MAKAN GAJI BUTA ITU LEBIH MUDAH

 


SEPENGGAL LAGI JADI PM...RAMAI LA AKAN KE IJN




Anwar mewarisi negara dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar selepas beberapa tahun kekacauan politik, pertukaran kerajaan dan krisis Covid-19.



Kerajaan Tebuk Atap yang turut disokong PAS melahirkan dua Perdana Menteri. Hari ini, seorang dikaitkan dengan kes Jana Wibawa, manakala seorang lagi berdepan siasatan yang turut melibatkan penemuan wang tunai RM170 Juta dan jongkong emas.


Rakyat belum lupa keadaan ketika itu. Harga telur dan ayam melonjak, minyak masak paket susah dicari, harga barang naik, Ringgit lemah dan ramai rakyat masih bergelut mendapatkan semula pekerjaan selepas pandemik.


Anwar ambil alih bukan ketika semuanya sudah elok. Dia ambil alih ketika banyak benda perlu dibaiki serentak.


Rakyat mula rasa kesannya. Peluang kerja bertambah, gaji lebih baik dan Ringgit semakin kuat. Mereka yang menunaikan Haji, Umrah, belajar atau melancong ke luar negara turut menikmati nilai tukaran yang lebih baik. Semua ini datang daripada pelaburan baru yang masuk dan perkembangan industri bernilai tinggi dalam tempoh tiga tahun.


Dalam keadaan dunia berdepan perang, krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan, Malaysia masih mampu mengekalkan bekalan dan kestabilan ekonomi.


Ketirisan subsidi pula mula dikekang. Sebahagian penjimatan itu dipulangkan terus kepada rakyat melalui STR, SARA, bantuan persekolahan dan pelbagai bantuan lain.


Kena ingat, kerajaan Anwar mewarisi sebuah kerajaan yang ketika itu Haji Hadi sendiri pernah menjadi Duta Khas bertaraf Menteri.


Tiga tahun Anwar bekerja membina semula ekonomi. Tetapi hari ini Haji Hadi lebih banyak bercakap soal kaum, agama dan sejarah lama untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.


Malah lebih teruk dari itu, status agamawannya itu seolah-olah memberi lesen yang cukup besar kepadanya untuk mengada-adakan fitnah.


Membina ekonomi perlukan idea, pengalaman dan kerja keras.


Membangkitkan sentimen pula jauh lebih mudah.


Anwar bina ekonomi dengan susah payah. Hadi hanya perlukan beberapa ayat adu domba untuk cuba merosakkan keyakinan yang dibina.





INGAT ANWAR....JANGAN LAGI MEMAAFKAN PEMFUTNAH.




 PMX Anwar Ibrahim wajib saman 200 juta sebagai pengajaran. Kami menyokong 500% PMX saman Lebai .





BARUA MEMFITNAH ..ITU LAH PARTI JALANG

 



Jamzuri Ardani



Dalam dunia ni rupanya ada dua kaum sahaja; PAS dan bukan PAS. 


Lawan PAS sahaja ... semua tuduhan buruk akan dilemparkan. 


Kesucian itu hanya milik kaum PAS. 


Jika anda tidak percaya naratif ini ... anda rasis, komunis, khadam, barua, ultra kiasu, munafik, musuh melayu, musuh islam, kerengge, tupai, beruk, babi, anjing ... 


Tak kira lah kamu itu melayu atau cina, iban atau india, muda atau tua, lelaki atau wanita, ustaz pondok atau guru biasa, muslim atau tiada agama ... asal tidak sokong mereka ... semuanya hanya barua.





Kalau Di Pulau Pinang Ia Agenda Cina DAP, Di Terengganu Hanya Kes Terpencil



Jason Yew







1. Saya baca berita hari ini. Ada Jalur Gemilang berkibar tanpa lambang bulan dan bintang.


2. Tempatnya di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. Negeri tadbiran PAS.


3. Menteri Besarnya, Dr Sam kata ini kes terpencil. Tidak disengajakan.


4. Datuk Bandar pula bagi alasan. Katanya lambang itu asalnya ada. Tapi tercabut ditiup ribut sebab ia hanya dijahit.


5. Saya hairan. Pandai sungguh ribut di Terengganu. Ia tahu pilih nak tiup bulan dan bintang sahaja. Jalur merah putih ia biarkan.


6. Cuba kita bayangkan. Kalaulah ribut yang sama berlaku di Pulau Pinang. Dan bendera ini pula dipasang oleh kerajaan DAP.


7. Pasti ceritanya tidak sama. Pasti ia tidak lagi dipanggil kes terpencil.


8. Ketua Pemuda UMNO tentu sudah melompat. Tentu sudah bergegar satu negara dia suruh boikot. Tentu berbakul-bakul laporan polis dibuat.


9. Akan dijeritnya bahawa ini agenda komunis. DAP anti-Islam. DAP hina Raja-Raja Melayu sebab buang lambang bulan bintang.


10. Tapi sebab ia berlaku di negeri PAS, semuanya suci. Semuanya dimaafkan dengan mudah.


11. Tidak ada siapa yang derhaka. Yang salah cuma angin. Yang pengkhianat cuma benang.


12. KP UMNO pun tiba-tiba senyap. Tidak ada ugutan mahu berdemo. Mungkin dia sedang sibuk cari tukang jahit. Atau mungkin dia tidak berani marah pada ribut.


13. Inilah rupa pemimpin politik kita. Kalau musuh buat, itu pengkhianatan terancang. Kalau geng sendiri buat, itu cuma ujian alam.


14. Orang Malaysia terus disuruh bersorak. Walaupun maruah negara hanya diukur ikut untung nasib parti mana yang berkuasa. 


#jalurgemilang





KAMU NDAK MUKA DAN SIKAP BEGINIKAH PIMPIN NEGARA ...PATUT LAH NEGERI KAMU MUNDUR.

 





Seorang pemimpin PAS di Terengganu, Faizul Abas mengundang kritikan selepas membuat hantaran berbaur sindiran terhadap keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru selesai menjalani pembedahan hernia.


Dalam hantaran di Facebook, beliau menyentuh kemungkinan perbahasan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat sebelum bertanya secara sinis mengenai keadaan Anwar selepas pembedahan.


“Nak tanya pakar, penyakit ni lepas operate boleh kencing elok tak?” tulisnya.


Hantaran itu dibuat ketika Anwar sedang melalui proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut.


Sindiran tersebut mengundang teguran sebahagian pengguna media sosial yang mempersoalkan kewajaran keadaan kesihatan seseorang dijadikan bahan politik.


Seorang pengguna menulis bahawa adalah lebih baik semua pihak mendoakan orang yang sedang sakit, manakala seorang lagi secara terus bertanya, “Ustaz, di dalam Islam ada tak budaya troll?”


Faizul kemudian membalas beberapa komen dengan terus menggunakan perkataan berkaitan “kencing”, sekali gus menyebabkan hantaran itu terus menjadi perhatian.


Perbezaan politik boleh berlaku sekeras mana sekalipun, namun bagi sebahagian netizen, sakit dan proses pemulihan seseorang sepatutnya tidak dijadikan bahan ejekan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang membawa imej agama.





KALAU KENA KE GU SENDIRI KEMAIN LAGI...DAH MEMANG PENGKHIANAT BANGSA..MANA MANA PUN SAMA SIKAPNYA.

 


Md Zaid Ali


Bila berlaku di pihak sendiri, alasannya “kes terpencil, tercabut akibat ribut.” Bila berlaku di pihak lawan, terus dilabel “pengkhianat”, “menghina negara”, malah dimaki sampai tujuh keturunan.








Inilah pentingnya berlaku adil jangan menghukum sebelum menyiasat, dan jangan pula mencari alasan hanya kerana kesalahan itu dilakukan oleh kelompok sendiri.


Jalur Gemilang memang wajib dihormati, tetapi neraca keadilan juga mesti dikibarkan kepada semua.


Kalau prinsip berubah mengikut siapa yang melakukan kesalahan, itu bukan lagi patriotisme. Itu sudah menjadi taasub politik.




HIKAYAT MUHONG MAHAWANGSA NEGERI YANG MENUNGGU KERAJAAN BERTUKAR




Rostom A. Rahman






Alkisah maka tersebutlah sebuah negeri di utara  semenanjung, yang rakyatnya amat gemar akan segala perkara yang belum selesai, kerana perkara yang belum selesai itu lebih mudah dijadikan modal hikayat daripada perkara yang telah selesai.


Maka pada suatu hari berhimpunlah segala pembesar di balai seri. Datanglah seorang bentara membawa khabar dari negeri Kedah bahawa tuntutan berkenaan bayaran pajakan Pulau Pinang itu sedang dipertimbangkan. Maka bertanyalah seorang rakyat jelata, “Jika tuntutan itu benar dan dokumen telah tersedia, bilakah hendak dihantar?”


Maka jawab seorang pembesar, “Nanti.”


“Bilakah nanti itu?”


“Apabila kerajaan di peringkat Persekutuan berubah.”


Maka tercenganglah rakyat jelata. Bertanyalah ia lagi, “Mengapa pula dokumen hendak menunggu kerajaan berubah?”


Maka pembesar itu pun berdehem tiga kali, lalu berkata dengan penuh hikmat, “Itulah seni pemerintahan, hang tak baca ka buku Sun Tzu. Dokumen yang lengkap tidak semestinya dihantar kepada kerajaan yang sedang memerintah. Kadang-kadang dokumen yang lengkap harus menunggu kerajaan yang belum wujud.”


Maka bertepuk tanganlah para hulubalang, kerana mereka tidak memahami apa-apa tetapi menganggapnya sangat bijaksana dan sempoi MB ini.


Seorang lagi pembesar pun bangkit dan berkata, “Jika kerajaan berubah, kita akan hantar.”


“Jika tidak berubah?”


“Kita pertimbang semula untuk menunggu perubahan.”


“Jika perubahan itu tidak berlaku?”


“Kita tunggu perubahan yang berikutnya.”


Maka seorang tua yang sejak tadi berdiam diri bertanya, “Kalau begitu, bilakah tuntutan itu akan dibuat?”


Maka seluruh balai menjadi sunyi.


Akhirnya seorang menteri berkata, “Apabila tiba masa yang sesuai.”


“Siapakah menentukan masa yang sesuai?”


“Keadaan politik.”


“Siapakah menentukan keadaan politik?”


“Rakyat.”


“Siapakah menentukan rakyat?”


Maka menteri itu pun terdiam, kerana soalan tersebut sudah hampir memasuki wilayah yang dilarang oleh kitab politik al Mawardi.


Lalu keluarlah seorang profesor ultra kiasu dari balik tirai, lengkap dengan kitab tebal bertajuk Seni Menjadikan Perkara Mudah Sebagai Perkara Yang Perlu Ditunggu. Katanya, “Jangan kamu sekalian terlalu tergesa-gesa. Dalam politik moden, kebenaran bukan sahaja bergantung kepada fakta. Ia bergantung kepada siapa yang memegang tampuk kerajaan ketika fakta itu hendak digunakan.”


Maka rakyat pun bertanya, “Jadi tuntutan itu benar atau tidak?”


Profesor itu menjawab, “Benar apabila kita memerintah.”


“Dan kalau mereka memerintah?”


“Masih benar, tetapi belum masanya.”


“Kenapa?”


“Kerana mereka memerintah.”


Maka rakyat pun menggaru kepala.


Di luar istana pula, para palatao sedang berleha-leha di warung kopi sambil menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah lama memahami strategi tersebut. Mereka berkata, “Ini semua permainan politik. Kita kena tengok jauh ke depan.”


Maka seorang budak bertanya, “Jauh mana?”


“Sejauh pilihan raya.”


“Pilihan raya bila?”


“Belum tahu.”


“Kalau begitu kenapa kamu sudah tahu?”


Maka palatao itu pun tersenyum, kerana itulah kelebihan orang yang tahu semua sebelum sesuatu berlaku.


Kemudian datang pula seorang penglipur lara membawa berita bahawa apabila tajuk berita itu dibaca rakyat, emoji gelak pun turun mencurah-curah seperti hujan musim tengkujuh. Ada 😂, ada 🤣, ada lagi 😂😂😂, sehingga emoji marah pun kelihatan malu hendak keluar.


Maka bertanyalah seorang hulubalang, “Mengapa rakyat gelak?”


Jawab penglipur lara, “Bukan kerana Pulau Pinang itu bahan gelak. Bukan kerana soal tuntutan itu tidak penting. Mereka gelak kerana mereka melihat sebuah kerajaan sedang menunggu kerajaan lain berubah sebelum melakukan sesuatu yang kononnya sudah patut dilakukan.”


Maka tersebutlah dalam kitab sejarah bahawa pada zaman tersebut, tuntutan itu tidak hilang, dokumen itu tidak hilang, Pulau Pinang pun tidak hilang. Yang hilang hanyalah kepastian tentang bila semuanya hendak dilakukan.


Dan demikianlah hikayat sebuah politik yang sangat bijaksana: apabila kerja boleh dibuat hari ini, tunggulah esok; apabila esok tidak sesuai, tunggulah lusa; dan apabila kerajaan bertukar, katakanlah bahawa semuanya memang telah dirancang sejak dahulu.


Maka bersoraklah para palatao.

Maka berjimba-jimbalah para penyokong.

Maka berleha-lehalah para politikus.

Dan rakyat jelata pun terus menekan emoji 😂.


Kerana dalam negeri yang ajaib itu,  gelak rakyatlah satu-satunya dokumen yang mencukupi jumloh. Sekian hikayat dari negeri Muhong Mahawangsa.





RAMAI LAGI MAK AYAH TAK PAHAM.SJKC TAK DENGAR PUN MASAALAH NI.

 


SURAT AKU JANJI INI BUKAN “LESEN” UNTUK SUNTIK ANAK KITA





(1) Saya tertarik dengan penjelasan peguam Asiah Abd Jalil  mengenai Surat Aku Janji berkaitan Polisi Perlindungan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini.


Boleh lihat di postingnya


https://web.facebook.com/share/p/1HmYx5N4dq/


Pada saya, penjelasan ini penting untuk meredakan satu perkara yang sedang merisaukan sebahagian ibu bapa. Jangan kita baca satu ayat, kemudian imaginasi kita pergi sampai tiga kampung.


(2) Pertama sekali kita kena faham, Polisi Perlindungan Murid Sekolah ini memang wujud secara rasmi.


KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2026: Pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bukan dokumen misteri. Bukan benda yang tiba-tiba sekolah reka sendiri. KPM sendiri menerbitkannya secara rasmi.


(3) Tujuan besarnya ialah perlindungan murid.


Mudah cerita, apabila kita hantar anak ke sekolah, sekolah bukan sekadar tempat cikgu mengajar Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.


Sepanjang anak berada dalam jagaan sekolah, pihak sekolah mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan mereka.


Di sinilah kita boleh memahami konsep in loco parentis — dalam keadaan tertentu, pihak sekolah memikul tanggungjawab menjaga murid ketika murid berada di bawah pengawasan sekolah.


(4) Namun jangan pula kita terbalikkan maksud konsep ini.


In loco parentis bukan bermaksud sekolah mengambil alih seluruh kuasa ibu bapa terhadap anak.


Sekolah menjaga murid dalam ruang tanggungjawab dan kuasa yang diberikan oleh undang-undang, peraturan, pekeliling dan dasar yang berkuat kuasa. Bukan semua perkara sekolah boleh buat sesuka hati atas alasan,


"Kami sedang menjaga anak tuan."


Tak begitu.


(5) Antara kebimbangan yang saya lihat berlegar sekarang ialah apabila ibu bapa menandatangani Surat Aku Janji ini, kononnya tandatangan tersebut boleh digunakan kemudian untuk membenarkan anak menerima suntikan, imunisasi atau rawatan perubatan tanpa persetujuan ibu bapa.


Setakat kandungan Aku Janji yang dirujuk itu, tidak begitu.


Persetujuan terhadap perkara yang dinyatakan dalam sesuatu Aku Janji tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsirkan sebagai persetujuan terhadap perkara lain yang tidak dinyatakan.


(6) Kalau nak bukti paling mudah, kita tak perlu pun pergi kepada isu vaksin COVID-19.


Kita tengok sahaja bagaimana Program Imunisasi Sekolah memang dilaksanakan selama ini.


KKM mempunyai Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang mengatur pelaksanaan perkhidmatan kesihatan kepada murid, termasuk imunisasi.


Dalam garis panduan tersebut terdapat tatacara khusus yang perlu dipatuhi sebelum suntikan imunisasi diberikan kepada murid. Maknanya, imunisasi di sekolah bukan dibuat ikut suka hati sekolah.


Ada prosedurnya. Ada tatacaranya. Ada rekodnya dan ada proses persetujuan ibu bapa atau penjaga.


(7) Malah pada bahagian persediaan sebelum suntikan dalam Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah KKM, petugas perlu menyemak borang persetujuan ibu bapa atau penjaga sebelum imunisasi diberikan.


Jika tiada tandatangan ibu bapa atau penjaga pada borang kebenaran yang berkenaan, persetujuan perlu diperoleh terlebih dahulu mengikut tatacara yang ditetapkan.


Ini perkara penting.


Maksudnya, dalam amalan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah sendiri, KKM mempunyai mekanisme untuk mendapatkan persetujuan khusus bagi imunisasi.


(8) Lebih menarik, KPM dan KKM memang menggunakan Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


Malah terdapat surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM dengan rujukan KPM.600-1/2/7 Jld. 7 (35) bertarikh 30 Disember 2025 berkaitan penggunaan/penggantian Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


Borang ini bukan Surat Aku Janji Polisi Perlindungan Murid.


Ini dokumen yang berbeza.


Dalam borang persetujuan perkhidmatan kesihatan yang berkaitan, ibu bapa atau penjaga diberikan pilihan secara nyata sama ada:


SETUJU


atau


TIDAK SETUJU


terhadap perkhidmatan/intervensi yang dinyatakan, termasuk imunisasi yang berkenaan.


(9) Contohnya, dalam pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah memang terdapat imunisasi yang diberikan kepada kohort murid tertentu mengikut jadual dan dasar kesihatan semasa.


Ada juga borang khusus seperti BPKK/KS/2025-CDT, iaitu Borang Persetujuan Perkhidmatan Imunisasi Sekolah Bagi Murid Cicir Imunisasi Diphtheria dan Tetanus (8 Tahun dan ke atas).


Nama borang itu sendiri sudah cukup terang:


BORANG PERSETUJUAN.


Nak beri imunisasi, ada borang berkaitan imunisasi.


Nak minta persetujuan, nyatakan apa yang hendak diberikan.


Ibu bapa pula membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Itulah proses yang sepatutnya berlaku.


(10) Sebab itu jangan kita campur tiga perkara yang sebenarnya mempunyai fungsi berbeza.


Polisi Perlindungan Murid ada kerangkanya.


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah ada punca kuasa dan tatacaranya.


Imunisasi murid pula dilaksanakan melalui program dan proses persetujuan yang berkaitan.


Surat Aku Janji Polisi Perlindungan Murid bukan ccek kosong' yang membolehkan sekolah atau mana-mana pihak melakukan apa sahaja intervensi perubatan terhadap anak kita pada masa akan datang.


(11) Akta Pendidikan 1996 sendiri memang mempunyai peruntukan berkaitan kesihatan murid.


Seksyen 65 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] memberikan kerangka undang-undang mengenai pemeriksaan perubatan dan pergigian murid.


Namun kewujudan punca kuasa bagi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah tidak bermaksud semua bentuk intervensi kesihatan boleh dicampur-adukkan dengan Surat Aku Janji Polisi Perlindungan Murid.


Sebab itulah pelaksanaan di lapangan mempunyai garis panduan dan borang persetujuannya sendiri.


(12) Jadi kalau esok Pasukan Kesihatan Sekolah datang dan sesuatu imunisasi hendak diberikan kepada anak kita, tengok dahulu:


Imunisasi apa?


Program apa?


Siapa yang melaksanakan?


Apakah garis panduannya?


Apakah borang persetujuannya?


Apakah maklumat yang diberikan kepada ibu bapa?


Ini jauh lebih tepat daripada mengatakan,


"Aku dah sign Aku Janji sekolah. Maknanya sekolah boleh suntik anak aku bila-bila masa."


Tidak.


Dua benda itu berbeza.


(13) Dalam masa yang sama, jangan pula kita kata ibu bapa langsung tidak mempunyai hak bertanya.


Mestilah boleh bertanya. Kalau ada klausa yang kita tak faham, tanya sekolah. Kalau surat merujuk kepada sesuatu polisi, minta polisi itu.


Kalau melibatkan program kesihatan atau imunisasi, minta penerangan tentang program dan borang persetujuan yang berkaitan.


Bertanya bukan bermaksud melawan sekolah.


Sekolah dan ibu bapa bukan dua pihak yang sedang berlawan dalam mahkamah. Kita menjaga budak yang sama.


(14) Saya juga berpandangan KPM sepatutnya memastikan semua dokumen berkaitan mudah dicapai oleh masyarakat.


Sebenarnya langkah itu sudah dibuat apabila SPI KPM Bilangan 4 Tahun 2026 berkenaan Polisi Perlindungan Murid diterbitkan melalui saluran rasmi KPM.


Begitu juga KKM yang mempunyai Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


Kalau ada borang, lampiran, garis panduan atau dokumen pelaksanaan lain yang dirujuk kepada ibu bapa, eloklah semuanya dihimpunkan dan mudah dicapai.


Mak ayah boleh baca sendiri.


Guru pun senang hendak terangkan.


Tak perlulah cikgu jawab 38 mesej WhatsApp pukul 11 malam. 


(15) Tentang isu kononnya anak boleh dibuang sekolah semata-mata kerana ibu bapa tidak menandatangani Surat Aku Janji ini, perkara itu juga jangan disebut sesuka hati tanpa menunjukkan punca kuasanya.


Untuk pendidikan rendah, Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 menetapkan pendidikan rendah wajib.


Maka kalau hendak mengatakan kegagalan menandatangani sesuatu Aku Janji secara automatik menyebabkan seorang murid hilang hak untuk terus bersekolah, tunjukkan dahulu peruntukan undang-undang, peraturan atau arahan yang memberikan kesan sedemikian.


Jangan sekolah tambah undang-undang sendiri.


(16) Pada masa yang sama, ibu bapa juga kena berlaku adil kepada sekolah.


Polisi Perlindungan Murid diwujudkan bukan semata-mata untuk 'mengikat'  ibu bapa.


Sekolah hari ini berhadapan dengan isu buli, keselamatan, gangguan seksual, kecederaan, pengabaian, keganasan dan pelbagai risiko lain terhadap kanak-kanak.


Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] pula menyediakan kerangka undang-undang yang memberi perhatian kepada pemeliharaan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak.


Maka apabila sekolah mengambil langkah yang sah dan munasabah untuk melindungi murid, ibu bapa juga perlu memberikan kerjasama.


Hak ibu bapa mesti dihormati. Tanggungjawab sekolah juga mesti dihormati.


(17) Jadi bagi saya, jangan takut dengan Surat Aku Janji ini hanya kerana kita menerima mesej WhatsApp yang mengatakan,


"Jangan sign! Nanti kerajaan boleh suntik anak tanpa izin!"


Kalau ada dakwaan begitu, tanya satu sahaja:


“Klausa nombor berapa yang memberikan persetujuan untuk suntikan atau imunisasi?”


Kalau tidak ada, jangan kita tambah benda yang tidak tertulis.


Lebih-lebih lagi apabila prosedur Perkhidmatan Kesihatan Sekolah sendiri mempunyai mekanisme persetujuan ibu bapa/penjaga bagi imunisasi.


(18) Saya melihat Surat Aku Janji Polisi Perlindungan Murid ini dalam kerangka yang lebih besar.


Sekolah ada tanggungjawab.

Guru ada tanggungjawab.

Ibu bapa pun ada tanggungjawab.


Apabila anak berada di sekolah, kita mahu mereka belajar dalam keadaan selamat dan dilindungi.


Pada masa yang sama, apabila melibatkan perkara khusus seperti imunisasi atau intervensi kesihatan yang memerlukan persetujuan, gunakan prosedur dan borang persetujuan yang berkaitan.


Jangan campur-adukkan kedua-duanya.


(19) Akhir sekali, saya suka satu prinsip mudah. Jangan takut dengan dokumen yang kita belum baca. Jangan pula tandatangan dokumen yang kita tak faham.


Baca. Tanya. Minta penjelasan. Semak punca kuasa.


Kalau berkaitan imunisasi, semak pula borang persetujuannya.

Itu jauh lebih baik daripada membuat kesimpulan berdasarkan poster Facebook dan mesej WhatsApp yang kita sendiri tak tahu siapa mula tulis.


Dalam soal anak-anak kita, sekolah dan ibu bapa sepatutnya duduk di sebelah yang sama. Kita semua mahu budak-budak ini selamat.


Mohd Fadhli Othman





BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP): ERA MANA PALING BESAR BANTU RAKYAT?








PMX Anwar Ibrahim lagi banyak Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berbanding Najib Razak, Mahathir bin Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.


1. ZAMAN NAJIB (2014–2017)

BAP: RM100 seorang

Peruntukan: RM350 juta – RM540 juta

Syarat: Terhad mengikut kelayakan pendapatan.


2. PH 1.0 (2018–2020)

BAP: RM100 seorang

Peruntukan: Sekitar RM328 juta

Syarat: Masih tertakluk kepada kelayakan pendapatan.


3. PN / KELUARGA MALAYSIA (2020–2022)

BAP: RM150 seorang mulai 2022

Peruntukan: Sekitar RM450 juta

Syarat: Masih mempunyai had kelayakan pendapatan.


4. KERAJAAN MADANI (2023–2026)

BAP: RM150 seorang

Peruntukan: Sekitar RM788 juta – RM800 juta setahun

Kelayakan: SEMUA MURID tanpa mengira pendapatan ibu bapa.


KESIMPULAN:


Daripada sekitar RM350–RM540 juta era Najib, RM328 juta era PH 1.0, dan RM450 juta era PN/Keluarga Malaysia, peruntukan BAP di bawah Kerajaan MADANI melonjak hampir RM800 juta setahun, iaitu paling besar dalam sejarah.


Kerajaan MADANI bukan sahaja terus membantu murid miskin dan B40, malah memperluaskan BAP kepada SEMUA murid tanpa pilih bulu. RM150 seorang, hampir RM800 juta setahun.


Kerajaan Madani dan YB Fadhlina Sidek diFITNAH, kononnya tak bantu pelajar miskin, walhal Kerajaan Madani paling banyak membantu.


Program yang berkaitan bayaran pakaian sekolah secara ansuran adalah program Usahawan NADI (bawah SKMM), untuk bantu usahawan berpendapatan rendah mencari rezeki dan pada masa sama membantu pelajar susah yang memerlukan.


Syam Ghaz





TABUNG HAJI MENJUAL BANGUNAN RM40 JUTA DENGAN RM100,000?



Amir Zuhair







Hari ini berlegar tulisan yang mempertikaikan keputusan Tabung Haji (TH) melupuskan 50% kepentingannya dalam Abraj Sdn. Bhd. dengan harga RM100,000.


Pertikaian itu mengandungi satu masalah besar, ia menggunakan angka yang benar, tetapi disusun sehingga menghasilkan gambaran yang salah.


Janganlah mengambil satu angka RM100,000 lalu menggambarkan seolah-olah TH menjual aset bernilai puluhan juta ringgit pada harga RM100,000.


Itu bukan apa yang berlaku.


1. TH bukan menjual bangunan MKN Embassy Techzone. TH melupuskan kepentingan sahamnya dalam Abraj. Ini perbezaan yang sangat asas.


2. RM100,000 itu ialah bayaran tunai dalam transaksi tersebut. Menurut penjelasan TH, nilai transaksi mengambil kira pengambilalihan tanggungan syarikat termasuk pembiayaan bank sekitar RM192 juta.


Jadi apabila ada yang menulis:


“TH jual RM40 juta dengan harga RM100,000”


seolah-olah RM40 juta aset bersih telah bertukar tangan dengan RM100,000 tunai, itu sudah menjadi satu perbandingan yang tidak apple-to-apple.


3. TH telah pun membuat rosot nilai (impairment) terhadap pelaburan Abraj sebelum pelupusan.


Pelaburan TH yang dilaporkan ialah sekitar RM40.225 juta. Apabila nilai pelaburan itu telah dirosot nilai, tidak tepat untuk mengambil kos pelaburan lama tersebut dan membandingkannya terus dengan RM100,000 seolah-olah RM40 juta itu masih merupakan nilai pasaran saham pada tarikh jualan.


Itu asas perakaunan yang sangat senang. Ini adalah masalah bila orang yang tak faham akaun menulis. Kos pelaburan tidak sama dengan nilai pasaran saham pada hari ia dijual.


4. Falasi yang disebarkan itu mengambil aset bersih Abraj pada hujung 2020 dan 2024, kemudian membahagikannya dua untuk mengatakan pegangan TH sepatutnya bernilai RM47 juta atau RM43 juta. Ini salah yang besar.


Nilai aset bersih pada 2024 tidak boleh digunakan secara retroaktif untuk membuktikan bahawa saham tersebut bernilai RM43 juta pada Februari 2020.


Kalau begitu caranya, setiap pelaburan yang naik nilainya selepas dijual boleh digunakan untuk menuduh penjual telah menipu atau tersilap.


Kita perlu kembali kepada soalan yang sebenar:


Berapakah nilai saham Abraj pada Februari 2020, ketika transaksi itu dibuat?


Apa nilai hartanah ketika itu?


Berapa hutang yang perlu diambil alih?


Bagaimana kedudukan penyewa?


Bagaimana aliran tunai?


Apakah risiko bank menjual cagaran?


Apakah kos untuk menyelamatkan syarikat?


Adakah terdapat pembeli lain?


Bagaimana RM100,000 itu ditentukan?


Itulah soalan yang wajar ditanyakan.


Bukan mengambil angka tahun 2024 dan membawanya balik ke tahun 2020.


5. Jangan pula menggunakan rating AAA Abraj pada 2025 sebagai bukti bahawa TH telah menjual sesuatu yang bernilai tinggi pada 2020.


Rating tersebut datang dengan konteks yang sangat berbeza, termasuk jaminan Amanah Raya terhadap program sukuk tersebut.


Abraj pada 2025 bukanlah keadaan Abraj pada 2019 ketika berdepan masalah pembiayaan dan aliran tunai.


Malah, kalau kita mahu bercakap tentang Abraj dengan jujur, kita kena bercakap tentang keseluruhan cerita.


Pada 2019, Abraj mempunyai masalah pembiayaan yang besar. Salah satu bangunannya juga berdepan masalah penyewaan sehingga menjejaskan kemampuan menjana pendapatan untuk membayar pembiayaan.


Bank telah mengambil tindakan berhubung pembiayaan tersebut. TH kemudian membuat rosot nilai terhadap pelaburannya. Dan akhirnya pegangan itu dilupuskan.


Adakah keputusan itu betul?


Itu boleh dan patut diperiksa.


Malah lebih menarik, RCI Tabung Haji sendiri telah mencadangkan supaya pelaburan tertentu termasuk Abraj melalui proses forensik audit. Jadi kita tidak perlu takut untuk menyiasat. Tetapi menyiasat tidak bermaksud kita boleh memutar fakta.


Ada perbezaan besar antara:


“Mari kita audit keputusan TH.”


dengan


“TH jual aset RM40 juta dengan harga RM100,000.”


Yang pertama ialah persoalan yang sah.


Yang kedua ialah kesimpulan yang tidak boleh dibuat hanya berdasarkan angka-angka yang diberikan.


Saya bimbang naratif seperti ini akhirnya menghasilkan satu masalah yang lebih besar.


Apabila orang melihat:


RM40 juta → RM100,000


mereka akan terus menyimpulkan:


“TH rugikan duit pendeposit puluhan juta.”


Sedangkan mereka tidak diberitahu bahawa RM100,000 itu ialah bayaran tunai dalam transaksi yang turut mengambil kira pengambilalihan liabiliti, dan TH telah terlebih dahulu mengiktiraf rosot nilai pelaburan tersebut.


Inilah bahayanya falasi angka.


Angka yang betul boleh menghasilkan kesimpulan yang salah apabila konteksnya dibuang.


TH ialah institusi milik umat Islam dan melibatkan wang jutaan pendeposit.


Sebab itu kita perlu kritik TH jika ada kesalahan.


Kita perlu audit jika ada persoalan.


Kita perlu siasat jika ada keraguan.


Tetapi kita juga ada tanggungjawab untuk tidak menyebarkan naratif yang separuh benar sehingga akhirnya menjahanamkan kepercayaan orang terhadap sebuah institusi hanya kerana mahu memenangkan hujah politik.


Kritik TH, ya.

Audit TH, ya.

Siasat TH, ya.

Tetapi jangan manipulasi angka TH.


Sebab bila kepercayaan terhadap institusi runtuh atas asas fakta yang mengelirukan, yang akhirnya rugi bukan kerajaan.


Yang rugi ialah pendeposit.





KES TERPWNCIL KATA MB GANU...WALAUN MACAI DIAM...


Team RAFIZI.






 INILAH SATU CONTOH YANG MEMBUKTIKAN SIKAP MANUSIA..…KALAU BANGSA LAIN SILAP, DIKATAKAN SENGALA MELAKUKANNYA…


KALAU DIRI SENDIRI YANG TERSILAP, DIKATAKAN KES TERPENCIL…SEBAB ITULAH ALLAH MELARANG UMATNYA MENGATA ORANG LAIN DAN SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN…KITA HARUS IKUT SUNNAH NABI SELALU…


AKMAL SALEH MANA???? 


SEBAB ITU SAYA SELALU NASIHATKAN AKMAL SALEH JANGAN BUKA MULUT BANYAK BANYAK, LEBIH KEBURUKAN DARI KEBAIKANNYA!!!!!





KISAH BENAR PENJAGA YANG TAK MAMPU MENYEDIAKAN BAJU SEKOLAH

 

Saya pernah tak mampu membeli baju sekolah anak sendiri.

.




Sebab itu apabila saya membaca orang marah tentang inisiatif NADI yang membolehkan ibu bapa mendapatkan pakaian sekolah secara ansuran, fikiran saya terus kembali kepada satu episod beberapa tahun lalu.

.


Ketika Rumaysho hendak naik Darjah Dua, keadaan kewangan saya sangat teruk. Sebenarnya baju sekolahnya tidak perlu ditukar. Pakai sahaja baju tahun sebelumnya.

.


Tetapi tiba-tiba Rumaysho mendapat surat tawaran menjadi pengawas sekolah. 

.


Saya duduk dan terangkan kepadanya, “Papa sekarang memang tak ada duit sangat. Rusyd nak masuk tadika, yurannya sahaja hampir RM1,000. Papa pula tengah tak sihat. Appointment hospital Rendra, nenek dan atuk pun bersusun. Banyak masa papa habis mengurus keluarga sampai kerja pun tak sempat nak buat.”

.


Akhirnya saya beritahu Rumaysho, papa tak bersedia untuk menyediakan kelengkapan pengawas. Saya balas surat sekolah dan tidak membenarkan dia menjadi pengawas.

.


Saya fikir habis di situ.

.


Rupanya cikgu kelas WhatsApp. Cikgu disiplin pula meminta mempertimbangkan semula. Akhirnya, kelengkapan pengawas Rumaysho ditaja oleh cikgu kelasnya sendiri.

.


Saya tidak pernah lupa perkara itu.

.


RM50 mungkin kecil bagi kita, tetapi pada bulan tertentu, RM50 boleh menjadi sangat besar bagi sebuah keluarga.

.


Sebab itu saya melihat isu pakaian sekolah secara ansuran melalui NADI daripada sudut yang sedikit berbeza.

.


Saya faham kenapa orang marah. Kita tidak mahu masyarakat sampai perlu “berhutang” untuk membeli keperluan asas anak. 

.


Tetapi kalau mekanismenya benar-benar bayaran berperingkat tanpa faedah dan tanpa caj tambahan, bagi keluarga yang sedang tersepit aliran tunai, pilihan seperti ini boleh sangat membantu.

.


Bukan semua orang susah sepanjang tahun. Ada orang cuma susah pada bulan itu.

.


Kebetulan wife saya juga pernah mendaftar sebagai komuniti NADI. Banyak kursus dan latihan disediakan kepada komuniti secara percuma, malah anak-anak juga boleh mendapat manfaat daripada program pembelajaran tertentu.

.


Tetapi saya fikir bantuan tidak semestinya perlu datang daripada kerajaan. Saya sebenarnya suka kalau PIBG sekolah mengadakan free market.

.


Beg sekolah yang masih elok tetapi anak sudah tidak mahu. Baju sekolah yang masih cantik tetapi sudah kecil. Kotak pensel, kasut, buku latihan atau pakaian sukan.

.


Letakkan sahaja. Siapa perlu, ambil. Siapa ada lebih, beri. Malah wife saya lebih laju daripada idea saya.

.


Selepas Rumaysho tamat tadika PASTI, masih ada dua set uniform yang elok. Harga uniform PASTI pun bukan murah.

.


Wife terus iklankan dalam Facebook group Kampung Padang Balang, Gombak. Dia tulis lebih kurang, uniform ini akan diletakkan di Masjid Saidina Ali. Kami letak sahaja di atas meja. Sesiapa yang memerlukan, datang ambil.

.


Ramai yang bertanya di komen.

.


Selepas diletakkan di masjid, tak sampai lima minit sudah ada orang datang mengambilnya.

.


Subhanallah.

 


Masa itu saya terfikir, bijak sungguh manusia kalau mahu mencari peluang menambah pahala. Kita selalu membayangkan sedekah mesti dalam bentuk wang.

.


Padahal sehelai baju yang sudah tidak berguna kepada kita boleh menyebabkan seorang ayah tidak perlu pening mencari RM30.

.


Sebuah beg terpakai boleh menyebabkan seorang ibu dapat menggunakan duitnya untuk membeli susu.

.


Sebab itu bagi saya, jangan hanya ada satu jalan.

.


Ada keluarga perlukan bantuan percuma. Ada yang mampu membeli secara ansuran. Ada yang cuma perlukan barangan terpakai. Ada pula yang sebenarnya mampu memberi.

.


Kerajaan sediakan sistem. Sekolah sediakan ruang. Masyarakat hidupkan budaya saling membantu.

.


Mungkin begitulah sebuah masyarakat sepatutnya berfungsi. Bukan berlumba-lumba menunjukkan siapa paling senang.

.


Tetapi berlumba-lumba memastikan orang yang sedang susah tidak terasa sendirian.




SIBUK NGAT KE TU...


Norman Daud



 Rindu kat Akmal..


Tengah busy ke mal?


Senyap jek..








ELOK JUGA..BAGI MENTERI YANG TAK ADA FUNGSI HUMBAN DULU...BAGI GOLONGAN BUTA HURUF BUTA KAYU MERASA NIKMAT BAWAH PNBN....KITA HUMBAN PULAK MEREKA.


Alif Kadir Al Katami



 Strateginya macam ni:







1️⃣ PRU16 kita humban dulu menteri² PH yg memusuhi penyokong PH, yg ternak walaun & musuh, yg galak bela dinosaur sebab mak sama mak kawan baik & apa² ajelah. Kasi clear dulu, kasi the purge.



2️⃣ Kita bagi peluang BN-PN jadi kerajaan & kita tuntut mereka tunai janji RUU355, penyatuan Melayu-Islam, pulihkan TH, pulihkan Felda, peluang pekerjaan meningkat, hutang negara turun & kayakan ekonomi Malaysia macam ekonomi SG4.



3️⃣ Jika BN-PN gagal, jika BN-PN sibuk agih jawatan sesama sendiri, jika mereka sibuk wujudkan jawatan² yg tak perlu & gagal serba serbi, sepanjang pasca PRU16 tu kita pakat bersedia.



4️⃣ Hari mengundi PRU17 aje, kita humban pulak BN-PN. 4-5 tahun tak lama. Naikkan kerajaan baru pulak. Repeat jika perlu. Amacam?





BODOH BETUL KAU YA...KO NI PENDATANG KE APA.?

 


Alangkah bagusnya kalau bahlol sebegini tak membiak di bumi Malaysia yang tercinta.





SYEIKH WAZIR CHE AWANG: ULAMA PONDOK YANG MUNGKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA BELUM KENAL

 

Mohd Fadhli Othman

  ·








(1) Sejujurnya, nama Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki mungkin tidak sepopular tokoh agama yang kerap muncul di televisyen atau media sosial. Beliau bukan agamawan yang dibina oleh populariti TikTok atau Facebook. Namun apabila ditelusuri latar belakangnya, kita sedang bercakap tentang seorang tokoh yang sudah puluhan tahun bergelumang dengan dunia ilmu, pondok dan pendidikan Islam.

(2) Syeikh Wazir berasal dari Tumpat, Kelantan. Sumber Mingguan Malaysia merekodkan beliau berasal dari Kampung Besut, Tumpat. Dilahirkan pada tahun 1948, perjalanan ilmunya bermula sangat awal. Ketika kanak-kanak lain seusianya masih berada dekat dengan keluarga, beliau dikatakan sudah berada di Makkah sekitar usia 11 tahun untuk menuntut ilmu dan bertalaqqi dengan ulama di sana.

(3) Sebab itulah pada namanya sering disertakan gelaran “Al-Makki”. Bukan sekadar pernah pergi menunaikan haji atau umrah. Sebahagian besar proses pembentukan ilmu beliau berlaku di Makkah. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan dalam bahan AlHijrah yang saya semak bersama sumber lain, beliau melalui pendidikan madrasah di Makkah sebelum meneruskan pengajian tinggi di Karachi, Pakistan.

(4) Bahan yang dikongsikan menyatakan beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik di Kolej Islam Karachi dan kemudian M.A. dalam Sosiologi Islam di Universiti Karachi. Menarik sebenarnya latar ini. Seorang tokoh pondok tradisional, tetapi pengajiannya tidak semata-mata terhad kepada pengajian agama. Ada pendedahan kepada politik dan sosiologi juga.

(5) Selepas puluhan tahun berada di luar negara, beliau kembali ke Malaysia sekitar 1980. Beliau tidak pulang untuk mengejar kedudukan besar atau membina nama sebagai selebriti agama. Jalan yang dipilih ialah jalan lama para tuan guru — mengajar, berdakwah dan membangunkan manusia melalui pendidikan. Mingguan Malaysia turut merekodkan kepulangan beliau ke tanah air pada tahun tersebut.

(6) Kedudukan beliau dalam dunia pondok Kelantan juga bukan kecil. Antara jawatan yang pernah direkodkan ialah Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK), Telong, Bachok serta penceramah bertauliah di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

(7) Malah sampai hari ini, pada usia menghampiri 80 tahun, beliau masih mengajar. Portal rasmi Masjid MAIK sendiri mempunyai rekod mengenai Kelas Tafaqquh Fiddin Tuan Guru Sheikh Wazir bin Che Awang Al-Kalantani Al-Makki di Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu. Ertinya, ketokohan beliau bukan semata-mata cerita yang berlegar dalam poster atau media sosial. Ada rekod institusi agama negeri mengenainya.

(😎 Pada Mei 2026 pula, nama beliau masih direkodkan bersama aktiviti Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis, Bachok apabila beliau memimpin bacaan doa dalam Program Titipan Kasih Korban yang menghimpunkan YADIM, YIK, institusi pondok dan beberapa rakan strategik. Nampak kecil, tetapi perkara begini menunjukkan beliau masih berada dalam lingkungan kehidupan pondok dan masyarakat, bukan sekadar memegang gelaran di atas kertas.

(9) Satu lagi sisi yang saya rasa menarik ialah pandangan beliau mengenai pendidikan. Bagi Syeikh Wazir, guru bukan sekadar orang yang menyampaikan sukatan pelajaran. Guru ialah murabbi. Pendidikan mesti membentuk manusia, akhlak dan jiwa. Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, beliau mengangkat pendekatan ulama seperti Imam al-Ghazali yang menggabungkan ilmu, akhlak dan kerohanian dalam pendidikan.

(10) Kemunculan beliau di peringkat nasional semakin mendapat perhatian ketika Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya. Malah dalam teks rasmi ucapan Perdana Menteri, nama Syeikh Wazir disebut secara khusus bersama beberapa tokoh ulama lain yang hadir.

(11) Dalam program itulah Syeikh Wazir menyuarakan satu pandangan yang agak menarik tentang politik negara. Beliau berpandangan pertukaran kerajaan yang terlalu kerap akhirnya menyebabkan dasar berubah-ubah, ekonomi terjejas dan institusi pondok juga menerima kesannya. Atas alasan kestabilan tersebut, beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berpandangan pentadbiran yang baik perlu diberikan ruang untuk mentadbir dengan stabil. Kenyataan tersebut direkodkan oleh Bernama dan RTM.

(12) Orang boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan politik Syeikh Wazir. Itu biasa dalam sebuah negara demokrasi. Ulama juga manusia yang mempunyai pandangan terhadap pentadbiran dan keadaan negara.

Tetapi janganlah disebabkan pandangan politik seseorang ulama tidak sama dengan kita, tiba-tiba seluruh sejarah ilmu, jasa dan puluhan tahun kehidupannya bersama masyarakat mahu dipadamkan.

Itu tidak adil.

(13) Malah pengiktirafan negara terhadap Syeikh Wazir bukan sesuatu yang direka-reka. Dalam Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M, beliau merupakan salah seorang daripada enam penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW, dan menerima pengiktirafan dalam Kategori Agamawan. Rekod Istana Negara sendiri menyenaraikan nama beliau sebagai penerima.

(14) Menariknya, hubungan Syeikh Wazir dengan masyarakat tidak terhad kepada pentas kuliah. Pada Februari 2024, misalnya, beliau mengimamkan solat hajat yang disertai lebih 500 jemaah di Jambatan Tendong susulan siri kejadian orang terjun dari jambatan tersebut. Dalam laporan berkenaan, beliau disebut sebagai Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan.

(15) Jadi apabila kita menyebut Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, kita bukan sekadar bercakap tentang seorang lelaki tua berjubah dan berserban.

Kita bercakap tentang seorang anak Kelantan yang keluar menuntut ilmu sejak kecil, menghabiskan puluhan tahun dalam lingkungan keilmuan Makkah, melanjutkan pengajian di Pakistan, kemudian pulang ke tanah air dan memilih untuk menghabiskan sebahagian besar kehidupannya bersama dunia pendidikan, dakwah dan pondok.

(16) Ada satu perkara yang saya fikir semakin hilang dalam masyarakat kita hari ini.

Kita terlalu cepat menilai manusia berdasarkan parti mana dia sokong. Ulama sokong orang yang kita suka, kita angkat setinggi langit.

Ulama beri pandangan yang tidak menyebelahi politik kita, tiba-tiba kita persoalkan keilmuannya. Sedangkan ilmu seseorang tidak lahir pada hari dia mengeluarkan kenyataan politik.

Syeikh Wazir membina perjalanan ilmunya berpuluh-puluh tahun sebelum politik Malaysia hari ini pun wujud dalam bentuknya sekarang.

(17) Tidak perlu pula kita mensucikan seseorang sehingga semua pandangannya dianggap wajib diterima. Ulama boleh ditegur. Pandangan politik ulama boleh dibahas. Hujahnya boleh dipersetujui atau ditolak.

Tetapi berbeza pandangan tidak pernah memberikan lesen kepada kita untuk biadab terhadap orang berilmu.

Itulah adab yang semakin mahal dalam politik kita.

(18) Akhirnya, selepas membaca latar belakang beliau, saya melihat Syeikh Wazir sebagai sebahagian daripada generasi ulama pondok lama yang masih hidup dan masih mengajar dalam zaman yang serba pantas ini.

Generasi mereka semakin berusia.

Hari ini mungkin kita sibuk bertanya mereka sokong siapa.

Esok apabila seorang demi seorang sudah tiada, barulah kita mencari kembali rakaman kuliah mereka, kitab yang mereka ajarkan dan cerita perjalanan hidup mereka.

Waktu itu kita mungkin baru sedar bahawa yang telah pergi bukan sekadar seorang manusia.

Tetapi satu mata rantai tradisi ilmu yang mengambil puluhan tahun untuk dibentuk.

Wallahu a‘lam.

Mohd Fadhli Othman

S