TABIK AYAHTOLLAH AL MERANGGI.





Untuk MENJADI pejuang Islam yang baik, kita perlu walak pada pemimpin, setiap hari 5 kali sehari jgn lupa memberi tabik hormat pada tokguru. Takbir!! - Ustaz Mat Idris Al Saguni



MCMC Sita 6,916 Unit Peralatan Komunikasi Bernilai RM2.06 Juta

 


MCMC berkata, Ops V380 yang dilaksanakan pada 24 Jun lalu menyasarkan sebuah syarikat yang komunikasi yang tidak diperakui serta tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan pada 24 Jun 2026. Foto MCMC

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bertindak atas maklumat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyita 6,916 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui, dianggarkan bernilai RM2.06 juta menerusi Ops V380.

Menerusi satu kenyataan, MCMC berkata, Ops V380 yang dilaksanakan pada 24 Jun lalu menyasarkan sebuah syarikat yang komunikasi yang tidak diperakui serta tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan.

Menurutnya, antara barangan yang disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV), komputer, mesin pencetak, telefon bimbit dan penghala WiFi bagi membantu siasatan.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 29 Jun 2026. Foto MCMC

“Seramai 44 pegawai terbabit dalam operasi yang dijalankan serentak di sebuah gudang penyimpanan di Klang serta sebuah premis yang dijadikan pejabat urusan dan studio siaran langsung di Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati kelengkapan komunikasi itu ditawarkan dan dijual menerusi platform e-dagang termasuk TikTok Shop dan Shopee.

“Hasil operasi itu, kita turut merakam percakapan lapan individu termasuk pengurus syarikat, pembantu gudang dan hos siaran langsung bagi membantu siasatan,” katanya.

MCMC berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan kerjasama strategik antara pihaknya dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku agensi pemerakuan berdaftar.

“Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang ditetapkan.

“Selain, menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaan peranti, penggunaannya juga berpotensi menyebabkan gangguan kepada rangkaian komunikasi serta menjejaskan kualiti perkhidmatan komunikasi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC berkata, pihaknya akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan, pengedaran dan pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Orang ramai turut dinasihatkan untuk membeli kelengkapan komunikasi yang surah diperakui bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelakkan gangguan kepada rangkaian komunikasi negara,” katanya.



Syed Saddiq tunggu nasib esok, selepas 6 tahun lawan kes di mahkamah


 


Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui nasibnya esok sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara.

Ia berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menjelang keputusan penting itu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada tampil berkongsi luahan penuh emosi mengenai perjalanan enam tahun yang ditempuh sepanjang berdepan proses perbicaraan tersebut.

Menurut Syed Saddiq, sepanjang tempoh itu beliau tidak pernah sekali pun meminta kes berkenaan ditangguhkan, tidak pernah mencari jalan pintas dan tidak pernah menuntut sebarang layanan istimewa.

I faced it head on. I dared to fight, because my conscience is clear,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan berkata, segala usaha telah dilakukan untuk mempertahankan kebenaran dengan seluruh kudrat yang ada sepanjang berdepan proses undang-undang tersebut.

Kini, katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Allah SWT selepas segala ikhtiar dilakukan.

“Saya sudah pertahankan kebenaran dengan segala kudrat.

“Kini, saya serahkan seluruhnya kepada Allah SWT kerana selepas manusia berusaha, Allah-lah sebaik-baik Penentu,” kata Syed Saddiq lagi.