Label PH melatah, Kamil balas Ahmad Fadhli soal isu Amerika

 


Dakwaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan, sebaliknya wajar disiasat bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim berkata, tindakan membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan tidak sepatutnya dipersoalkan, terutama apabila ia melibatkan kemungkinan campur tangan pihak asing dalam urusan politik negara.

Beliau berkata, sekiranya benar wujud pihak asing yang menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan kesahihannya.

“Kenapa melatah apabila laporan polis dibuat? Kalau ada dakwaan kuasa asing menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, bukankah perkara itu sepatutnya disiasat?

“Ini bukan isu kecil kerana ia menyentuh soal keselamatan negara, kedaulatan dan kemungkinan campur tangan asing,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai tindakan PH membangkitkan isu berkaitan Amerika Syarikat.

Ahmad Fadhli sebelum ini mempersoalkan mengapa PH dianggap melatah apabila Pas membangkitkan dakwaan berkaitan campur tangan Amerika dalam politik Malaysia.

Mengulas perkara itu, Kamil berkata, persoalan lebih penting bukan siapa yang membuat laporan polis, sebaliknya sama ada dakwaan tersebut mempunyai asas dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

Katanya, jika maklumat mengenai cubaan pihak asing untuk mempengaruhi atau menjatuhkan kerajaan benar-benar pernah disampaikan kepada pimpinan Pas, perkara itu juga sewajarnya dilaporkan kepada pihak berkuasa pada ketika ia diterima.

“Kalau benar ada maklumat seperti itu sampai kepada pimpinan Pas, mengapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa? Bukankah sebagai wakil rakyat mereka juga mempunyai tanggungjawab mempertahankan kepentingan negara?” katanya.

Kamil turut mempersoalkan apakah kepentingan politik parti perlu diletakkan mengatasi isu yang menyentuh kedaulatan negara.

“Apakah kepentingan Pas mengatasi kepentingan mempertahankan kedaulatan Malaysia? Kalau dakwaan itu benar, kita semua patut mahu ia disiasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan terbuka dapat menentukan sama ada dakwaan berkenaan mempunyai asas atau sekadar dakwaan politik, selain mengelakkan isu itu terus menjadi bahan pertikaian antara parti.

“Biar pihak berkuasa tentukan benar atau tidak. Yang penting, jangan jadikan isu keselamatan dan kedaulatan negara sebagai bahan permainan politik,” katanya.


JOKOWI KEMBALI BERTANDING

 


Nama Gubernur Jawa Barat Dedi Mulyadi mulai ikut dikaitkan dengan manuver politik menuju Pilpres 2029. Jurnalis senior Hersubeno Arief menyebut Dedi menjadi salah satu figur yang masuk radar Presiden ke-7 Joko Widodo (Jokowi).



Wacana tersebut kemudian berkembang ke kemungkinan Dedi dipasangkan dengan Gibran Rakabuming Raka. Dedi dinilai punya elektabilitas yang kuat, sementara Gibran masih menjadi salah satu figur yang diperhitungkan dalam peta politik 2029.


Meski begitu, sampai sekarang belum ada deklarasi resmi mengenai duet Dedi-Gibran. Tapi kalau benar Jokowi mulai melirik Dedi, apakah ini cuma manuver biasa atau sedang disiapkan jadi duet baru untuk 2029?


Cr. Nabila Meisya


#KDM #jokowi #gibran #lintasberita



ANALISIS │Pas-Umno dah nak berdamai, tetapi siapa akan mengalah di Kelantan?

 




TEAM EDITORIAL

Di sebalik kembali munculnya naratif penyatuan ummah antara Pas dan Umno, persoalan pembahagian kerusi dijangka menjadi ukuran paling sukar untuk menentukan sama ada hubungan kedua-dua parti itu benar-benar mampu bergerak daripada sekadar wacana kepada kerjasama politik yang nyata.

Di Kelantan, antara formula yang kini menjadi bahan perbincangan ialah kemungkinan Umno diberikan ruang bertanding di empat daripada 14 kerusi Parlimen serta 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya kerjasama Pas-Umno direalisasikan pada pilihan raya akan datang.

Antara empat kerusi Parlimen yang disebut ialah Kota Bharu, Machang, Ketereh dan Jeli, kawasan yang mempunyai nilai politik tersendiri kepada Umno Kelantan.

Nama Fatmi Che Salleh dikaitkan dengan Kota Bharu, Ahmad Jazlan Yaakub dengan Machang, Alwi Che Ahmad dengan Ketereh, manakala Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pula disebut-sebut untuk Jeli.

Namun, penting untuk dilihat bahawa semua itu setakat ini masih berada pada tahap spekulasi dan cakap-cakap politik, bukannya formula rasmi yang telah dipersetujui Pas dan Umno.

Masalah sebenar bukan duduk semeja, tetapi kerusi

Jika dilihat secara politik, kerjasama Pas-Umno di Kelantan bukan sesuatu yang mustahil untuk dibincangkan. Kedua-dua parti mempunyai sejarah hubungan politik yang panjang, selain berkongsi sebahagian segmen sokongan Melayu dan agenda politik berteraskan Islam serta kepentingan orang Melayu.

Tetapi sejarah politik juga menunjukkan bahawa kerjasama parti selalunya lebih mudah dibincangkan pada peringkat prinsip berbanding ketika masuk ke meja rundingan pembahagian kerusi.

Di sinilah cadangan empat Parlimen dan 10 DUN menjadi menarik.

Empat kerusi Parlimen mungkin kelihatan kecil berbanding keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, tetapi bagi Umno, ia boleh menjadi ruang penting untuk menguji kemampuan parti itu membina semula pengaruh di Kelantan.

Sebaliknya, bagi Pas yang telah lama menjadi kuasa dominan negeri itu, setiap kerusi yang dilepaskan kepada Umno bermakna parti berkenaan perlu membuat pengorbanan politik di kawasan yang mungkin dianggap sebagai kubu sendiri.

Persoalan menjadi lebih rumit apabila mengambil kira pendirian Pas bahawa kerusi yang telah dimenangi perlu dipertahankan pada PRU16.

Jika prinsip itu diterjemahkan secara literal, ruang untuk pembahagian kerusi dengan Umno menjadi lebih sempit.

Persoalannya mudah: Jika kerusi yang dimenangi Pas perlu dipertahankan, dari mana 10 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk Umno hendak diberikan?

Jawapannya bergantung kepada sejauh mana Pas bersedia menyusun semula strategi pilihan rayanya dan, yang lebih penting, sejauh mana kedua-dua pihak bersedia menerima hakikat bahawa kerjasama memerlukan pengorbanan.

Bagi Umno, penyertaan dalam kerjasama dengan Pas tidak banyak maknanya jika parti itu sekadar diberikan kawasan yang peluang kemenangannya terlalu tipis.

Parti itu memerlukan kerusi yang mempunyai asas sokongan, jaringan akar umbi, calon yang dikenali dan ruang munasabah untuk bersaing.

Sebab itu, empat nama dan empat kawasan yang disebut dalam spekulasi tersebut menarik untuk diperhatikan. Jika benar rundingan kerusi berlaku, pemilihan kawasan dan calon akhirnya akan memperlihatkan sejauh mana Pas mengiktiraf keupayaan Umno, manakala Umno pula perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kekuatan sebenar untuk kembali menjadi pemain penting dalam politik Kelantan.

Dalam konteks itu, 10 kerusi DUN mungkin jauh lebih penting daripada angka empat Parlimen kerana kekuatan sesebuah parti di Kelantan pada akhirnya turut bergantung kepada sejauh mana ia mempunyai rangkaian wakil dan jentera di peringkat negeri.

Pas berdepan dilema mempertahankan dominasi

Dari sudut Pas pula, parti itu tidak mempunyai banyak sebab untuk menyerahkan kerusi yang dilihat berpotensi dimenangi.

Kelantan merupakan antara negeri paling kukuh bagi Pas. Sebarang keputusan untuk memberikan ruang yang besar kepada Umno boleh membawa risiko sekiranya berlaku perubahan sokongan atau perpecahan di peringkat akar umbi.

Namun, Pas juga perlu melihat gambaran yang lebih besar.

Jika matlamatnya ialah membentuk satu bentuk kerjasama politik Melayu-Islam yang lebih tersusun, pengorbanan beberapa kerusi mungkin menjadi harga yang perlu dibayar.

Persoalannya ialah berapa banyak pengorbanan yang sanggup dibuat dan kerusi mana yang benar-benar dianggap sesuai untuk dikompromikan.

Empat Parlimen, 10 DUN: angka atau ujian keikhlasan?

Pada akhirnya, isu ini bukan sekadar mengenai empat kerusi Parlimen atau 10 kerusi DUN.

Ia adalah mengenai kepercayaan.

Pas perlu percaya bahawa Umno boleh menjadi rakan strategik dan bukan sekadar mengambil kesempatan daripada kekuatan Pas. Umno pula perlu percaya bahawa kerjasama itu bukan sekadar digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa memberikan ruang politik yang mencukupi kepada mereka.

Jika kedua-duanya mampu mencari formula yang mengambil kira kekuatan setiap parti, sejarah pilihan raya, calon dan realiti akar umbi, pembahagian kerusi boleh menjadi asas kepada kerjasama yang lebih serius.

Tetapi jika masing-masing masih melihat kerusi sebagai wilayah mutlak yang tidak boleh dikompromi, rundingan itu mungkin tersekat sebelum sempat bermula.

Justeru, ujian sebenar penyatuan Pas-Umno di Kelantan bukanlah siapa yang paling lantang bercakap mengenai perpaduan ummah. Ujian sebenarnya ialah siapa yang sanggup melepaskan kerusi sendiri demi memastikan kerjasama itu hidup.

Empat Parlimen dan 10 DUN yang sedang diperkatakan mungkin belum menjadi formula rasmi. Tetapi jika angka itu benar-benar sampai ke meja rundingan, di situlah akan kelihatan sama ada Pas dan Umno benar-benar mahu berdamai, atau sekadar mahu dilihat sedang berdamai.






Umno nak 21 kerusi, Pas tinggal 7? PN disaran bertanding semua Dun di Melaka

 


Hasrat Umno untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 21 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang boleh menjadi ujian besar kepada usaha Pas untuk menjalin kerjasama dengan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, kenyataan Presiden Umno semalam membawa dua mesej, iaitu secara terbuka Umno mahu bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi, manakala secara tersirat parti itu bersedia bergerak solo jika tiada rakan politik menerima syarat berkenaan.

Menurutnya, jika Umno dan Barisan Nasional (BN) mahu bekerjasama dengan parti lain, hanya tujuh daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka yang berbaki untuk ditandingi parti berkenaan.

Katanya, pendirian itu dilihat serius kerana perkara sama ditegaskan berulang kali, termasuk dengan mengaitkan keputusan BN bertanding solo pada PRN Melaka lalu dengan kemenangan besar parti itu.

“Dalam kes ini, dilema paling besar adalah kepada Pas yang sangat obses untuk bekerjasama dengan Umno.

“Sedia atau tidak PN yang dipimpin Pas bertanding hanya tujuh kerusi?” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Yusri berkata, daripada tujuh kerusi yang mungkin diberikan kepada PN, hanya kira-kira tiga dilihat mempunyai potensi kemenangan, manakala empat lagi lebih mencabar.

Situasi itu, katanya, memberikan Pas sekurang-kurangnya dua pilihan jika mahu meneruskan kerjasama dengan BN pada PRN akan datang.

Pilihan pertama ialah menggunakan model Negeri Sembilan, iaitu PN bekerjasama dengan BN dan menerima hanya tujuh kerusi untuk ditandingi, manakala kerusi lain diserahkan kepada BN.

Pilihan kedua pula adalah menggunakan pendekatan seperti di Johor, apabila PN bertanding di kerusi yang menjadi sasaran mereka walaupun terpaksa berdepan BN di beberapa kawasan.

Bagi kerusi yang tidak ditandingi PN, ahli dan penyokongnya pula boleh diarahkan memberikan sokongan kepada BN.

Bagaimanapun, Yusri berkata terdapat pilihan ketiga sekiranya dua pendekatan berkenaan tidak dapat diterima, iaitu PN bertanding di semua kerusi DUN.

Menurutnya, pilihan itu juga mempunyai asas berdasarkan keputusan PRU15 pada November 2022 apabila sokongan terhadap PN di Melaka dilihat agak kukuh.

“PN menang undi di 10 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang undi empat DUN,” katanya.

Dengan Umno mahu mengekalkan 21 kerusi dan Pas pula perlu menentukan sejauh mana sanggup berkompromi, pembahagian kerusi dijangka menjadi ujian sebenar sama ada kerjasama kedua-dua blok politik itu mampu direalisasikan di Melaka.




Isu Liwat! Bijak Anwar Jawab Dan Bertindak.

 














Isu Liwat! Bijak Anwar Jawab Dan Bertindak.

Selepas Jawab Tuduhan Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang di Parlimen, terus Datin Seri Dr Wan Azizah pergi mengadap YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid di Kelantan.
Pada masa yang sama Dato Seri Anwar Ibrahim terus tunjukan sifat pemaaf dan bermurah hati bagi RM50 juta untuk Banjir Kelantan.
Beliau turun sendiri santuni mangsa banjir Kelantan bersama Dato Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat.
Untuk info: Pengampunan Diraja diperoleh oleh Dato Seri Anwar Ibrahim diperolehi waktu KDYMM Sultan Muhamad V menjadi YDP Agong, iaitu Sultan Kelantan waktu itu.
Boleh lihat salinan penuh surat Pengampunan Penuh Dato Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan oleh Istana Negara yang viral di media sosial.
Yang nyata, ramai pengundi termakan fitnah yang dimanipulasi sepenuhnya oleh pemimpin Perikatan Nasional (PAS-BERSATU) waktu Pilihanraya ke 15 haritu, hingga majoriti kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu PH tewas kerana sentimen dimainkan.
_Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan._
(Surah Al-Baqarah: 217)
Moga Dato Seri Anwar Ibrahim terus tabah dan kuat dalam memimpin agenda Islah dalam Negara yang kita cintai. Amen
Syam Ghaz






Semalam Apek Cina buat satu posting tanya siapa yang orang lebih percaya.

 



Semalam Apek Cina buat satu posting tanya siapa yang orang lebih percaya.

Kalau percaya Eric, letak love.
Kalau percaya Kepala JKOM, letak gelak.
Setakat ini, saya menang tipis - lebih 3,700 love berbanding 92 gelak.
Biasanya, kalau orang tak disuruh secara khusus bahawa gelak itu tanda percaya, Kepala JKOM memang secara semula jadi akan dapat banyak gelak.
Bagi membantu JKOM, saya akan letak link posting itu di ruangan komen supaya budak-budak JKOM yang biasa merayau dalam page FB saya boleh bantu selamatkan sedikit muka dia dengan naikkan jumlah gelak melebihi 100.




BIAR LAGI DIA NI. SAMPAI BAB RUKUN HAJI PUN DIA MASUK CAMPUR.

 


Wajarkah seorang non-muslim campur tangan (interfere) dalam urusan terkait rukun Islam yang ke-5 dengan membawa naratif sebegini?

Apa pendapat anda?


"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". 

(Terjemahan Surah Al-Kafirun, ayat 6)





Perbandingan mengenai dasar bantuan haji kembali dimainkan apabila Eric See-To menggambarkan pendekatan hari ini sebagai “kalau belum mampu, jangan naik haji dulu”, manakala zaman BN pula kononnya membantu sehingga seseorang mampu menunaikan haji.


Masalahnya, soal kemampuan atau istita’ah bukan syarat yang dicipta oleh PH atau kerajaan hari ini.


Ia memang salah satu asas kewajipan haji dalam Islam.


Allah SWT menetapkan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 97 bahawa ibadah haji diwajibkan kepada mereka yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah.


Maknanya, kalau seseorang belum mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi, kewajipan hajinya belum jatuh ke atasnya sehingga syarat kemampuan itu dipenuhi.


Kerajaan tentunya boleh membantu jemaah melalui subsidi atau bantuan kewangan. Itu satu dasar yang boleh dibincang dan dipertimbangkan berdasarkan kemampuan negara serta kedudukan kewangan Tabung Haji.


Tetapi masalah timbul apabila bantuan yang besar diberikan dalam keadaan kedudukan kewangan institusi itu sendiri tidak digambarkan dengan tepat.


RCI Tabung Haji mendedahkan bahawa bagi tahun kewangan 2017, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih kira-kira RM1.4 bilion sekiranya MFRS diguna pakai sepenuhnya, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan ketika itu. 


RCI turut mendapati TH tidak sepatutnya mengisytiharkan hibah keseluruhan RM2.75 bilion bagi 2017 dan menyatakan pembayaran hibah tinggi antara 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan institusi itu. Suruhanjaya turut menyebut penggunaan amalan perakaunan kreatif dalam membolehkan pengisytiharan hibah tinggi tersebut. 


Laporan itu juga menyenaraikan peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji sebagai antara faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH ketika itu. 


Jadi jangan mudah romantikkan zaman dahulu seolah-olah lebih banyak subsidi secara automatik bermaksud lebih baik.


Kalau institusi benar-benar untung dan mampu, membantu jemaah itu bagus.


Tetapi kalau atas kertas disebut untung sedangkan kedudukan sebenar menurut RCI sepatutnya rugi, kemudian bantuan dan agihan tetap dibuat melebihi kemampuan, itu bukan model yang patut dibanggakan.


Dan untuk berlaku tepat, dapatan RCI mengenai “creative accounting” tidak dengan sendirinya membuktikan wujud penipuan jenayah; soal kesalahan jenayah memerlukan siasatan dan pembuktian berasingan. Tetapi dari sudut tadbir urus, pendedahan itu cukup serius. 


Jadi bab haji ini ada dua perkara yang jangan dicampur-adukkan.


Pertama, Islam sendiri mensyaratkan kemampuan.


Kedua, bantuan kepada jemaah mestilah datang daripada institusi yang diurus secara mampan dan jujur tentang kedudukan kewangannya.


Nak kritik kerajaan hari ini, silakan.


Tapi jangan sampai orang bukan Islam pula sibuk mahu mengajar umat Islam tentang syarat wajib haji, sambil zaman yang dipuji itu pula kini terdedah melalui RCI mempunyai masalah kewangan yang jauh lebih besar daripada apa yang pernah digambarkan kepada pendeposit.


#unofficialinfo







BEKAS PENGARAH FELDA DIREMAN 5 HARI

 



Seorang bekas Pengarah Besar FELDA bergelar Datuk direman selama lima hari sehingga 11 September bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.






Siasatan melibatkan pelantikan sebuah syarikat pemaju bagi projek di Kuala Lumpur serta penjualan tanah FELDA kepada syarikat yang didakwa mempunyai kepentingan dengan pemaju tersebut tanpa pengetahuan lembaga pengarah dan anak syarikat FELDA.


Lelaki berusia lewat 60-an itu ditahan bersama seorang lagi individu selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan dikaitkan dengan siasatan besar Ops FELLA terhadap urus niaga FELDA serta FIC dari 2010 hingga 2020.




20 EKAR TANAH FELDA BERNILAI RATUSAN JUTA DI ALIHKAN TANPA KELULUSAN FELDA.






 Kertas Putih FELDA mengesahkan bahawa isu tanah di Jalan Semarak bukan sekadar cerita tanah bernilai ratusan juta ringgit.


Ia melibatkan 24 lot tanah FELDA seluas kira-kira 20 ekar yang dimasukkan ke dalam projek Kuala Lumpur Vertical City atau KLVC.


Masalahnya, sebahagian besar tanah itu telah dipindah milik kepada syarikat pemaju dan syarikat berkaitannya tanpa kelulusan FELDA.


Dalam bahasa mudah, pihak luar diberi kuasa untuk mengurus dan menandatangani dokumen bagi pihak FELDA. Tetapi Lembaga Pengarah FELDA hanya dimaklumkan selepas urus niaga tersebut berlaku.


Lebih mengejutkan, harga RM270 juta yang disebut dalam perjanjian itu bukan nilai sebenar berdasarkan penilaian bebas. Kertas Putih menyatakan nilai tanah dan bangunan tersebut sekitar RM618 juta. Jika dibandingkan dengan tanah komersial berdekatan, nilainya boleh mencecah lebih RM1 bilion.


FELDA juga berdepan komitmen menyewa ruang pejabat sehingga 700,000 kaki persegi selama 20 tahun, dengan nilai sewaan sekurang-kurangnya RM1.5 bilion — walaupun keperluan sebenar ketika itu hanya sebahagian kecil daripada ruang tersebut.


Sebab itu isu KLVC sangat besar.


Ia bukan hanya soal tanah FELDA bertukar tangan. Ia soal bagaimana aset strategik milik rakyat boleh diurus tanpa pengetahuan penuh lembaga, dengan nilai yang dipersoalkan dan komitmen kewangan yang akhirnya boleh membebankan FELDA untuk puluhan tahun.


Hari ini, bekas Pengarah Besar FELDA pula ditahan SPRM bagi membantu siasatan.


Persoalannya, siapa yang meluluskan? Siapa yang memberi kuasa? Siapa yang mendapat manfaat? Dan berapa besar kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung FELDA?


Tanah FELDA bukan hilang kerana tiada nilai. Tanah itu terlepas ketika nilai dan kuasanya tidak dijaga.





RUGI 400 JUTA..PPK @NAFAS TUUUP ANAK SYARIKAT..KEPADA PERASUAH TUNGGU TINDAKAN SUSULAN





 Kerugian dan hutang lebih RM400 juta pada tahun kewangan 2022 menyebabkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil keputusan untuk menutup sembilan daripada 16 anak syarikatnya yang mengalami kerugian.


Selain itu, strategi NAFAS ialah kembali kepada perniagaan teras, terutama berkait dengan pengedaran input pertanian antaranya membabitkan kontrak baja daripada kerajaan mencecah RM2 bilion setahun, selain menyelesaikan isu legasi.


Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin, memberitahu BH, perkhidmatan penyampaian input pertanian membentuk 95 peratus daripada pendapatannya.


Katanya, rancangan penutupan anak syarikat itu dalam proses usaha memulihkan kedudukan kewangan dan perniagaan organisasi berkenaan.


Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.

Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.

Beliau berkata, keputusan itu diambil sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan perniagaan bagi memastikan NAFAS kembali memberi tumpuan kepada perniagaan teras yang menyumbang lebih 95 peratus kepada pendapatannya.


Sembilan syarikat itu yang disifatkan bukan perniagaan teras NAFAS terbabit dalam penyiaran, Kolej NAFAS, jentera, burung walit, industri makanan, makanan ternakan pemprosesan ayam dan pembekalan anak ayam.


"Ketika mengambil alih kepemimpinan NAFAS pada Mac 2023, NAFAS mencatat kerugian bersih dan mempunyai hutang lebih RM400 juta pada tahun kewangan 2022," katanya.


Bagi memulihkan kembali prestasi NAFAS, katanya dengan mengambil kira kedudukan kewangan itu, ada pelbagai aspek yang perlu ditambah baik, khususnya membabitkan perolehan bahan mentah, selain menangani masalah legasi dalam beberapa perniagaan diceburi NAFAS.


Industri ayam rugi besar


Mengambil contoh industri ayam, beliau berkata ia antara cabang perniagaan yang mengakibatkan NAFAS menanggung kerugian paling besar, termasuk membabitkan kilang memproses ayam, pengeluaran anak ayam dan pengeluaran makanan ayam.


Jelasnya masalah berlaku apabila keseluruhan rantaian nilai industri berkenaan tidak dirancang dan dibangunkan secara bersepadu, sedangkan industri ayam memerlukan integrasi bagi membolehkan sesebuah syarikat bersaing dengan pemain besar.


"Ini adalah isu legasi. Ada (anak syarikat) yang kita tidak boleh selamatkan. Jadi kita terpaksa potong dan tutup, manakala yang masih boleh diselamatkan kita cuba perbaiki.


"Seperti perniagaan ayam, kita buat (operasi) secara berpecah-pecah, kilang memproses ayam di Pulau Pinang, tempat anak ayam di Kota Tinggi dan komponen lain di tempat berbeza, bagaimana hendak bertahan?" katanya.


Beliau berkata, sepatutnya semua operasi berkenaan berada dalam satu kompleks yang bersepadu dan mampu berdikari dari segi baka, anak ayam dan makanan ayam.


Bagaimanapun, katanya NAFAS hanya terbabit sedikit dalam setiap komponen itu.


"Akhirnya selepas beberapa tahun pelaksanaan, NAFAS menanggung kerugian hampir ratusan juta ringgit," katanya.


Beliau berkata, baki enam anak syarikat NAFAS yang dikekalkan ketika ini adalah perniagaan teras.


"Ia adalah empat berkaitan baja, racun dan input pertanian, manakala dua lagi berkaitan industri sawit," katanya.


Mengulas langkah menutup sembilan anak syarikat NAFAS, Muhammad Faris berkata langkah itu bukan semata-mata mengecilkan operasi, sebaliknya bertujuan memastikan sumber dan modal NAFAS benar-benar memberi nilai kepada ahli peladang, pesawah dan kerajaan.


Katanya tumpuan kepada perniagaan input pertanian adalah langkah penting bagi memastikan kecekapan penyampaian dan pengagihan input pertanian bersubsidi kepada lebih 200,000 pesawah di seluruh negara.


"Kalau kita lihat dari sudut perniagaan, input pertanian menyumbang lebih 95 peratus kepada pendapatan NAFAS. Sebab itu kita fokus kepada bidang ini.


"Kita mahu membantu pesawah yang juga ahli peladang dan pada masa sama membantu kerajaan menyediakan penyampaian serta pengagihan input pertanian bersubsidi dengan lebih berkesan," katanya






KERAJAAN MALAYSIA MINTA CIA AS MASUK CAMPUR DALAM PILIHAN RAYA


Adrian Lim Chee Ann









9 Mei 2018 merupakan tarikh PRU14.

4 hari sebelum itu, Kerajaan UMNO pimpinan Najib mengutus surat rasmi kepada CIA.


Surat apa yang ditulis? 


UMNO minta bantuan CIA.

UMNO akui PRU14 bakal menyaksikan persaingan yang sengit. Oleh kerana itu, UMNO merayu agar CIA memihak kepada UMNO sekiranya UMNO menang tipis.


Apakah hujah UMNO untuk meyakinkan CIA AS masuk campur?


Menurut UMNO, CIA AS harus memihak kepada Najib/UMNO kerana...


1. Pengerusi PH adalah anti-Barat

2. Pengerusi PH adalah anti-Yahudi

3. Presiden UMNO BN adalah sekutu kuat Amerika Syarikat

4. Presiden UMNO BN sentiasa menyokong pengaruh Amerika Syarikat di rantau ini

5. Presiden UMNO BN sentiasa menyokong penglibatan tentera Amerika Syarikat di Laut China Selatan


Ini bukan fitnah.

Ini bukan dakwaan PH.

Ini geng UMNO akui sendiri.


Tapi budak-budak sekarang mana tau benda ni.






Umno dah ‘kunci’ 21 kerusi, Pas pula kena telan syarat BN atau lawan di Melaka

 


Ketetapan Umno bahawa Barisan Nasional (BN) mahu bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal meletakkan Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan serba salah jika masih mahu bekerjasama dengan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, kenyataan Presiden Umno di Melaka semalam membawa mesej secara tersurat dan tersirat mengenai pendirian BN dalam menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berpendapat secara tersurat, BN jelas mahu bertanding minimum 21 kerusi tanpa mengira dengan siapa Umno akhirnya memilih untuk bekerjasama.

Ini bermakna mana-mana parti yang mahu bergabung dengan Umno hanya mempunyai baki tujuh kerusi untuk ditandingi.

“Umno kelihatan sangat serius dengan keputusan tersebut, berulang kali ditegaskan,” katanya.

Dr Yusri berkata, mesej tersirat pula ialah BN bersedia bergerak solo sekiranya tiada parti sanggup menerima syarat pembahagian kerusi tersebut.

Katanya, BN turut mengulangi kejayaan besar yang dicapai dalam PRN lalu apabila parti itu berani mengambil keputusan bertanding secara solo.

Situasi itu, menurutnya, paling memberi tekanan kepada Pas yang begitu bersungguh-sungguh mahu kembali bekerjasama dengan Umno.

“Dalam kes ini, dilema paling besar adalah kepada PAS yang sangat obses untuk bekerjasama dengan Umno.

“Sedia atau tidak PN yang dipimpin Pas bertanding hanya tujuh kerusi?

“Daripada tujuh tersebut, hanya tiga berpotensi menang, manakala empat lagi agak mencabar,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Yusri berkata, Pas kini berdepan dua pilihan utama, sama ada menggunakan model Negeri Sembilan dengan bekerjasama bersama BN dan bertanding hanya tujuh kerusi, atau memilih model Johor dengan PN meletakkan calon di kerusi sasaran termasuk bertembung dengan BN di beberapa kawasan.

Dalam model kedua itu, bagi kerusi yang tidak ditandingi PN, ahli dan penyokongnya boleh diarahkan mengundi calon BN.

Namun, sekiranya kedua-dua pendekatan itu tidak diterima, Dr Yusri berkata, PN masih mempunyai pilihan ketiga iaitu bertanding di semua kerusi.

“Itu juga ada asas yang kuat kerana dalam PRU15 November 2022, sokongan terhadap PN agak kukuh.

“PN menang undi di 10 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang undi empat DUN,” kata Dr Yusri lagi.





Perubahan Iklim Topik Perbincangan PM Anwar-Al Gore

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), AI Gore mengenai cabaran perubahan iklim dunia pada 6 September 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore mengenai cabaran perubahan iklim dunia terutama tatkala Malaysia sedang berdepan cabaran jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia.

Berkongsi hantaran di media sosial, Perdana Menteri memberitahu perkara berkenaan tidak lama selepas berhubung menerusi panggilan telefon dengan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang berada di Pulau Pinang dalam hantaran berasingan.

Perdana Menteri berkata, perbincangan tersebut turut menyentuh komitmen serta langkah yang sedang digerakkan Malaysia dalam melaksanakan peralihan tenaga, daripada kebergantungan kepada bahan api fosil kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan.

Beliau berkata, ikhtiar itu selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk membina sebuah negara yang bukan sahaja progresif dan berdaya tahan dari segi ekonomi, tetapi turut bertanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam demi kesejahteraan generasi mendatang.

“Saya turut menyampaikan undangan kepada Al Gore untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih bermakna dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan mempercepat agenda peralihan tenaga negara,” ujar Anwar.

Untuk rekod, Al Gore merupakan Naib Presiden AS dari tahun 1993 hingga 2001 ketika era pemerintahan Presiden Bill Clinton selama dua penggal.



‘Inilah budaya ghulur dalam Pas’ – Bekas imam Masjid Rusila ingatkan Takiyuddin masuk syurga bukan ikut parti

 



Seorang bekas imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah menegur kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu “sokong Pas masuk syurga” yang disampaikannya ketika Muktamar Pas di Kelantan malam tadi.

Menurut Ustaz Zuliadin, kenyataan sedemikian tidak selayaknya dan disifatkan sebagai “bahaya” kerana ia menggambarkan budaya ghulur dan takfir yang sudah lama wujud dalam Pas.

“Kenyataan Takiyuddin itu ketika bermuktamar di Kelantan, tidak selayaknya sebenarnya. Apabila bercakap tentang “sokong Pas, undi Pas memang masuk syurga”, ini bahaya. Inii bahaya. 

“Inilah antara budaya-budaya ghulur yang ada dalam Pas dan takfir juga yang ada dalam Pas. Bukan hari ni, berpuluh tahun dah.

“Hok saya ingat tahun 80-an lagi sampailah hari ini bawa cerita menggambarkan bahawa sokong Pas ini masuk syurga,” katanya dalam satu rakaman video.

Ustaz Zuliadin menegaskan dalam Islam, soal syurga tidak ditentukan oleh parti politik sebaliknya berdasarkan iman dan amal soleh.

“Nabi SAW bersabda Jannah. Sesiapa yang berkata ‘La ilaha illallah’ dengan iman dan keyakinannya masuk syurga. Bab masuk syurga tak kira parti. 

“Orang Islam yang mengucap, beriman, beramal soleh aa beramal soleh nescaya dia masuk aa masuk syurga. Masuk syurga pula dengan rahmat Allah,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kenyataan tersebut mengelirukan dan bukan mewakili Islam yang sebenar yang bersifat rahmah dan wasatiyyah.

“Jadi bila kita buat kenyataan seolah-olah undi Pas, masuk Pas, sokong Pas masuk syurga. Ni jelas. Ini kenyataan yang selama ni berpuluh tahun dalam ceramah. 

“Menyatakan bahawa sokong Pas masuk syurga…Jangan. Ini mengelirukan. Ini pemikiran yang dia panggil hulu. Bukan wasatiyyah ni. Ini bukan rahmat, bukan Islam rahmat,” katanya.

Ustaz Zuliadin turut menggesa mufti, ilmuan dan alim ulama untuk menegur kenyataan-kenyataan yang disifatkannya mengelirukan itu.

“Perkara ini daripada tahun 80-an lagi, sampai hari ini budaya ini, cara cakap ini, cara ceramah ini… Oleh kerana kita menggambarkan kita Islam, orang lain tak Islam. Ini bahaya. Kita menggambarkan Islam. Kita berjuang Islam. Orang lain tak Islam,” ujarnya.





Bekas Pengarah Besar Felda tiba di mahkamah bagi prosiding reman

 




Bekas Pengarah Besar Felda tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi prosiding reman berkaitan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.

Individu berusia lewat 60-an itu tiba pada 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berbaju kolar berwarna hijau.

Dia ditahan pada 4 petang semalam bersama lelaki berusia lingkungan 50-an ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Minggu lalu, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai Ops FELLA menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan FELDA dan FIC dalam tempoh 10 tahun, iaitu antara 2010 hingga 2020.

Daripada jumlah itu, enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lepas manakala satu lagi adalah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang menjalani proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Kertas siasatan berkenaan merangkumi isu pelaburan Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd yang berpusat di Limbang, Sarawak, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah serta pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.

Siasatan turut difokuskan kepada penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd, pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta dugaan penyelewengan dalam pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Satu kertas siasatan lama yang masih belum ditutup dan kini dalam proses MLA membabitkan hartanah Park City Grand Plaza turut diteliti semula secara selari, menjadikan keseluruhan kes yang dikaji beroperasi di bawah tujuh kertas siasatan.





Bukan sekadar bekalan, kemampuan rakyat membeli jadi cabaran besar Belanjawan 2027

 






Cabaran ekonomi Malaysia selepas ini bukan sekadar memastikan bekalan makanan, tenaga dan barangan keperluan mencukupi, sebaliknya kemampuan rakyat untuk terus membelinya perlu menjadi antara fokus utama menjelang Belanjawan 2027.

Penganalisis ekonomi, Ahmad Faizuddin Razali berkata, risiko kenaikan kos semakin perlu diberi perhatian ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global serta ancaman cuaca dan El Niño yang boleh memberi tekanan terhadap harga makanan dan tenaga.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengenai Krisis Bekalan Global yang dibentangkan Nurhisham Hussein kelmarin.

Saya sempat hadir ke sesi taklimat Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkenaan Krisis Bekalan Global, yang dibentangkan oleh Tuan Nurhisham Hussein.
Banyak perkara dibincangkan. Tetapi kalau saya nak simpulkan secara mudah, Malaysia sedang berhadapan dengan dua risiko besar.
Pertama, krisis geopolitik dan perang AS-Iran yang masih belum berakhir.
Setakat ini belum nampak tanda-tanda ia akan benar-benar reda dalam masa terdekat. Selagi konflik berterusan, risiko terhadap rantaian bekalan global, khususnya tenaga, masih wujud.
Kedua, cabaran cuaca dan El Niño.
Kesannya mungkin tidak muncul serta-merta. Tetapi apabila kesannya mula dirasai, antara sektor paling terdedah ialah makanan.
Risikonya ada dua: bekalan makanan berkurangan, atau bekalan masih ada tetapi kos makanan meningkat.
⸻
Bagaimana keadaan Malaysia sekarang?
Daripada taklimat tersebut, saya simpulkan begini.
Bekalan minyak kita masih terjamin sehingga akhir tahun.
Setakat ini kita belum berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan yang serius. Kerajaan sedang menguruskan situasi ini dan bekalan masih mencukupi.
Begitu juga dengan makanan.
Bekalan masih ada. Barang masih ada.
Tetapi ada satu perkara menarik yang saya tanyakan.
Kalau risiko perang dan bekalan minyak global masih tinggi, kenapa kerajaan sekarang boleh menaikkan semula kuota petrol kepada 300 liter?
Jawapan yang saya terima menarik.
Krisis ini boleh kita lihat dalam dua fasa.
—
Fasa 1: Panik dan kejutan harga
Pada peringkat awal perang, pasaran panik.
Harga minyak mentah melonjak dengan sangat cepat sehingga melepasi AS$100 setong.
Apabila harga melonjak mendadak, tekanan kewangan kepada kerajaan turut meningkat.
Sebab itu pada ketika tersebut kerajaan terpaksa melakukan pelarasan, termasuk mengurangkan kuota buat sementara waktu.
Bukan kerana kerajaan suka-suka mahu kurangkan.
Tetapi kerana keadaan ketika itu memerlukan kerajaan mengurus risiko kewangan negara.
—
Fasa 2: Risiko masih tinggi, tetapi harga lebih terkawal
Ini keadaan kita sekarang.
Perang masih berlaku.
Risiko geopolitik masih tinggi.
Tetapi harga minyak tidak lagi melonjak seperti pada fasa pertama. Setakat taklimat tersebut, harga berada sekitar AS$90 setong, lebih rendah berbanding paras melebihi AS$100 sebelum ini.
Ada beberapa faktor.
Tetapi antara faktor penting ialah permintaan minyak daripada China yang semakin lemah.
China sedang bergerak sangat agresif dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan transformasi tenaga. Apabila penggunaan bahan api fosil berkurangan, ia membantu mengurangkan tekanan permintaan minyak global.
Ini memberi sedikit kelegaan kepada harga minyak.
Dan apabila tekanan harga berkurangan, kerajaan mempunyai ruang fiskal yang lebih baik untuk menaikkan semula kuota petrol kepada 300 liter, malah diesel kepada 400 liter.
Inilah yang saya maksudkan dengan dasar yang manageable dan mampan.
Polisi mesti boleh berubah mengikut keadaan.
Ketika tekanan meningkat, kita sesuaikan.
Apabila tekanan berkurangan, kita beri semula ruang kepada rakyat.
Kita tidak boleh membuat keputusan populis sepanjang masa tanpa mengambil kira kedudukan kewangan negara.
Sedap hari ini, tetapi bahayanya mungkin kita tanggung kemudian.
⸻
Tetapi ada satu perkara yang lebih besar saya fikirkan selepas taklimat ini.
Cabaran Malaysia selepas ini mungkin bukan semata-mata soal shortage.
Cabaran yang lebih besar mungkin ialah affordability.
Barang masih ada.
Bekalan masih sampai.
Tetapi kos untuk mendapatkan bekalan itu semakin mahal.
Kita mungkin bukan berhadapan dengan krisis kerana barang tiada.
Kita berhadapan dengan risiko apabila barang ada, tetapi semakin mahal untuk dibeli.
Ini perbezaan yang sangat penting.
Dan bagi saya, isu affordability ini perlu dilihat daripada dua sisi.
Pertama: supply side — kemampuan kita menghasilkan bekalan.
Kalau kita boleh menghasilkan lebih banyak makanan, tenaga dan barangan keperluan sendiri, kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar.
Lebih tinggi kapasiti pengeluaran domestik, lebih kuat daya tahan ekonomi kita apabila berlaku kejutan global.
Kedua: demand side — kemampuan rakyat membeli.
Walaupun harga global meningkat, masyarakat masih mempunyai daya tahan sekiranya pendapatan mereka turut meningkat.
Sebab itu isu gaji, produktiviti dan pekerjaan bernilai tinggi sebenarnya berkait rapat dengan keselamatan ekonomi negara.
⸻
Dan kebetulan kita sedang menuju ke Belanjawan 2027.
Bagi saya, inilah antara tema besar yang patut diberikan perhatian.
Naikkan production.
Naikkan income.
Kita perlu meningkatkan pengeluaran domestik, terutama makanan dan barangan strategik, supaya supply side negara lebih kukuh.
Dalam masa yang sama, kita mesti meningkatkan pendapatan masyarakat supaya rakyat mempunyai purchasing power yang lebih tinggi.
Kerana dalam dunia yang semakin tidak menentu, kita perlukan kedua-duanya:
Negara mesti mampu menghasilkan.
Rakyat mesti mampu membeli.
Krisis masa hadapan Malaysia mungkin bukan lagi sekadar persoalan:
“Ada barang atau tidak?”
Tetapi persoalan yang lebih penting ialah:






“Kalau barang itu ada, mampukah kita membelinya?”
Itulah cabaran affordability.
Dan bagi saya, inilah antara cabaran ekonomi terbesar yang perlu dijawab dalam Belanjawan 2027.