh terus dikaitkan dengan pentadbiran Anwar tanpa penjelasan mengenai pihak berkuasa yang membuat keputusan tersebut.


Dalam sistem pentadbiran Malaysia, hal ehwal agama Islam secara umumnya berada di bawah bidang kuasa negeri, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan. Oleh itu, asas sebenar sesuatu sekatan perlu diteliti berdasarkan negeri dan keputusan pihak berkuasa yang terlibat.


Haqqim bangkitkan persoalan mengenai Terengganu


Haqqim turut membangkitkan isu tauliah Azhar Idrus di Terengganu sebelum ini dan mempersoalkan sama ada pendakwah itu turut mengaitkan perkara tersebut dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Persoalan itu dikemukakan bagi mencabar konsistensi dalam mengaitkan sekatan ceramah dengan pemimpin politik tertentu, sedangkan urusan tauliah mempunyai kerangka kuasa tersendiri di peringkat negeri.


Bagaimanapun, persoalan tersebut tidak dengan sendirinya membuktikan siapa yang bertanggungjawab terhadap sebarang sekatan. Perkara itu memerlukan pengesahan berdasarkan keputusan rasmi pihak berkuasa agama negeri berkenaan.


Haqqim ingatkan pendakwah supaya berhati-hati


Selain isu bidang kuasa, Haqqim mengingatkan bahawa kenyataan tokoh agama mengenai politik boleh mempengaruhi persepsi masyarakat, khususnya apabila sesuatu dakwaan disampaikan tanpa penjelasan yang lengkap.


Beliau turut mengkritik tindakan yang didakwanya menggunakan sentimen agama bagi kepentingan politik kepartian.


“Bila kita tak boleh nak jawab hujah, bila kita tak boleh nak patahkan hujah lawan, mereka menggunakan agama untuk mematahkan hujah kita,” katanya.


Haqqim menjelaskan bahawa beliau tidak menolak hubungan antara agama dengan politik secara keseluruhan. Sebaliknya, beliau mempersoalkan apabila isu agama dikaitkan dengan persaingan politik tanpa asas fakta yang jelas.


Persoalan yang memerlukan penjelasan


Dakwaan Azhar Idrus dan kritikan Haqqim Mall akhirnya membawa kepada persoalan tentang pihak yang mempunyai kuasa sebenar dalam urusan tauliah serta alasan di sebalik sebarang sekatan ceramah.


Untuk menilai isu ini secara adil, kenyataan penuh Azhar, rekod keputusan pihak berkuasa agama negeri dan penjelasan rasmi pihak terlibat perlu diteliti.


Perbezaan pandangan politik boleh dibahaskan, tetapi persoalan mengenai tauliah agama sewajarnya dijawab berdasarkan bidang kuasa, dokumen rasmi dan fakta yang boleh disahkan.


#dtvchannel





BUKAN HANG KA YANG MUNAFIK.,..



Jamzuri Ardani


 Makin hilang akal Parti Assobiyah Se Malaysia ni ... suka suki melabel orang munafik.






NOHHH... HALAI

 

Aman  Muhamad




Kan dah cakap, nak buat jahat apa pun kat Malaysia ni pastikan sokong PAS je, automatik semua jadi halal.


Kalau kau lawan PAS, kau buat benda baik pun jadi haram.




:)

PIHAK PDRM DAN KDN PERLU SIASAT KAD JENIS INI TERUTAMA RONGHINYA



 Gerakan Rakyat Malaysia Anti Pendatang Tanpa Izin(GERAM@PATI)




Hanani Najihah



Ada jumpa lagi kad jenis lain , sumpah la korang ni keluarkan macam macam jenis kad , lepastu mentioned je UNHCR , then lepas? wtffff . Siap tulis belakang kad tu macam tu , Siapa yang bagi kebenaran duduk negara orang lepastu selamba keluarkan kad persatuan bagai2 ?? Senang dan semudah itu ye !







PEGUAM NEGARA MOHON TANGGUH PROSIDING SEMAKAN KEHAKIMAN BADAN PEGUAM (BAR COUNCIL)

 






PEGUAM NEGARA MOHON TANGGUH PROSIDING SEMAKAN KEHAKIMAN BADAN PEGUAM (BAR COUNCIL)

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman Badan Peguam, bagi mencabar keputusan pihak pendakwaan menghentikan kes rasuah Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.
Peguam Datuk Guok Ngek Seong yang mewakili Ahmad Zahid berkata Hakim Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian, semasa prosiding yang dijalankan di dalam kamar.

AMMTC Ke-20 MANILA: MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN ASEAN BERSAMA RAKAN DIALOG

 








Hari ini saya mengetuai delegasi Malaysia dalam empat sesi konsultasi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) bersama Rakan Dialog, bersempena AMMTC Ke-20 di Makati, Filipina.
Empat sesi tersebut merangkumi Konsultasi AMMTC Plus Three Ke-16, AMMTC Plus China Ke-13, AMMTC Plus Japan Ke-11 dan AMMTC Plus Republic of Korea (ROK) Ke-7.
Dalam Konsultasi AMMTC Plus China Ke-13, saya turut diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama dengan TYT Lyu Wuqin, Penolong Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China.
Peranan ini merupakan satu lagi ruang penting bagi Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antara ASEAN dengan China, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan dan jenayah rentas sempadan.
Kesemua sesi konsultasi ini memberikan tumpuan kepada perkembangan ancaman jenayah rentas sempadan, kemajuan kerjasama sedia ada serta usaha meningkatkan keupayaan penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat, kerjasama operasi dan pembangunan kapasiti.
Antara ancaman yang diberikan perhatian termasuk jenayah siber dan penipuan dalam talian, penyeludupan dadah serta jenayah terancang yang semakin kompleks dan merentasi sempadan negara.
Saya percaya bahawa ancaman yang bersifat rentas sempadan memerlukan tindak balas yang turut merentasi sempadan. Sebab itulah hubungan erat antara ASEAN dengan Rakan Dialog perlu terus diterjemahkan kepada kerjasama penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kerjasama keselamatan serantau dan antarabangsa demi menjamin keamanan, kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-4 TERBAIK DUNIA



 Zulkifli Hasan




ESTASI EKONOMI MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-4 TERBAIK DUNIA


Syukur alhamdulillah, Malaysia menduduki tangga ke-4 dunia bagi kategori Prestasi Ekonomi (Economic Performance) dalam laporan IMD World Competitiveness Ranking 2026.
Lebih mengagumkan ialah di kala dunia sedang berdepan dengan konflik geopolitik, persaingan geo-ekonomi, gangguan rantaian bekalan global, inflasi, persaingan teknologi, Malaysia pula terus cemerlang dengan menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Baru sahaja Malaysia diumumkan berada di kedudukan ke-15 dalam laporan World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 menyaksikan lonjakan lapan anak tangga berbanding kedudukan ke 23 pada 2025.
Ini bermakna dalam tempoh hanya dua tahun, Malaysia telah meningkat daripada kedudukan ke-34 kepada ke-15 dunia. Pencapaian luar biasa hasil kerja keras kerajaan, sektor swasta dan semua rakyat Malaysia.
Diakui, sememangnya ramai yang inginkan perubahan di negara kita dan ramai yang inginkannya berlaku dengan pantas dan benar-benar dapat dirasakan. Namun, reformasi dan transformasi ini mesti dilakukan dengan bijaksana dan berhikmah.
Kita mesti menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang stabil, cekap, kompeten, bersih dan diyakini. Imej dan keadaan inilah yang akan menarik perhatian lebih ramai pelabur, pelancong, pengunjung, ilmuwan, pakar, dan lain-lain untuk datang membawa teknologi, pengalaman termasuk modal dan melabur di negara kita.
Perubahan bukan berlaku sekelip mata, ia adalah usaha berterusan yang dilaksanakan dengan penuh berhikmah dan bijaksana.
Malaysia terus mendunia.....

TAK PERLU PUN MOHON MAAF. TERUSKAN ANAK MUDA KRITIK DAN BUKAN MEMFITNAH

 






Pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kerana mempersoalkan tindakan orang ramai mengumpul derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar denda mahkamah RM50 juta.

Ummi Umairah tetap mempertahankan pendiriannya bahawa menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit adalah perbuatan paling bodoh dan tidak bermoral. Beliau turut menjelaskan bahawa menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh tidak bermaksud menghina individu yang melakukannya.
Walaupun menerima kecaman dan komen berbaur ugutan, beliau tidak berganjak daripada prinsip menentang rasuah. Malah, Ummi Umairah menyuarakan kekecewaan terhadap sikap segelintir masyarakat yang menurutnya terlalu taksub dengan politik sehingga mengabaikan fakta, konteks dan pemikiran kritis.
Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini