PULAK DAH....

 


Ahmad Hussein


Yakob Yusra kembali muncul berdakyah dengan penuh pembohongan, bahkan terang nyata kesan kenyataan dia berisiko besar beri gambaran negatif terhadap kerajaan, seolahnya pihak berwajib telah berbuat perkara zalim dalam mengendalikan kes curi duit derma dia



Itu tak boleh dibiar wahai PM Anwar Ibrahim, nescaya kenyataan itu menjadi modal Wala'un untuk tibai lagi kerajaan, kononnya Madani mahu aniaya institusi agama, itu bahaya,  mencalarkan imej SPRM dan mahkamah. 


Bahkan, Yakob petik pula Global Ikhwan dengan konotasi pembelaan, seolahnya kerajaan dah buat naya terhadap bisnes orang Islam, sedangkan Global Ikhwan telah difatwa sesat dan telahpun jalani hukuman. 


Puak Wala'un ambil kenyataan² Yakob untuk dijadikan modal politik, kononnya Melayu Islam kini tertindas, cis!




BILA PUSAT PENTADBIRAN NEGARA MENJADI PUSAT ILMU








Bayangkan suasana seperti ini, bermula dari hari pertama sehingga hari ini, bukan sahaja sesi malam tetapi sesi siang juga penuh dengan ribuan penuntut ilmu. 


Dijangkakan lebih ramai, ribuan akan berpusu-pusu ke Putrajaya hari ini untuk menghadiri Majlis Khatam Kitab Hikam dan Pengijazahan.  


Bukan diadakan di hotel atau di dewan mewah tetapi di Masjid Putra yang betul-betul berada di jantung Pusat Pentadbiran Negara. 


Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran kini berkembang menjadi Pusat Ilmu. 


Hanya berlaku di era Malaysia Madani. 


Malaysia Madani dan budaya ilmu berpisah tiada. ...


#SebarkanSalam #MadaniMembaca


.


SEMASA NAJIB DI PENJARA. BODOH TAK LEH BINCANG.



Paksu dulu Pas





_________________________


Harga telur mahal sekarang ni, aku goreng telur terpaksa belah lapan nak bagi anak² makan. 

Tu belum kira bil elektrik lagi. Tinggi melambung. Gaji aku bulan ni habis macam tu jer...tak baki nak simpan.


Selepas najib dapat tahanan rumah.....

_________________________


Erkk....ini sajalah yang saya mampu dermakan untuk membebaskan BOSSKU.

Kalau tak cukup, bagi tau saya yer.!





Kerajaan MADANI Komited Bantu, Perkemas Institusi Pondok – PM Anwar


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadır pada Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bertemakan “Mengerah kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden" di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 19 September 2026.

PUTRAJAYA, 19 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited membantu memperkemas dan memartabatkan institusi pondok menerusi peningkatan taraf prasarana fizikal, disiplin ilmu serta pengenalan bidang pengajian baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Perdana Menteri berkata, sebagai langkah permulaan, beberapa institusi pondok akan dipilih untuk menjadi perintis kepada tradisi baharu ilmu berdasarkan pengkhususan serta manhaj tarbiah atau disiplin masing-masing.

“Sejak merdeka 1957, kerajaan bertukar ganti, inilah kali pertama kita bantu.

“Saya mahu tekankan, kerana banyak orang pertikai. Saya tidak akan tentukan kurikulum (pondok), bukan bidang saya. Cuma saya usulkan usaha untuk meningkatkan martabat dan kedudukannya, termasuk ilmu dan disiplin baharu,” katanya.

Komitmen itu disuarakan Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Festival berkenaan turut menampilkan pelbagai program bermanfaat termasuk pencerahan ilmu, percambahan pemikiran dan mendapatkan maklum balas memperkasa pembangunan agama Islam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab dan ulama terkemuka Maghribi Syeikh Prof Dr Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri.

Anwar berkata institusi pondok juga perlu didedahkan kepada disiplin baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), yang menurutnya mempunyai potensi besar sebagai alat dalam dakwah dan pembangunan umat Islam.

“AI ini adalah senjata penting dalam dakwah dan kebangkitan Islam, dan AI tanpa sistem etika dan akhlak boleh menjadi masalah dan musuh utama yang akan menikam kita.

“AI itu bahayanya ada, sama seperti telefon atau komputer. Jadi mesti latih juga anak-anak di pondok untuk menguasai (AI),” katanya.

Berkenaan pelajar jurusan pondok, Anwar bersetuju supaya laluan mereka melanjutkan pengajian di universiti juga boleh diberikan keutamaan.





Pengampunan Najib: PH Perlu Ofensif Sekarang!


Sudah jelas Pengampunan yang diberikan oleh Yang diPertuan Agong kepada Najib Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah memudaratkan Umno mulai sekarang dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

PENDAPAT, 19 Sep – Pengampunan bersyarat kepada Najib Razak beri bola tanggung kepada PH dalam PRU16.

Baru satu hari berlalu, sudah jelas Pengampunan yang diberikan oleh Yang diPertuan Agong kepada Najib Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah memudaratkan Umno mulai sekarang dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pilihanraya negeri Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi, adalah satu medan tempur yang kecil.Medan perang besar ialah Pilihanraya Umum yang perlu diadakan sebelum Februari 2028.

Setelah lebih 24 jam kes pengampunan Najib Razak disiarkan, pelbagai kisah luka Najib dan Rosmah kembali dibongkar warganet yang menolak rasuah dan pencurian wang rakyat.

Sekarang Umno-BN sudah mula berada dalam keadaan defensif. Di media sosial, rakyat sudah mula bertanya: Bila Umno mahu lancarkan tabung pulihkan kerugian 1MDB?

Sejarah Najib Razak memimpin Umno bukanlah sejarah gilang gemilang membawa kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihanraya.

PRU pada tahun 2013, Umno-BN hampir hilang kerajaan Persekutuan. Itu kali pertama Najib Razak memimpin Umno-BN dalam Pilihanraya Umum sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional. Bukan sahaja BN hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, tetapi angka data SPR menunjukkan jumlah undi popular rakyat kepada Pakatan Rakyat mengatasi BN walaupun BN jadi kerajaan Persekutuan.

Pelbagai paparan dan luahan warganet mencemuh pengampunan bersyarat Najib memungkinkan Umno kini sedang dalam keadaan defensif umpama memilkul biawak hidup di gurun gersang.

Itu tanda-tanda awal kejatuhan Najib Razak, Umno dan BN. Apabila sampai PRU14 pada tahun 2018, Najib Razak sebagai Perdana Menteri ditolak rakyat. Rakyat hanya perlu dua isu sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak, iaitu isu cukai GST dan isu rasuah 1MDB.

Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin dua tokoh pimpinan Umno yang keluar dari Umno atau dipecat dari Umno oleh Najib Razak telah bergabung dengan Pakatan Harapan pimpinan Anwar Ibrahim. Gabungan besar ini telah dapat menyatukan rakyat Melayu dan bukan Melayu untuk menolak skandal 1MDB Najib Razak.


Sekarang pengampunan bersyarat Najib Razak telah mengubah lanskap politik Malaysia. PH sekarang mendapat bola tanggung dari pengampunan Najib.

Gelombang senyap di media sosial terutamanya di kalangan generasi muda yang menyindir pengampunan bersyarat Najib dan mesti digembeleng PH sebaik mungkin.

Sebelum Najib diberi pengampunan, Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, Presiden PKR dan Pengerusi PH begitu defensif. Beliau dikritik secara terbuka dan juga di media sosial tidak henti-henti setiap hari.

Kini keadaan sudah berubah angin. Sekarang apabila Najib Razak diberi pengampunan dan lega hukum, tiba-tiba simpati kepadanya kerana merengkok dalam penjara meruap dan lesap. Rakyat mulai marah apabila melihat sistem keadilan negara ini ada dua darjat. Satu untuk rakyat biasa golongan marhaen dan satu lagi untuk elit politik dari kelas bangsawan.

Mulai hari kedua Najib menerima pengampunan, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno kembali kepada status co-pilot kepada Umno. De facto pemimpin Umno sekarang bukan lagi Ahmad Zahid Hamidi tetapi Najib Razak.

Sekarang rakyat Malaysia dari semua kaum, budaya dan agama, dari Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sudah dapat melihat dua wajah pemimpin mereka iaitu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Najib Razak pemimpin Umno yang baru keluar dari penjara untuk tahanan seterusnya di rumah. Penilaian kini di tangan rakyat sendiri.Mana satu antara

Kedua mereka yang boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik?

Jika dalam PRU15 tahun 2022, PAS dan Bersatu bergabung dalam Perikatan Nasional dengan membawa naratif PN yang Bersih dan Amanah, jadi kini bagaimana PAS dan Umno boleh membawa naratif yang sama: Bersih dan Amanah dengan kehadiran Najib Razak yang disabitkan bersalah dalam kes SRC International; juga sekali lagi disabitkan bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dan pelupusan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion berkait 1MDB. Untuk kes ini Najib Razak dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan denda RM11.38 bilion. Keputusan mahkamah ini sedang dirayu oleh Najib Razak.

Jangan mengaburkan kedudukan Perlembagaan atau menggambarkan keputusan ini seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau PH. Foto Fadhlina Sidek

Dari segi politik, Najib Razak kini betul-betul menjadi beban kepada Umno dan juga PAS. Tidak ada beban, batu digalas. Bagaimana Umno dan PAS sekarang hendak bercakap mengenai kerajaan yang bersih dan amanah, yang telus, cekap dan adil apabila kini Najib telah muncul di hadapan mata rakyat sebagai satu simbol yang mencurigakan bagi sebuah kerajaan yang dikatakan the government in waiting?

Oleh
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

19 September 2026






PIKIR KELUARGA SEBELUM NAJIB

 


Asyraff


Kepada pakcik makcik yang nak habiskan duit mysara untuk derma pembebasan Najib Razak, ketahuilah yang ini adalah rumahnya. Rumah anda bocor atap tidak berbaiki, dia pula tidur beraircond.

.


"Tapi masa dia memerintah, dia bantu ramai rakyat."

.


Cuba sebut seorang PM Malaysia yang tidak pernah berjasa? Hatta PMX yang orang benci pun ada jasanya. Tapi, adakah itu tiket untuk kita maafkan orang yang menyebabkan Negara berhutang berbillion ringgit? 

.


Gila.



SEMOGA UMNO PUNYA KEKUATAN BERSENDIRIAN




 PAS sekarang ni sedang menekan-nekan UMNO untuk terus bekerjasama menghadapi pilihanraya akan datang.



'Penyatuan Melayu-Islam' ialah taktik licik PAS yang tidak mahu UMNO lawan mereka dalam pilihanraya.


Aku harap BN jangan kerjasama dengan sesiapa, bukan dengan PN mahupun PH.


Dengan momentum hari ni, BN boleh tapau semua, apatah lagi dengan momentum DS Najib.


Insya Allah, selepas PH tumbang, PAS pula akan tumbang di SG4.



JANGAN JADI JALANG

 

Aman Muhammad


PAS telah membuktikan bahawa mereka sememangnya sebuah parti politik—bukan agama yang boleh menjanjikan jalan ke syurga.






Prinsip agama tidak berubah mengikut kepentingan: hari ini berkata lain, esok berkata sebaliknya. Namun, pendirian politik boleh berubah. Dan PAS telah membuktikannya.


Perubahan pendirian politik bukan hanya berlaku dalam PAS. Ia turut berlaku kepada UMNO, PKR, AMANAH, MUDA, bahkan BERSATU.


Adakah mereka akan terus berubah-ubah? Ya, sudah tentu. Mereka ialah parti politik yang sentiasa mendambakan Putrajaya.


Dan sebenarnya, perubahan itu tidak salah—selagi dilakukan mengikut undang-undang.


Yang salah ialah apabila kepentingan politik dibungkus atas nama agama, lalu perubahan pendirian dianggap sebagai tuntutan agama.





DAP PUNYA PRINSIP,PAS PULA BUAT TAK TAHU, UMNO SEMBANG.

 

Ahmad Mursi




Bila Anthony Loke umum mahu letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas keputusan pengampunan bersyarat Najib, tiba-tiba satu persoalan lama muncul balik.


Kalau seorang menteri benar-benar tak setuju dengan satu keputusan besar kerajaan, apa sebenarnya pilihan yang ada?


Loke pilih jawatan dia sendiri.


DAP tidak keluar kerajaan. Menteri DAP lain pun kekal. Tapi Loke kata beliau sendiri akan berundur sebagai respons parti terhadap keputusan tersebut. 


Sebab itu orang mula teringat PAS.


Bab 22 cabutan khas judi dulu, PAS berkali-kali kata mereka bukan pihak yang bersetuju. Takiyuddin Hassan kata perkara itu tidak pernah dibawa untuk keputusan Kabinet, malah wakil PAS dikatakan membuat bantahan selepas mengetahuinya. 


Baik.


Tapi masa itu menteri PAS tetap menteri.


Tak ada seorang pun sampai tahap berkata, “Kalau ini bercanggah dengan pendirian kami, saya lepaskan jawatan.”


UMNO pula lain ceritanya.


Kebelakangan ini mereka lantang mengkritik rakan dalam kerajaan. Zahid sendiri mencabar pengkritik supaya keluarkan UMNO daripada kerajaan dan buat undi tidak percaya kalau berani. Pada masa sama, beliau kemudian menegaskan UMNO akan terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal. 


Jadi tiga gaya berbeza sedang terpampang depan mata.


Ada yang tidak setuju lalu menawarkan jawatan.


Ada yang kata mereka bantah, tetapi terus berada dalam Kabinet.


Ada pula yang bergaduh dan mencabar orang lain supaya keluarkan mereka, tetapi sendiri masih mahu kekal.


Sekurang-kurangnya tindakan Loke hari ini memberi satu contoh yang sangat mudah difahami: kalau bantahan itu sampai menyentuh prinsip politik seseorang menteri, jawatan memang salah satu benda yang boleh diletakkan atas meja.


Bukan sekadar mikrofon.


#ahmadmursi





KATANYA...

 


Harakatdaily


PAS timbang pulangkan RM10 juta kepada UMNO hasil daripada RM90 juta pemberian Najib yang menggunakan wang 1MDB.


“Banyak tu je yang tinggal,” ujarnya berpuas hati.





KE MAHKAMAH LA RASANYA.

 

Zainuddin Omar



Hanya KSN sahaja mempunyai kuasa mengambil apa-apa tindakan terhadap SUK. Bukan MB dan bukan MMK.




KIOK

 





Sharon


Islam PAS meraikan banduan yang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar bunga dan hutang negara.



PUAK DOK KUTIP DUIT BANTU KLEPTORAT, PM ANWAR BERSAMA PARA ILMUAN AGAMA DI SRI PERDANA.

 



Alhamdulillah, Seri Perdana hari ini menjadi tuan rumah Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bertemakan “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”, sebahagian daripada Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dari 13 September hingga esok.



















Saya mengamati pandangan para tuan guru dan asatizah tentang cabaran dunia keilmuan serta peranan turath dalam mendepani tuntutan zaman.


Tradisi turath dan pendidikan pondok mempunyai sejarah penting dalam membina kesedaran serta mempertahankan akidah umat, justeru usaha mengangkat khazanah ilmu ini perlu digerakkan secara lebih sistematik agar terus relevan, termasuk dalam menghadapi perkembangan baharu seperti kecerdasan buatan (AI).


Kerajaan akan terus membantu dengan upaya yang ada untuk memberi nafas baharu kepada pendidikan pondok dan tradisi turath Islami.


Saya turut melancarkan Ihya’ Ulumuddin karya agung Imam al-Ghazali dalam edisi 20 jilid terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).


Terima kasih dan penghargaan kepada para masyaikh, ulama dalam dan luar negara, khususnya Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah dan Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, atas perkongsian ilmu dan hikmah.


Semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan menjadikannya payung rahmat kepada perkembangan ilmu di Malaysia.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI





MASA SEBELUM NI DIA KEMAIN TIBAI PAS...BETUL..MANGKOK NI BAGI 10 JA..LAAA....SEDEY


 Em Jay


Mangkuk ni dok menyalak hari-hari dalam medsos kononnya bersolidariti untuk Najib, last2 sedekah untuk Najib hanya RM10….. Memang tahi makhluk macam ni…..


 NANTI JIKA UMNO BUKAN LAGI BERADA DALAM KERAJAAN, PASTI MAKHLUK NI AKAN MENGEMIS DENGAN PARTI LAIN PULAK. KALAU TAK PERCAYA HAMPA NANTI TUNGGU DAN LIHAT






KEH KEH KEH..



 Shahidan Kassim desak kerajaan benarkan ahli PAS dan UMNO keluarkan simpanan KWSP untuk salur bantuan kepada banduan tahanan rumah




50 JUTA KECIL DENGAN NILAI 42 JUTA YANG DICURI

 

Harakatdaily



PAS persoal denda RM 50 juta tidak setimpal dengan nilai RM 42 juta yang dicuri masuk ke akaun Najib Razak.


“Adalah haram bagi Kerajaan Madani mengenakan riba!,” ujarnya lagi.




MAKNA KATA CURI DAN TIPU DIIT RAKYAT TAK BESAR BAGI PARTI JALANG



Che Ibrahim



 Jika ditakdirkan Pas berjaya menguasai Putrajaya (لا قدر الله),  kita minta Pas perjuangkan pengampunan penuh untuk Najib. 




Tahanan Rumah tidak relevan untuk Najib kerana jasanya kepada Negara, ideanya masih diperlukan untuk merealisasikan slogan cash is king.




JANGAN CEPAT RASA SELAMAT.

 



Datuk Seri Najib Razak memang mendapat pengampunan bersyarat dan dibenarkan menjalani baki hukuman kes SRC International secara tahanan rumah.






Tapi jangan rasa selamat.


Pengampunan yang diperkenankan hari ini hanya melibatkan hukuman kes SRC International.


Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai skop keputusan Lembaga Pengampunan.


“Hanya untuk kes SRC,” katanya. 


Maknanya, keputusan hari ini tidak merangkumi sabitan dan hukuman berasingan yang dijatuhkan terhadap Najib dalam kes 1MDB pada 26 Disember 2025.


Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas kesemua 25 pertuduhan — empat salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram melibatkan kira-kira RM2.3 bilion dana 1MDB.


Beliau dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 15 tahun, manakala denda bagi empat pertuduhan salah guna kuasa berjumlah RM11.38 bilion. 


Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara kes 1MDB itu bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman dalam kes SRC. 


Najib bagaimanapun telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB tersebut. Jadi keputusan Mahkamah Tinggi itu kini masih melalui proses rayuan. 


Sebab itu keputusan hari ini tidak boleh dibaca sebagai semua kes Najib sudah selesai atau semua hukumannya telah mendapat pengampunan.


SRC satu kes.


1MDB satu lagi kes.


Bagi SRC, baki hukuman kini dibenarkan dijalani secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pengampunan.


Bagi 1MDB pula, sabitan 25 pertuduhan dan hukuman 15 tahun yang diputuskan Mahkamah Tinggi masih wujud, sementara Najib menggunakan haknya untuk merayu. 


Apa kesannya terhadap kedudukan Najib selepas hukuman SRC berakhir pula akan bergantung kepada perkembangan rayuan 1MDB dan kedudukan undang-undang pada waktu tersebut.


Jadi jangan keliru antara pengampunan dengan pembatalan semua sabitan.


Pengampunan hari ini hanya untuk SRC.


Kes 1MDB belum selesai.


#unofficialinfo






Jangan gambarkan pengampunan bersyarat Najib seolah-olah keputusan PM, PH – Fadhlina




Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan.

Beliau berkata, kerajaan menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan kerana kuasa pengampunan adalah wewenang baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan

Namun kata beliau, menghormati keputusan ini tidak bermakna pendirian kerajaan terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.

Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas.

“PKR lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa. Prinsip itu menuntut kita memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas.

“PKR lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa. Prinsip itu menuntut kita memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.


Kalau boleh kumpul ratusan ribu, kenapa tak kutip derma pulihkan skandal kewangan Najib






Jika Umno mampu menggerakkan jentera sehingga mengumpul ratusan ribu ringgit, mengapa kekuatan sama tidak digerakkan untuk membantu memulihkan skandal kewangan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Persoalan itu dibangkitkan Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda susulan tindakan Umno melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Najib membayar denda RM50 juta yang menjadi syarat kepada pengampunan beliau.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu mengumumkan sebanyak RM634,562.02 berjaya dikumpulkan hanya dalam tempoh tiga jam.

Mengapa kepimpinan Umno begitu bersungguh-sungguh meminta rakyat dan ahli parti mengeluarkan wang mereka untuk membantu membayar denda seorang pemimpin yang telah melalui proses kehakiman dan disabitkan bersalah?

“Jika Umno mempunyai kemampuan menggerakkan jentera sehingga ratusan ribu ringgit dapat dikumpulkan dalam masa beberapa jam, mengapa kekuatan yang sama tidak digerakkan untuk membantu negara memulihkan kerugian akibat skandal kewangan yang berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri?

“Di manakah Tabung Solidariti untuk rakyat Malaysia? Di manakah kutipan besar-besaran untuk membantu memulihkan dana negara?,” soal beliau.

Pada masa sama Fadhli mempersoalkan adakah Asyraf tidak sedar bahawa skandal 1MDB telah menyebabkan negara kerugian lebih RM50 bilion dengan lebih RM20 bilion dianggap sebagai kerugian yang tidak boleh dikembalikan.

Jumlah itu sekurang-kurangnya boleh digunakan kerajaan untuk menyediakan 10 hospital pakar, 100 klinik kesihatan, 150 sekolah, 40,000 unit rumah rakyat serta lebih RM100 juta peruntukan.

Fadhli berkata, pihaknya menghormati kuasa dan keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib.

Namun, katanya, pengampunan tersebut tidak mengubah hakikat bahawa sabitan jenayah dalam kes SRC telah diputuskan melalui proses mahkamah.



NAK SAMPAI 50 JUTA KENA MINTA JHO LO JUGA LA.

 


Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpulkan sebanyak RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan pada Jumaat.





Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai telah menyumbang serendah RM10 dan RM50.


Tabung itu dilancarkan UMNO bagi membantu Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta, sebagai syarat pengampunan bersyarat dan tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.


#ohmedia #najibrazak #mf





PERANGAI.

 


Dua perkembangan politik besar berlaku hampir serentak minggu ini melibatkan PAS dan UMNO, dan memang susah orang ramai nak tengok tanpa mengangkat kening.




Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi berhubung penurunan Tuanku Muhriz pernah dibincang dan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Exco pada 15 September. 


Tetapi perkembangan selepas itu berubah lagi apabila kerajaan negeri memaklumkan proklamasi 19 April tersebut tidak akan diwartakan atau dilaksanakan kerana dikatakan tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian. 





Dalam masa yang hampir sama di Kuala Lumpur, Najib Razak pula mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkan baki hukuman kes SRC dijalani di rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat antaranya pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat yang ditetapkan. 


Jadi dalam satu minggu, rakyat melihat dua cerita yang cukup besar.


Seorang Raja berdepan proklamasi yang cuba membawa kepada penurunan takhta.


Seorang bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara pula dibenarkan menjalani baki hukuman kes SRC di rumah.


Sebab itu istilah “penyatuan ummah” yang selama ini dimainkan dalam politik UMNO-PAS tiba-tiba mendapat konteks yang sangat berbeza apabila dua perkembangan ini diletakkan sebelah-menyebelah.

 

Politik Malaysia memang penuh kejutan.


Semalam bercakap soal Raja dan institusi.


Hari ini bercakap soal pengampunan dan tahanan rumah.


Yang pasti, dua-dua isu ini akan terus menguji bagaimana parti-parti politik menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang mereka maksudkan apabila bercakap tentang prinsip, undang-undang dan “penyatuan ummah”.


#ahmadmursi