ADA KA GINI JAWAPAN KETUA PEMBANGKANG ? DAH KAT LUAR CAKAP BUKAN BUKAN ...DALAM DEWAN KO TANYA LA APA YANG KO NAK TANYA...ATAU KO MEMANG LEMAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?



 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempertahankan tindakan sebahagian blok pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sidang khas berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji berlangsung hari ini.





Hamzah menyifatkan persidangan itu sebagai membuang masa kerana menurutnya ia sekadar sesi penerangan menteri tanpa sebarang usul, keputusan atau pengundian.


“Ia majlis penerangan, kalau diterang dia nak suruh kita bahas apa. Kalau kata ada perkara atau usul nak dibawa baru kita bahas, ini kena faham,” katanya dalam sidang media selepas keluar Dewan.


Menurut Hamzah, laporan RCI berkenaan sudah mengandungi penemuan serta syor untuk diberikan perhatian kerajaan dan pengurusan TH.


Beliau turut mempersoalkan keperluan meneruskan persidangan sekiranya tiada keputusan dibuat selepas perbahasan.


“Kita boleh buat sidang media, buat kenyataan, boleh hantar surat, itu semua kita boleh lakukan, jadi tak payah buang masa,” katanya.


Terdahulu, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan selepas permohonan supaya sidang khas berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bertugas tidak diterima.


Tindakan itu bagaimanapun berbeza dengan pendirian beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain yang memilih untuk kekal dan mengikuti persidangan berhubung institusi yang mengurus simpanan jutaan umat Islam itu.


#unofficialinfo





ADA GAK WALAUN TEGUR LEBAI MEREKA ? TAK LAMA..KENA KAPIAQ LA NANTI.

 






Tindakan sebahagian besar Ahli Parlimen PAS dan blok pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibincangkan mula mendapat teguran daripada penyokong mereka sendiri. Tindakan keluar Dewan itu dilaporkan berlaku selepas permintaan menangguhkan sidang tidak diterima.  


Pendakwah PU Syed antara yang secara terbuka menyuarakan pandangan supaya Ahli Parlimen pembangkang PN kekal berada di dalam Dewan dan berbahas.


Menurutnya, ketiadaan Perdana Menteri tidak sepatutnya menyebabkan ruang berbahas dan menyampaikan pandangan disia-siakan.


“Rakyat sebenarnya mahu mendengar dan menilai hujah-hujah kalian,” katanya sambil mengingatkan kekuatan pembangkang seharusnya terletak pada hujah, fakta, teguran dan maklum balas yang dibawa dalam Dewan.


Beliau turut menyeru supaya rakyat diberikan peluang menilai sendiri perbahasan tersebut kerana persidangan Parlimen disiarkan secara langsung.


Pandangan itu menunjukkan mula timbul rasa tidak senang dalam kalangan penyokong sendiri terhadap keputusan memboikot perbahasan membabitkan sebuah institusi penting umat Islam.


Lebih-lebih lagi, Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan sendiri menyeru pembangkang supaya kekal di Dewan dan menggunakan ruang yang tersedia untuk berbahas mengenai dapatan RCI tersebut.




GALI LUBANG TUTUP LUBANG: AMARAN ARMIZAN WAJAR DIBERI PERHATIAN





Hari ini seperti dijangka kita menyaksikan drama RCI Tabung Haji di Parlimen. Ada sokong, ada bantah, ada tunggang isu, ada keluar dewan, ada sindir menyindir. Tapi saya lebih tertarik perbahasan dari Datuk Armizan Mohd Ali yang simple. Dan ada satu isu menarik perhatian saya iaitu "Gali Lubang, Tutup Lubang.


Menurut Datuk Armizan budaya “gali lubang, tutup lubang” dalam pengurusan kewangan kerajaan dan badan berkanun perlu dihentikan adalah perkara yang wajar diberi perhatian. Kerajaan tidak boleh membuat keputusan kewangan hanya kerana mahu memberikan manisan kepada rakyat hari ini, sedangkan bilnya diserahkan kepada generasi akan datang.


Kita boleh melihat bagaimana beberapa syarikat milik kerajaan terus memerlukan sokongan kewangan yang besar. Prasarana misalnya berdepan tekanan aliran tunai dan masih mempunyai komitmen bon yang besar, manakala MRT Corp pula mencatat kerugian terkumpul yang sangat tinggi akibat kos pembangunan infrastruktur.


Saya tidak mengatakan pengangkutan awam tidak patut disubsidi. Sebaliknya, persoalannya ialah sampai bila model kewangan yang sama boleh diteruskan tanpa pembaharuan yang benar-benar mengurangkan jurang pembiayaan?


Kerajaan sendiri pernah menyatakan budaya mengekalkan syarikat yang tidak mencatat keuntungan dan terus membebankan kerajaan perlu dihentikan. Maka prinsip itu mesti dilaksanakan secara konsisten. Jika sebuah syarikat diperlukan kerana kepentingan awam, teruskan dengan model yang jelas. 


Jika masalahnya pengurusan, baiki pengurusan. Jika model perniagaannya tidak lagi sesuai, ubah modelnya. Jangan sekadar menambah wang setiap kali lubang semakin dalam. Inilah yang rakyat mahu lihat daripada pengurusan kewangan negara, bukan sekadar berapa banyak kerajaan boleh belanja, tetapi berapa banyak yang mampu dijimatkan, berapa banyak yang mampu dipulihkan dan berapa banyak yang akhirnya memberi pulangan kepada rakyat.


Wang awam bukan wang kerajaan. Ia wang rakyat yang dikumpulkan melalui cukai, hasil negara dan pelbagai sumber lain. Kita tidak boleh terus menghidangkan manisan hari ini dengan hutang yang perlu dibayar esok. Bantuan kepada rakyat memang perlu, subsidi yang benar-benar diperlukan memang perlu, dan pelaburan strategik memang perlu. Tetapi setiap ringgit mesti mempunyai sebab, sasaran dan hasil. Jangan gali lubang untuk menutup lubang yang lain. Pada akhirnya, lubang itu tetap rakyat yang terpaksa menanggung.


Razeef Rakimin

11 Ogos 2026

Sepanggar, Sabah





WOIII PUAK PEMBANGKANG....MAT SABU KUTUK HANGPA TAK GUNA SEDUIT...KAT LUAR SEMBANG PONG PANG PONG PANG..LAM DEWAN CEKUP TELOQ...KELUAQ DEWAN...POOOODAHHH...CHIT..KARIVOLLEK

 







Bang Mat memang cukup kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini.


Kalau betul mahu mempertahankan agama dan kepentingan umat Islam, inilah masanya untuk duduk dalam Dewan, baca laporan, tanya soalan, cabar fakta dan bahaskan satu persatu. Laporan RCI sudah dibentangkan untuk dibahaskan, jadi gunakanlah ruang yang ada untuk bersuara.


Di luar Dewan boleh kata macam-macam. Boleh tunjuk siapa paling kuat mempertahankan Islam. Tetapi apabila sampai masa untuk berbahas dalam Dewan, kenapa keluar?


Bang Mat percaya isu Tabung Haji bukan isu politik semata-mata. Ini melibatkan amanah dan wang umat Islam. Sebab itu kita kena berani berdepan dengan fakta, bukan mengelak daripada perbahasan.


Kalau ada yang tak setuju dengan laporan RCI, bahaskan. Kalau ada fakta yang mahu dicabar, cabar. Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, bangkitkan dalam Dewan.


Jangan hanya jaguh di luar Dewan. Masuklah ke Dewan dan berbahas!




KALAU TUJUAN TANYA NAK HINA TAK DSK LAIN LA...GANG PARTI JALANG LA...

 

Arif Kadir...







Allahu. Bodohnya walaunkurap ni tiada sempadan. Hernia belt memang pakai kat luar Sh Azman Alriveri V 🤣🤣🤣



PMX TERIMA TANDA KASIH DARI DYMM YDP AGONG



 Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya.


Dirgahayu Tuanku!









KALAU NAK BAHAS..TPM ADA..MENTERI MENTERI ADA...


Iswardy Morni

.


 SUMMARY PERBAHASAN RCI TABUNG HAJI 11/8/26


1. Anwar kata nak bahas pada 11/8 di parlimen RCI tabung Haji


2. Tapi Anwar Medical leave pada 9/8 dan menjalani pembedahan laparoskopi elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilikal pada 10/8. Pembedahan ini dipanggil elektif kerana ia sebenarnya boleh ditunda kerana di anggap prosedur bukan kecemasan dan kerana itu dia di panggil elektif. Kenapa dibuat pada hari tersebut tidak la diketahui. Itu kena tanya PM (baca sini: 


https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/08/10/doctors-confirm-elective-surgery-success-pm-anwar-ibrahim-under-strict-medical-watch/230839) 


3. Disebabkan pembedahan ELEKTIF tersebut, maka beliau tidak dapat hadir ke perbahasan RCI.


4. Pembangkang (PAS dan wawasan) berkata mereka nak Anwar ada dan minta sidang di tunda sehingga anwar sihat. Speaker tolak. Pas dan wawasan keluar dewan. 


5. Bersatu tidak keluar sebaliknya minta masa lebih untuk perbahasan. Mereka kata PAS dan Wawasan dramatik.


6. Perbahasan di buat dan ramai mengemukakan pandangan dan persoalan.


IMPLIKASI KETIADAAN MENTERI KEWANGAN:


1. Persoalan sama ada sukuk yang matang pada Mei 2026 yang sepatutnya di bayar kepada tabung Haji pada 2026 dan hanya di bayar RM900 juta dan bukannya RM12.5 Billion tidak ada jawapan.


2. Apakah justifikasi sukuk baharu yang diterbitkan (baki RM 11.5 Billion) yang matang pada 2036? 


3. Apa implikasi kepada Tabung haji dari segi pengukuhan kewangan mereka. 


4. Laporan RCI mendedahkan TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017 jika mengikut standard MFRS. Apakah mekanisme intervensi MOF untuk memastikan penyata kewangan masa hadapan bebas daripada "manipulasi keuntungan" demi membayar dividen buatan?


5. Anwar mengarahkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Mengapakah institusi penguatkuasaan di bawah MOF (seperti Bank Negara Malaysia) tidak bertindak lebih awal sejak amaran tadbir urus dikeluarkan pada 2014 dan 2017? ie laporan di peram?


6. Adakah liabiliti sisa bernilai berbilion ringgit hasil daripada salah urus masa lalu akan terus ditanggung melalui dana disolidasi kerajaan (dana pembayar cukai), dan sejauh mana ia menjejaskan penarafan kredit negara?


7.  Mengapakah terdapat jurang masa yang lama (beberapa tahun) antara penyiapan laporan RCI dengan pembentangan penuhnya di Parlimen, dan adakah terdapat kompromi politik dalam keputusan menstruktur semula TH sebelum ini?


Soalan-soalan ini wajib di jawab menteri kewangan. Namun bila dia tiada, maka perbahasan tadi hanya tinggal soalan. Bila jawapannya? kita tidak pasti. 


jadi bila Anwar Ibrahim tanya "Nak bahas tentang saya atau tentang Tabung Haji?" kepada pembangkang -


Dia bukan sekadar isu tabung haji, tetapi juga isu Kementerian Kewangan dan keputusan Menteri Kewangan.




Inilah cakap puak ni pening lalat..









Kerajaan ni bukan one man show


Tabung Haji berada di bawah portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 


Dalam tradisi Sistem Westminster, adalah perkara biasa bagi Menteri yang memegang portfolio khusus untuk membentang dan menjawab isu berkaitan kementeriannya, bukannya Perdana Menteri semata-mata.


Menteri tu dibayar gaji.. MP pembangkang pun dibayar gaji . Buat la kerja, takkan semua bende nak harap ke PM yang buat. 


Lepas tu komplen menteri kerajaan tak perform, tak pandai buat kerja.


 konon sesi penerangan sahaja katanya.. 


Memang lah menteri kena bagai penerangan dulu.. kan kat bawah tu ada tulis  diikuti dengan sesi MP meminta penjelasan  dan pandangan dan sesi  jawapan menteri.


Sudah sudah la nak membodohkan rakyat .


Rakyat tak bodoh macam yang korang sangka..




KEPALA BAPAK HANG...KEPALA BAPAK TU PUJIAN...KATA SANUSI PADA MAT PADLI.KIOK

 





MAN SLOW


Pertahan hapus melayu Islam Pala bapak hang? Tajuk dia bagi hujah pun nampak macam orang gila . Kita nak kata apa??.. tu pun melayu pecaya?


Kita Nak buleh buat apa? Yang tu dalam Pala otak depa? Depa naik pun cagaq tanah durian musang king kat komunis china? Nak buat stesen bas cari kontraktot cina ? Syarikat Gali emas bagi kat cina? Batu asas kilang tayar pun dari China?


Kita Nganga saja laa. Yang depa Tak suka DAP saja? Buleh tengok puak2 gila nak naik takhta? Istifar saja la..moga kebenaran bersama kita..

Jangan lupa yang esa..Sebab tu PMX dipersada..Dunia sentiasa ibarat roda.









Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik?

 








Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?

Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.
Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?







PEMBANGKANG TAK KISAH BAB TABUNG HAJI

 



Hari ini, Parlimen membahaskan laporan RCI Tabung Haji.

Setiap gabungan parti politik (PH, BN, PN) ada saham dalam apa yang berlaku:
1) penyelewengan dan salah urus tadbir berlaku di bawah BN, sehingga rizab Tabung Haji jadi negatif dan kerugian berbilion ringgit.
2) PAS mensucikan perkara itu malah mengulangi dakyah aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam, nak bekap Umno.
3) PN tak bayar RM1.5b yang sepatutnya dibayar kpd TH atas alasan Covid, tapi guna wang buat Jana Wibawa boleh pula.
4) PH peram laporan RCI Tabung Haji selama 3 tahun untuk jaga hati Umno, hanya buat keluar bila saya cuit untuk tunjukkan kompromi politik yang telah dibuat.
5) PH pun tak bayar RM11.5 bilion yang patut dilunaskan kepada TH ikut perjanjian sukuk UJSB pada Mei 2026, sebaliknya roll over komitmen itu ke 2036. Covid tak de dah nak buat alasan, agaknya apa alasan sekarang.
Kita sama-sama tengok perbahasan hari ini ada sentuh perkara-perkara ini ke tidak.
Kesian orang-orang Tabung Haji bertungkus lumus nak selesaikan masalah yang ditinggalkan, bila orang politik datang dan pergi tapi tak fokus kepada pemulihan Tabung Haji.





RCI Tabung Haji: Tambah Baik Pelaksanaan Dasar Tabung Haji Dalam Masa Terdekat

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan membacakan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) kini sedang dalam peringkat akhir untuk memperhalusi penambahbaikan dasar pengurusan haji yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata penambahbaikan akan membabitkan pelan menunaikan haji lebih jelas, terancang dan sistematik.

Ia kata beliau, sejajar dengan konsep istito’ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal.

“TH mengambil maklum pengesyoran daripada Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya dari aspek kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran haji,” katanya menyampaikan penerangan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH hari ini.

Beliau berkata, pengukuhan tadbir urus TH menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan haji yang disampaikan kepada jemaah haji Malaysia.

Katanya, kos haji berjaya dikekalkan selama tiga musim berturut-turut pada RM33,300 bermula 2024 hingga 2026, biarpun inflasi meningkat 250 peratus sejak 2001 ketika bantuan kewangan haji diperkenalkan hingga 2023.

“TH berjaya mengekalkan kos haji dengan mengekang kenaikan kos penerbangan melalui kontrak jangka panjang.

“TH juga dapat menurunkan kos penyewaan hotel baru yang lebih berkualiti melalui rundingan terus dengan pemilik bangunan berbanding melalui pihak ketiga walau berdepan peningkatan inflasi dan perlu menanggung kos perkhidmatan atau kemudahan baru di Tanah Suci,” katanya.

Di bawah kepimpinan pengerusi, lembaga pengarah serta pasukan pengurusan yang professional dan berwibawa, katanya TH kini berjaya kembali ke landasan lebih kukuh dan mampan melalui pelaksanaan pelan strategik, reformasi serta tadbir urus lebih baik, tanpa campur tangan kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendeposit TH juga tidak perlu bimbang kerana semua urusan pelunasan zakat agensi berkenaan juga sudah dilaksana TH secara tertib dan berlandaskan hukum syarak.

“Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan garis panduan zakat yang sudah diluluskan dan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH dianggotai oleh pakar-pakar syariah dan kewangan Islam,” katanya.




Kerajaan umum hentikan bonus tinggi TH, berjaya dapat semula bayaran lama yang tak patuh

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, amalan pemberian bonus terlalu tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) telah dihentikan, selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan institusi itu.

Beliau memberi jaminan, di bawah pentadbiran baharu, TH kini mengamalkan pemberian bonus yang munasabah berdasarkan prestasi kewangan keseluruhan institusi serta pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) TH dan anggotanya.

Menurut beliau, pemberian bonus berkenaan turut tertakluk kepada kelulusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Kewangan.

“RCI mengesyorkan pemberhentian amalan pemberian bonus terlalu tinggi kepada kakitangan.

“Ingin dijelaskan TH telah mengambil tindakan dengan mengamalkan pemberian bonus munasabah berdasarkan prestasi kewangan keseluruhan institusi dan pencapaian petunjuk prestasi utama TH dan anggotanya,” katanya ketika membahaskan Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, dalam perkembangan berkaitan, bonus tinggi yang sebelum ini diberikan kepada ahli lembaga TH Property tanpa mematuhi peraturan telah pun ditarik balik.

Malah, katanya, bayaran berkenaan telah berjaya diperoleh semula dan diselesaikan pembayarannya, bertepatan dengan syor RCI.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut akan memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih jelas dalam Akta Tabung Haji yang akan dikemas kini bagi memastikan perkara yang dilaporkan RCI tidak berulang.

Katanya, peruntukan itu antaranya melibatkan piawaian perakaunan yang diguna pakai serta penalti bagi kesalahan salah lapor penyata kewangan.

Langkah berkenaan, katanya, akan dilaksanakan selaras dengan cadangan yang dikemukakan RCI.




Menteri sahkan lima surat amaran BNM langsung tidak diendah pengurusan TH, kerajaan BN

 


Sebanyak lima surat amaran yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung masalah jurang aset dan tanggungan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dikeluarkan pada tahun 2014, didakwa tidak diendahkan oleh kepimpinan TH dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, BNM telah berulang kali membangkitkan kebimbangan mengenai kesan amalan pemberian agihan keuntungan tinggi oleh TH sejak 2014.

Menurut beliau, walaupun BNM bukan badan pengawal selia TH, institusi itu bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan negara dan telah memberi peringatan mengenai kedudukan rizab TH yang semakin terjejas sehingga menjadi negatif.

“BNM telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima kali kepada Pengerusi TH dan Menteri Agama pada waktu itu (era BN) mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

“Mereka diberi amaran bukan sekali, bukan dua kali, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak langgar undang-undang,” katanya ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji pada sidang khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, amaran berkenaan mempunyai asas kerana kegagalan menangani masalah tersebut berisiko memberi kesan kepada kedudukan dan kestabilan kewangan negara.

Bagaimanapun, katanya, surat-surat amaran yang dihantar BNM tidak pernah diendahkan, apatah lagi diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pengurusan TH ketika itu.

“Semua mesti tahu bahawa amaran-amaran BNM bukan tanpa asas. Asasnya adalah sekiranya ia tak ditangani, berisiko timbulkan kesan parah kepada kedudukan dan kestabilan wnag negara.

“Apa yang berlaku adalah surat-surat amaran diutuskan BNM tak pernah diendahkan apatah lagi diberi perhatian, dan diambil tindakan oleh pengurusan TH ketika itu.

“Kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negar. Malangnya, surat-surat tak diendah oleh kepimpinan TH pada waktu itu,” katanya lagi.

Beliau berkata, peringatan BNM kemudiannya disusuli Ketua Audit Negara menerusi Laporan Penyata Kewangan 2017 yang mengeluarkan penegasan perkara (emphasis of matter) mengenai perubahan rosot nilai yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tahun sama bagi menunjukkan keuntungan lebih tinggi bagi 2017.




RCI Tabung Haji: Tindakan Segelintir MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat Dikecam

 


Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat setelah gagal menghalang Speaker, Tan Sri Johari Abdul meneruskan sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang keluar dan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini, dikecam teruk di media sosial.

Mereka berpandangan, memboikot pembentangan dan perbahasan berkenaan sepenting ini tidak sepatutnya dilakukan seolah-olah bersifat kebudak-budakan hanya semata-mata keuzuran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Tahap kecerdikan Pembangkang skrg berbeza Pembangkang zaman PMx. Sgt teruk kualiti Pembangkang skrg (sekarang),” tulis Ahmad Syazihan.

Muaz Uswah dengan nada menyindir menulis “Pelik bin ajaib.. pembangkang yang menggelupur keluar dewan. Isu tabung haji adalah keutamaan tapi pembangkang fokus pasal PM ..”.

Tindakan ahli parlimen pembangkang keluar dari sesi perbahasan RCI Tabung Haji pada 11 Ogos dikecam warganet yang mengikutinya secara langsung.

“Pembangkang keja dia org kan memang nak cari Salah PMX jer….dah sah PMX sakit ada kat hospital…tetap salahkan PMX tak hadir . Apa punya jenis manusia lah ni….🤦🤦🤦,” kata Sabar Sabar.

Terdahulu, keputusan wakil rakyat pembangkang itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Pemakluman untuk tidak menyertai itu sidang khas itu dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hasan, dan tiada halangan di pihak Johari setelah keputusan itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan membacakan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026.

Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan.

Antara alasan Takiyuddin yang bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 13 meminta supaya sidang khas berkenaan RCI TH pagi ini ditangguhkan, dengan alasan ia tidak dihadiri Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Namun, Johari memutuskan ia tetap diteruskan seperti dijadualkan hari ini dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam sidang khas itu.

Perdana Menteri sedang menjalani rawatan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.