Ajaran perakaunan sesat terbaru dalam siri pembodohan umat Melayu Islam oleh Eric See-To - Lim Sian See adalah menyamakan kejatuhan saham Petronas Chemicals (PetChem) iaitu subsidiari kepada PETRONAS tahun lepas (2025) dengan kejatuhan harga saham-saham yang dipegang Tabung Haji (TH) sepanjang 2014 hingga 2018 sebelum dipindahkan ke Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada penghujung 2018.
Dikongsi pula profesor kangkung Nordin Kardi bekas Naib Canselor UUM yang nampak langsung tak faham tentang perakaunan kerana hanya sekadar berkongsi hantaran yang bukan sahaja salah daripada segi fakta tetapi mengelirukan dan memperbodohkan orang ramai.
Pertama, layanan perakaunan (accounting treatment) di antara PetChem dengan 106 syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang dipegang TH adalah berbeza sama sekali.
PetChem adalah subsidiari kepada syarikat induk PETRONAS dengan PETRONAS memegang 64.4% saham PetChem iaitu pemilik terbesar dan majoriti.
Maka berdasarkan International Financing Reporting Standards (IFRS) dan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) 10 [Benda yang sama], segala aset, liabiliti, ekuiti, hasil, perbelanjaan, untung dan rugi PetChem akan dimasukkan kedalam Penyata Kewangan Disatukan (consolidated financial statement) PETRONAS.
Nilai PetChem sebagai subsidiari PETRONAS tidak dikira mengikut nilai semasa pasaran (market cap) kerana nilai sebenar PetChem telah dikira dalam consolidated financial statement syarikat induk PETRONAS.
Bermakna apa jua untung, rugi, nilai aset dan liabiliti PetChem sudah termasuk dalam angka untung rugi, aset liabiliti PETRONAS termasuk kerugian yang PetChem catatkan sejumlah RM2.05 bilion pada tahun 2025 telah dikira dalam RM45.4 bilion keuntungan bersih PETRONAS pada tahun yang sama (2025).
Bila saham PetChem jatuh tahun lepas, PETRONAS tidak perlu buat rosot nilai (impairment) sama macam TH kerana berbeza dengan 106 saham syarikat yang dipegang TH yang merupakan pelaburan portfolio yang dipanggil aset kewangan yang tersedia untuk dijual atau Available-for-Sale financial asset (AFS).
106 saham syarikat yang dipegang TH bukanlah pegangan majoriti jadi syarikat-syarikat tersebut bukan subsidiari kepada TH tetapi hanya aset kewangan (AFS) dan accounting treatment yang perlu dilakukan kepada 106 saham ini adalah mengikut peraturan lama dibawah IAS 39 dan MFRS 139 yang memerlukan rosot nilai atau impairment apabila berlaku kejatuhan nilai pelaburan ekuiti/saham yang signifikan ATAU berterusan lebih rendah daripada kos pelaburan asal.
Sebagai contoh kerugian terbesar dalam pelaburan TH melalui aset kewangan saham adalah dalam FGV Holdings Berhad di mana kos pelaburan TH adalah RM4.55 (harga IPO) dengan jumlah kos RM1.31 bilion dan harga saham FGV menjunam sehingga serendah RM1.60 sebelum PRU-14 dan jatuh ke serendah 60 sen pada Disember 2018 dengan kerugian TH ke atas pelaburan saham FGV bernilai RM1.06 bilion.
Sebab itu berdasarkan MFRS 139 kejatuhan nilai aset kewangan (harga saham) yang siginfikan dan berpanjangan memerlukan aset kewangan (AFS) tersebut dirosot nilai dan apabila ianya berlaku kerugian perlu direkodkan ke dalam Penyata Kewangan TH.
Ini juga berlaku kepada 105 saham lain antaranya Malakoff Corporation, MMHE, UEM Sunrise, Parkson Holdings, MMC Corporation, Velesto Energy (UMW Oil and Gas), Maxis, Dayang Enterprise Holdings, Sapura Energy, Icon Offshore dan banyak lagi yang telah mencatatkan kejatuhan nilai saham bernilai RM9.38 bilion berbanding kos pelaburan asal TH dalam 106 saham syarikat-syarikat tersebut.
Itu sahaja.
Kena faham beza accounting treatment ke atas subsidiari (PetChem) dan pelaburan dalam aset kewangan (AFS).
Lagipun kalau guna logik bodoh Eric See-To - Lim Sian See, kos pelaburan PETRONAS ke atas PetChem sudah tentulah lebih rendah berbanding harga kemuncak saham PetChem RM10 yang digunakan.
PetChem sudah wujud sebagai anak syarikat atau subsidiari PETRONAS sebelum ianya disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada tahun 2010 lagi maka nilai PetChem jika nak guna logik bodoh Eric See-To - Lim Sian See mestilah menggunakan kos pelaburan PETRONAS dalam PetChem sejak sebelum disenaraikan.
Nilai pasaran PetChem harini adalah RM34.2 bilion dengan PETRONAS memegang 64.4% saham PetChem, PETRONAS memegang nilai sebanyak RM22 bilion dalam PetChem.
Kos pelaburan asal PETRONAS dalam PetChem adalah sekitar RM8.8 bilion atau RM1.70 sesaham.
Pada harga PetChem melebihi RM4.00 sekarang, nilai kos pelaburan PETRONAS ke atas PetChem sesaham (RM1.70) masih lebih rendah daripada nilai pasaran PetChem sekarang bermakna PETRONAS masih lagi untung
Jadi logik tak masuk akal Eric See-To - Lim Sian See tidak tepat dan tidak boleh dijadikan asas dalam menilai kerugian pelaburan PETRONAS dalam PetChem dan salah pun daripada segi perakaunan.
Takkanlah KPMG sebagai auditor luaran kepada kumpulan PETRONAS bodoh dan tidak faham beza accounting treatment antara subsidiari (PetChem) di bawah MFRS 10 dengan aset kewangan (AFS) seperti rosot nilai yang PwC gunakan untuk pelaburan TH dalam 106 syarikat tersenarai yang mengalami kerugian RM9.38 bilion di bawah MFRS 139.
Saya tak harap untuk orang ramai faham benda ni sebab memang agak kompleks perkara berkaitan perakaunan.
Cuma janganlah terpesona dengan penipuan dan putar belit Eric See-To - Lim Sian See yang bukan pakar perakaunan bertauliah yang menyamakan Petronas Chemicals Group Berhad anak syarikat majoriti milik PETRONAS dengan pelaburan TH dalam aset kewangan (bukan majoriti) dalam 106 saham syarikat yang jatuh nilai secara signifikan dan berpanjangan.
Semaklah fakta dengan mereka yang ahli dan arif dalam bidangnya bukan dengan cybertrooper upahan yang kerjanya hanya ingin memperbodohkan umat dengan memutar belit semua perkara.
Khalas.