Tak ada peluang untuk parti lain, Pas ‘target’ nak isi kerusi Perdana Menteri
Harapandaily
Pas dilihat semakin jelas meletakkan sasaran untuk menerajui kerajaan Persekutuan apabila perwakilan Pemudanya menggesa supaya parti itu tidak lagi memberi laluan kepada parti lain untuk mengisi jawatan Perdana Menteri.
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad berkata, usaha menyatukan umat Islam di peringkat Persekutuan perlu dipimpin Pas, malah parti itu mempunyai calon yang mencukupi dan berkelayakan untuk memimpin Putrajaya.
Beliau berkata, Pas tidak seharusnya lagi mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada parti lain menjadi Perdana Menteri.
“Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti ‘tak apa, biarlah orang lain jadi perdana menteri’. Kita tidak mahu dengar lagi perkara itu! Kali ini, kita mahu pastikan Pas menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan,” katanya dalam Muktamar Pas di Kota Bharu, hari ini.
Bukan hanya jawatan PM, Pemuda Pas mahu semua kerusi yang dah dimenangi kekal
Harapandaily
Belum pun rundingan rasmi kerjasama Pas-Umno bermula, Pemuda Pas sudah memberikan isyarat bahawa parti itu bukan sahaja mahu menyasarkan jawatan Perdana Menteri, malah bertanding untuk semua kerusi yang dimenanginya sebelum ini.
Ini bermakna, Umno bakal tidak ada kerusi langsung di Terengganu dan hanya beberapa kerusi sahaja di Kelantan, Kedah dan Perlis.
Pemuda Pas meluluskan usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi parti itu kekal ditandingi calon Pas, termasuk ketika bekerjasama dengan parti lain.
Usul yang dibawa Pemuda Pas Padang Terap itu diterima sebulat suara tanpa perbahasan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, ketetapan tersebut bertujuan memelihara amanah pengundi dan menjadi prinsip utama dalam rundingan pembahagian kerusi dengan rakan politik.
Namun, tuntutan Pemuda Pas tidak terhenti pada soal kerusi. Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad turut menggesa supaya Pas menerajui usaha penyatuan politik dan tidak lagi memberi laluan kepada parti lain untuk mengisi jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, Pas mempunyai calon yang mencukupi serta berkelayakan untuk memimpin kerajaan Persekutuan dan perlu menjadi peneraju utama di Putrajaya.
Perwakilan Pemuda Pas Terengganu, Mukhlis Hasin pula menegaskan Pas perlu memimpin sebarang usaha penyatuan dan tidak sekadar menjadi “pak turut” kepada parti lain.
Pendirian itu dijangka merumitkan rundingan dengan Umno. Jika semua kerusi kemenangan Pas mahu dikekalkan dan jawatan Perdana Menteri turut disasarkan, Umno perlu menjelaskan peranan yang tinggal untuk parti itu dalam kerjasama berkenaan.
Pas kini memiliki 43 kerusi Parlimen berbanding 26 kerusi Umno, sekali gus memberikan parti Islam itu kedudukan lebih kuat untuk menentukan syarat rundingan.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini turut menyatakan kesediaan BN menghadapi PRU16 lebih awal. Pemimpin Pas kemudian menyokong cadangan tersebut bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Namun, kesepakatan mengenai tarikh pilihan raya tidak bermakna kedua-duanya sudah bersetuju tentang pembahagian kuasa. Soal kerusi, calon dan siapa bakal mengetuai kerajaan masih menjadi pertarungan sebenar.
Mesej daripada Pemuda Pas kini jelas: Pas tidak mahu sekadar menjadi penumpang dalam kerjasama politik. Parti itu mahu mengekalkan semua kerusinya dan turut memegang stereng menuju Putrajaya.
Jika Pas mahukan kerusi yang dimenanginya serta jawatan Perdana Menteri, persoalan kepada Umno semakin besar — dalam kerjasama ini, Umno sebenarnya akan mendapat apa?
Lebih 150 peserta sanggup mengikuti Wacana Ilmu berkaitan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sehingga tengah malam di Machang, Kelantan kelmarin.
Program berkenaan menghimpunkan pemimpin tempatan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anak muda dan masyarakat setempat yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.
Turut serta adalah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar yang turut menjadi penal dalam wacana itu.
Berdasarkan perkongsian Pengarah Jkom, Hisyamudin Ghazali atau Syam Ghaz di Facebook, sesi dialog berlangsung sehingga jam 12 tengah malam dengan penyertaan aktif daripada mereka yang hadir.
Sambutan itu memperlihatkan bahawa isu pengurusan dan kedudukan Tabung Haji bukan perkara kecil bagi masyarakat, khususnya umat Islam yang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji.
Kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang juga menunjukkan rakyat mahu mengetahui fakta sebenar di sebalik desakan penubuhan RCI Tabung Haji.
Mereka bukan sahaja hadir mendengar penerangan, malah terus mengikuti sesi dialog sehingga selesai meskipun program berlarutan hingga lewat malam.
Perkembangan itu sekali gus menepis tanggapan bahawa rakyat Kelantan tidak berminat untuk mendengar pandangan berbeza mengenai isu yang dikaitkan dengan kepentingan umat Islam.
Sebaliknya, masyarakat dilihat bersedia memberikan ruang kepada perbincangan berasaskan fakta, bukti dan penjelasan menyeluruh mengenai apa yang pernah berlaku dalam institusi tersebut.
Isu Tabung Haji tidak sepatutnya disembunyikan di sebalik sentimen politik atau agama. Jika terdapat kelemahan tadbir urus, rakyat berhak mengetahui siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana ia boleh berlaku.
Sambutan terhadap wacana di Machang membawa mesej jelas: rakyat tidak mahu retorik semata-mata. Mereka mahu kebenaran mengenai Tabung Haji dibentangkan secara terbuka.
Semalam, penjelasan mengenai RCI Tabung Haji mula berjalan di Negeri Sembilan menjelajah setiap Kawasan di negeri itu.
Seorang bekas imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah menegur kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu “sokong Pas masuk syurga” yang disampaikannya ketika Muktamar Pas di Kelantan malam tadi.
Menurut Ustaz Zuliadin, kenyataan sedemikian tidak selayaknya dan disifatkan sebagai “bahaya” kerana ia menggambarkan budaya hulu dan takfir yang sudah lama wujud dalam Pas.
“Kenyataan Takiyuddin itu ketika bermuktamar di Kelantan, tidak selayaknya sebenarnya. Apabila bercakap tentang “sokong Pas, undi Pas memang masuk syurga”, ini bahaya. Inii bahaya.
“Inilah antara budaya-budaya hulu yang ada dalam Pas dan takfir juga yang ada dalam Pas. Bukan hari ni, berpuluh tahun dah.
“Hok saya ingat tahun 80-an lagi sampailah hari ini bawa cerita menggambarkan bahawa sokong Pas ini masuk syurga,” katanya dalam satu rakaman video.
Ustaz Zuliadin menegaskan dalam Islam, soal syurga tidak ditentukan oleh parti politik sebaliknya berdasarkan iman dan amal soleh.
“Nabi SAW bersabda Jannah. Sesiapa yang berkata ‘La ilaha illallah’ dengan iman dan keyakinannya masuk syurga. Bab masuk syurga tak kira parti.
“Orang Islam yang mengucap, beriman, beramal soleh aa beramal soleh nescaya dia masuk aa masuk syurga. Masuk syurga pula dengan rahmat Allah,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan kenyataan tersebut mengelirukan dan bukan mewakili Islam yang sebenar yang bersifat rahmah dan wasatiyyah.
“Jadi bila kita buat kenyataan seolah-olah undi Pas, masuk Pas, sokong Pas masuk syurga. Ni jelas. Ini kenyataan yang selama ni berpuluh tahun dalam ceramah.
“Menyatakan bahawa sokong Pas masuk syurga…Jangan. Ini mengelirukan. Ini pemikiran yang dia panggil hulu. Bukan wasatiyyah ni. Ini bukan rahmat, bukan Islam rahmat,” katanya.
Ustaz Zuliadin turut menggesa mufti, ilmuan dan alim ulama untuk menegur kenyataan-kenyataan yang disifatkannya mengelirukan itu.
“Perkara ini daripada tahun 80-an lagi, sampai hari ini budaya ini, cara cakap ini, cara ceramah ini… Oleh kerana kita menggambarkan kita Islam, orang lain tak Islam. Ini bahaya. Kita menggambarkan Islam. Kita berjuang Islam. Orang lain tak Islam,” ujarnya.
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis pun belum makmur, Selangor pula yang nak ditawan. Jaga dapur sendiri dulu sebelum sibuk nak masak untuk satu negara
Bak kata Najib - Belum pandai berenang, sudah berangan hendak menyeberang lautan 🤭
Umno tidak boleh lagi dilihat “main kayu tiga” antara Kerajaan MADANI dan Pas, sebaliknya perlu segera membuat keputusan mengenai hala tuju parti, kata Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda.
Menurut beliau, jika Umno tidak mahu sekadar menjadi “pelengkap” atau “balaci” kepada Pas, parti pimpina Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu seharusnya bergerak secara solo dan membuktikan kekuatan BN pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, Pas juga secara terbuka telah menyatakan pendirian untuk mengekalkan penguasaan di negeri SG4 serta semua kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU15.
“Melihat pada semua ini, pokok pangkalnya, sudah tiba masa untuk Umno membuat keputusan.
“Umno tidak boleh lagi dilihat main kayu tiga. Lebih malang aktiviti kayu tiga berlaku di siang hari depan khalayak tanpa langsung rasa malu!” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Fadhli turut menyentuh kehadiran pemimpin Umno pada Muktamar Pas yang berlangsung di PUTIK, Kota Bharu.
Katanya, Umno sehingga kini masih belum menentukan “pasangan” yang akan dipilih bagi PRN Melaka, selain terdapat kenyataan Presiden Umno yang dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri mengenai masa PRU.
“Presiden Umno pula baru semalam keluarkan kenyataan bertentangan dengan PMX dengan menyatakan beliau lebih suka sekiranya PRU diadakan lebih awal. Itu belum kira isu KKDW-MOF yang juga belum berkesudahan,” katanya.
Justeru Fadhli berkata, Umno lebih baik membuat keputusan segera untuk keluar dan menghentikan sokongan kepada Perdana Menteri serta Kerajaan MADANI, selain bersedia bertanding secara bersendirian.
Beliau turut menyebut kemungkinan Umno hanya mendapat tiga kerusi DUN di Kelantan dan Kedah, tiada kerusi DUN di Terengganu serta satu kerusi DUN di Perlis jika memilih untuk bekerjasama dengan Pas.
“Lebih elok Umno terus saja buat keputusan segera, keluar dan hentikan sokongan pada PMX dan Kerajaan MADANI, dan bersedia untuk bertanding 3 kerusi DUN di Kelantan dan Kedah, 0 kerusi DUN di Terengganu dan 1 kerusi DUN di Perlis.
“Itu pun sekiranya Umno yang dihebohkan sebagai parti keramat boleh sekadar menjadi ‘balaci’ di negeri SG4 dan juga negeri seperti Pahang, Selangor dan Perak yang berpotensi diketuai dan dikuasai Pas,” kata beliau.
KOTA BHARU - Anak muda dinasihatkan supaya tidak menggantungkan masa depan kepada nasib atau harapan palsu, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kehidupan yang baik perlu dibina melalui usaha, realiti dan kebergantungan kepada Tuhan, bukannya sekadar mengharapkan sesuatu tanpa tindakan.
“Orang muda, belajar banyak-banyak. Hidup dalam dunia realiti dan hidup dalam iman dan yakin. Jangan menggantungkan masa depan kepada nasib dengan harapan-harapan palsu kerana semua akan mengecewakan.
“Berusahalah bersungguh-sungguh. Bekerja keras. Jangan lupa Tuhan. Tolong adik-beradik dan kawan-kawan. Hidup ini kena beramai-ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Podcast Anak Muda sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.
Dalam pada itu, Sanusi turut mengingatkan golongan muda supaya tidak terlalu mengejar kesenangan sehingga melupakan nilai kehidupan, persahabatan dan pengalaman ketika susah.
“Jangan takut untuk menjadi susah. Senang mungkin mudah hilang, susah pun boleh hilang. Tetapi susah akan pimpin kita untuk hidup sepanjang masa.
“Jangan cepat sangat nak jadi senang. Bukan senang nak jadi senang. Tetapi kalau sudah senang, jangan lupa untuk susah. Jangan lupa kawan-kawan,” katanya.
Menurut beliau, anak muda juga perlu berani menjadi diri sendiri tanpa terlalu terikut-ikut dengan kehidupan atau gaya orang lain.
“Jangan hidup dalam kepalsuan. Jangan berlakon menjadi orang lain. Kita hiduplah cara kita. Orang suka, orang tidak suka, inilah diri kita.
“Dalam dunia ini, orang menyeru kepada universal, semua kena satu set barulah kita hidup dalam dunia globalisasi. Kita kena hidup dalam set kita masing-masing, tetapi berkongsi satu pentas.
“Itu lebih real daripada kita cuba menjadi orang lain. Jangan cuba jadi orang lain. Tak ada gunanya. Jadilah diri kita sendiri,” katanya.
Sanusi turut mengingatkan anak muda supaya tidak sombong atau merasakan diri lebih hebat berbanding orang lain.
“Jangan sombong. Jangan anggap kita seorang super power dan orang lain lekeh.
“Mari kita hidup sebagai diri kita. Buat benda yang betul. Jangan sombong, jangan berlagak dan jangan buat kerja-kerja merapu. Insya-Allah, dunia ini selamat,” katanya.
KKDW digesa menerima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kementerian dan Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan isu berkaitan peruntukan yang berbangkit secara baik.
KUALA LUMPUR, 5 Sep – Beberapa pihak menempelak tindakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menggunakan Setiausaha Akhbar yang hanya bertindak sebagai jurucakap atau ‘ketua penerangan’ kementerian berbanding tugas Ketua Setiausaha (KSU) yang dilihat lebih berautoriti dalam isu peruntukan kementerian itu.
Ini kerana, sebarang perbezaan dengan Perbendaharaan berhubung peruntukan kementerian perlu diperjelaskan dengan data, bukan sekadar membuat kenyataan di media seolah-olah Perbendaharaan tidak melaksanakan tugas hakiki mereka.
Menurut Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting, jika KKDW percaya angka yang dikemukakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican tidak tepat, KSU dan pegawai kewangan kementerian itu lebih sesuai menjelaskan percanggahan tersebut.
Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, jika KKDW percaya angka yang dikemukakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican tidak tepat, KSU dan pegawai kewangan kementerian itu lebih sesuai menjelaskan percanggahan tersebut.
“Mengapa kita banyak mendengar daripada setiausaha akhbar, tetapi kurang penjelasan substantif daripada pegawai profesional kementerian?
“Dari sudut tadbir urus baik, apabila berlaku pertikaian terbuka mengenai angka kewangan sesebuah kementerian, pegawai profesional sepatutnya tampil memberikan penjelasan.
“Bukan setiausaha akhbar yang peranannya terutama melibatkan komunikasi dan politik,” katanya kepada FMT.
Zaharuddin berkata kenyataan setiausaha akhbar kepada menteri, Fadzmel Fadzil, yang menafikan KKDW berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan, adalah terlalu simplistik dan tidak secukupnya menjawab angka yang dikemukakan Perbendaharaan.
Katanya, kewangan kerajaan adalah lebih daripada sekadar peruntukan asal dan perbelanjaan sebenar, dan perlu mengambil kira peruntukan tambahan, pindahan peruntukan, komitmen kontrak, liabiliti, tuntutan serta komitmen yang dibawa ke depan daripada tahun sebelumnya.
Mazlan Che Soh dari Universiti Teknologi Mara berkata kenyataan Perbendaharaan pada asasnya merupakan penjelasan pentadbiran mengenai kedudukan peruntukan dan perbelanjaan, dan tidak wajar dilihat sebagai serangan politik.
Tunku Nashrul menempelak penjelasan Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 3 September 2026.
Jika terdapat perbezaan angka antara kementerian dan Perbendaharaan, ia sepatutnya diselesaikan melalui saluran pentadbiran dengan mengemukakan data masing-masing, katanya.
“Kalau ada perbezaan data, selesaikan data dengan data, bukan persepsi dengan persepsi,” katanya.
Beliau berkata respons terlalu defensif berisiko mengubah isu teknikal pembiayaan menjadi pertikaian politik.
Pertikaian tercetus selepas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi mendakwa sebilangan kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah KKDW berdepan kelewatan bayaran daripada kerajaan, sehingga ada yang terpaksa menutup operasi akibat masalah aliran tunai.
Katanya, sebilangan kontraktor masih berdepan kelewatan bayaran walaupun sudah melaksanakan kerja dan mencapai kemajuan yang ditetapkan mengikut kontrak pembangunan.
Sebagai respons, Johan berkata kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya.
Beliau berkata KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek-projek jalan luar bandar, sejak 2023.
Fadzmel bagaimanapun berkata setiap permohonan peruntukan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan setiap perbelanjaan tertakluk kepada sistem kewangan kerajaan.
Gesaan PRU16 awal tingkatkan suhu politik
Zaharuddin berkata reaksi setiausaha akhbar Zahid itu boleh ditafsirkan sebagai sikap defensif terhadap rekod kementerian di bawah presiden Umno itu, menjelang PRU16.
Zahid sebelum ini menggesa PRU16 diadakan lebih awal daripada menunggu Parlimen terbubar secara automatik pada hujung tahun depan.
“Jika perkara ini berlaku sekali (belanja melebihi peruntukan), kita boleh katakan ia kes terpencil. Tetapi apabila angka menunjukkan pola pada 2023, 2024 dan 2025, terdapat persoalan serius mengenai perancangan, pemantauan dan pengurusan komitmen kementerian,” kata Zaharuddin.
Beliau berkata isu ini amat signifikan kepada Umno, yang mahu menampilkan diri sebagai parti yang berkeupayaan mengurus kerajaan dan institusi negara.
Dengan Zahid kini mendesak pilihan raya diadakan lebih awal, Zaharuddin berkata pengundi pasti akan merenung prestasi beliau sebagai seorang menteri untuk menilai kredibiliti Zahid sebagai pemimpin.
“Saya tidak mengatakan semua ini kerana kelemahan Zahid seorang. Tetapi rakyat boleh bertanya: jika mengurus sebuah kementerian pun menimbulkan persoalan mengenai perancangan peruntukan dan komitmen, bagaimana pula jika beliau diberi tanggungjawab mengurus keseluruhan kerajaan?” katanya.
Zaharuddin berkata Kementerian Kewangan berada pada kedudukan lebih kukuh dalam pertikaian ini kerana kerajaan telah menjelaskan kekangan fiskal, manakala Perbendaharaan meluluskan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan bayaran tertunggak.
Kenyataan media Kementerian Kewangan yang disiarkan pada 2 September 2026. Foto Kementerian Kewangan
“RM300 juta itu menunjukkan kerajaan tidak mengabaikan kontraktor, tetapi setiap peruntukan tambahan tetap perlu datang daripada ruang fiskal yang terhad,” katanya.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata pertikaian antara KKDW dan Perbendaharaan boleh dilihat sebagai sebahagian daripada percaturan politik lebih luas antara Zahid dan Anwar.
Katanya, gesaan Zahid supaya PRU diadakan lebih awal perlu dilihat dalam konteks tekanan yang semakin meningkat, bukan sahaja berkaitan isu peruntukan KKDW, tetapi juga isu Tabung Haji serta kemungkinan perkembangan membabitkan Felda dan ahli politik BN semasa atau terdahulu.
Dalam konteks itu, Azmi berkata pertikaian terbuka yang luar biasa antara Perbendaharaan dan kem Zahid membawa implikasi politik yang melangkaui pertikaian pentadbiran biasa.
Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussin ketika menyampaikan pandangan pada sesi bual bicara Dialog Ummah bertajuk “Realiti dan Masa Depan Tabung Haji” di Hotel Tenera, Bangi pada 3 September 2026.
BANGI, 3 Sep – Dakwaan bahawa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad, tidak diberikan peluang untuk hadir memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), adalah tidak benar, kata Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin.
Rashid berkata, rekod prosiding menunjukkan Madinah sudah dikeluarkan sepina dan diminta hadir di hadapan RCI pada 3 Jun 2022.
Beliau berkata, rekod itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Madinah tidak dipanggil untuk memberikan keterangan secara langsung.
Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussin ketika menyampaikan pandangan pada sesi bual bicara Dialog Ummah bertajuk “Realiti dan Masa Depan Tabung Haji” di Hotel Tenera, Bangi pada 3 September 2026.
“Namun, kita tidak dapat penuhi permintaan Madinah untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Audit Kewangan ketika itu, Dr Mona Othman.
“Ini kerana prosiding RCI menetapkan setiap saksi diperiksa secara individu,” katanya kepada media selepas Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Madinah menzahirkan rasa terkilan kerana tidak dipanggil untuk memberi keterangan secara langsung dalam prosiding RCI TH, walaupun beliau mendakwa bersedia berbuat demikian.
Bekas menteri direman lima hari setelah permohonan diterima daripada SPRM berhubung siasatan RCI Tabung Haji pada 2 September 2026.
Untuk rekod, Madinah yang memegang jawatan Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019.
“Saya tegaskan, adalah tidak benar Madinah tidak mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan.
“Kami memberikan beliau peluang mengemukakan jawapan bertulis kepada 75 soalan.
“Beliau sudah mengemukakan jawapan itu di bawah akuan berkanun pada 1 April 2022 dan ia berada dalam rekod kami sebagai pernyataan saksi,” kata Rashid lagi.
Bekas CEO Tabung Haji dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 2 September 2026.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha daripada sudut dalaman TH untuk memperkukuh institusi berkenaan sudah dilaksanakan sejak, kira-kira setahun lalu.
Menurutnya, usaha itu kini memasuki fasa terakhir, khususnya dalam memastikan kedudukan TH terus diperkukuh sebagai sebuah institusi kewangan Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya pada 4 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 4 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menziarahi ulama besar al-Azhar, Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy’ari al-Syafi’i, hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, beliau berkesempatan singgah ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya untuk bertemu tokoh kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir itu petang tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya pada 4 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Menurutnya, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz adalah antara ulama besar Syafi’iyyah di al-Azhar, selain menjadi Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie dan Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah.
“Syeikh adalah ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi’ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya pada 4 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Kekuatan hafazan beliau juga luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadis dan qiraat al-Quran,” katanya.
Anwar berkata, dalam pertemuan itu, Syeikh antara lain mengingatkan tanggungjawab memelihara turath sebagai khazanah tradisi keilmuan yang panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya pada 4 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Katanya, keistimewaan al-Azhar antara lain terletak pada kekuatan isnad (sandaran kepada perawi) dan kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara turun-temurun.
“Dalam masa yang sama, teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya pada 4 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 6 September 2026.
SEDANG, 5 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini esok.
Menurut atur cara program yang dikeluarkan, Perdana Menteri dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026.
Program diteruskan dengan penyampaian Anugerah Agro serta lawatan Perdana Menteri ke tapak pameran sebelum majlis berakhir pada 12 tengah hari.
Penganjuran MAHA 2026 dilakukan dengan kerjasama strategik rakan-rakan penaja dan agensi kementerian seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Turut dijangka hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan-Timbalan Perdana Menteri.
Edisi ke-14 MAHA itu berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 September.
MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.