RASUAH JANGAN DIJADIKAN SENJATA POLITIK









Kita boleh bersetuju pada satu perkara iaitu rasuah memang haram dan wajib diperangi. Al-Quran melarang memakan harta secara batil, manakala hadis memberi amaran keras terhadap pemberi, penerima dan orang tengah rasuah.


Namun masalah bermula apabila prinsip agama dicampurkan dengan generalisasi kaum dan naratif politik tanpa bukti.


Rasuah bukan dosa Melayu, Cina, Islam atau bukan Islam. Rasuah ialah perbuatan manusia. Jika seorang Muslim melakukan rasuah, dia berdosa. Jika bukan Muslim melakukannya, perbuatannya juga salah. Jangan mendakwa sesuatu kaum lebih bersih atau lebih korup tanpa data yang kukuh.


Begitu juga dakwaan bahawa orang Islam lebih terpelihara daripada rasuah kerana akidah, manakala bukan Islam lebih banyak terlibat. Itu ialah dakwaan empirikal yang memerlukan bukti, bukan sekadar andaian.


Allah berfirman “Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah; ia lebih dekat kepada takwa.” Surah al-Ma’idah 5:8


Maka jika ada dakwaan rasuah, siasat perbuatannya, bukan menghukum kaumnya. 


Tabung Haji disiasat jika ada salah laku. GLC disiasat jika ada salah laku. Kerajaan negeri disiasat jika ada salah laku. Pemimpin PAS, PH, BN, PN atau mana-mana parti juga mesti disiasat jika bersalah. Jangan gunakan dua neraca.


Dakwaan bahawa sesebuah kerajaan atau parti tertentu “bersih daripada rasuah” juga perlu dibuktikan melalui data, audit, laporan dan rekod penguatkuasaan, bukan sekadar slogan politik.


Islam tidak memberikan imuniti moral kepada sesiapa hanya kerana memakai label Islam. Jubah tidak menghalalkan rasuah. Serban tidak menggantikan audit. Ayat al-Quran tidak menggantikan bukti. Label Islam bukan sijil bebas rasuah.


Membanteras rasuah menurut kerangka maqasid bukan sekadar menangkap beberapa orang. Ia menuntut ketelusan, audit yang berkesan, penguatkuasaan yang bebas, tadbir urus yang baik dan tindakan tanpa memilih bulu.


Jangan sampai rasuah yang sepatutnya menjadi kemungkaran untuk diperangi berubah menjadi peluru politik untuk menyerang lawan.


Allah mengingatkan “Mengapa kamu menyuruh orang lain berbuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri?” Surah al-Baqarah 2:44


Ayat ini bukan hanya untuk dibacakan kepada musuh politik. Ia juga cermin untuk diri sendiri.


Kesimpulan


Rasuah tidak mempunyai bangsa, parti atau jubah. Yang ada ialah manusia yang amanah dan manusia yang khianat.


Kalau benar mahu memerangi rasuah, audit orang sendiri, siasat orang sendiri, tegur orang sendiri dan hukum orang sendiri jika terbukti bersalah.


Kerana keadilan Islam tidak bermula dengan soalan, “Dia orang kita atau orang mereka?” Sebaliknya “Apa buktinya? Apa yang benar? Dan apakah yang dituntut oleh keadilan?”


Itulah takwa dalam politik bukan sekadar pandai bercakap tentang takwa.


IBNU ALI





Anwar: Kelemahan FELDA mesti jadi iktibar, bukan warisan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap kelemahan dan permasalahan yang berlaku dalam pengurusan FELDA sebelum ini perlu dijadikan iktibar dan tidak boleh dibiarkan berulang.

Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti setiap kelemahan, melakukan penambahbaikan serta mengambil tindakan tegas bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan agensi berkenaan.

“Setiap kelemahan dan permasalahan yang berlaku sebelum ini mesti dijadikan iktibar dan tidak boleh dibiarkan berulang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan tidak boleh terus terperangkap dalam polemik masa lalu sebaliknya perlu memastikan setiap penemuan berkaitan kelemahan FELDA disusuli dengan tindakan pembaikan.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan setiap penemuan dan kelemahan dikenal pasti, diperbaiki dan disusuli dengan tindakan yang tegas bagi memperkukuh tadbir urus serta pengurusan FELDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama pengurus-pengurus FELDA, dengan menekankan keperluan memperbaiki kecekapan dan integriti dalam pengurusan institusi berkenaan.

Anwar berkata kesilapan yang berlaku pada masa lalu tidak seharusnya diwariskan kepada generasi seterusnya, sebaliknya dijadikan pengajaran bagi memastikan pengurusan FELDA lebih baik.

“Kesilapan lalu mesti menjadi pengajaran, bukan warisan,” katanya.

Menurutnya, pengurusan FELDA hari ini perlu lebih cekap, berintegriti dan bertanggungjawab dengan memberikan tumpuan jelas kepada kepentingan peneroka serta masa depan institusi berkenaan.

Anwar turut menegaskan Kerajaan MADANI komited memastikan FELDA terus diperkukuh, selain ditadbir dan diurus secara amanah, cekap serta berakauntabiliti.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan FELDA kekal sebagai institusi yang kukuh dan manfaatnya benar-benar dapat dikembalikan kepada peneroka serta generasi akan datang.





Hadi serang Malaysiakini, Aziz Bari buka ‘fail lama’: Dulu mereka pertahan Pas

 


Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengingatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa portal Malaysiakini pernah memberikan ruang dan mempertahankan hak parti itu ketika berdepan tekanan politik pada 1999.

Peringatan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Malaysiakini menyebarkan “ajaran sesat”, yang disifatkan Aziz sebagai tuduhan berat, mengelirukan dan tidak adil.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Tebing Tinggi itu, Malaysiakini banyak memberikan ruang kepada Pas sejak mula beroperasi pada 1999, termasuk ketika negara berada di bawah pentadbiran sebelum 2018.

Malah, katanya, portal berkenaan pernah mempertahankan hak Pas ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghapuskan perkataan “Islam” daripada nama parti itu pada 1999.

“Sebagai ahli politik dan Ahli Parlimen veteran, beliau sepatutnya sedar serta mengakui peranan penting media dalam masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media.

Aziz berkata, jika Abdul Hadi tidak berpuas hati terhadap laporan Malaysiakini, beliau sepatutnya menggunakan saluran yang tersedia termasuk mengemukakan aduan kepada Majlis Media Malaysia.

Beliau turut mencadangkan pengurusan Malaysiakini mengkaji kemungkinan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan tersebut kerana ia membabitkan kepentingan masyarakat dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Dalam pada itu, Aziz mendakwa beberapa pandangan Abdul Hadi sebelum ini bersifat perkauman dan tidak sesuai dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Menurutnya, pandangan berkenaan juga tidak mencerminkan Islam sebagai agama yang membawa konsep rahmatan lil alamin.

Sehubungan itu, Aziz menyarankan Abdul Hadi berundur daripada ruang awam dan memberikan perhatian kepada kesihatan serta kebajikan dirinya sendiri.

“Justeru, dengan rasa hormat, eloklah beliau berundur daripada ruang awam dan menumpukan perhatian kepada kesihatan serta kebajikan dirinya sendiri,” katanya.





TAIWAN PENYOKONG TEGAR ISRAEL



Adrian Lim










Berikut adalah pendirian nyata Taiwan berkenaan konflik Israel dan Palestin.


1. "Palestin sangat jahat terhadap Taiwan," kenyataan Menteri Luar Taiwan 


2. Kerajaan Taiwan gelar Hamas sebagai pengganas, kecam Hamas


3. Taiwan mahu memperkukuh hubungan dengan Israel


4. Presiden Taiwan menyambut delegasi Knesset (Parlimen) Israel


5. Diplomat Israel menerima anugerah diplomatik daripada kerajaan Taiwan


Kesimpulannya,

Taiwan = Israel

Israel = Taiwan


Pendirian Malaysia tidak mengiktiraf Taiwan adalah selari dengan pendirian majoriti besar masyarakat dunia, iaitu 180 daripada 193 negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Pendirian Malaysia mengiktiraf Palestin juga adalah selari dengan majoriti besar masyarakat dunia, iaitu 153 daripada 193 negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Siapa sokong Israel? Taiwan.

Siapa sokong Taiwan? Pembangkang Malaysia.


Tu je nak habaq. Tapi jangan bagitau pembangkang ok?


Shhh... Kita biarkan labu labi pembangkang terus membela Taiwan pro Israel.





PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda dari sudut kewangan,








 PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda dari sudut kewangan, namun mendakwa mampu menawarkan sesuatu yang lain iaitu ketenangan dan ruang untuk terus melakukan kebaikan.


Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pendekatan parti terhadap anak muda bukan sekadar berkaitan kebendaan, tetapi turut melibatkan kehidupan berkeluarga dan peranan dalam masyarakat.


“PAS mungkin tidak dapat membantu dengan kewangan dalam semua keadaan, tetapi kita boleh memberikan ketenangan dan tugas untuk diselesaikan,” katanya.
Afnan berkata setiap individu yang sudah berkeluarga pasti berdepan cabaran masing-masing, dan PAS boleh menjadi wadah untuk membantu mereka terus melakukan perkara bermanfaat secara konsisten.

Dalam program sama, Ahli Parlimen Alor Setar itu turut menyatakan Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab menjadi jambatan antara kelompok politik.

Beliau secara khusus melihat Pemuda PAS boleh menjadi penghubung antara PN dan UMNO bagi meneruskan usaha perpaduan yang menurutnya perlu bermula dari peringkat bawah.

Afnan turut merujuk kerjasama Pemuda PAS dan Pemuda UMNO di Negeri Sembilan ketika PRN baru-baru ini sebagai contoh hubungan yang wajar diteruskan.

Jadi kalau soal kewangan, PAS sendiri mengakui ada batasnya.
Tapi kalau soal ketenangan, mereka kata itu boleh diberi.

INSYA ALLAH





 Aku ada ilmu pengurusan jenazah, insya Allah jika tiada orang Islam yang mahu, aku sanggup uruskan jenazah ahli & penyokong PAS yang mati dalam keadaan menyokong kafir GERAKAN dan MCA.

Aku akan urus dari awal sampai habis.
Jadi ahli & penyokong PAS tak perlu risau jika tiada orang Islam yang mahu uruskan jenazah mereka yang mati dalam keadaan menyokong kafir GERAKAN dan MCA.





2016- TABUNG HAJI DIBAWAH TAN SRI ISMEE PALING CEMERLANG DENGAN MENCATATKAN KEUNTUNGAN MELEBIHI RM3 BILLION







 DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

29 April 2016


 
TABUNG HAJI DIBAWAH TAN SRI ISMEE PALING CEMERLANG DENGAN MENCATATKAN KEUNTUNGAN MELEBIHI RM3 BILLION






Saya secara peribadi ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Tan Sri Ismee Ismail CEO Lembaga Tabung Haji yang bakal meninggalkan TH setelah berkhidmat dengan cemerlang lebih 10 tahun selaku CEO. Tabung Haji di zaman beliau mencatatkan prestasi kewangan dan pelaburan yang cemerlang. Perolehan Lembaga Tabung Haji merekodkan perolehan tertinggi pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM4.46 billion dan keuntungan bersih selepas cukai dan zakat melebihi RM3 billion iaitu rekod tertinggi dicatatkan semenjak Tabung Haji ditubuhkan 52 tahun lalu.

Syabas juga kepada Tabung Haji yang telah menyediakan pelan peralihan kepimpinan dengan lancar apabila mewujudkan jawatan Timbalan CEO pada awal 2015 setelah Tan Sri Ismee melahirkan hasrat untuk meninggalkan Tabung Haji bagi mencuba cabaran baru di institusi lain yang bakal diumumkan kelak. Alhamdulillah, saya amat yakin dengan pengganti beliau Datuk Johan Abdullah yang sudah menjadi Timbalan CEO semenjak Januari 2015 dan mempunyai pengalaman luas mengemudi institusi kewangan sebelum ini. Kita doakan agar Tabung Haji terus cemerlang sebagai satu institusi pelaburan dan pengurusan Haji bagi Umat Islam yang terbaik di dunia sebagaimana pengiktirafan masyarakat antarabangsa selama ini termasuk negara2 Islam OIC.



MINDEF sedang mempertimbangkan perolehan jet pejuang Generasi ke-5 baharu dari Perancis, Amerika Syarikat atau Rusia ?












 MINDEF sedang mempertimbangkan perolehan jet pejuang Generasi ke-5 baharu dari Perancis, Amerika Syarikat atau Rusia ?

Sebelum itu, ulasan ini berkisar dari ucapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat.
Kenapa tiba-tiba ?
Ini kerana kemungkinan kelewatan dan ketidaktentuan dalam perjanjian pesawat F/A-18 C/D Hornet Kuwait. (dump the project)
Kementerian Pertahanan sedang meneroka potensi perolehan jet pejuang generasi ke 5 baharu sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan armada jangka masa panjang, dengan pengurusan dan pelaburan yang lebih berbaloi.
Pilihan untuk memperoleh jet pejuang generasi kelima (5G) baharu dari Perancis, Amerika Syarikat atau Rusia.
"Penyerahan F/A-18 Hornets yang tertangguh dari Kuwait kekal tidak menentu." - Sidang Dewan Rakyat
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pertimbangan itu merupakan sebahagian daripada objektif lebih luas kerajaan untuk menggantikan armada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat baharu menjelang 2040.
"Kami kini berada dalam kedudukan untuk mempertimbangkan pilihan untuk memperoleh jet pejuang 5G baharu, sama ada dari Perancis, AS atau Rusia. Proses penilaian akan menjadi panjang, dan syor akhir mungkin hanya dapat dilaksanakan menjelang 2033 atau 2034," katanya di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13.
----------------
Ok, ulasan kita sebagai netizen dan pemerhati pertahanan.
SOALAN : Adakah tuan-tuan setuju perolehan pesawat Generasi ke 5 ? atau Malaysia pakailah sekejap jet pejuang gen 4.5 😁 sedang China sudah ada ratusan J-20 dan 50 buah J-35, separuh daripada jumlah itu beroperasi atas aircraft carrier, belum diambil kira J-15 dan pelbagai variasi tempur lain, jiran kita Filipina pun tidak lama lagi jet baru.
Perlu faham kos, pakai lama perlu kos, upgrade perlu kos, naik taraf infra perlu kos, update software perlu kos, nak update senjata perlu kos, semuanya kos, persoalannya, kemana kos tersebut akan disalurkan...
Sebab itu option sedia ada menjurus yang boleh beri transfer of technology, dan pada admin infra sedia ada boleh tampung pesawat tu, cuma perlu tambah atau perbesarkan, dari hendak bermula dari 0 belanja besar.
Bab negara mana tu abaikan, Perancis tiada 5th gen, kalau ada pun development phase dalam blueprint sahaja.
Kemudian Amerika Syarikat F-22 Raptor ? jawapannya ia tidak dijual ❌, F-35 ? Amerika ada tawarkan ke ? contoh Thailand adalah contoh mudah, sebab Amerika juga akan ambil kira faktor kemampuan pengurusan. Kalau tawarkan alhamdulillah.
Russia ?
Mohon jangan sebut "ada duit ke ?"
Tuan-tuan perlu faham bila sudah disebut, bermaksud ia optional, pilihan yang sudah dipertimbangkan diperingkat tertinggi, keputusan yang keluar, bukan seperti keputusan sembang kedai kopi seperti kita 😅
Kita bukan negara tiada duit, ini bab CARA, bagaimana caranya ? biarlah menteri yang sampaikan nanti.
Perlu faham, bab ini tuan-tuan perlu faham geopolitik dan keadaan serantau pula, hal ini bukan macam kita masuk pasar raya terus pilih dan beli barang, tidak begitu... ada perkara kita perlu fikir "over the horizon"...
"Kita mahu lihat TUDM ke hadapan" ✅
Aset baharu lebih berbaloi untuk dioperasikan, ditambah kemampuan baharu dan tempoh operasi jauh lebih lama kehadapan ✅
Begitulah yer,
Oleh Salman Al Farisy






Mereka-mereka yang terpaling kuat melenting pasal UEC Taiwan, sekarang terpaling kuat membela Taiwan.




Adrian Lim Chee En





 Mereka-mereka yang terpaling kuat melenting pasal UEC Taiwan, sekarang terpaling kuat membela Taiwan.

Nota: 180 daripada 193 negara berdaulat yang menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) MENGIKTIRAF CHINA DAN TIDAK MENGIKTIRAF TAIWAN.
Pembangkang boleh lah berkawan dengan 13 negara yang iktiraf Taiwan. Tu je nak habaq.





AWAT HANG TAK QUNUT JA HAKIM ??

 




Ahli Parlimen Sidek berhubung kenyataan yang mendakwa beliau melarang laungan takbir dan bacaan Qunut Nazilah ketika Minggu Solidariti Palestin pada 2023.

Menurut laporan Sinar Harian, permohonan maaf itu dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas pihak defendan bersetuju menarik balik sepenuhnya kenyataan berkenaan.
Zulkifli turut mengakui kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai tafsiran dan salah faham sehingga menjejaskan nama baik Fadhlina.
Hakikatnya, pihak sekolah dibenarkan untuk melaungkan takbir dan membaca Qunut Nazilah ketika Minggu Solidariti Palestin.
Selain memohon maaf, Zulkifli, bekas Ketua Pengarang Harakah dan syarikat penerbitannya turut bersetuju membayar kos RM15,000 kepada Fadhlina serta memberi aku janji tidak akan mengulangi atau menyebarkan semula kenyataan sama.
Fadhlina berkata perkara paling penting baginya ialah membersihkan nama selepas dakwaan tersebut mencetuskan sangkaan buruk terhadap dirinya.
Beliau turut memaklumkan wang RM15,000 itu akan digunakan sepenuhnya untuk kempen Solidariti Palestin di Jasin.
Bila tuduhan mula-mula keluar, laju sangat orang percaya.
Tiga tahun kemudian, yang menuduh pula berdiri di mahkamah untuk tarik balik kenyataan dan minta maaf.
Fitnah memang boleh jalan laju.
Cuma kebenaran kadang-kadang ambil masa untuk mengejar.

Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak Tabung Haji kepada syarikat yang ada kaitan dengan Tony Pua.

 













Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak Tabung Haji kepada syarikat yang ada kaitan dengan Tony Pua.

Sebenarnya isu ini bukan isu baru. Saya pernah jawab sebelum ini dan bila saya semak semula rekodnya, ada satu perkara yang agak menarik.
Pada 2025, Menteri Agama ketika itu, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, pernah menjelaskan di Parlimen mengenai kontrak-kontrak Tabung Haji yang diberikan ketika pentadbiran PN.
Antara yang disebut ialah 23 kontrak yang diberikan kepada syarikat yang dikategorikan bukan Bumiputera oleh Tabung Haji, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM68.2 juta, dalam tempoh Mac 2021 hingga November 2022.
Tempoh itu bukan zaman PH.
Itu ialah tempoh ketika Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad memegang jawatan dalam kementerian yang bertanggungjawab terhadap Tabung Haji.
Jadi saya nak tanya satu soalan mudah.
Kalau hari ini kontrak kepada syarikat bukan Bumiputera terus dijadikan isu kononnya maruah Melayu dan Islam sedang dipermainkan, kenapa standard yang sama tidak digunakan ketika kerajaan PN memberikan puluhan kontrak kepada syarikat yang bukan Bumiputera?
Adakah pada waktu itu syarikat bukan Bumiputera tidak menjadi masalah?
Atau masalah hanya timbul apabila kontrak itu berlaku di bawah kerajaan yang mereka tidak suka?
Pada saya, inilah masalah apabila isu perolehan kerajaan cuba ditukar menjadi isu kaum dan agama.
Tabung Haji bukan sebuah organisasi yang boleh membuat keputusan berdasarkan kaum semata-mata. Ia mengurus institusi kewangan besar dengan jutaan pendeposit. Kalau sesuatu perkhidmatan memerlukan kepakaran teknikal tertentu, maka yang sepatutnya dinilai ialah kelayakan, kemampuan, proses tender dan nilai yang diterima Tabung Haji.
Kat bawah senarai syarikat bukan bumiputra yang mendapat kontrak dari TH semasa pemerintah PN+BN dulu.