MEREKA BUKAN SAHAJA PENAKUT, TAPI TAK BERANI MELAKSANAKANNYA KERANA TERPALIT KURUPSI.

 


RAMAI PERDANA MENTERI BERCAKAP, PMX YANG BERANI MELAKSANAKAN






Penyasaran subsidi bukan idea baharu.


Kerajaan demi kerajaan pernah mengakui bahawa subsidi pukal membebankan negara, menggalakkan penyeludupan dan turut dinikmati warga asing serta golongan kaya.


Namun apabila tiba masa membuat keputusan, ramai memilih untuk menangguhkannya.


Sebabnya mudah: takut hilang populariti.


Lebih selamat membiarkan wang negara terus bocor daripada berhadapan serangan politik kononnya kerajaan “menarik subsidi rakyat”.


Tetapi Anwar Ibrahim memilih jalan yang lebih sukar.


Kerajaan MADANI menyasarkan subsidi elektrik, diesel dan RON95, selain mengapungkan harga ayam dan telur. Keseluruhan pembaharuan ini dianggarkan menjimatkan kira-kira RM15.5 bilion setahun.


Daripada jumlah itu, penyasaran diesel menjimatkan sekitar RM5 bilion, manakala rasionalisasi subsidi RON95 menyumbang sekurang-kurangnya RM2.5 bilion.


Ini bukan soal kerajaan tidak mahu membantu rakyat.


Ini soal menghentikan wang rakyat daripada terus dinikmati oleh golongan kaya, syarikat besar, warga asing dan penyeludup.


Rakyat Malaysia yang layak masih menikmati RON95 bersubsidi melalui BUDI95. Pengangkutan awam, nelayan, sektor pertanian dan kenderaan logistik tertentu pula terus dilindungi melalui mekanisme subsidi diesel.


Maknanya, subsidi tidak dihapuskan.


Subsidi diperbetulkan.


Daripada subsidi untuk semua tanpa mengira kaya atau miskin, kerajaan mengalihkannya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Penjimatan itu juga bukan sekadar angka cantik dalam buku akaun. Ruang kewangan yang diwujudkan membolehkan peruntukan STR dan SARA ditingkatkan sehingga RM15 bilion, selain membiayai kebajikan, sekolah, klinik, infrastruktur serta program menangani kos sara hidup.


Inilah perbezaan antara politik populis dengan kepimpinan bertanggungjawab.


Politik populis hanya memikirkan tepukan hari ini.


Kepimpinan sebenar memikirkan keselamatan negara untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.


Anwar boleh sahaja mengekalkan sistem lama, membiarkan ketirisan berterusan dan menyerahkan bom jangka kewangan kepada Perdana Menteri selepasnya. Itu jauh lebih mudah dan lebih selamat untuk popularitinya.


Tetapi beliau memilih untuk melakukan perkara yang perlu, walaupun tahu dirinya akan diserang.


Ramai pemimpin pandai bercakap tentang reformasi.


Ramai juga pernah mengakui subsidi pukal mesti diperbetulkan.


Namun bercakap tidak memerlukan keberanian. Yang memerlukan keberanian ialah membuat keputusan ketika lawan politik sedang menunggu untuk memutar setiap langkah menjadi kebencian rakyat.


Di situlah tekad Anwar diuji.


Beliau tidak sekadar bercakap tentang menyelamatkan kewangan negara. Beliau benar-benar melaksanakannya.


Subsidi rakyat tidak dirampas. Ketirisan yang ditutup.


Yang kehilangan habuan bukan rakyat miskin, tetapi mereka yang selama ini menumpang subsidi rakyat.


Ramai pernah tahu apa yang perlu dilakukan.


Tetapi PMX mempunyai keberanian politik untuk melakukannya.


HFM | Pengasas QLP

Kuala Lumpur, Malaysia





BUKAN SAJA KULI KATA PARTI PELACUR..CAKAP PUN TAK SERUPA BIKIN....

 


PAS anjur himpunan selamatkan Tabung Haji.






⬇️


PAS yakin urus tadbir Tabung Haji mantap.


⬇️


RCI Tabung Haji keluar - Tabung Haji alami krisis kewangan serius.


🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️


Sebab tu PAS diam je isu RCI Tabung Haji ye. Padahal diorang la yang desak RCI TH dibuat dulu-dulu, dan masa RCI dibuat PAS adalah kerajaan. Menteri Agama pun diorang pegang.






AKAN DI UPDATE PADA SESSI PETANG.

 


TALIAN MENGHADAPI

 GANGGUAN.

BLOG AKAN DIUPDATE

 SETELAH TALIAN 


KEMBALI PULIH.